|
Tingkat atas Masjid Nabawi |
Alhamdulillah, setelah menanti dengan penuh harapan, kami mendapat berita gembira dijemput menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci Mekah pada musim 1432H. Masa dapat berita tu, tak terkata... cuma syukur yang amat sangat kepada Allah.
Aku bagaimanapun tak berminat untuk bercerita tentang pengalaman kami sewaktu mengerjakan haji. Sebab apa?? takde sebab.. saja je malas nak tulis banyak2. gambar2 yang ada ni pun sebagai hiasan... tak semestinya cerita yg ditulis ada kene-mengena dengan gambar berhampiran.
Alhamdulillah, kami dapat menyempurnakan semua kerja haji tanpa dugaan yang berat untuk kami hadapi.
|
waktu pagi di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah |
Apa yang aku nak tunjuk kat sini ialah sekadar gambar2 dan sedikit cerita biasa yang aku rasakan berguna untuk bakal2 jemaah haji yang akan pergi ke tanah suci pada masa akan datang.
|
Ayam Mandi... lazat... |
|
Khemah di Arafah |
|
mengutip batu di Muzdalifah |
sila bawa sesuatu yang boleh digunakan untuk melombong di muzdalifah, umpamanya sudu plastik (sila lihat gambar di atas).
|
keadaan di dalam khemah di Mina |
Kena selalu muhasabah diri bahawa pergi mengerjakan haji bukan melancong... sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
|
khemah tempat aku bermalam berhampiran dengan jalan |
Antara bekalan yang agak penting dibawa ialah tisu paket kecik2 dalam kuantiti yang agak banyak sebabnya kemungkinan untuk jemaah terkena penyakit batuk dan selsema adalah agak tinggi. Kalau tak selsema pun, kemungkinan besar untuk air mata meleleh adalah juga amat tinggi... dan side effectnya adalah air hidung akan turut sama keluar.. jadi pastikan sekurang2nya sepeket tisu sentiasa ada dalam beg kecik ataupun poket.
|
tempat melontar jamrah di sebalik bukit itu |
|
berhenti sebentar dalam perJALANan balik ke Mekah dari Mina |
Kesabaran sangat penting sewaktu kat sini. maklumlah, kita bersama dengan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang datang dengan budaya dan perangai masing2 yang kadang2 sangat asing bagi kita.. tapi biasa bagi mereka. bukan dengan org lain je kena sabar, dengan ahli keluarga pun sama.. dengan isteri, suami, anak2, ibu, ayah, makcik dan sebagainya.. ntahla... ada jugak pasangan suami isteri yang berkrisis kat sini... tak banyak la kot.. lepas tu insyaAllah semakin baik hubungannya.
|
roti dan kari ayam |
|
Tak perlu bawak duit tunai yang banyak. anda boleh aktifkan khidmat +plus di mesin ATM bank anda (Maybank, RHB, CIMB, dll) sebelum bertolak ke sana... benda ni macam MEPS kat Malaysia ni.. kat sana boleh guna ATM bank Al-rajhi yang senang dijumpai untuk mengeluarkan duit dari akaun bank anda. memang boleh kalau nak keluarkan duit dari tabung haji, tapi prosedurnya agak leceh.. Kena beratur ambik nombor, lepas tu kena tunggu nak ambik duit la pulak...
yang jadi masalah pulak kalau senang nak keluar duit.. senang nak habiskan... jadi berjimat cermat lah ye..
|
bersama Tuan Haji Thuairi, senior masa belajar |
|
tinggal beberapa hari je nak balik Malaysia... |
buat ibadat kerana Allah, bukan kerana yang lain... satu pertanyaan biasa kalau berjumpa di mana-mana, "Berapa kali dah buat umrah? Saya dah namblas kali.". biasa aku jawap dengan senyum,"ada la sikit". "EEiih... muda-muda gini mesti boleh buat banyak kali...", dah gitu pulak balasnya.. aku lebih berminat tukar topik...
Ikut kemampuan kita, bukan ikut orang. Yang penting kualiti, bukan kuantiti. Tidak ada hadis atau ayat quran yang melebihkan umrah dari tawaf sunat sahaja mahupun sebaliknya. Jadi, buatlah mana yang dirasakan sesuai. Jangan sia-siakan masa di Mekah kerana bukan senang nak sampai, lagipun kat masjid2 lain di dunia tak boleh nak tawaf... dan tengok ka'abah pun diberikan rahmat oleh Allah.
|
dengan Tuan Haji Fauzi, junior masa sekolah menengah |
|
senyummm... |
|
bersama Tuan Haji Shamsul |
|
|
bekalan yang paling penting sekali adalah ilmu tentang kerja haji. sila pergi kursus bersiri yang diadakan, kalau boleh jangan tertinggal satu siri pun... walaupun kita dah pernah mengerjakan umrah, tak semestinya kita tau semua.. lagi pulak nak dapat jemputan mengerjakan haji ni bukan senang... ntah2 sekali tu je seumur hidup... jadi buatlah yang terbaik.. nak buat yang terbaik kena ada ilmu.
Fahamkan segala rukun dan wajib haji. Kalau ada yang tak betul, boleh rosak haji kita... malah boleh tidak sah.. banyak kesan pada kehidupan kita kelak... na'uzubillah.
Aku tulis ni pun berdasarkan pengalaman aku. Sampai dah bermalam di Mina pun masih ada jemaah yang tak faham pasal mabit di Mina, tatacara melontar jamrah, waktu melontar.. nafar awal, nafar thani... sehinggakan ada yang masih keliru dengan tahalul awal dan tahalul akhir.
Oleh itu pastikan cukup ilmu sebelum berangkat, kalau tak sempat jugak... sila Tanyalah Ustaz yang bertugas.. harap2 tak begitu.
Itu je ceritanya. Semoga haji kami haji yang diterima Allah. haji yang MABRUR.. insyaAllah.