June 23, 2008

Manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan

Apabila berbicara tentang gangguan seksual, ramai diantara kita mungkin memikirkan bahawa ia lebih kepada berbentuk fizikal. Sebenarnya ada beberapa perbuatan yang kadang-kadang kita lakukan terhadap seseorang yang kita anggap BIASA, sebenarnya termasuk dalam kod gangguan seksual. Barang harus diingat, gangguan seksual bukan hanya dari lelaki kepada wanita, ia juga merangkumi wanita kepada lelaki, lelaki kepada lelaki mahupun wanita terhadap wanita!

Di bawah adalah kod gangguan seksual perkara 6.1 yang aku salin dari GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM. Hal ini yang kadang2tidak diambil peduli oleh sesetengah dari kita. Kalau kena report.. awas sehhhh...!! Jadi, jangan anggap seseorang itu MUDAH kalau anda tak kenal dia sebenarnya. Kalau kena report.. duk dalam jel!
(Ingatan untuk aku juga).

Kebanyakan mangsa tidak melaporkan kejadian yang dialami kerana menghormati (respek) sipelaku.. dan mungkin juga tiada bukti, saksi ataupun berharap agar ia tidak diulang lagi. Sebab itulah juga, sipelaku rasa seronok... (seronok sangat la tu).. dan akan buat lagi, dan lagi...

Tidak ada salahnya kalau mangsa memberitahu kepada sipelaku,"I tak suka you buat macam ni. Don't do it again!". Itu hak anda. Kalau anda diam sahaja, sipelaku mungkin kata.. ala... ok kot dia ni.. tapi malu!

Sila rujuk ke sini -> http://www.wao.org.my/news/gangguseksual.htm untuk maklumat selanjutnya.

PERLAKUAN, KEADAAN ATAU PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA GANGGUAN SEKSUAL

6.1 Perlakuan, keadaan atau perbuatan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual, antara lainnya adalah seperti yang berikut:

(a) Gangguan Secara Lisan

Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan dengan sipolan berkenaan.

(b) Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)

Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan sipolan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.

(c) Gangguan Secara Visual

Perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

(d) Gangguan Secara Fizikal

Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

(e) Gangguan Secara Psikologi

Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual sipolan sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual.


Peribahasa: Manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan
Maksudnya: Fikir dahulu sebelum berkata-kata

Kurang satu atau tambah satu..?






Semalam cukup usia aku 35 tahun masehi. Semakin kurang 1 tahun. Alhamdulillah masih lagi diberi usia untuk meneruskan tugas yang diamanahkan. InsyaAllah akan diteruskan selagi mampu.

Tiada pesta, tiada bunga api, tiada tiupan lilin...
Ungkapan kasih sayang yang ikhlas dari isteri dan anak2 yang menyayangi dan disayangi cukup bererti.. membuat diri ini terasa amat dihargai..

Syukur alhamdulillah. Semoga umur hamba ini dilanjutakn dan diberkati. Amin.

June 20, 2008

Orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut


Lagi-lagi Kerja Gila atau Gila Kerja

Tarikh kat jam tangan Casio buatan Jepun kat tangan kiri aku sudah bertambah satu angka lagi. Aku masih lagi kat HSAH. Tapi bukan buat kerja gila mahupun gila bekerja.. aku pun tak tau apa fungsi aku kat sini... huhuhuh... nak kata menolong idak juga, nak kata jadi mandur pun idak.. malas pulak aku nak membuat apa-apa, nanti dikata orang macam pisau raut, bengkok orang dapat diluruskan, bengkok sendiri tak dapat dibaiki!

Huaaa.... nak tido!

Apa makna "Orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut"?

Kalau tak berani nak buat sesuatu, apa pun tak boleh jadi!

June 19, 2008

Berjalan tidak cukup selangkah, berkata tidak cukup sepatah

Sampai hari ini, dalam perkiraan aku sudah sangat lama aku dan geng2 aku buat kerja mengira harta2 yang tak tau ntah bila akan habis. Susah nak habis sebab berurusan dengan berbagai macam orang yang bermacam rupa perangai. Disamping itu ada juga gangguan yang tak berkenaan mengganggu kelancaran tugas. Tapi dalam pada tu, ada jugak tugas-tugas penting dapat disiapkan bagai berkayuh sambil bertimba.

Kalau segalanya dibuat bagai perancangan awal, sepatutnya semuanya dah lama selesai. Tapi nak buat macam mana, segala perancangan tak dapat diikuti sepenuhnya disebabkan oleh berbagai2 halangan yang tidak dijangka. Ada juga yang dah dijangka tapi tak dapat dielakkan.

Kalau faktor luaran yang menjadi penghalang, boleh la diterima lagi. Ini faktor dalaman pun ada juga.

Kadang2 jadi macam berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Selalu juga bertelingkah bagai alu dalam lesung. Lagi la lambat jadinya... Ada juga yang telunjuk lurus, tapi kelingking berkait.. ntah laaaa...

Sekarang aku nak buat macam menarik rambut di dalam tepung..
asalkan jangan lain yang bengkak, lain pulak yang bernanah udah laaa...

June 11, 2008

Jalan-jalan cari pasal...

Hari Sabtu lepas, aku dan isteri serta anak2 aku pergi ke Parit Sakyun, Kukup, Pontian meghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. Rakan-rakan lain yang bercadang nak pergi sama-sama semuanya gagal. Masing2 ada hal lain yang lebih utama. Utamakan keluarga!

Dalam perjalanan ke selatan, pihak hotel yang aku booking kat Melaka (Hotel Straits View - dah la buruk, huduh pula perangainya) hubungi aku. Boleh ke diorg nak cancel aku punya tempahan kalau aku tak boleh sampai situ sebelum pukul 4 petang. Hari minggu memang hotel kat Melaka penuh je. Lepas lebih kurang ding dong ding dong.. aku pun hangat la... dah tiga kali sebelum tu confirm kata aku akan sampai sebelum pukul 8, tiba2 nak suruh sebelum pukul 4; pada hari nak check-in pulak tu! Hampes tul! "Sukati engkorang la.. nak kensel ke, nak jual ke hapa ke... korang punya hotel! Ntahapa-hapa ntah! Dah la mahal". tut tut tut tut...

Sepanjang perjalanan tu hujan lebat la pulak. Hujan rahmat! Lebih kurang dekat pukul 3 ptg, sampai le kami ke Kg. Parit Sakyun. Kebetulan la pulak pengantin memang baru nak start berarak. Mujur le time tu hujan gerimis, bukan lebat gila-gila macam kat highway tadi. Lepas makan nasik, salam pengantin, salam bapak pengantin.. kami pun angkat kaki.

Lepas tu terus la kami gerak ke Melaka. Saja nak bawak anak2 bercuti kat situ. Cuti sekolah. Main redah je.. yang penting sampai situ. Mana mau tidur nanti cerita.

Lebih kurang jam 6 ptg, sampai la bandar Melaka. Kami cuba tanya beberapa hotel, semuanya penuh. Dah la walk-in je.. hehehe.. nasib2 le. Sampai tengah bandar, cuba kat hotel City Bayview. Kebetulan tinggal satu bilik yang paling murah kat situ masa itu.. harga dekat RM400.00! Time tengah runding tu, ada pulak satu famili dari Hong Kong tengah desperado nak bilik gak.. siap nego nak bilik yang kitorg tengah nak masuk tu. No way.. aku desperado gak.. At last, check-in kat bilik tu. Ok le biliknya. Ada dua katil single. Besar bilik tu boleh tahan... ada jakuzi sekali. Dia punya shower pun besar, puas mandi.



Malam tu kami jalan2 keliling bandar melaka. Naik beca ada lampu lip-lap. Nak naik menara pusing2 tak sempat sebab dah tutup jam 10 mlm. Kebetulan malam tu ada majlis penutup Pesta Sungai Melaka.. ada la diorg buat bot berhias. Nak berjalan kat Jonker's Walk dah tak sempat sebab anak2 aku semua dah ngantuk.. nak tido.. Banyak jugak benda menarik kat Melaka ye.. tapi masa terhad.



Hari berikutnya, bawak la anak2 aku mandi kat swimming pool.. mcm biasa le. Dah puas berendam... balik le. apa lagi. On the way balik, singgah kat taman rama2... bukan rama2 je ada kat situ.. ulat bulu, buaya, ular dan burung pun ada. Seronok la anak2 aku dapat belajar benda baru.


Dalam perjalanan balik, singgah la kat hentian jejantas ayer keroh. anak2 aku dah sibuk nak kfc. ok le, bukan selalu. Wife aku tunggu kat tempat duduk sementara aku beli makanan. Tengah duk tunggu giliran aku... tiba2 anak aku yg pompuan sampai kat aku kata, "Ayah! Beg tangan ibu dah takde!". Aku pun gi la kat wife aku, "Beg tangan dah kena curik!". Ada la dua orang budak kfc tu yang cuba mengesan pencuri.. tapi tak dapat punya sebab suspek langsung tak tau macam mana ropanya. Wife aku langsung tak perasan masa beg dia kena ambik. Sangat pantas.

Dalam tu ada la duit dalam RM500, ic, paspot, kad bank, kad kredit..dan berbagai macam benda yang wife aku sumbat dalam tu. Lepas tu aku inform kat org PLUS yang ada kat situ. Citer lebih kurang. Aku bagi contact number aku, mintak tolong call kalau ada jumpa beg tangan tu. Yang pasti, penyamun tu mesti buang je benda2 yang diorg tak boleh buat duit segera. Kami terus call mana2 pihak berkenaan nak cancel ke disable ke mana2 kad yang patut.

Terpaksa la pulak buat repot polis. Pegi la kat balai polis alor gajah buat repot. Ada la dalam sejam jugak kat situ. Repot cuma nak buat balik benda2 penting tu je.. bukan ndak benda tu balik. Dah tentu agak payah kalau ndak dapat semula. Habis buat repot, terus jalan balik. Kelaparan la... dah takde mood nak beli makanan.

Hari senin, kami ambik cuti kecemasan... wife aku buat IC baru.. aku pun tompang sekali sebab ic aku rosak. Lepas tu gi imigresen nak buat paspot... tapi atas sebab2 teknikal.. kami balik rumah la dulu pulak, ada dokumen tak lengkap. Nak balik tu, singgah bank dulu buat kad atm. Aku pun tompang sekali sebab kad atm aku dah tak hensem! Lepas tu gi tabung haji pulak sebab buku akaun tabung haji pun sekali kena kebas. Leceh la pulak kat tabung haji. Nak dapatkan ganti buku, kena ada akuan bersumpah. Kena jumpa pesuruhjaya sumpah la pulak. Kebetulan hari tu pesuruhjaya sumpah kat situ keluar awal, kena tunggu jam 2.30 ptg baru dia ada. Kami pun balik rumah nak ambik dokumen.

Sampai kat rumah, tetiba staff wife aku call;
"Cik Na, ada orang jumpa beg tangan Cik Na. Dia call saya tadi".
"Hah! U bagi number tu kat I".
"OK!"

Dalam beg tangan tu ada list number geng2 ofis wife aku, tapi nombor sendiri takde. Jadi, pakcik yang jumpa tu call je salah satu number yang ada dalam list tu.

Terus kami call pakcik tu, bincang nak ambik kat mana. Kami terus gerak ke selatan arah Pedas/Linggi. Jumpa pakcik tu, kontraktor propel yang kutip sampah kat highway. Dia kata pekerja dia jumpa beg tu dalam longkang kat tepi highway. Semua barang2 yang tak buleh buat duit segera masih ada kat dalam tu. IC, paspot, buku2 akaun, dsb. Alhamdulillah. Hulur la sikit kat pakcik tu, hadiah... bukan upah. Nak bagi banyak, kami pun baru lebur banyak.. huhuhu..

Selamat la kami dari nak buat benda2 tu semula. yang dah buat baru (ic dng kad atm), kira halal la...

June 05, 2008

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Judi yang dihalalkan!

Sekarang ni banyak betul peraduan berbentuk sms yang dianjurkan oleh berbagai pihak. Sudah tentu ada pihak yang mendapat keuntungan, kalau tak, idakle diorang buat! Yang rugi sapa?? Pengguna yang tak menang... Hadiah-hadiah kemenangan ni sapa yang 'taja'? Sudah tentu peserta2 yang kurang mampu. Kenapa pulak yang kurang mampu? Pasal yang mampu dah tentu hantar paling banyak penyertaan.. pemenang bukan semua.. kekadang tu sorang je!

Yang paling baru dan mungkin paling hebat kot sekarang ni, pengusaha telco sendiri yang buat peraduan (tak perlu aku hebahkan siapa telco ni). Hadiah boleh tahan.. satu kereta mahal setiap hari selama 100 hari. Anggaran aku kos untuk semua adalah dalam RM14 juta kot. Banyak tu! Sapa yang tanggung? Lagi sekali.. peserta yang tak menang.

Pengiraan mudah ilmu hisab yang aku buat:

Kos satu SMS=RM5.00
Untuk mendapat mata yang BANYAK, peserta kena jawap banyak soalan. Aku anggarkan purata 100 soalan seorang. Mungkin ada yang lebih.
Jadi seorang kena belanja RM500.00
Kalau ada 1000 orang peserta = RM500 x 1000 = RM500,000. (untuk sehari)
Dah boleh cover untuk 3.5 buah kereta (seminggu),2 hari je dah boleh cover seminggu!. Siap ada lebih lagi. Maknanya, kalau trend peserta sama sampai ke habis peraduan (14 minggu 3 hari)... dapat RM25 juta tu. penganjur memang untung gila2 punyalah! Itu anggaran kasar aku.. mungkin lebih lagi kot.

Sapa yang rugi? Peserta jugak...kan judi tu.. setakat soklan:- sapa penyanyi soprano? 1. ning baizura. 2. neng yatimah... takkan tak reti jawap kan.. sampai RM5 tu harga soklan mudah tu.. (camno aku buleh tau? aku try la jugak... terkena terkena...!!). Masa promo kat berita tu kan ada la salah sorang dari pihak penganjur kata, "Anda boleh menang dengan sekadar menghantar 2 sms je!". Penipu!!

Jadi.. sapa2 yang nak cuba nasib tu.... fikir la masak-masak!

May 30, 2008

Gila kerja atau kerja gila - Siri III.2

Malam tu.. dalam lebih kurang jam 2.00 pagi.. baru le ok semua. Mata dah semakin berat.

"Nak balik gak ke?", tanya Mr M.
"Aku tak kira. Apa jadik pun aku nak balik. Takpe aku drive!", aku balas.

Terus start enjin persona yg baru tu. Bedesup masuk highway. Sebenarnya aku dah rasa melayang je time bawak keta tu. Semangat nak balik punya pasal, belasah je. Sambil2 tu kitorang buat la lawak ke, nyanyi lagu ntahapa-hapa.. nak ilangkan ngantuk.

Sampai kat R&R Tapah dalam kul 5 lebih. Ingatkan ada Highway Hotel.. takdak la pulak.. tido je la dalam keta. Dalam kul 7 tu, bangun je teruskan perjalanan.. sampai kat rumah mentua aku dekat2 kul 9 pagi. Masuk je rumah nampak isteri dng anak2 aku... hilang dah rasa letih... huhuhuh... hari tu aku tak gi kerja dah.. ngantuk gila!

May 29, 2008

Bapa Borek, Anak Rintik



Maknanya: Anak ikut perangai bapaknya (biasanya perangai yang tak elok).

Atau boleh juga: Ayah hensem, anak pun hensem juga.... ahahahahaha

Gila Kerja atau Kerja Gila - Siri III

Banyak sungguh aku punya posting dalam satu jam ni. Aku takde kerje ke tengah malam buta ni? Apa bikin brader?... aku kat spital ni haaa... ceritanya...

Kerja FAT hampir selesai. Tak dapat selesai sebab ada halangan yang tak dijangka. Lepas terangkan kat bebudak support apa nak buat besok, aku dng mr M pun angkat kaki. Masa tu semua ok je... segalanya berjalan lancar...

Dalam perjalanan balik tu, sempat lagi singgah kat SGP pekena Key's Char Keowteow.

Hati makin ceria dah dekat sampai Pulau Pinang... maknanya dah dekat 1/3 perjalanan nak sampai KL. Tetiba ada panggilan ke telepon genggam Mr. M.... bunyiknya mengerikan... semua sambungan SAN ke unix machine tak ada... I/O error!! Ahh.. sudah la pulak.. apahal!! Aku dah semakin seram....

Mr. M kejap kejap cakap, "kena patah balik ni.. kena patah balik ni...". mangkin berat la pulak stereng keta aku rasa... cehhh...

"Tak payah kot. Suh diorg reboot je..", sanggah aku nak nyedapkan hati.

"Mana boleh. VCS lagi tu.. bukan boleh gitu je. Besok diorg nak go to hell tu.. eh Go-Live".

"Aiseh... kena ke....".

Akhirnya... masuk kat exit Jawi.. patah balik ke AST.

Ni skg kat AST la nih.. tak setel lagi... huhuhuhu..

May 27, 2008

setitik nila mencemar susu

Functional Acceptence Test (FAT) yang kami jalankan hari ni tak dapat selesai disebabkan oleh kesilapan kecil yang tak langsung dijangka. Entah malaun mana yang telah menutup salah satu dari suis di PDU, ujian punca kuasa jadi gagal. Sudahnya terpaksa tunda sampai besok. Kalau tak besok pagi sesudah subuh kami dah boleh angkat kaki daa.... dah takdirnya begitu...

Anyway, ada beberapa kelebihan akibat dari kejadian ni. Memang sentiasa ada hikmah disebalik setiap kejadian.

"Korang ada kat sini sampai bila?", soalan yang keluar dari mulut Uncle. Dan jawapan yang kami berikan hanya senyuman... hua hua hua... kalau kata, "Besok kitorang balik KL!". Ada harapan kena stay sampai hari Sabtu. Takoootttt.....

Harap2 esok semua berjalan lancar seperti yang dirancang.

May 13, 2008

Pelanduk tak akan lupakan jerat

Aku dapat email pasal kes gores dan menang dari seseorang yang pernah terkena. Walaupun dah banyak peringatan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan, masih ada lagi yang terpedaya. Aku pun hampir terpedaya jugak dulu.. diorang berlakon memang macam real je... salah sorang yang datang kat rumah aku tu sampai meleleh ayor liur masa duk lompat2 kata aku buleh menang Proton Perdana V6... mujur le aku layan sekadar nak ngabiskan masa diorang... huhuhuh...

Sila baca kisah berikut yang boleh dijadikan pengajaran...

-To share with U all-


Assalamualaikum & salam sejahtera kawan2 sume!
1st sekali, aku nak mintak maaf kat kawan kawan aku yg berbangsa Cina,
sebab mungkin apa yg aku tulis ni akan mengguris hati korang. But this is
for the sake of all races in Malaysia, i have to tell you guys the truth
about those scum bags at Nabinco Network!

Cerita nya camni...

25th April 08 6.30pm, ada sekumpulan 4 orang remaja Cina, 1 perempuan, 3 lelaki lepak kat depan The Store Semenyih. aku nampak diorang bawak beg dgn pegang kertas macam voucher, aku buat bodoh dan masuk je.. lepas keluar dr the store, masuk dlm kereta aku ada sorang budak Cina nama Tony approach aku. terpaksa la bukak tingkap sket. Dia pun tanya aku pernah menang apa2 x dari Tesco ke, Power Root ke? aku cakap x pernah.. oleh kerana aku x pernah menang apa2, dia kata company dia bagi aku peluang untuk menang kereta, motor dan cash money yg bernilai lebih RM4K! so, dia bagi voucher aku pun buka laa...

tiba tiba dia terlompat lompat cam beruk! "fuiiyooo abang!!!
abang betul ka x pernah menang apa2? abang ada chance menang kereta toyota altis woo...!!!" si tony tu la yg cakap camtu... bukan aku... dia tunjuk kat aku voucher yg dia buka tadi, ada gambar microwave oven n foot massage... kat satu lagi page color merah ada bulat warna silver.. dia kata nak tau hadiah apa, kena pergi office dia, nak scan....aku cakap kat dia, kalau kena beli barang, aku x nak... dia pun dgn muka x malu, masuk dlm
kereta aku yg x berkunci tu (bodoh nya aku ) dan ajak aku pergi ke office dia utk check apa hadiah yg aku dapat.

dlm kereta, menghala ke office dia
kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku) 7pm.. sampai kat office, Tony dgn Mr. Wong ni ajak aku masuk bilik, tiba2 je, diorang pasang lagu cina kuat kuat..

dalam bilik tu, ada la gambar
orang2 yg pernah menang hadiah dari company ni.. Mr. Wong ni pun cerita la kat aku, company ni buat promotion untuk brand diorang nama GENKI.. sebagai customer, aku cuma perlu buat iklan utk promote brg2 GENKI ni. hadiah yg tinggal ialah, Toyota Altis, Persona, Viva, Honda wave dgn cash money yg bernilai RM4K, RM10K and RM50K! mula2 aku x nak dan x yakin, tapi dia push jugak sambil tunjuk keratan surat khabar berita harian, ada sorang makcik dr Penang menang Altis dan sorang Polis dari Putrajaya menang Kancil. dia kata polis tu yakin dgn company ni sbb diorang ada credit card machine. so, apa2 hal, boleh cancel dlm masa 24 jam kalau x puas hati. (tipu!!! bank kat m'sia mana ada policy camtu!! )

so, aku tanya camna nak dapat hadiah2 yg
diorang bagi tau tadi? Wong ni kata, customer x payah beli barang, tapi cuma perlu bayar cukai iklan RM3K. pastu dia janji nak tolong aku, dia kata aku cuma perlu bayar rm1.5k, yg balance rm1.5K tu, dia tolong.. so, aku pun swipe la credit card aku rm500... aku cakap dgn dia next week aku dtg balik lepas dpt gaji..

2nd May 08, 12.00pm, aku ke office Nabinco ni utk bayar balance "Cukai Iklan" tu... aku guna cash rm300 n swipe card rm1100. lepas tu si Wong ni, kenalkan aku pada manager dia Ah Meng.. mamat ni pun ajak aku masuk bilik yg sama, bukak lagu cina kuat2, pastu tunjuk surat perjanjian jual beli kat aku, suruh sign.. dlm surat tu kata, company memberi hadiah percuma dgn berbagai syarat la.. pastu dekat list hadiah2 yg bakal dimenangi, ada la kereta2 seperti yg di sebut oleh Wong hari, tapi yg pelik nya ada additional 1 lagi barang yg si Wong tu x pernah cerita dgn aku.. Jade Mattress yg konon2 nya berharga rm4.6K..oleh kerana credit cad dah swipe,
aku pun x leh nak buat apa, sign je la surat tu.

bila dia scan voucher aku
tu guna sekeping kertas hitam, tiba2 keluar no.12.. rupa2nya aku dapat hadiah jade mattress tu.. dlm hati, cilaka punya orang.. aku dah mula tunjuk muka x puas hati. Si Ah Meng ni bila nampak muka aku camtu, dia kata
jgn risau, dia boleh tolong jualkan barang2 tu.. lepas amik gambar aku dgn
camera phone N70 bodoh dia tu (konon konon nak buat iklan), dia pun call la
sorang buyer yg konon nya nak beli barang tu dgn harga rm3.8K... pastu dia
janji nak dtg rumah aku dgn tauke ni malam nanti..

3pm... aku pun balik dlm keadaan blurr campur bengang sebab x dapat
Altis.. tapi dlm masa yg sama mengharap supaya taukeh ni boleh beli barang
tu malam nanti.. tiba2 si Ah Meng ni call, dia kata kalau aku nak taukey ni
beli semua 3 brg yg aku menang tu dgn harga rm7K, aku kena tambah lagi
rm500 supaya dia boleh keluarkan oven dgn foot massage tu... aku pun pegi
la balik dan bayar rm500 lagi.. dia bagi aku, fruit mixer.. kononnya tauke
tu yg nak.. nanti malam dia call..

9pm ~ 2am, aku pun tunggu dgn bini aku kat rumah.. bini aku dah bising
dah... ntah2 diorang tipu x bang? aku pun dah syak dah.. tapi x leh buat
apa2 coz dah bayar... kol 9 aku call tauke tu, dia kata dia on the way
balik dr Penang.. kol 10 call, dia kata kat Ipoh, kol 12 call, dia kata ada
kat Tanjung Malim, hujan lebat.. kereta x leh jalan.. so, dia mintak aku
tunggu sampai esok.. aku pun tido la dgn hati yg teramat amat sakit...

3 May 08 12pm: lepas balik dari majlis sukan anak aku kat UKM Bangi, aku

pergi office dia, x bukak lagi.. call Ah Meng ni, dia cakap, tauke tu maybe
boleh datang malam ni atau esok... aku dah mula bengang n marah dia... dia
cakap, dia pun takut jugak sbb duit dia pun dah keluar rm600.. aku mula
syak something wrong..sampai rumah, bini aku bagi idea yg tersangat sangat
bijak, sampai aku terasa aku ni betul2 bodoh orangnya.. bini aku kata, cuba
cari nama company ni dlm internet.. bila aku tekan je Google Search nama
Nabinco Network ni, baru la keluar byk complain2 org2 yg dah kena tipu dgn
syarikat ni.. korang x caya, cuba surf website ni yg ditujukan khas utk
org2 yg dah pernah kena tipu! . http://www.welleywatch.heritage-tech.net
rupa2 nya aku confirm kena tipu.. sampai ke hari ni, si Ah Meng dan kuncu
kuncu nya, sekor pun x call aku untuk beli balik barang2 tu.. kalau korang
baca komen2 yg ada dlm website tu, company ni dah lama dah buat kerja ni,
cuma last year guna gores dan menang, tahun ni guna voucher hadiah plak..
modus operandi sama, guna remaja Cina yg berasal dari Penang atau Perak,
aku tau sbb diorang cakap hokkien. tugas diorang cuma untuk ajak bakal
mangsa macam aku pergi jumpa supervisor dia macam si Wong & Ah Meng tadi
tu.. gaji yg diorang dapat ni kira ok la utk lepasan SPM, rm1.2k.. based on
report dlm website, almost all mangsa dapat hadiah jade matress tu...
pastu, diorang ada 1 persamaan, ejen ejen penyangak ni, sume ada kuku
panjang kat ibu jari kiri mereka..

4.30pm: aku pergi buat police report kat Semenyih, police yg amik

statement aku tu kata, ada sorang makcik buat report kena tipu cam aku gak
semalam (Jumaat 2nd May)..dia kena ajak kat Econsave, Semenyih.. tapi dia
kena lagi teruk!! RM37K beb.. aku ni... adeh... tapi yg menghampakan ialah,
polis pun x leh buat apa2, sbb ada surat jual beli oleh Nabinco ni..
padahal, aku x dapat pun...

4th may 08: aku tunggu gak la si bangsat Ah Meng tu call.. seperti yg

disangka.. abuk pun tarak.. aku sms kat boss, mintak cuti.

5th May 08: setelah buat
surat "cooling off 10 days letter", aku, wife
dgn anak2 aku pegi ke KPDN Putrajaya utk buat report Tribunal pengguna.
rupa2 nya dah ramai org yg kena. cuma dulu nama company dia lain, Worldwide
Freshway Sdn Bhd., HQ kat bukit Mertajam nama Welley Corporation. masa aku
buat report tu pun ada sorang brother dari Shah Alam pun kena oleh Nabinco
ni, RM5K.. pergh... lepas abih report kat TTPN tu, aku pergi penguatkuasa
KPDN kat tingkat 2, utk buat statement. Diorang pun kata, x cukup kuasa utk
suruh company camni tutup kedai.. so, aku pun boleh doa je laa...

5.00pm: aku dah anta bini aku balik rumah, aku pegi balik ke Nabinco ni

utk bagi diorang surat TTPN, report police dan cooling off letter tu. nasib
baik mangkuk ayun 3 ekor tu takde kat situ, kalau x.. nahas lu orang! aku
mintak sign dgn chop company dr clerk dia dan aku blah.. terima kasih kat
tajul sbb jadi body guard aku hari tu...

5.30pm: aku nak pegi beli teh tarik tongkat ali kat The Store..sampai

saja kat parking, aku nampak 6 orang geng geng Nabinco ni sedang beroperasi
menipu sorang makcik dan sorang brother melayu.. aku pun naik angin, aku
parking, pergi dekat makcik tu, direct aku cakap, "kak! jgn percaya cakap
diorang ni!! saya baru kena tipu RM2.4K!! ada sorang lagi makcik kena
RM37K!" makcik tu pun buat x layan dgn budak pompuan Cina tu... pastu, aku
pergi kat brother melayu dlm myvi plak, cakap benda yg sama kat dia.. pastu
aku blah, tengok2 diorang masih lagi push brother myvi tu.. aku bengang,
terus capai digital camera aku, amik gambar diorang.. salah sorang dari 6
orang tu, dtg marah aku..dia tanya apsal aku amik gambar dan ugut nak pukul
aku. aku blah sambil tunjuk, F$%K U!! kat dia.. pastu aku masuk balik
kereta dan blah dari situ.. pegi econsave plak.. rupa2 nya ada lagi 2 orang
kat situ.. aku pun buat benda yg sama dan amik gambar 2 org mangkuk ayun
tu.. sampai kat rumah, aku x puas hati lagi.. berapa ramai lagi orang yg
akan tertipu oleh Nabinco bangsat ni??!! aku call polis kajang... diorang
pun anta peronda dan mintak aku ke The Store balik.. bila aku sampai situ,
beruk2 Nabinco tu dah blah.. aku pun buat statement sambil request kat
polis tu, kalau boleh datang la ronda kat sini setiap hari dlm pukul 5
hingga 7pm...

So, itu cerita aku, yg aku mintak dari korang ialah, tolong sebarkan cerita

ni kat kawan kawan dan sedara mara anda! kalau ada sapa2 yg dah terkena cam
aku, bagi e-mail aku kat diorang, aku boleh cuba usahakan untuk tolong
diorang dapatkan balik duit diorang.. sama sama la kita bekerja sama utk
menghapuskan makhluk2 yg kurang ajar mcm diorang ni..
kepada member2 chinese, kalau u all ada kawan atau saudara mara dari utara
yg kerja dgn company ni, suruh diorang balik dan insaf..
kalau nak cam diorang ni senang je, ada bwk voucher warna hijau or putih,
pastu bwk beg dlm ada voucher, pakaian selekeh, yg lelaki pakai selipar
je.. aku ada attach gambar dlm e-mail ni, mintak tolong sebarkan pada
kawan2 di seluruh malaysia ok!! semoga korang x terkena cam aku...
Thank you!


** END **


Sahabat.. moralnya.. jangan mudah percaya untuk mendapat kesenangan dengan mudah. Bukan senang nak senang, dan bukan payah nak payah!!

May 09, 2008

Syukur diatas kurnia-Nya

SALAH satu sebab yang membuat hidup ini tidak tenteram adalah terpedayanya diri oleh kecintaan kepada harta dan dunia. Orang yang terpedaya harta akan sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimilikinya. Akibatnya, dalam dirinya wujud perasaan yang mencerminkan bahwa ia sangat jauh dari rasa syukur kepada Allah.


Orang-orang yang mencintai dunia akan selalu terdorong untuk mencapai segala keinginannya, walaupun harus menggunakan pelbagai cara: menipu, bohong, mengurangi timbangan atau sukatan, dan sebagainya. Ia juga tidak menyedari, bahawa harta hanyalah ujian dari Allah.

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: 'Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku'. Sebenarnya itu adalah ujian, tapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui" (Az-Zumar 39:49).

Ayat tersebut menunjukkan adanya orang-orang yang tidak tepat dalam menguruskan harta dan dunia yang diberikan kepadanya. Ia menyangka, ketenteraman hidupnya ditentukan oleh banyak-tidaknya harta yang ia miliki, besar-kecilnya tempat tinggal, tinggi-rendahnya kedudukan dan pangkat yang disandangnya.

Ketenteraman hidup sesungguhnya hanya dapat diraih melalui pengurusan yang tepat terhadap harta dan dunia, sekecil dan sebesar apa pun harta yang dimilikinya. Sikap demikian dikenal dengan sebutan qanaah, yang bermaksud merasakan kecukupan dan kepuasan atas harta dan dunia miliknya.

May 08, 2008

Beraja di mata, bersultan di hati

What would you react if your superior said this to you?

"I recognize that some of you.. you Ahmad (bukan nama sebenar) , Nur, etc.. etc.. has an outstanding performance during your service with the company. I want you to keep it on.. bla.. bla.. bla..".

Would you say thank you? or Please don't mention it.. or.. no reaction at all!!

I rather say that I would not give any reaction on that because that was just a statement to keep us calm. I don't think that it was honestly come deep from the heart. I can feel it. I don't want a big reward for whatever I have done. I just want it to be fair to every one of us.

If you treat us as below average, then from now on.. I will work as what you wanted it to be!

April 29, 2008

Harapkan pagar, pagar kena makan


Minggu lepas dan minggu ni penuh dengan aktiviti menghapuskan virus di beberapa tempat. Sekarang ni kat kawasan parlimen aku.. kena virus sality... hampes betul antivirus yang kompeni aku beli nih.. ada ke tak buleh nak clean. Sampaikan antivirus sendiri kena... bak kata pepatah, "Harapkan pagar, pagar kena makan".

Terpaksa gunakan antivirus lain buat sementara.. harap2 hari ni setel la.. letih dah ni...

April 21, 2008

Bulan Gerhana Sekali Sekala

...sambungan

Malam tu kami restore semua data user (profile dan home) ke server sementara. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya lama.. akhirnya kami tinggalkan lah dulu... fikiran pun dah tak betul... sambung keesokan hari la ye...

Hari esoknya sampai site jam 11 lebih kot.... matahari dah 3 ke 4 galah tinggi... rupanya restore process habis lebih kurang jam 5.00 pagi.. tu dia.. kalau tunggu.. jadi burung hantu la kami.

Then, kami create user berdasarkan list yang di ekstract dari coe dan yang boss bagi. Actually, senarai ni sama je rupanya... huhuhuh... rupa-rupanya.. list tu very outdated.. ntah tahun bila.. maknanya banyak userid baru kena buat... apa lagi.. taichi ke support person.. kesian diorg jadi mangsa... tapi kan dah lama melahu.. ok le tu...

Yang aku frustrated.. punya banyak fail2 lagha dalam profile dan home folder user.. dari mp3, avi, wmv, mp4.. dan segala bagai punca kelalaian manusia.. besar2 tu semuanya... aku jumpa je terus padam.. padan muka... hua ha hau.. lagu raya sekali aku padam... kurang meriah la raya diorg tahun ni...

abih tu... bagi briefing kat support engineer mcm mana nak troubleshoot problem yang may occured. Lepas tu kami terus tak pandang belakang dah.. terus angkat kaki.. semangat berkobar2 nak keluar terus dari kawasan tu... badi siut...

Malam tu takde aktiviti menda pun. Makan kat Marang... tapi kalau makan dengan aku biasa la.. hahahaha.. tak meriah punya sebab aku ni makan memang sket je... perut kecik! Lepas tu balik tido... takde nak berlazat2 la weih... hehehehe... tanya la dengan aku kalau ada snooker ke, karaoke ke.. apa2 ke.. aku memang tak tau kat mana adanya benda2 lagha tu... Pantai Batu Buruk aku tau le.... nasib le engkorang.... huhuhuh... esok nak balik KL.. yeyey....

April 16, 2008

Kala Bulan Mengambang Siang

I am now at Trengganu. This is my 3rd trip to Setiu within this two months. First and second effort to be a hero was fail. I will make this trip the last, whether it will be success or I will quit!

Normally I will take a taxi to go to KL Sentral from PD. However, this morning the pakcik drebar taxi had turned my mind to take a train instead. He told me that it would be faster. For me, it is not a matter of time because I am not rushing for anything. Maybe because of I see him just in my atuk age, I just agreed. It cost me RM3 from my mother in-law house to PD Komuter Station. Another RM1 from PD to KL Sentral. Hmmm.... I just save RM1!

Having a breakfast at McD… a cup of hot Milo and Bubur Nasi is good enough for me. I called up my friend while on the train to KLIA.

“Pak Ya! Ada masa tak? Aku on the way gi KLIA ni.. minum jom”.

“Alamak Mi.. aku ada meeting la kejap lagi. Lain kali ek..”, he responded.

“OK. Nanti balik aku call lagi”, I replied.

At KLIA, we check-in at self service kiosk. It is quite fast. However, you still need to check-in your luggage thru the counter. After 45minutes flying, I was at KT Airport again. I come with two engineers to help me up.

I, immediately went to car-rental counter looking for Iskandar but he is not there. Hmmmm.. where is he.

I called him up, “Bang.. kat mana? Nak ambik keta nih!”.

“Alamak! Saya kat Dungun ni. Keta ada masalah la”.

“Abih takde keta la ni?”.

“Iye la. Try tanya kat kaunter sebelah”.

“Abih.. payment macam mana?”

“Kena bayar sendiri dulu la…”.

Waduh.. waduh…. Again…

Whether I like it or not, I have to rent a car from another company which I have to pay upfront. Otherwise, we may travel by bus. Another RM300. What the *tuut*. We are running out of time now, and running out of money as well. But our work stills a long way to go. I have no time to think of this unexpected problem. I just say, “Ok lah bang. Janji ada keta!”.

Upon arriving at HS, we started our work immediately. Until now (10.59pm).. still in progress…

April 15, 2008

Chantek


Pa ra ra ra..
Pa pa pa ra..

Hey wanita..
Gembira dapat berjumpa..
Teringat kembali kali pertama kita bersua..
Ingat bila kita bersepatu serupa..
Tak lama dahulu,jangan kata kau dah lupa..
Kau bersama kawan-kawanmu dan yang nyata..
Kau paling menyerlah diantara mereka..
Rambut hitam,warna cokelat anak mata..
Membuat aku kurang fasih bila bicara..
Apa kata kita ambil sedikit masa..
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya..
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa..
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya..

Cantik..
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka dijiwa..
Oo cantik,sungguh aku cinta kamu..

Dia pandai menjaga hati ayah dan ibunya..
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga..
Dia bisa cipta yang gula dari yang cuka..
Pandai menukar yang duka kepada suka..
Dia bijak mengatur acara dan juga masa..
Cekap memasak garam gula secukup rasa..
Dia pandai menjaga harta dan juga duitnya..
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya..
Dia setia pada Yang Esa,satu-satunya..
Memenuhi tanggunjawab lima waktunya..
Dia punya tempat dalam rancangan yang ku rangka..
Tak usah lengah ayuh kita berumah tangga..

Cantik..
Secantik suria menyinar..
Seindah bunga yang ditaman,mekar..
Cantik..
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka dijiwa..
Oo cantik,sungguh aku cinta kamu..

Aku melihat kita bersama dihari tua..
Dia masih satu,tiada empat tiga atau dua..
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa..
Kau tetap cantik padaku,aku tak lupa..
Kita bersama dianjung luangkan masa..
Kewangan kita merdeka mampu bersara..
Hasil usaha kita dari masa dahulu..
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu..
Hidup santai tak perlu terburu-buru..
Punya masa kejar ibadah dan juga ilmu..
Anak kita dan ayahnya semua sebulu..
Aku bilang kau cantik dan mereka setuju..

Cantik..
Secantik suria menyinar..
Seindah bunga yang ditaman,mekar..
Cantik..
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka dijiwa..
Oo cantik,sungguh aku cinta kamu..

Pa ra ra ra..
Pa pa pa ra..


ALTIMET FEAT. ADEEP FABOLOUS CAT

Non-Technical or Technical

Some of my colleagues asked me why it is no more technical writing in my blog recently... I am thinking of forming another web log which will be only technical writing in it. From now on, this blog site will have no technical writing anymore. Why? I don’t want people to mingle around within these pages wishing that they may found a solution for something, but end up for nothing.

I admitted that I am not good of writing any technical writing. It is just a reference site for me in future. I have my own library which can be accessed anywhere in the world provided that there are internet connection available. I will not bear any responsibility if other people using my reference and cause any damages or loss to any organization or personnel.

If you don’t like to know about any part of my personal life or thinking, it is up to you. Some people may think of what should we write in the blog. For me, it can be anything that you can think of. Why should we show our emotion, wish, knowledge or whatever it is to the public? Sometimes, we need to express those things to somebody but nobody interesting to hear that. Maybe we just want to share our thinking or knowledge. Even maybe we just dedicated our blog to someone. Who knows?

April 14, 2008

Gila Kerja atau Kerja Gila - Siri II

Sampai jam 4.30am... masih belum selesai.. mata sudah semakin berat, fikiran melayang entah ke mana.... letak kepala je dah lelap.. tapi dalam nam saat je kot... hua hua hua...

last2 aku angkat barang2 aku semua dengan badan2 aku sekali masuk kat keta... dba misteri dan others masih lagi dok observe progress...


aku ambik plastik yang aku isi dengan baju2 kotor aku.. letak kat seat belakang.. jadi alas kepala... the best pillow ever in the world... lepas tu dah tak sedarkan diri...

"ketuk! ketuk!"... sedar2 dba misteri dah ketuk cermin keta... tengok jam dah pukul 7.00 pagi... "siap ke?", aku tanya. Dba misteri angguk-angguk... "Orait... kita chalooo", respon aku. Start enjin keta.. terus bedesup nak kuar dari kawasan tu. Konfiden je aku pusing2 cari jalan nak kuar.. padahal last sekali aku datang situ dalam 4 tahun lepas kot... hua hua hua.. jauh beza dah sekarang... sesat la sikit.. tapi at last jumpa jugak jalan keluar..

terus masuk highway.. sarapan kejap kat hentian machap.. teruskan perjalanan.. anak2 aku dah tak sabar tunggu.. kejap2 call.. kejap2 call... akhirnya jam 11.30am.. sampai kat PD, KL.... asta lavista bebeh...

April 12, 2008

Gila Kerja atau Kerja Gila

Aku tak pasti sama ada kami "gila kerja" atau buat "kerja gila". Yang pasti, hari ini aku dan en DBA bersarapan di Alor Star, makan tengah hari di Ayer Keroh... tapi dah petang pun masa tu.. dan makan malam di Johor. Sempat juga aku singgah kat rumah kakak aku sebab bawak adik aku sekali balik kg. Ikut plan adik aku balik naik bas esok, tapi sebab aku kebetulan kena berkejar ke Johor malam ni, bawak je sekali.

Sekarang ni jam dah pukul 1:29am 12 April 2008. Kami masih di ITD HSI... ntah bila nak abih ntah.... huaaaaaa...


Masa ni baru lepas pekena "kopi bakaq" kat Kopitiam Alor Star. Uncle Misteri control hensem. Kat belakang tu En. DBA Misteri dan Cik SE Misteri

Aku masih di Alor Star pada jam 11:12 pagi.

Pada jam 4:17pm.. kami sampai di exit Kajang. Yeyyeyy.. dah dekat sampai rumah.. tapi aku singgah rumah je, ambik adik aku daaa..

Jam 7:08pm.. dah sampai Ayer Hitam, Johor.

DBA misteri berlatarbelakangkan tasks untuk HA Activity

Tu dia... jam 11:10pm... kami di HSI... sampai bila ntah nak abih.... huhuhu

April 03, 2008

Memory Lost

Memandu ke Setiu dari KT melalui jalan menyusur pantai. Ada la nampak pemandangan yang agak menarik. Capai kamera, on.. elok2 nak snap je... keluar mesej : "NO MEMORY CARD"... apahal pulak!? aku check kat tempat memory card tu.. ada kat dalam. Dah rosak ke?? Aku cabut kad masuk dalam notebook aku, elok pulak dia... ahhh.. sudah!! Kamera aku ke yang bersalah dalam hal ni..??

Nanti la aku try sumbat jugak memory card tu. Kalau tak buleh gak, maknanya memang kamera tu dah sampai masa nak kena tukar. Tapi RM takde la pulak.... nampak gaya kena tunggu bonus petronas la pulak.. buleh tambah lagi loan. yang lama pun belum bayar.. huhuhuh...

Mahal tu aku beli kamera tu dulu. Walaupun cuma 3.2megapixel, kalau tak silap dekat RM1000 gak aku modalkan siap dengan memory card 1GB. Masa tu mahal tu. Sekarang 10megapixel pun ada yang seribu lebih sket je... huhuhu..

Tungguuu....

Ulangtahun ke-9

Pagi ni sambil memandu ke Setiu, layan Sinar.FM. Diorang sebut pasal annivessary. Baru aku teringat, pada 29 Mac lepas merupakan ulangtahun pernikahan aku yang ke 9 tahun. Dalam tahun Hijrah pada 11 Zulhijjah 1419. Sehari selepas sambutan hari raya aidil adha. Tapi tarikh sambutan adalah pada 29 Mei 1999. 'Nikah gantung' kata orang. Gantung ke sangkut ke... kan dah halal.. heheheh...

Alhamdulillah, hingga hari ini perkahwinan kami bahagia dan aman. Semoga terus berkekalan dan semakin bertambah kasih sayang dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin.

March 22, 2008

Petua Menjaga Hati Isteri

Senarai petua ini aku dapat dari satu laman web mengenai rumahtangga. Tak semestinya semua orang akan setuju dengan petua2 ini. Bagaimanapun, aku rasa kebanyakannya memang aku amalkan, mana yang sesuai.. dan alhamdulillah.. sehingga kini kasih sayang kami semakin bertambah..

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

March 10, 2008

Hari Wanita

8 Mac merupakan hari wanita sedunia. Sempena dengan hari wanita ni.. nak ucap apa yek? kalau raya tu boleh la jugak mintak mahap zahir batin ke hapa ke...? Habis hari lelaki bila?? hari-hari merupakan hari lelaki...

Apa sejarah hari wanita ni ye? macam mana pulak boleh ada hari wanita?

Peristiwa yang mencetuskan sambutan itu berlaku 151 tahun dulu iaitu pada 8 Mac 1857. Pada tarikh itu, satu mogok besar-besaran diadakan oleh beratus-ratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York.

Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji amat rendah, masa kerja panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan.

Lima puluh tahun kemudian, pada Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai Hari Sambutan Wanita Sedunia. Pada tahun 1975, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula merayakan 8 Mac sebagai Hari Wanita Sedunia.

Itu sejarah hari wanita sedunia. Kalau nak meraikan apa-apa golongan pon, wanita ke, ibu ke, isteri ke, bapak, anak, atuk, pak menakan belah mak ke... tak payah ada hari spesel pon. Pada aku (pandangan peribadi, bukan mewakili mana-mana NGO atau parti politik berhaluan kiri)... wanita ni sentiasa spesial. Dalam Islam sekalipun, martabat wanita adalah tinggi sebenarnya... cuma orang yang tak faham je kata lelaki lebih baik darjatnya. Sekalipun kalau dah kawin, adalah tanggungjawab suami untuk menjaga isteri. Wajib memberi nafkah zahir dan batin. Kalau ada anak, tanggungjawab suami yang kena beri nafkah anak2.. Tanggungjawab isteri menjaga maruah suami. Jadi, mana lebih best? Banyak lagi fakta sebenarnya.. tapi aku bukan pandai sangat nak mengulas isu-isu macam ni. Yang penting aku faham apa tanggungjawab aku, apa tanggungjawab isteri2 aku...opppsss... isteri je..


Banyak pulak ayat aku yee..

Macam mana pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita. Semoga semua wanita yang aku kenal mahupun yang mengenali aku sentiasa di dalam keadaan selamat dan sihat.

Tikuih...

Minggu lepas aku perasan roti berterabur kat dapur rumah aku. Lepas tu ikan bilis dalam plastik pun mcm ada makhluk halus yang kacau. Aku tak rasa kucin, sebab merata aku cari tak jumpa. Lagipun takkan kucin nak makan roti sandwich kan...

Semalam kebetulan la pulak aku duk sorang2 kat rumah sebab isteri aku otstation.. so anak2 aku mcm biasa duk kat rumah mentua aku. Adik aku pulak balik kg... cuti sekolah...

Kalau aku sorang, aku tido tak tutup pintu... macam2 lagi la tak tutup.... tgh layan tgk badminton all-england sambil tgk keputusan pilihanraya, nampak kelibat satu lembaga masuk bilik aku.... cehhh..... aku terus bangun sambil ambik penyembur lipas.. gi check... tak ada apa2 pun.... tak pueh hati.. ambik lampu suluh... ushar belakang kabinet.. tu diaaaa... cik ti daaa.... tapi mata cik ti tak macam mata kucin kan... tak bercahaya...

dah nampak tu.. aku terus la sembur.. harap2 cik ti tu pensan ke, pitam ke.... aku ushar lagi.. hilang dah... siut betul.... lantak le... lepas tu aku tutup pintu.. bior dia tak bole keluar...

sampai pagi tu ada la kejap2 macam makhluk tu dok menggeronyeh kayu.. kat mana ntah.. tak kuasa aku.. ngantuk daaa....

so... esoknya aku pi la carik perangkap tikus yang jenis tak kasi mati tu... kebetulan ada la tinggal satu kat bintang... belasah je la beli...

sampai rumah aku naik atas dengar makhluk halus tu tengah menggeronyeh sesuatu.... aku masuk bilik je terus senyap.... abih pintu bilik aku dimodified makhluk tu.. siut betul...

aku terus bubuh roti dalam itu perangkap, buh dalam bilik air... keluar tgk tv kat bawah.. kasi tutup pintu...

dalam kul 12 tu aku masuk bilik.. tu dia.. cik ti sudah masuk dalam perangkap... hua ha hau hua...
besar gak makhluk halus tu.. aku ingatkan kecik je. aku jangka masuk ikut tingkap.. pasal tingkap dapur aku sentiasa bukak kecik.. kasi tutup la sekarang...

pagi tadi aku pun lepaskan cik ti tu kat rumah kosong sebelah. tak sampai hati aku nak hapuskan makhluk halus tu... walaupun cuma seekor tikus.... yang penting.. harap-harap dia tak torai la masuk rumah aku lagi... pi la carik makan kat tempat lain.


Pintu bilik aku yang digeronyeh makhluk halus

Ini la dia the culprit!

March 07, 2008

Romantic Dinner

Semalam, selepas perbincangan hangat tentang perancangan untuk masa hadapan. Aku sebagaimana biasa ambil isteri aku dari tempat kerjanya. On the way balik, lalu belakang hotel Crown Plaza Mutiara (dulu Mutiara Hotel). Hangat hati punya pasal.. keluar dari mulut aku, "Jom kita lepak minum kat hotel ni!". Terus aku masuk parking... pegi la kat Planter's Inn . Order air oren dua cawan. Lepas minum, terus bayar. Ini lah resitnya...
RM41.40 harga 2 gelas air oren. (termasuk servis charge - mcm main badminton pulak, dan 5% cukai kerajaan barisan nasional). Pehhhh... mau tahan 2 minggu rasa air oren ni kat tekak aku.

Sebenarnya, ayat, "Jom kita lepak minum sini!" adalah ayat berlagak je. Cerita betulnya, wife aku dapat baucer makan malam percuma kat situ sebab dia organize Ladies Executive Night kat situ. Unfortunately, beverages are excluded. Pasal tu la kena bayar minum air oren dua cawan tu.

Yang ini pulak sate kambin dengan ayam, abc dan buah-buahan.

Dalam perjalanan lepas makan free tu ke PD (Pantai Dalam), jem gila tapir kat NPE. Dalam pemikiran aku yang suci ni dah agak dah.. tentu ada kempen calon PKR kat situ... memang sah betul. Entah mana datang orang ramai berbondong-bondong ke sana. Bak kata ceritera lama, "yang capek datang bertongkat, yang buta datang berpimpin, yang hensem datang mencarik jodoh". Yang aku tensen tu, ada la pulak yang berfikiran ala tapir... parking kereta sesuka hati... melintang pukang mengganggu perjalanan aku daa.. Reformasi tu, reformasi jugak bang.... pemikiran tu kena reform jugak... jangan kat takuk lama.

Dah la time tu ujan lebat. Ada yang sanggup duk tepi highway tu je dengar ceramah dalam hujan. Kalau nengok gambar atas ni, ada la nampak payung sikit2 belah kanan atas tu diorg la. Tapi tak berapa nampak sebab kamera aku agak gagal kalau kurang pencahayaan.. Aku takut diorang demam je time pilihanraya nanti.. tak dapat pangkah undi. Tu baru betul nama dia "Demam Pilihanraya".

Apa-apapun kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, selamat menjalankan tanggungjawab anda mengundi esok. Berfikir dengan waras.

March 06, 2008

Poligami

Hukum poligami dalam Islam: HARUS tetapi TIDAK DIGALAKKAN.

Maknanya boleh, takde masalah tapi kena fikir-fikirkan sebelum meneruskan niat murni tu. Kalau diikutkan nafsu serakah memang boleh saja... tapi cuba fikirkan kewajaran untuk beristeri lebih dari satu berdasarkan artikel di bawah ini.

Memahami poligami
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

Islam tidak mengharamkan poligami, tidak menggalakkan atau menyuruh umatnya melaksanakannya. Ia hanya satu peruntukan yang menunjukkan Allah
membenarkan amalan itu.

MASYARAKAT negara ini tidak pernah luput membicarakan poligami. Terbaru, filem Indonesia yang dikatakan mampu menyedarkan keburukan poligami bertajuk ‘Berbagi Suami’ ditayangkan 11 Januari lalu.

Ada pihak menyokong penayangan itu tanpa menilai kesan buruk kehadiran filem berkenaan, manakala pihak lain terus bersikap menutup pintu dan mengatakan poligami ketentuan mutlak dan tidak perlu dibahaskan.

Dari segi tradisi, apabila isu poligami diketengahkan, masyarakat akan menilainya dari pelbagai sudut. Ia sering dikaitkan sesuatu yang menggembirakan, menarik dan menyeronokkan bagi lelaki manakala sangat menakutkan dan memilukan bagi perempuan.

Tambahan pula, dengan liputan media yang sering mengenengahkan kisah sedih pengalaman pahit yang dilalui golongan wanita yang terbabit sehingga beberapa istilah diberikan kepada wanita yang dipoligami sebagai mangsa poligami lelaki, mangsa ketidakadilan lelaki, mangsa kerakusan lelaki dan sebagainya.

Pelaksanaan amalan berpoligami segelintir lelaki yang gagal berlaku adil pula dijadikan kayu ukur bagi menilai kewajaran atau tidak poligami diamalkan.

Oleh itu, ada suara mendesak supaya peruntukan dan kebenaran berpoligami perlu diketatkan bahkan jika perlu dilarang sama sekali di negara ini.

Amalan berkahwin lebih daripada satu adalah lumrah sebelum kedatangan Islam. Ia juga amalan kaum lain di seluruh dunia.

Istilah poligami ditakrifkan perkahwinan yang mempunyai lebih daripada seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan pada satu masa.

Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu poliandri dan juga poligini. Poliandri merujuk kepada wanita yang mempunyai ramai pasangan lelaki manakala poligini pula seorang lelaki yang mempunyai pasangan wanita lebih daripada seorang. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita, istilah poligami lebih popular dan secara umum difahami merujuk kepada seorang suami yang mempunyai lebih seorang isteri berbanding dengan penggunaan poligini.

Keharusan berpoligami dalam Islam didasarkan kepada ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim, maka berkahwinlah dengan siapa yang kamu suka daripada kalangan perempuan-perempuan lain: dua, tiga atau empat. Kemudian kalau kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka kahwinilah seorang sahaja.”

(An-Nisa’ 4: 3)

Ayat ini dalil terkuat keharusan berpoligami. Ia secara jelas dan terang tanpa perlu berfikir lagi menyatakan seseorang lelaki dibolehkan berkahwin dua, tiga atau empat pada satu masa. Namun begitu, jika seseorang lelaki itu bimbang tidak dapat melayani semua isterinya secara adil, maka berkahwinlah dengan seorang perempuan sahaja.

Keharusan amalan ini juga berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang memerintahkan sahabat yang baru memeluk Islam sedangkan mereka mempunyai lebih daripada seorang isteri sebelum memeluk Islam supaya memilih empat sahaja daripada mereka. Di antaranya Ghailan bin Salamah, Qais bin al-Harith dan Naufal bin Muawiyyah.

Islam tidak mengharamkan poligami dan tidak menggalakkan atau menyuruh umatnya melaksanakannya. Ia hanya satu peruntukan yang menunjukkan Allah membenarkan amalan itu. Hammudah dalam bukunya ‘Family Structure in Islam’ melihat poligami lebih kepada ‘voluntary behavioral measure’ berdasarkan atau mengikut kehendak seseorang yang layak sama ada dia ingin melaksanakan atau tidak kebenaran itu. Sesiapa yang berasa layak dan ingin mengamalkan, ia bukan satu kesalahan. Namun, ia tidak pernah dikaitkan dengan sesuatu amalan yang digalakkan dalam Islam atau berkait amalan yang dianjurkan kerana dengan melakukannya boleh meningkatkan iman seseorang.

Ayat kedua berkaitan kebenaran poligami adalah ayat 129 surah al-Nisa bermaksud: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkapai-kapai.”

Mustafa al-Sibaie dalam membincangkan pengertian adil dalam berpoligami menyatakan ia merujuk kepada kemampuan suami memberi layanan sewajarnya secara adil kepada isteri-isterinya. Suami juga tidak pilih kasih dari segi penyediaan tempat tinggal, pakaian, makanan, giliran bermalam dan dalam semua perkara berhubung pergaulan suami isteri.

Namun, dalam urusan dalaman atau peribadi seperti rasa kasih yang berbeza, gurau senda yang tidak sama dan sebagainya, tidak menjadi syarat di bawah pengertian adil itu. Ayat 3 dan 129 Surah an-Nisa hendaklah dibaca bersama agar kita dapat memahami maksud sebenar.

Ini bermaksud, adil yang disyaratkan dalam ayat 3 itu merujuk tanggungjawab suami ke atas perkara luaran seperti tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, giliran bermalam dan seterusnya. Urusan ini lebih kepada perkara maddi (urusan zahir dan material). Jika isteri pertama dibiarkan hidup susah, menyewa rumah kecil sedangkan anak ramai dan isteri kedua yang baru dikahwini disediakan kehidupan mewah, dibelikan rumah besar dan diberi wang nafkah yang banyak, maka jelas ia berlawanan dengan konsep keadilan yang disebut dalam ayat 3 itu.

Dalam urusan batin pula, ia dianggap terkecuali. Contohnya mungkin suami berasa sayang yang lebih kepada isteri kedua berbanding isteri pertama yang sudah berumur, namun si suami seharusnya tidak melampau dan menunjuk-nunjuk menyayangi satu daripada isteri yang ada, bahkan hendaklah berusaha untuk melayan semuanya sebaik dan seadil mungkin.

Apa yang disyariatkan Allah yang bersifat Maha Mengetahui mempunyai hikmah tersendiri. Begitu juga dengan amalan berpoligami. Kadang-kala disebabkan perlaksanaan silap segelintir lelaki mengamalkan poligami, masyarakat mempunyai persepsi yang salah hingga keharusan berpoligami dalam Islam itu pula turut dipersalahkan.

Kita mengetahui satu sifat Allah ialah Maha Mengetahui. Bahkan Allah menyebut dalam al-Quran ‘Tidak ada yang diciptakan sia-sia’, oleh itu sebagai Muslim, tauhid kita perlu jelas dalam hal ini. Penulis berpendapat, sekiranya seseorang tidak boleh menerima hakikat suami berpoligami, ia berkait kekuatan jiwa menerima ujian itu. Ini sangat berbeza dengan seseorang yang melahirkan bangkangan keharusan berpoligami.

Secara ringkas, antara hikmah poligami ialah:

1. Poligami diharuskan sebagai pembelaan terhadap wanita, terutama wanita tidak berkahwin dan janda. Walaupun pelbagai dakwaan hak yang diperjuangkan, kita tidak dapat lari daripada fitrah kejadian Allah ke atas diri manusia ciptaan-Nya.

Wanita secara semula jadi memerlukan perhatian, kasih sayang dan perlindungan daripada lelaki bernama suami. Bukan kerana mereka akan kecundang dalam hidup apabila tidak bersuami, tetapi kelangsungan dan kesempurnaan hidup tidak sempurna seperti diharapkan melalui fitrah wanita itu sendiri. Apabila bilangan lelaki bertanggungjawab dan sesuai menjadi suami berkurangan kerana pelbagai sebab seperti peperangan, kematian dan lain-lain, poligami boleh dianggap pembelaan kepada wanita.

2. Apabila perkahwinan menghadapi masalah sama ada dirancang atau tidak. Antaranya seperti isteri tidak mampu mengandung sedangkan pasangan ingin keturunan, dalam keadaan ini dengan adanya poligami si suami tidak perlu menceraikan isteri pertama tetapi boleh berkahwin lain demi mendapatkan zuriat.

3. Begitu juga apabila isteri menghadapi masalah tidak mampu melayan naluri suami kerana sebab tertentu seperti sakit, dalam keadaan seperti ini poligami boleh menjadi penyelesaian. Apatah lagi sekiranya kedua-dua pihak masih setia, sayang, simpati dan tidak mahu berpisah. Ini juga boleh menyelamatkan suami daripada maksiat dan zina.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam dan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

February 26, 2008

Sekolah oh sekolah....

Hari ni aku terpaksa ambik time-off sekejap sebab nak ambik anak aku no. 2 balik dari sekolah. Sebabnya hari ini budak2 tahun 1 ada kem bistari solat. Esok untuk tahun 2 & 3, maknanya sekali lagi aku akan time-off kejap. Terpaksa sebab pihak sekolah buat benda ni lepas sesi persekolahan biasa iaitu selepas pukul 1 sampai le pukul 3. Bas sekolah mana ada time tu....

Aku bukan tak suka anak aku pandai solat, tapi kenapa buat pada waktu yang tak sesuai...?? Nama je cikgu sekolah, tapi ntah hapa yang diorang fikir ntah.... mujur le aku ada kat area KL je, kalau aku otstation... sapa nak ambik tu... cikgu besar nak nganto balik rumah?? jangan harap le.... mana ada cikgu sekolah yang ambik tanggungjawab macam tu.... hampesss le....

Ramai la mak ayah yang bersungut pasal tu... kalau ikutkan hati aku, tak payah bagi anak aku gi sekolah hari ni... tapi tak best la kan nak ajar anak2 melawan time kecik2 gini.. kalau dah sekolah menengah nanti boleh la... hehehe.. macam aku dulu...

Kalau nak buat jugak.. ambik je waktu pelajaran Agama Islam tu.... sama-sama tak rugi... cikgu pun tak payah balik lambat, mak ayah pun tak payah mengarut macam ni...

February 19, 2008

HIKMAT DAN FAEDAH BERDOA

Sebagai makhluk atau hamba Allah yang sentiasa di dalam serba kelemahan dan kekurangan sudah barang tentu kita berhajat kepada bantuan dan pertolongan orang lain yang lebih kaya dan lebih berharta, jadi Siapakah gerangan. yang dapat memberi pertolongan kepada kita dalam erti kata yang sebenarnya. Sebagai jawapannya, tentulah tidak lain dan tidak bukan hanya Allah SWT semata-mata yang benar-benar dapat menolong dan membantu hamba-hamba Nya yang sentiasa memerlukan pertolongan.

Oleh yang demikian, janganlah sekali-kali kita berdoa atau memohon kepada sesuatu selain daripada Allah Taala, kerana perbuatan itu termasuk ke dalam perbuatan syirik yang amat dibenci lagi dikutuk oleh Allah SWT. Sebenarnya doa adalah merupakan suatu ibadat yang besar ertinya dalam kehidupan setiap individu Muslim di alam jagat ini di mana ia mendatangkan manfaat dan faedah sama ada faedah kebaikan untuk dunia mahu pun akhirat dan sama ada untuk menolak atau menghindar dari segala bencana dan mara bahaya sama ada yang sudah berlaku atau belum berlaku, ini amatlah tepat sekali sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat al-Hakam);

“Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu. yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku, maka lazimlah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah.”

Dalam sebuah hadis lain pula Baginda pernah bersabda,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat Ahmad);

“Tiada seorang pun yang mendoakan dengan satu doa melainkan Allah akan memberinya apa yang dipinta atau mencegah daripadanya dari kejahatan seumpamanya selagi ia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutus silaturahim”



Berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas sudah jelas bagi kita bahawa berdoa amatlah perlu di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa lebih-lebih lagi di waktu-waktu tertentu yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT yang maha kaya lagi maha berkuasa. Sebaliknya, adalah menjadi suatu kesalahan yang besar kepada mereka yang tidak berdoa kepada Allah sebaliknya memohon kepada sesuatu selain daripada Allah.

Berdoa adalah menjadi suatu bentuk amalan harian bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh sebagai senjata buat mereka, bahkan para Nabi dan Rasul juga sentiasa berdoa kepada Allah di mana doa mereka sering di perkenan dan diterima oleh Allah, selain dari doa-doa biasa, maka Allah Taala memperuntukkan kepada para Rasul itu suatu doa yang paling mustajab lagi dimakbulkan dengan serta merta yang menjadi sakti atau mukjizat kepada mereka. Mereka telah berjaya dan berhasil di mana segala kehendak dan permintaannya itu dimakbulkan kecuali junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang masih lagi menyimpan doa tersebut untuk dipohon kepada Allah di akhirat kelak, ini telah dijelaskan sendiri oleh Baginda dalam sebuah hadis,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat as-Syihaan);
“Sesungguhnya bagi setiap Nabi itu ada doa yang sesungguhnya telah mendoakan dengannya pada umatnya lalu diperkenankan baginya san sesungguhnya aku telah menyimpan atau menyediakan doaku sebagai syafaat bagi umatku di hari akhirat nanti.”

Dalam mencari kemakbulan berdoa, perlu juga mencari masa-masa yang tertentu di mana doa Allah akan makbulkan seperti dijelaskan dalam hadis berikut;

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

Daripada Abi Umamah katanya: “Ditanya orang kepada Rasulullah s.a.w. Bilakah doa yang paling diperkenankan? Jawab Baginda: Ialah separuh malam yang kedua dan sesudah solat-solat yang diwajibkan (solat lima waktu)”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat ibnu ‘Asaakar);

“Ada lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu: Malam pertama dalam bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Raya Fitrah dan malam Raya Qurban.”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat an-Nasa’i);

“Tidak ditolakkan doa di antara Azan dan Iqamat.”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat al-‘Aqiili);

“Tiga golongan di mana doa-doa mereka di perkenankan iaitu; Doa orang berpuasa, doa orang yang di dalam perjalanan dan doa orang yang dianiayai.”

Sebelum dari kita berdoa kepada Allah Taala dengan harapan semoga doa atau permintaan kita itu diterima, maka hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai peraturan dan adab-adab berdoa, di antaranya selain dari kita dituntut membuat pembersihan diri, berwuduk dan menghadap kiblat maka;

1. Hendaklah memujikan Allah Taala terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. mi dapat difahamkan dan sebuah hadis Baginda yang berbunyi:

Mahfum hadis Rasulullah;

“Apabila berdoa oleh seseorang kamu maka hendaklah dimulakan dengan memuji Allah dan memuja-Nya kemudian hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., kemudian berdoalah dengan apa yang dikehendakinya.”

2. Hendaklah mengangkat kedua belah tangannya ke paras bahu ketika berdoa dan hendaklah menyapu ke mukanya apabila selesai dari berdoa. Ini berdasarkan kepada sebuah keterangan hadis;

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

Daripada Omar telah redha Allah kepadanya berkata ia: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila menghulurkan dua tangannya ketika berdoa, tidak mengembalikan kedua-duanya sehingga menyapu ia dengan kedua-duanya akan mukanya.”

Dan dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud di mana Baginda bensabda:

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat Abu Daud);

“Apabila kamu memohon kepada Allah Taala (berdoa) maka pintalah dengan perut-perut tapak tangan kamu dan janganlah kamu memohon akan dia dengan belakang tangannya, kemudian janganlah kamu mengembalikan dia sehingga kamu menyapu dengannya akan muka kamu, maka sesungguhnya Allah menjadikan padanya berkat.”

3. Hendaklah percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa doanya diperkenankan oleh Allah. Dalam konteks ini junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

“Berdoalah sekalian kamu kepada Allah pada hal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah bahawasanya Allah Taala tidak memperkenankan doa dari hati orang yang lalai lagi lupa.”

4. Hendaklah berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta perlahankan suaranya, ini bertepatan sekali dengan perintah Allah sebagaimana tersebut dalam surah al-A’raf ayat 55.

Mahfum firman Allah (al-A’raf :55);

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan (tersembunyi) kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.”

Wallahhu’alam

(Petikan dari buku “Himpunan Doa-doa Pilihan dari Al-Quran & Al-Hadis” oleh Prof. Dato’ Dr. Haron Din & Ust. Ishak Din, Cetakan 2000)

February 15, 2008

Pakcik KAYOOOOO!



Di satu pagi yang hening, aku dapat pesanan ringkas di telefon bimbit kedua aku. Setau aku, nombor ni aku bagi pada ahli keluarga dan sahabat tertentu aja... macam mana buleh dapat msg ni:

"Maklumat! dari Syarikat SHELL Mlys.TAHNIAH! No'simcad anda tlh memenangi cabutan bertuah Cek tunai RM15.000 Sila Hubungi:006285880124417 Terimakasi."
Penghantar: +6281514400547

Aku salin sejibik. Dengan bahasa yang tunggang-langgang, bercampur aduk dan tak lengkap. Aku saspek geng indon yang buat ni. Takkan SHELL nak bagi macam tu. Kalau mesej ni sampai pada penerima yang ada hantar borang peraduan Shell skrg ni, mau terpedaya. Pandai sungguh ambik kesempatan. Kambing bandot betul la diorang ni... sapa yang respon nak ambik hadiah tu pulak jadi badut la pulak... hahahaha...

Malaih nak citer panjang.. kalau dapat mesej macam ni.. abaikan je laa....

February 06, 2008

Sindrom Bisu

Masuk hari ni dah empat hari aku batuk, minggu kedua aku selsema. Start dari semalam suara aku makin hilang... hari ni dah tinggal 7% je suara aku kot.. heheheh.. dah kena tarik nikmat bersuara sekejap... insyaAllah sekejap je.

Sapa-sapa yang call aku tu nasib le korang dengar aku bisik2 je... kwah kwah kwah... biasanya kalau selsema atau batuk, aku beli ubat kat farmasi je... dalam seminggu baik la kot...

Semalam sebelum isteri aku bertolak ke Kuantan, dah pesan kat aku... jangan lupa pi klinik.. berapa kali ntah dia sebut.. aku cam biasa.. bunyik, "hmmmmmmmmm.... nanti pegi la".

At last, malam tadi aku gi jugak klinik. Tak tahan dah batuk2 sampai sakit otot perut aku ni. Hidung sumbat pulak tu... sampai kat klinik guna bahasa isyarat dengan bisik-bisik je kat dokter... siut je dokter tu gelakkan aku... kwah kwah kwah...

Pagi tadi nak gi kerja pulun semua ubat yang ada. Hantar adik aku gi Puduraya, nak balik kampung. Turun tangga kat puduraya je aku dah rasa melayang semacam.. macam semua orangdan benda kat keliling goyang2 je... ahhh.. sudah... misti kesan ubat-ubatan yang selonggok aku ambik tadi.. abih pesanan penaja kat adik aku, aku pi kat kereta.. layan mata dengan kepala semacam tu.. ada la lena dalam 30 minit agaknya... ok la sikit..

Ingatkan nak gi site terus, tapi badan rasa lain macam je.. aku drive la slow2 balik rumah... dah rasa ok sikit.. gi opis kat cyberjaya... ni la boleh post kat sini... hua hua hua...

Untuk kawan-kawan eden yang berbangsa Cina... Selamat Tahun Baru Cina...

* Tahun baru cina bukan perayaan keagamaan.

February 04, 2008

Backup Operator

Selepas setel kat AMP, kena siapkan kat SGB pulak. Sekarang dah buleh jadi backup operator terpilih. Dah lama aku tak pergi SGB lalu Kepong, hampir sesat.. hua hua hua.. nasib baik ada exit baru terus ke Hospital SGB.

Geng2 HP ni pun satu hal, nak kerja senang je.... kalau ikutkan hati aku, malas aku nak tolong.. tapi dah dapat arahan.. ikut je la... karang dikatakan melawan la pulak.

Time2 aku ke tempat lain, ada je la pulak problem kat AMP tu.. manja betul laaa....

February 01, 2008

Hmmmmm...

Hari ini KL dan Putrajaya cuti am. Jadi, isteri aku dan anak-anak aku cuti daaa... opis aku kat selangor. kena kerja daaa.....

pergi kerja kat cyberjaya je... hehehe.. sebabnya.... kuang kuang kuang... pasal aku tau aku akan jumpa sesuatu yang mungkin menggembirakan aku kat sini.... akekekeke.... apa tu...

hmmmm.... sukati aku le... asalkan aku suka.. kau tak suka?? aku peduli hapa...

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini