Showing posts with label Lakaran. Show all posts
Showing posts with label Lakaran. Show all posts

June 01, 2010

Hilang dalam terang

Sejak opis aku berpindah ke Siberjaya sejak hampir 4 tahun lepas, aku tak pernah solat jumaat di masjid Al-Syakirin KLCC. Biasanya aku lalu je depan tu, nak singgah solat waktu yang lain pun dah susah sebab kawasan parking takde yang free. Dulu boleh lagi parking tepi jalan tu, sekarang dah diblok. Aku rasa sebab ada org ambik kesempatan nak parking free kat situ dari pagi bawak la ke malam. Jadinya, aku lebih suka ke surau suria je... parking je tepi jalan kat KLCC, walaupun dah beberapa kali dapat saman dari polis trafik dan dbkl.

hari jumaat baru-baru ni kebetulan aku ada urusan di sekitar klcc. Jadi, aku gi la solat Jumaat kat masjid al-Syakirin tu. Tingkat atas dah luas rupanya.. sangat luas berbanding dulu lah. Dah tak ada ruang2 yang sia-sia kat atas tu. Rata-rata aku yakin jemaah datang adalah rakyat Malaysia yang bekerja di sekitar klcc. Ada la jugak pelancong2 arab, china, mat saleh dan dari mana aku tak pasti.. muka macam tibet je...

Alhamdulillah. Ramai jemaah, tempat pun selesa. Cumanya... aku agak heran sebab khatib baca khutbah dalam bahasa inggeris. Kenapa ya.. ke hari tu je....  aku ni dah la semua 3 paper bahasa inggeris kena ambik. sekarang ni pun boleh la faham ayat2 biasa tu.. sekali khatib baca khutbah cakap inggeris.. terpaksa otak bekerja keras untuk mendengar dan menterjemah dalam masa yang sama.. sudahnya... dengar je.. dah letih nak translate.. faham la sket2....

May 05, 2010

Kerja dari rumah ... kunun

Hari ni aku menunggu rumah sebab kontraktor aku tengah merepair dinding dapur aku yang semakin renggang. Sebenarnya tu struktur tambahan, kontraktor asal buat sambil lewa je. Sekarang jarak renggangan dah dekat 3 inci. Mujur je tak roboh... boleh nampak luar la dari dalam.


Abih tu, skylight yang belah depan pun dah macam nak roboh. Ni pun satu hal.. kena timpa la pulak dengan batu dari dinding belah atas.. dah la melentur.. pecah la pulak.. aku suh mat ni repair sekali.. siap cat nanti...
Huduh rupanya yang berkulat tu.. kalau buleh buat sup ok gak!




Aku nak kira cuti ke hapa hari ni?

May 04, 2010

Biru Gigi Kuningku

Mula-mula aku ingat nak memain je bid benda ni masa tinggal 2 minit nak abih masa. rupa2nya aku yang dapat.. sudahnya kena beli la jugak..  kena jaga reputasi seh... tak boleh tinggal mcm tu je...
harga bid RM26 + pos RM10 jadi RM36.00 semuanya.. tak tau la berbaloi ke idak... alat tangan percuma gigi biru aku sebelum ni pun dah rosak.. jadi.. ok la jugak ada benda ni.

benda ni cap Bluedio. dibuat di China. Kalau nak dibanding dengan yang aku guna sebelum ni, memang yang baru ni lebih kecik. tapi selalu disconn sendiri. nak connect balik pun kadang kena cuba dua tiga kali baru boleh. takde volume control. kalau cucuk kat telinga baru tau ada call masuk sebab takde buzz tone. lenlain buat masa ni lebih kurang je kot dng yang lain2.

April 19, 2010

Batal!


Biasanya kalau sesuatu itu dibatalkan atau terbatal, mesti pihak yang terlibat tak suka. Contohnya solat, wuduk, puasa, nikah dsb. Tapi ada beberapa perkara yang seolah2 seronok untuk dibatalkan. Antaranya, upacara membatalkan air sembahyang lepas nikah. Takde keroje sungguh... dah ada wuduk tu, solat la sunat sama-sama.. nak batalkan buat apa? Yang ni aku rasa dah ramai tak setuju sekarang ni. Satu lagi yang paling orang suka, tuntutan hakmilik oleh pihak bank dah dibatalkan. Maknanya dah habis bayar ansuran kereta ke, motor ke.. huhuhuhu.. legaaa....

April 09, 2010

Pakcik Kayoo (2) - Petronas pun dah terlampau kaya?

Masuk yang terbaru ni, ntah berapa juta ringgit hadiah aku dah dapat. Dari waris jutawan afrika ada, dari anak raja mana ntah pun ada. Tapi sebab aku ni tak suka kaya melampau, aku tak tuntut pun hadiah ni. Sapa2 nak ambik, silalah!

 Butiran ada kat bawah. Masa claim tu, kata je aku yang suruh.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petroliam Nasional Berhad(PETRONAS).
Tower 1
Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre(KLCC)
50088 Kuala Lumpur
Malaysia


PETRONAS a Leading Oil and Gas Multinational Of Choice proudly announces
to you as one of her 25 lucky winners worldwide in it's Secured  Online
Promotion.


You are therefore entitled to a Total payout of TWO MILLION FIVE HUNDRED
THOUSAND UNITED STATE DOLLARS ($2,500,000.00USD) in cash in this category.


This Promotion was held at the Prestigious Petronas Twin Towers(Currently
the Tallest Building in Malaysia) Kuala Lumpur, Malaysia through a secured
automated powered ballot where over 50,000 email addresses from all over
the world were being collected for the draw. The purpose for this
Promotion is an avenue to appreciate all customers who have patronized us
over the years both from Malaysia and worldwide as a whole, the promotion
is also geared at bringing PETRONAS close to the world for advertising its
exquisite brands of products.


The following are your winning Informations to be kept confidential, your
claims agent is the only authorised person you are required to disclose
these informations to for processing:

TICKET NUMBER ------------------60876KS652M,
WINNING NUMBERS ------------------ 85083457
RAFFLE DRAW NUMBERS ------------------1982-02
SECURITY NUMBER ------------------------- 0202.
REFERENCE NUMBER----------------- PET/43824394763/08


You being Authorised/Mandated by this notification which takes immediate
effect to get in touch with your claims officer whom your entitlement has
been drafted to for onward assistance and disbursement with the following
informations

YOUR FULL NAME:
CONTACT ADDRESS:
PHONE NO:
OCCUPATION:
YOUR WINNING EMAIL:
NAME OF YOUR NEXT OF KIN:

==============================================================
====================================================
PRIZE RELEASE DEPARTMENT
Petroliam Nasional Berhad(PETRONAS)
Tower 1
Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia
TEL: +60102792905
EMAIL: lukab@yubc.net
MR. PETER JEFFERY.
==============================================================
====================================================


All the Members and Staff Of PETRONAS congratulates you for being a winner
of its promotion as we hope that you would take the time to Patronize us
in the near future to have a taste of our Exquisite brands of products.

Yours Truly,
Mrs.Omo Fausty.
Online coordinator,
PETRONAS SECURED ONLINE PROMOTION,
Sweepstakes International Program.
Open 7 days 8am-11pm.

March 29, 2010

Cerita berita: Bank perlu kebenaran mahkamah untuk tarik kereta

Bank perlu kebenaran mahkamah untuk tarik kereta

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang akan dibuat bakal menyaksikan institusi kewangan dan perbankan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu, sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka.

Pindaan itu dibuat bagi melindungi pengguna terutama apabila berhadapan dengan penarik kereta yang bertindak ganas dan sewenang-wenang menarik kenderaan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Isu tukang tarik kereta yang bertindak ganas dan tidak mengikut undang-undang menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan apabila berhadapan dengan mereka dan tindakan mereka ini pula dibenarkan oleh pihak institusi kewangan.

"Jadi kita akan pinda akta ini, bagi memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan tarik kereta hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah," katanya.


*------------*
pendapat aku:
Selama ni pun dah ada undang2 yang sepatutnya diikuti kalau nak tarik kereta, tapi tak diikut pun puak2 penarik kereta ni. Kadang2 pembeli sendiri pun satu hal, macam tak tau undang2.. kalau dah tak larat bayar tu, orang nak tarik, kasi je lah. Nak gaduh2 apahal. Nak buat apa buang masa buat undang2 baru!? Kuat kuasakan lah undang2 yang dah sedia ada.

Aku rasa yang lebih memerlukan perhatian ialah akta jual beli rumah. Dulu masa rais yatim jadi menteri apa tak hengat, kata nak pinda. Kalau rumah terbengkalai, masih lagi pembeli yang jadi mangsa. Pihak bank dan pemaju lepas tangan je. 

January 26, 2010

kesan GST


Pagi ini, dengan beberapa panggilan telefon.. aku dah tamatkan perjanjian kad hutang yang melambak tu. Selama ni kebanyakannya jadi perhiasan.. lepas ni nak kena gst la pulak.. lebih baik pulangkan.. yang belah kanan tu tak dapek dah... tak abih2 hutangnya...

Salah seorang pegawai bank yang aku hubungi tadi siap kata gini, "Kami akan hantarkan borang pembatalan pada encik di alamat ni. Tapi agak lambat sebab sekarang ni tengah ramai pelanggan nak batalkan kad kredit. Harap sabar ya!".

Kesan langsung GST la tu....

May 14, 2009

Lagi-lagi Babi

Melayu peluk babi

TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.



Berita asal di Harian Metro.
..............
......
...


Hahahaha... dunia punya pasal.. macam2 orang sanggup buat. Ini sebahagian je.. banyak lagi benda2 haram yang orang yang mengaku atau dilahirkan Islam buat semata-mata nak dapatkan duit mudah. Mencurik tu usah kira lah.. rasuah, menipu, memfitnah, menganiaya orang.... macam2 lagilah.

Ada juga yang buat benda2 haram terang2 tapi takde sapa nak kecoh pon. Errr.. bertaruh masa main golf kira judi tak?? Opps...

May 11, 2009

Menghalalkan arak


Baru-baru ini dalam Pertunjukan Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), antara barangan yang ditonjolkan ialah bir dan wain halal. Aku bukan nak mempertikaikan sama ada barangan tersebut betul-betul halal atau tidak, apa yang nak aku persoalkan ialah perlukah adanya barangan seperti itu.

Apa yang aku nampak ialah cubaan untuk mengeluarkan satu barangan halal menyerupai yang haram. Kita bukan kekurangan bahan minuman untuk diminum. Berbagai-bagai minuman yang sememangnya halal ada di pasaran dengan berbagai perisa, warna, rupa bentuk dan cara pembungkusan yang tidak kurang hebatnya. Apa istimewanya arak halal ini? Apa kurangnya air sirap bandung cincau? Air durian belanda pun sedap juga...

Mungkin tahun hadapan ada pula pihak yang mengeluarkan daging babi tiruan. Rasa macam daging babi tapi diperbuat bukan dari daging babi. Ada sapa-sapa nak rasa?

January 07, 2009

10 Muharram (Hari Aasyura)

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Dari hadis di atas, peristiwa penting dalam sejarah Islam pada hari itu ialah:

1. Allah menerima taubat Nabi Adam as sehingga bersih daripada segala dosa dan kesilapannya.
2. Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.
3. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman raja Namrud yang membakarnya hidup-hidup, namun apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar dalam keadaan sihat sejahtera. Ini membuktikan Kebesaran Allah yang Maha Mencipta segala-galanya.
4. Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada penjara setelah merengkuk beberapa tahun berikutan fitnah Siti Zulaikha.
5. Allah menyelamatkan Nabi Nuh serta pengikutnya daripada banjir besar yang melanda dunia selama enam bulan.
6. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama akibat terlalu menangisi kehilangan anaknya, Nabi Yusuf.
7. Nabi Yunus keluar daripada perut ikan setelah berada selama 40 hari 40 malam. Baginda terselamat setelah berzikir di dalam perut ikan itu.
8. Allah menyelamatkan Nabi Musa yang terperangkap di Laut Merah daripada serangan Firaun dan bala tenteranya dengan membelah laut.
9. Allah mengampuni kesilapan Nabi Daud.
10. Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman.
11. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.
12. Hari pertama Allah menjadikan alam.
13. Hari pertama Allah menurunkan Rahmat-Nya.
14. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
15. Hari pertama Allah menjadikan Lauh Mahfuz.
16. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Berdasarkan lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha berkuasa menyelamatkan baginda serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.

Berpuasa pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: Rasullah saw ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab: Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu.
Al Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara orang Yahudi. Maknanya kalau nak puasa sunat hari ini (Rabu) kena digandingkan dengan sama ada semalam atau esok atau kedua-dua sekali. Bukan tunggal hari ini sahaja.

Amalan bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan daripada Umar yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura bagaikan bersedekah satu tahun.

Menggembirakan keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan lapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.

Berdoa kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih baik lagi jika dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan berpuasa pada hari Asyura sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk berdoa kepada Allah memandangkan orang yang berpuasa itu termasuk di kalangan mereka yang diperkenankan doanya.

Di sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan amalan zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.

WALLAHUALAM

January 06, 2009

kembali ke sekolah 2009

Semalam (5 Januari 2009) merupakan hari pertama persekolahan bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktunya. Aku sebagaimana ayah dan ibu yang seangkatan dengannya turut menghantar anak2 aku ke sekolah. Yang pertama darjah 3 dan yang kedua darjah 2. Anggaran awal yuran nak kena bayar dekat RM100/- seorang. Tambang bas sekolah lagi lebih kurang RM100/- untuk dua2 sekali termasuk sekolah agama. YUran sekolah agama dah bayar awal masa hujung tahun lepas lagi. Banyak juga.. Campur dengan belanja pakaian sekolah baru.... perghhhh.... dekat gak empat angka. Ini dua orang anak... belum kira yang pra-sekolah lagi. Sebenarnya pra-sekolah lebih mahal belanjanya.

Masa bayar yuran anak aku yg darjah 3, aku pelik sebab cuma RM12.00 tak termasuk tanda nama. Kalau ndak tanda nama kena tambah RM4.00. Anak yg darjah 2 pulak cuma bayar RM16.20. Biaq betul.. apa yg tak kena ni? Sekolah kebajikan ke??

Rupa-rupanya itu untuk sementara, bayaran2 lain belum kira lagi... maknanya jangan suka sangat. Ntah bila nanti pihak sekolah akan mintak. Kalau tak silap diorang kata kena bincangkan dalam mesyuarat PIBG nanti baru diorang putuskan yuran-yuran tambahan yang akan dikenakan dan jumlahnya. Macam persidangan dewan rakyat pulak la mesyuarat PIBG tu nanti. Ada pembentangan belanjawan, ada usul, ada bangkangan, ada sokongan dsb. Mesti menarik.

December 29, 2008

Alah bisa tegal biasa

Aku sepatutnya bercuti sehingga 1 Januari 2009. Tapi nampaknya tak tercapai hasrat disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Aku hampir2 saja terpaksa berkejar ke JB untuk menyelesaikan tugasan di sana. Bagaimanapun aku 'diselamatkan' oleh keingkaran sistem di SGB.

Dua minggu lepas di malam hari raya aidiladha, aku juga terpaksa melayani kerenah ketidak upayaan sistem di AST. Sampai pagi aku kena buat kerja daaa...

Kelmarin di penghujung tahun 1429 hijrah pun sama. Berkorban untuk negara.

Tapi aku tak la teruk sangat, kadang2 je.. ada sesetengah orang tu.. memanjang je kena kerja tak tentu masa. Hidup jadi tak menentu.. kesian...

Selamat tahun baru 1430h

Assalamualaikum. Hari ini merupakan 1 Muharram 1430 Hijrah. Kepada semua saudara yang beragama islam, jadikan tarikh ini sebagai pencetus untuk memperbaiki diri pada tahun ini berbanding tahun yang lepas. InsyaAllah.

Sejarah Penggunaan Tahun Hijri

oleh : al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

 

Umat Islam baharu sahaja menyambut tahun baru hijri. Pernahkah kita menyelusuri sejarah penciptaannya dan penggunaannya? Penggunaan tahun hijrah bermula selepas 7 tahun kewafatan Rasulullah saw iaitu pada tahun ke 17 Hijrah di zaman pemerintahan Sayyidina Umar bin al-Khattab. Sebelumnya mereka hanya menggunakan hari dan bulan sahaja tanpa tahun. Bulan yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah saw ialah Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban. Penentuan hari ialah dengan melihat bulan yang timbul di waktu malam.

Abu Nu`aym al-Asbahani meriwayatkan dua cerita tentang sejarah penggunaan tahun di zaman Umar. Satu riwayat menyebut, sampai pada Umar dokumen kewangan bertulis Sya`ban. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Umar; ini Sya`ban bila? Yang baru ini ke? Atau yang sebelumnya lagi. Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam di zaman Umar mengadu kepada Umar; setiap kali datang surat kamu pada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ia dihantar kepada kami. Lantaran itu, Umar menjemput para Sahabat untuk membincangkan penentuan tahun.

Mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas kalendar Islam? Beberapa cadangan diberikan, antaranya berasaskan kelahiran Nabi saw, berasaskan kenabian, berasaskan penghijrahan dan berasaskan kewafatan. Namun, Umar bersetuju dengan hijrah sebagai asas dengan alasan: “Hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan”. Dengan itu, diisytiharkan hijrah sebagai asas pengiraan tahun bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu berlaku ialah 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah saw, bererti ia merupakan tahun 17H.

Seterusnya timbul pula persoalan; bulan manakah yang akan dimulakan tahun hijrah? Beberapa pandangan dilontarkan. Antaranya Ramadhan, Syawal dan Muharram. Umar memilih Muharram dengan alasan: “Muharram adalah bulan orang ramai bersurai”. Maksudnya, bersurai daripada mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji dilakukan pada bulan Zulhijjah. Ia adalah perhimpunan besar-besaran umat Islam seluruh dunia. Tentu banyak pengalaman menarik sepanjang berhimpun yang boleh mencorak keperibadian muslim yang lebih baik. Kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing selalunya pada bulan Muharram. Mereka kembali pula dengan keperibadian baru selepas mendapat pengampunan dosa hasil ibadah haji. Justeru, sangat sesuai ia dijadikan sebagai bulan pertama kalendar Islam. Dengan itu, bermulalah penggunaan tahun hijrah dengan Muharram sebagai bulan pertama seterusnya Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban, Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah dan Zulhijjah sebagai bulan ke 12.

December 09, 2008

Ulangtahun Satu Dekad


Pada hari ini 11 Zulhijjah 1429, genaplah 10 tahun hijrah perkahwinan aku. Pada asalnya bukan tarikh ini yang kami pilih, tapi selepas aruah atuk aku mengira-ngira hari yang sesuai, inilah tarikhnya. Satu hari selepas hari raya aidiladha 1419 hijrah. Alhamdulillah, perkongsian hidup ini masih utuh kekal bahagia hingga hari ini. Semoga akan kekal bahagia dan diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.

Kalau nak kata tak pernah ada masalah, memang tipu. Alhamdulillah segala isu dapat diseselaikan dengan cara yang baik. Kadang-kadang perselisihan pendapat perlu juga untuk mengukuhkan lagi hubungan. Dari situ kita tau yang mana kurik dan yang mana kendi. Kalau baik segalanya bukan tak elok, lagi baik la kan agaknya... tapi kalau simpan perasaan dalam hati.. silap2 boleh meletop.. lebih baik luahkan apa-apa yang terbuku dalam hati supaya sama-sama tahu kehendak masing-masing. Boleh dibincangkan bersama-sama untuk mencari kesepakatan. Apa yang disukai, apa yang tak suka.. gitu la kan.. kan...

Insya-Allah akan tercapai hasrat di hati. Amin...

December 05, 2008

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

Selamat menyambut hari raya aidil-adha kepada semua umat islam. Kepada jemaah haji, semoga mendapat haji mabrur. Yang ada cita-cita nak pergi, tanamkan tekad... insya-Allah dimurahkan rezeki oleh Allah untuk kita menjadi tetamu Allah di tanah suci nanti. Semoga tercapai hasrat.
Amin.

November 17, 2008

indah khabar dari ropa

Pagi tadi dalam perjalanan nak gi kerja.. layan sinar.fm dengan topik "pengalaman tak best masa bercuti". Aku teringat peristiwa aku gi bercuti kat Melaka aritu.

Biasanya aku kalau nak gi bercuti takde booking2 dulu.. main jalan masuk je (walk-in).. biasanya dapat je.

Ada la satu hari tu dalam perjalanan balik dari kampung aku kat BP, tiba2 teringin nak melepak kat Melaka lagi... melaka lagi daaa.... yang ni ntah yang keberapa kali ntah gi Melaka.. asyik Melaka je... mana tau kot2 aku buleh dapat pingat ke kan... terus la aku singgah ke Ayer Keroh.. masa tu jam dah dekat 11 malam dah...

"Nak tido mana ek? Kat area Melaka ni dah banyak tempat kita try..", aku tanya isteri aku.
"Ntahla.. kita tengok la mana2 yang ada kosong", balas isteri aku dengan tak berapa yakin.

Memula dah tanya kat Seri Malaysia, tadak kosong. Lepas tu gi kat Taman Mini Malaysia.

"Malam ni ada bilik kosong lagi ke?", aku tanya penyambut tetamu kat situ.
"Bilik dah takde encik, chalet ada la. Ndak?", balas mamat tu.
"Chalet macam mana? Berapa kadar bayaran yang dikenakan".
"Chalet ni ada dua bilik, ada dapur, ada ruang tamu. Harga RM215.00 satu malam", konfiden je mamat tu jawap.
"Tengok gambar ke pamplet ke.. ada?".

Mamat tu hulur la pamplet.. belek punya belek... nampak best gak chalet tu... tak fikir panjang sebab dah dekat pukul 12 mlm.. aku pun terus je setuju.

Lepas check-in, aku pun terus la bawak keta gi chalet tu. Tengok dari depan macam rumah buruk je. Masuk je dalam nampak macam rumah tinggal la pulak. Ada la peti sejuk satu.. sekali bukak macam dah lapan tahun tak pernah guna. Tv ada sebijik kat ruang tamu, bayangkan le bayar mahal2 tv pesen lama dan chenel yang free punya, dah la gitu tak clear la pulak tu.

Masuk bilik yg depan, anak2 aku dah tak larat terus melanding.. tak perasan lagi cadar pun tak ada. Maklumlah, lampu bilik kan samar2 je... pasang air-cond macam bunyik enjin bot pukat tunda.

Sambil2 tu aku masuk bilik lagi satu, pasang air-con.... Tu diaaaa.... menyembur segerombolan semut dengan telur2 depa keluar dari blower air-cond tu.. cepat2 aku angkat anak aku yang kecik keluar dari bilik tu. Bukak almari pulak, ada la tuala lembab tergantung kat situ.

Hati sudah panas.. aku terus cari nombo telefon resort tu kat bil tadi. Sambil tu baru aku perasan yang harga sebenar kat bil kat kredit aku bukan RM215 tapi RM315. Nak mam*** diorang ni.

Aku call reception tadi terus la aku komplen segala macam yang ada kat situ. Malaih nak tulis detail ah... macam bagus je kan.. Suh anak bini aku kemas2 barang terus sumbat dalam keta balik. Tengah kemas2 barang tu receptionist tu call aku balik offer bilik lain yang katanya lebih baik. "Tak payah lahh... eden nak balik dah ni".

Lepas tu terus aku pulang kunci, suruh mamat tu kensel aku punya transaksi tadi. "Mintak mahap ye encik, nanti kami periksa bilik tu", mat tu nak nyedapkan hati aku. Aku cuma senyum je sambil kening macam KJ... hua hua hua.... dalam hati aku, "aku dah nak blah kau nak periksa buat apa! mangkuk!!".

Malam tu jugak aku balik rumah.. sampai rumah dalam kul 2 pagi. Home-sweet-home.


moral: Jangan mudah terpedaya dengan gambar terutama gambar iklan. dah tentu semua elok.

November 12, 2008

sembunyi-sembunyi puyuh, kepala tersorok ekor kelihatan

Nasi kandar, roti canai, teh tarik turun harga.
10/11/2008 5:16pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Selaras dengan saranan kerajaan meminta para peniaga menurunkan harga barang baru-baru ini, dua persatuan pengusaha restoran Malaysia menyahut seruan tersebut dengan menurunkan tiga jenis barang makanan.

Hari ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) bersetuju menurunkan harga bagi nasi kandar, roti canai dan teh tarik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kedua-dua persatuan itu telah menetapkan untuk menurunkan harga sebanyak 20 sen bagi sepinggan nasi kandar, 10 sen bagi roti canai dan teh tarik.

Beliau berkata, hasil daripada penurunan harga bagi ketiga-tiga jenis barang itu menyaksikan harga nasi kandar kini menjadi RM1.30 daripada RM1.50, manakala bagi roti canai harga maksimum iaitu dari RM1.20 hingga 90 sen dan teh tarik pula RM1.50 hingga 70 sen.

“Sehubungan itu, kementerian berterima kasih kepada kedua-dua persatuan ini kerana kesanggupan menurunkan harga walaupun tidak banyak tetapi mereka telah menunjukkan keprihatinan terhadap cabaran ekonomi yang dihadapi sekarang.

“Ia terpulang kepada para peniaga... tiada paksaan. Namun kementerian berbesar hati sekiranya peniaga-peniaga lain turut mengambil langkah yang sama bagi kepentingan pengguna,” katanya selepas merasmikan kempen turun harga oleh PRESMA dan PRIMAS di sini hari ini. - Utusan Malaysia.

+--------------------------------+

Lawak sungguh berita ni kan?? Walaupun aku memang dah lama tak makan kat kedai mamak dan yang seangkatan dengannya, aku tetap tergelak masa tengok berita ni kat tv. Turun harga seposen, doposen untuk 3 barang... siap panggil pak menteri, orang media, ntah sapa-sapa lagi.. kecoh satu negara. Naik harga kalu, korang senyap-senyap je kan.. pirahhh.... naik sampai limaposen, turun seposen je.... itu pun mau kecoh. Harga nasik turun, abih ayam goreng, burung puyuh, sotong tu apa citer?? turun jugak ke...??

Diorang ni dah la jual mahal, pengotor pulak tu.. tu yang korang suka sangat tu.. banyak khasiat kan... hua hua hua...

November 06, 2008

Kembali bersekolah

Hari ni masuk hari ke-4 kursus Oracle 10g RAC. Sepatutnya kelas ni untuk orang yang memang DBA bukan macam aku SE yg menyamar jadi DBA.... maknanya masuk 10 yang sangkut 1 je.. itupun kadang2... yang lebihnya semua keluar, takde yang sangkut...

October 28, 2008

Sambil menyelam minum air

Alhamdulillah, jamuan hari raya di rumah aku pada 26 Syawal 1429 berlangsung dalam suasana sederhana tapi meriah (mcm biasa je baca ayat ni). Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir. Rancangan asal nak buat pada hari Sabtu, namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, tunda pada hari Ahad. Ada juga jiran-jiran yg teringat tarikh asal bertanya, "Aik.. kata aritu nak buat 25 hb..??". "Ada hal sikit last week, takut tak sempat", aku jawap.

Kami ambil kesempatan juga meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak kami Husna (7thn pada 18 Okt) dan Haziq (3 thn pada 25 Okt). Semoga usia diberkati Allah. Tak sempat nak ambik gambar sangat sebab macam biasa, sibuk sangat. Tetamu terawal sampai 5 minit sebelum jam 2.30ptg. Yang terakhir jam 9.30 mlm. Letih memang letih, bukan selalu pun...

Pada kali ini aku jumpa x-classmate kat sekolah menengah dulu yang dah hampir 20 tahun tak jumpa. Juga sahabat kat kolej yang kali terakhir jumpa masa dia ngantar aku kawin 9 tahun lepas. Isteri aku jumpa juga dengan x-coursemate dia yang kebetulan adalah isteri kepada salah seorang x-classmate aku kat sdbl dulu.. kecik dunia ni ropanya...

Minta maaf kepada sesiapa yang tak terjemput.. bukan sengaja.. harap maafkan kami. Lain tahun kalau ada sahabat-sahabat yang tau aku buat open house tapi tak dijemput, datang je.. kan raya. Medium jemputan sama ada email, sms, panggilan atau secara terus dari mulut yang comel.Mungkin ada yang terlepas pandang. Sekali lagi maafkan kami. Kami insan yang lemah.

Kepada tetamu yang telah hadir, sekali lagi.. Terima kasih.

October 09, 2008

Hari Raya Bahagia

Hari Raya Bahagia

Lemang ketupat semua telah terhidang
Untuk di jamu pada tetamu yang datang
Di persilakan tua dan muda
Tiba hari raya semua bergembira

Salah tersilap atau keterlanjuran
Biarlah sama kita saling memaafkan
Maklum kita hanya manusia
Tak daya melarikan diri dari dosa

( korus )
Selamat hari raya
Salam sejahtera untuk semua
Sesekali berjumpa kita
Eratkan perhubungan
Serta persaudaraan

Walau di mana pun jua kau berada
Semoga berbahagia di hari raya
Hapuskan segala kedukaan
Pengalaman yang pahit usah di kenangkan

- Jay Jay -

*---------------------------------*

Antara banyak2 lagu raya, ini lagu febret aku. Yang lain best jugak.

Hari raya pertama taun ni giliran kat kampung isteri aku. Jauh tu.. Kg. Kerinchi... huhuhuhu... pelan asalnya pagi raya tu nak gi solat sunat aidilfitri sekeluarga, tapi anak aku yg kecik sekali tido punya la nyenyak.. kesian nak kejutkan... sudahnya aku gi dengan anak sulung aku je.

Lepas solat, kami berangkat balik kampung wife aku. On the way tu, aku hantar sikit juadah kat adik aku yang terpaksa bekerja di hari raya. Pengorbanan untuk negara. Kalau org macam adik aku tak kerja, ramai orang akan susah nak beraya, susah nak balik kampung,susah nak menziarah pusara, susah nak gi shopping, susah nak gi tengok wayang dan macam-macam kesusahan lagi lah... sebabnya diorg tak boleh nak isi minyak!

Sesampainya kat rumah mertua aku, ipar duai yang lain dah sampai awal pagi lagi. Diorag tunggu famili aku je rupanya... hehehehe.. lepas sesi bermaafan, sesi makan-makan, sesi ambik gambar sikit2 kemudiannya. Lepas tu sesi lawatan ke rumah saudara-mara terdekat secara berjemaah. Sampai la ke petang.

Hari raya kedua turn aku pulak jadi host untuk keluarga datang bertandang. Jenuh la jugak tolong wife aku siapkan juadah (aku tolong jugak la...). Petangnya, dah tak ada sapa datang, buat lawatan balas kat rumah adik ipar aku.

Hari ketiga pulak, meneruskan sesi lawatan ke rumah saudara-mara sekitar KL. Lotih den... Masa ni la kita nak bawak diri dan anak2 menziarahi saudara-mara. Kalau hari lain payah gak nak melawat tak bersebab kan... melainkan kalau ada kenduri kawin atau kematian!

Kami balik ke kampung aku pada hari raya ke-4. Adik aku yang kerja time raya tu pun start cuti hari ini, jadinya.. balik saing aku la dianya. Hujan lebat sesekali sepanjang perjalanan ke selatan. Lalulintas tak sibuk sangat macam tahun lepas sebab masa ni dah raya ke-4. Tahun lepas aku balik sehari sebelum raya, memang sibuk gila lebuhraya.

Sampai ke kampung kakak aku dah tengahari. Lepas tu aku gi rumah nenek aku, tampi diorg dah beraya gi tempat lain pulak dah.. so pergi la kat rumah sedara-mara yang lain sampai la malam. Malam tu barulah balik rumah nenek aku. Yang ada cuma nenek dengan atuk aku dengan famili makcik aku yang bongsu. Yang lain dah balik rumah masing-masing. Nenek aku tinggalkan jugak burasak kegemaran aku. Nenek aku memang tau cucu2 dia memang suka benda tu.. heheheh... walaupun sejuk sebab simpan dalam peti sejuk... sedap je.

Malam tu, kami menginap kat rumah nenek aku. Anyway, raya kali ni adalah kali yang kedua dengan tak ada ayah. Emak aku lagi la lama dah tak ada. Rumah peninggalan orang tua aku kat kampung pun dah jadi rumah tinggal. Sebelum ni ada orang yang duk menumpang kat rumah tu (pada awalnya sewa kunun), tapi cara macam yahudi, menumpang tapi tak tau nak terima kasih. Dah la pemalas, pengotor pulak. Aku tau pun time diorang dah lesap dengan beberapa barang yg ada kat rumah tu. Jembalang betul... Kalau aku tau dah lama dulu, mau aku halau tu... Lagi pulak tu, boleh ke sampah diorg longgok je kat luar tingkap.. ntah manusia jenis hapa aku tak tau la.. takde tamadun betul.

Hari ahad aku gi rumah makcik aku kat kota tinggi. Dua jam lebih perjalanan dari kampung aku. Kereta punya la banyak, maklumlah orang beraya. Kat rumah makcik aku sekejap je dalam 2 jam, sebab nak balik rumah aku terus kat bangi. Lepas makan nasik, terus angkat kaki. heheheh...

On da way ke arah utara, boleh dikatakan hujan sepanjang jalan. Kejap lebat, kejap gerimis. Kejap kejap jem.. ok balik.. jem balik... sebabnya ada lima kemalangan mencium buntut yang aku nampak kat arah ke selatan. Tu yang kejap2 jem tu... Maklumlah jalan licin... bukan salah jalan, salah pemandu.. dah tau jalan licin, kenapa ikut dekat2.. tak reti?? Kalau time jalan kering ikut teori 2 saat, dah hujan tu takkan nak guna 2 saat jugak kot.. paling kurang pun 4 ke 5 saat.

Lepas tu yg aku hangin tu, ada je yang nak guna lorong kecemasan kalau dah jem. Orang lain boleh ikut jalan biasa apasal korang tak boleh!? Tak kira jenis kereta la.. yang murah ke, mahal ke sama je.. pemandunya semua pentingkan diri sendiri. Ban*** betul la korang. Aku memang marah ni..

Selepas 6 jam perjalanan dengan 2 kali berhenti, sampai la kami ke rumah di bangi dalam pukul 9 malam. Alhamdulillah. Besok nak kerja, anak2 nak sekolah pulak... huhuhuhu.. back to normal.

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini