May 30, 2008
Gila kerja atau kerja gila - Siri III.2
"Nak balik gak ke?", tanya Mr M.
"Aku tak kira. Apa jadik pun aku nak balik. Takpe aku drive!", aku balas.
Terus start enjin persona yg baru tu. Bedesup masuk highway. Sebenarnya aku dah rasa melayang je time bawak keta tu. Semangat nak balik punya pasal, belasah je. Sambil2 tu kitorang buat la lawak ke, nyanyi lagu ntahapa-hapa.. nak ilangkan ngantuk.
Sampai kat R&R Tapah dalam kul 5 lebih. Ingatkan ada Highway Hotel.. takdak la pulak.. tido je la dalam keta. Dalam kul 7 tu, bangun je teruskan perjalanan.. sampai kat rumah mentua aku dekat2 kul 9 pagi. Masuk je rumah nampak isteri dng anak2 aku... hilang dah rasa letih... huhuhuh... hari tu aku tak gi kerja dah.. ngantuk gila!
May 29, 2008
Bapa Borek, Anak Rintik

Maknanya: Anak ikut perangai bapaknya (biasanya perangai yang tak elok).
Atau boleh juga: Ayah hensem, anak pun hensem juga.... ahahahahaha
Gila Kerja atau Kerja Gila - Siri III
Kerja FAT hampir selesai. Tak dapat selesai sebab ada halangan yang tak dijangka. Lepas terangkan kat bebudak support apa nak buat besok, aku dng mr M pun angkat kaki. Masa tu semua ok je... segalanya berjalan lancar...
Dalam perjalanan balik tu, sempat lagi singgah kat SGP pekena Key's Char Keowteow.
Hati makin ceria dah dekat sampai Pulau Pinang... maknanya dah dekat 1/3 perjalanan nak sampai KL. Tetiba ada panggilan ke telepon genggam Mr. M.... bunyiknya mengerikan... semua sambungan SAN ke unix machine tak ada... I/O error!! Ahh.. sudah la pulak.. apahal!! Aku dah semakin seram....
Mr. M kejap kejap cakap, "kena patah balik ni.. kena patah balik ni...". mangkin berat la pulak stereng keta aku rasa... cehhh...
"Tak payah kot. Suh diorg reboot je..", sanggah aku nak nyedapkan hati.
"Mana boleh. VCS lagi tu.. bukan boleh gitu je. Besok diorg nak go to hell tu.. eh Go-Live".
"Aiseh... kena ke....".
Akhirnya... masuk kat exit Jawi.. patah balik ke AST.
Ni skg kat AST la nih.. tak setel lagi... huhuhuhu..
May 27, 2008
setitik nila mencemar susu
Anyway, ada beberapa kelebihan akibat dari kejadian ni. Memang sentiasa ada hikmah disebalik setiap kejadian.
"Korang ada kat sini sampai bila?", soalan yang keluar dari mulut Uncle. Dan jawapan yang kami berikan hanya senyuman... hua hua hua... kalau kata, "Besok kitorang balik KL!". Ada harapan kena stay sampai hari Sabtu. Takoootttt.....
Harap2 esok semua berjalan lancar seperti yang dirancang.
May 13, 2008
Pelanduk tak akan lupakan jerat
Sila baca kisah berikut yang boleh dijadikan pengajaran...
-To share with U all-
Assalamualaikum & salam sejahtera kawan2 sume!
1st sekali, aku nak mintak maaf kat kawan kawan aku yg berbangsa Cina,
sebab mungkin apa yg aku tulis ni akan mengguris hati korang. But this is
for the sake of all races in
about those scum bags at Nabinco Network!
Cerita nya camni...
25th April 08 6.30pm, ada sekumpulan 4 orang remaja Cina, 1 perempuan, 3 lelaki lepak kat depan The Store Semenyih. aku nampak diorang bawak beg dgn pegang kertas macam voucher, aku buat bodoh dan masuk je.. lepas keluar dr the store, masuk dlm kereta aku ada sorang budak Cina nama Tony approach aku. terpaksa la bukak tingkap sket. Dia pun tanya aku pernah menang apa2 x dari Tesco ke, Power Root ke? aku cakap x pernah.. oleh kerana aku x pernah menang apa2, dia kata company dia bagi aku peluang untuk menang kereta, motor dan cash money yg bernilai lebih RM4K! so, dia bagi voucher aku pun buka laa...
tiba tiba dia terlompat lompat cam beruk! "fuiiyooo abang!!! abang betul ka x pernah menang apa2? abang ada chance menang kereta toyota altis woo...!!!" si tony tu la yg cakap camtu... bukan aku... dia tunjuk kat aku voucher yg dia buka tadi, ada gambar microwave oven n foot massage... kat satu lagi page color merah ada bulat warna silver.. dia kata nak tau hadiah apa, kena pergi office dia, nak scan....aku cakap kat dia, kalau kena beli barang, aku x nak... dia pun dgn muka x malu, masuk dlm
kereta aku yg x berkunci tu (bodoh nya aku ) dan ajak aku pergi ke office dia utk check apa hadiah yg aku dapat.
dlm kereta, menghala ke office dia kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku) 7pm.. sampai kat office, Tony dgn Mr. Wong ni ajak aku masuk bilik, tiba2 je, diorang pasang lagu cina kuat kuat..
dalam bilik tu, ada la gambar orang2 yg pernah menang hadiah dari company ni.. Mr. Wong ni pun cerita la kat aku, company ni buat promotion untuk brand diorang nama GENKI.. sebagai customer, aku cuma perlu buat iklan utk promote brg2 GENKI ni. hadiah yg tinggal ialah, Toyota Altis, Persona, Viva, Honda wave dgn cash money yg bernilai RM4K, RM10K and RM50K! mula2 aku x nak dan x yakin, tapi dia push jugak sambil tunjuk keratan
so, aku tanya camna nak dapat hadiah2 yg diorang bagi tau tadi? Wong ni kata, customer x payah beli barang, tapi cuma perlu bayar cukai iklan RM3K. pastu dia janji nak tolong aku, dia kata aku cuma perlu bayar rm1.5k, yg balance rm1.5K tu, dia tolong.. so, aku pun swipe la credit card aku rm500... aku cakap dgn dia next week aku dtg balik lepas dpt gaji..
2nd May 08, 12.00pm, aku ke office Nabinco ni utk bayar balance "Cukai Iklan" tu... aku guna cash rm300 n swipe card rm1100. lepas tu si Wong ni, kenalkan aku pada manager dia Ah Meng.. mamat ni pun ajak aku masuk bilik yg sama, bukak lagu cina kuat2, pastu tunjuk
aku pun x leh nak buat apa, sign je la
bila dia scan voucher aku tu guna sekeping kertas hitam, tiba2 keluar no.12.. rupa2nya aku dapat hadiah jade mattress tu.. dlm hati, cilaka punya orang.. aku dah mula tunjuk muka x puas hati. Si Ah Meng ni bila nampak muka aku camtu, dia kata
jgn risau, dia boleh tolong jualkan barang2 tu.. lepas amik gambar aku dgn
camera phone N70 bodoh dia tu (konon konon nak buat iklan), dia pun call la
sorang buyer yg konon nya nak beli barang tu dgn harga rm3.8K... pastu dia
janji nak dtg rumah aku dgn tauke ni malam nanti..
3pm... aku pun balik dlm keadaan blurr campur bengang sebab x dapat
Altis.. tapi dlm masa yg sama mengharap supaya taukeh ni boleh beli barang
tu malam nanti.. tiba2 si Ah Meng ni call, dia kata kalau aku nak taukey ni
beli semua 3 brg yg aku menang tu dgn harga rm7K, aku kena tambah lagi
rm500 supaya dia boleh keluarkan oven dgn foot massage tu... aku pun pegi
la balik dan bayar rm500 lagi.. dia bagi aku, fruit mixer.. kononnya tauke
tu yg nak.. nanti malam dia call..
9pm ~ 2am, aku pun tunggu dgn bini aku kat rumah.. bini aku dah bising
dah... ntah2 diorang tipu x bang? aku pun dah syak dah.. tapi x leh buat
apa2 coz dah bayar... kol 9 aku call tauke tu, dia kata dia on the way
balik dr
kat Tanjung Malim, hujan lebat.. kereta x leh jalan.. so, dia mintak aku
tunggu sampai esok.. aku pun tido la dgn hati yg teramat amat sakit...
3 May 08 12pm: lepas balik dari majlis sukan anak aku kat UKM Bangi, aku
pergi office dia, x bukak lagi.. call Ah Meng ni, dia cakap, tauke tu maybe
boleh datang malam ni atau esok... aku dah mula bengang n marah dia... dia
cakap, dia pun takut jugak sbb duit dia pun dah keluar rm600.. aku mula
syak something wrong..sampai rumah, bini aku bagi idea yg tersangat sangat
bijak, sampai aku terasa aku ni betul2 bodoh orangnya.. bini aku kata,
cari nama company ni dlm internet.. bila aku tekan je Google Search nama
Nabinco Network ni, baru la keluar byk complain2 org2 yg dah kena tipu dgn
syarikat ni.. korang x caya,
org2 yg dah pernah kena tipu! . http://www.welleywa
rupa2 nya aku confirm kena tipu.. sampai ke hari ni, si Ah Meng dan kuncu
kuncu nya, sekor pun x call aku untuk beli balik barang2 tu.. kalau korang
baca komen2 yg ada dlm website tu, company ni dah lama dah buat kerja ni,
cuma last year guna gores dan menang, tahun ni guna voucher hadiah plak..
modus operandi sama, guna remaja Cina yg berasal dari
aku tau sbb diorang cakap hokkien. tugas diorang cuma untuk ajak bakal
mangsa macam aku pergi jumpa supervisor dia macam si Wong & Ah Meng tadi
tu.. gaji yg diorang dapat ni kira ok la utk lepasan SPM, rm1.2k.. based on
report dlm website, almost all mangsa dapat hadiah jade matress tu...
pastu, diorang ada 1 persamaan, ejen ejen penyangak ni, sume ada kuku
panjang kat ibu jari kiri mereka..
4.30pm: aku pergi buat police report kat Semenyih, police yg amik
statement aku tu kata, ada sorang makcik buat report kena tipu cam aku gak
semalam (Jumaat 2nd May)..dia kena ajak kat Econsave, Semenyih.. tapi dia
kena lagi teruk!! RM37K beb.. aku ni... adeh... tapi yg menghampakan ialah,
polis pun x leh buat apa2, sbb ada
padahal, aku x dapat pun...
4th may 08: aku tunggu gak la si bangsat Ah Meng tu call.. seperti yg
disangka.. abuk pun tarak.. aku sms kat boss, mintak cuti.
5th May 08: setelah buat
dgn anak2 aku pegi ke KPDN Putrajaya utk buat report Tribunal pengguna.
rupa2 nya dah ramai org yg kena. cuma dulu nama company dia lain, Worldwide
Freshway Sdn Bhd., HQ kat bukit Mertajam nama Welley Corporation. masa aku
buat report tu pun ada sorang brother dari Shah Alam pun kena oleh Nabinco
ni, RM5K.. pergh... lepas abih report kat TTPN tu, aku pergi penguatkuasa
KPDN kat tingkat 2, utk buat statement. Diorang pun kata, x cukup kuasa utk
suruh company camni tutup kedai.. so, aku pun boleh doa je laa...
5.00pm: aku dah anta bini aku balik rumah, aku pegi balik ke Nabinco ni
utk bagi diorang
baik mangkuk ayun 3 ekor tu takde kat situ, kalau x.. nahas lu orang! aku
mintak sign dgn chop company dr clerk dia dan aku blah.. terima kasih kat
tajul sbb jadi body guard aku hari tu...
5.30pm: aku nak pegi beli teh tarik tongkat ali kat The Store..sampai
saja kat parking, aku nampak 6 orang geng geng Nabinco ni sedang beroperasi
menipu sorang makcik dan sorang brother melayu.. aku pun naik angin, aku
parking, pergi dekat makcik tu, direct aku cakap, "kak! jgn percaya cakap
diorang ni!! saya baru kena tipu RM2.4K!! ada sorang lagi makcik kena
RM37K!" makcik tu pun buat x layan dgn budak pompuan Cina tu... pastu, aku
pergi kat brother melayu dlm myvi plak, cakap benda yg sama kat dia.. pastu
aku blah, tengok2 diorang masih lagi push brother myvi tu.. aku bengang,
terus capai digital camera aku, amik gambar diorang.. salah sorang dari 6
orang tu, dtg marah aku..dia tanya apsal aku amik gambar dan ugut nak pukul
aku. aku blah sambil tunjuk, F$%K U!! kat dia.. pastu aku masuk balik
kereta dan blah dari situ.. pegi econsave plak.. rupa2 nya ada lagi 2 orang
kat situ.. aku pun buat benda yg sama dan amik gambar 2 org mangkuk ayun
tu.. sampai kat rumah, aku x puas hati lagi.. berapa ramai lagi orang yg
akan tertipu oleh Nabinco bangsat ni??!! aku call polis kajang... diorang
pun anta peronda dan mintak aku ke The Store balik.. bila aku sampai situ,
beruk2 Nabinco tu dah blah.. aku pun buat statement sambil request kat
polis tu, kalau boleh datang la ronda kat sini setiap hari dlm pukul 5
hingga 7pm...
So, itu cerita aku, yg aku mintak dari korang ialah, tolong sebarkan cerita
ni kat kawan kawan dan sedara mara anda! kalau ada sapa2 yg dah terkena cam
aku, bagi e-mail aku kat diorang, aku boleh
diorang dapatkan balik duit diorang.. sama sama la kita bekerja sama utk
menghapuskan makhluk2 yg kurang ajar mcm diorang ni..
kepada member2 chinese, kalau u all ada kawan atau saudara mara dari utara
yg kerja dgn company ni, suruh diorang balik dan insaf..
kalau nak cam diorang ni senang je, ada bwk voucher warna hijau or putih,
pastu bwk beg dlm ada voucher, pakaian selekeh, yg lelaki pakai selipar
je.. aku ada attach gambar dlm e-mail ni, mintak tolong sebarkan pada
kawan2 di seluruh
Thank you!
** END **
Sahabat.. moralnya.. jangan mudah percaya untuk mendapat kesenangan dengan mudah. Bukan senang nak senang, dan bukan payah nak payah!!
May 09, 2008
Syukur diatas kurnia-Nya
SALAH satu sebab yang membuat hidup ini tidak tenteram adalah terpedayanya diri oleh kecintaan kepada harta dan dunia. Orang yang terpedaya harta akan sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimilikinya. Akibatnya, dalam dirinya wujud perasaan yang mencerminkan bahwa ia sangat jauh dari rasa syukur kepada Allah.
Orang-orang yang mencintai dunia akan selalu terdorong untuk mencapai segala keinginannya, walaupun harus menggunakan pelbagai cara: menipu, bohong, mengurangi timbangan atau sukatan, dan sebagainya. Ia juga tidak menyedari, bahawa harta hanyalah ujian dari Allah.
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: 'Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku'. Sebenarnya itu adalah ujian, tapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui" (Az-Zumar 39:49).
Ayat tersebut menunjukkan adanya orang-orang yang tidak tepat dalam menguruskan harta dan dunia yang diberikan kepadanya. Ia menyangka, ketenteraman hidupnya ditentukan oleh banyak-tidaknya harta yang ia miliki, besar-kecilnya tempat tinggal, tinggi-rendahnya kedudukan dan pangkat yang disandangnya.
Ketenteraman hidup sesungguhnya hanya dapat diraih melalui pengurusan yang tepat terhadap harta dan dunia, sekecil dan sebesar apa pun harta yang dimilikinya. Sikap demikian dikenal dengan sebutan qanaah, yang bermaksud merasakan kecukupan dan kepuasan atas harta dan dunia miliknya.
May 08, 2008
Beraja di mata, bersultan di hati
"I recognize that some of you.. you Ahmad (bukan nama sebenar) , Nur, etc.. etc.. has an outstanding performance during your service with the company. I want you to keep it on.. bla.. bla.. bla..".
Would you say thank you? or Please don't mention it.. or.. no reaction at all!!
I rather say that I would not give any reaction on that because that was just a statement to keep us calm. I don't think that it was honestly come deep from the heart. I can feel it. I don't want a big reward for whatever I have done. I just want it to be fair to every one of us.
If you treat us as below average, then from now on.. I will work as what you wanted it to be!
April 29, 2008
Harapkan pagar, pagar kena makan
Minggu lepas dan minggu ni penuh dengan aktiviti menghapuskan virus di beberapa tempat. Sekarang ni kat kawasan parlimen aku.. kena virus sality... hampes betul antivirus yang kompeni aku beli nih.. ada ke tak buleh nak clean. Sampaikan antivirus sendiri kena... bak kata pepatah, "Harapkan pagar, pagar kena makan".
Terpaksa gunakan antivirus lain buat sementara.. harap2 hari ni setel la.. letih dah ni...
April 21, 2008
Bulan Gerhana Sekali Sekala
Malam tu kami restore semua data user (profile dan home) ke server sementara. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya lama.. akhirnya kami tinggalkan lah dulu... fikiran pun dah tak betul... sambung keesokan hari la ye...
Hari esoknya sampai site jam 11 lebih kot.... matahari dah 3 ke 4 galah tinggi... rupanya restore process habis lebih kurang jam 5.00 pagi.. tu dia.. kalau tunggu.. jadi burung hantu la kami.
Then, kami create user berdasarkan list yang di ekstract dari coe dan yang boss bagi. Actually, senarai ni sama je rupanya... huhuhuh... rupa-rupanya.. list tu very outdated.. ntah tahun bila.. maknanya banyak userid baru kena buat... apa lagi.. taichi ke support person.. kesian diorg jadi mangsa... tapi kan dah lama melahu.. ok le tu...
Yang aku frustrated.. punya banyak fail2 lagha dalam profile dan home folder user.. dari mp3, avi, wmv, mp4.. dan segala bagai punca kelalaian manusia.. besar2 tu semuanya... aku jumpa je terus padam.. padan muka... hua ha hau.. lagu raya sekali aku padam... kurang meriah la raya diorg tahun ni...
abih tu... bagi briefing kat support engineer mcm mana nak troubleshoot problem yang may occured. Lepas tu kami terus tak pandang belakang dah.. terus angkat kaki.. semangat berkobar2 nak keluar terus dari kawasan tu... badi siut...
Malam tu takde aktiviti menda pun. Makan kat Marang... tapi kalau makan dengan aku biasa la.. hahahaha.. tak meriah punya sebab aku ni makan memang sket je... perut kecik! Lepas tu balik tido... takde nak berlazat2 la weih... hehehehe... tanya la dengan aku kalau ada snooker ke, karaoke ke.. apa2 ke.. aku memang tak tau kat mana adanya benda2 lagha tu... Pantai Batu Buruk aku tau le.... nasib le engkorang.... huhuhuh... esok nak balik KL.. yeyey....
April 16, 2008
Kala Bulan Mengambang Siang
I am now at Trengganu. This is my 3rd trip to Setiu within this two months. First and second effort to be a hero was fail. I will make this trip the last, whether it will be success or I will quit!
Normally I will take a taxi to go to KL Sentral from PD. However, this morning the pakcik drebar taxi had turned my mind to take a train instead. He told me that it would be faster. For me, it is not a matter of time because I am not rushing for anything. Maybe because of I see him just in my atuk age, I just agreed. It cost me RM3 from my mother in-law house to PD Komuter Station. Another RM1 from PD to KL Sentral. Hmmm.... I just save RM1!
Having a breakfast at McD… a cup of hot
“Pak Ya!
“Alamak Mi.. aku ada meeting la kejap lagi. Lain kali ek..”, he responded.
“OK. Nanti balik aku call lagi”, I replied.
At KLIA, we check-in at self service kiosk. It is quite fast. However, you still need to check-in your luggage thru the counter. After 45minutes flying, I was at KT Airport again. I come with two engineers to help me up.
I, immediately went to car-rental counter looking for Iskandar but he is not there. Hmmmm.. where is he.
I called him up, “Bang.. kat mana? Nak ambik keta nih!”.
“Alamak! Saya kat Dungun ni. Keta ada masalah la”.
“Abih takde keta la ni?”.
“Iye la. Try tanya kat kaunter sebelah”.
“Abih.. payment macam mana?”
“Kena bayar sendiri dulu la…”.
Waduh.. waduh…. Again…
Whether I like it or not, I have to rent a car from another company which I have to pay upfront. Otherwise, we may travel by bus. Another RM300. What the *tuut*. We are running out of time now, and running out of money as well. But our work stills a long way to go. I have no time to think of this unexpected problem. I just say, “Ok lah bang. Janji ada keta!”.
Upon arriving at HS, we started our work immediately. Until now (10.59pm).. still in progress…
April 15, 2008
Chantek
Pa pa pa ra..
Hey wanita..
Gembira dapat berjumpa..
Teringat kembali kali pertama kita bersua..
Ingat bila kita bersepatu serupa..
Tak lama dahulu,jangan kata kau dah lupa..
Kau bersama kawan-kawanmu dan yang nyata..
Kau paling menyerlah diantara mereka..
Rambut hitam,warna cokelat anak mata..
Membuat aku kurang fasih bila bicara..
Apa kata kita ambil sedikit masa..
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya..
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa..
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya..
Cantik..
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka dijiwa..
Oo cantik,sungguh aku cinta kamu..
Dia pandai menjaga hati ayah dan ibunya..
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga..
Dia bisa cipta yang gula dari yang cuka..
Pandai menukar yang duka kepada suka..
Dia bijak mengatur acara dan juga masa..
Cekap memasak garam gula secukup rasa..
Dia pandai menjaga harta dan juga duitnya..
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya..
Dia setia pada Yang Esa,satu-satunya..
Memenuhi tanggunjawab lima waktunya..
Dia punya tempat dalam rancangan yang ku rangka..
Tak usah lengah ayuh kita berumah tangga..
Cantik..
Secantik suria menyinar..
Seindah bunga yang ditaman,mekar..
Cantik..
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka dijiwa..
Oo cantik,sungguh aku cinta kamu..
Aku melihat kita bersama dihari tua..
Dia masih satu,tiada empat tiga atau dua..
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa..
Kau tetap cantik padaku,aku tak lupa..
Kita bersama dianjung luangkan masa..
Kewangan kita merdeka mampu bersara..
Hasil usaha kita dari masa dahulu..
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu..
Hidup santai tak perlu terburu-buru..
Punya masa kejar ibadah dan juga ilmu..
Anak kita dan ayahnya semua sebulu..
Aku bilang kau cantik dan mereka setuju..
Cantik..
Secantik suria menyinar..
Seindah bunga yang ditaman,mekar..
Cantik..
Dirimu buatku tertarik..
Menghilang segala prasangka dijiwa..
Oo cantik,sungguh aku cinta kamu..
Pa ra ra ra..
Pa pa pa ra..
ALTIMET FEAT. ADEEP FABOLOUS CAT
Non-Technical or Technical
Some of my colleagues asked me why it is no more technical writing in my blog recently... I am thinking of forming another web log which will be only technical writing in it. From now on, this blog site will have no technical writing anymore. Why? I don’t want people to mingle around within these pages wishing that they may found a solution for something, but end up for nothing.
I admitted that I am not good of writing any technical writing. It is just a reference site for me in future. I have my own library which can be accessed anywhere in the world provided that there are internet connection available. I will not bear any responsibility if other people using my reference and cause any damages or loss to any organization or personnel.
If you don’t like to know about any part of my personal life or thinking, it is up to you. Some people may think of what should we write in the blog. For me, it can be anything that you can think of. Why should we show our emotion, wish, knowledge or whatever it is to the public? Sometimes, we need to express those things to somebody but nobody interesting to hear that. Maybe we just want to share our thinking or knowledge. Even maybe we just dedicated our blog to someone. Who knows?
April 14, 2008
Gila Kerja atau Kerja Gila - Siri II
last2 aku angkat barang2 aku semua dengan badan2 aku sekali masuk kat keta... dba misteri dan others masih lagi dok observe progress...
aku ambik plastik yang aku isi dengan baju2 kotor aku.. letak kat seat belakang.. jadi alas kepala... the best pillow ever in the world... lepas tu dah tak sedarkan diri...
"ketuk! ketuk!"... sedar2 dba misteri dah ketuk cermin keta... tengok jam dah pukul 7.00 pagi... "siap ke?", aku tanya. Dba misteri angguk-angguk... "Orait... kita chalooo", respon aku. Start enjin keta.. terus bedesup nak kuar dari kawasan tu. Konfiden je aku pusing2 cari jalan nak kuar.. padahal last sekali aku datang situ dalam 4 tahun lepas kot... hua hua hua.. jauh beza dah sekarang... sesat la sikit.. tapi at last jumpa jugak jalan keluar..
terus masuk highway.. sarapan kejap kat hentian machap.. teruskan perjalanan.. anak2 aku dah tak sabar tunggu.. kejap2 call.. kejap2 call... akhirnya jam 11.30am.. sampai kat PD, KL.... asta lavista bebeh...
April 12, 2008
Gila Kerja atau Kerja Gila
Sekarang ni jam dah pukul 1:29am 12 April 2008. Kami masih di ITD HSI... ntah bila nak abih ntah.... huaaaaaa...
Masa ni baru lepas pekena "kopi bakaq" kat Kopitiam Alor Star. Uncle Misteri control hensem. Kat belakang tu En. DBA Misteri dan Cik SE Misteri
Pada jam 4:17pm.. kami sampai di exit Kajang. Yeyyeyy.. dah dekat sampai rumah.. tapi aku singgah rumah je, ambik adik aku daaa..April 03, 2008
Memory Lost
Nanti la aku try sumbat jugak memory card tu. Kalau tak buleh gak, maknanya memang kamera tu dah sampai masa nak kena tukar. Tapi RM takde la pulak.... nampak gaya kena tunggu bonus petronas la pulak.. buleh tambah lagi loan. yang lama pun belum bayar.. huhuhuh...
Mahal tu aku beli kamera tu dulu. Walaupun cuma 3.2megapixel, kalau tak silap dekat RM1000 gak aku modalkan siap dengan memory card 1GB. Masa tu mahal tu. Sekarang 10megapixel pun ada yang seribu lebih sket je... huhuhu..
Tungguuu....
Ulangtahun ke-9
Alhamdulillah, hingga hari ini perkahwinan kami bahagia dan aman. Semoga terus berkekalan dan semakin bertambah kasih sayang dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin.
March 22, 2008
Petua Menjaga Hati Isteri
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
March 10, 2008
Hari Wanita
Apa sejarah hari wanita ni ye? macam mana pulak boleh ada hari wanita?
Peristiwa yang mencetuskan sambutan itu berlaku 151 tahun dulu iaitu pada 8 Mac 1857. Pada tarikh itu, satu mogok besar-besaran diadakan oleh beratus-ratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York.
Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji amat rendah, masa kerja panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan.
Lima puluh tahun kemudian, pada Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai Hari Sambutan Wanita Sedunia. Pada tahun 1975, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula merayakan 8 Mac sebagai Hari Wanita Sedunia.
Itu sejarah hari wanita sedunia. Kalau nak meraikan apa-apa golongan pon, wanita ke, ibu ke, isteri ke, bapak, anak, atuk, pak menakan belah mak ke... tak payah ada hari spesel pon. Pada aku (pandangan peribadi, bukan mewakili mana-mana NGO atau parti politik berhaluan kiri)... wanita ni sentiasa spesial. Dalam Islam sekalipun, martabat wanita adalah tinggi sebenarnya... cuma orang yang tak faham je kata lelaki lebih baik darjatnya. Sekalipun kalau dah kawin, adalah tanggungjawab suami untuk menjaga isteri. Wajib memberi nafkah zahir dan batin. Kalau ada anak, tanggungjawab suami yang kena beri nafkah anak2.. Tanggungjawab isteri menjaga maruah suami. Jadi, mana lebih best? Banyak lagi fakta sebenarnya.. tapi aku bukan pandai sangat nak mengulas isu-isu macam ni. Yang penting aku faham apa tanggungjawab aku, apa tanggungjawab isteri2 aku...opppsss... isteri je..
Banyak pulak ayat aku yee..
Macam mana pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita. Semoga semua wanita yang aku kenal mahupun yang mengenali aku sentiasa di dalam keadaan selamat dan sihat.
Tikuih...
Semalam kebetulan la pulak aku duk sorang2 kat rumah sebab isteri aku otstation.. so anak2 aku mcm biasa duk kat rumah mentua aku. Adik aku pulak balik kg... cuti sekolah...
Kalau aku sorang, aku tido tak tutup pintu... macam2 lagi la tak tutup.... tgh layan tgk badminton all-england sambil tgk keputusan pilihanraya, nampak kelibat satu lembaga masuk bilik aku.... cehhh..... aku terus bangun sambil ambik penyembur lipas.. gi check... tak ada apa2 pun.... tak pueh hati.. ambik lampu suluh... ushar belakang kabinet.. tu diaaaa... cik ti daaa.... tapi mata cik ti tak macam mata kucin kan... tak bercahaya...
dah nampak tu.. aku terus la sembur.. harap2 cik ti tu pensan ke, pitam ke.... aku ushar lagi.. hilang dah... siut betul.... lantak le... lepas tu aku tutup pintu.. bior dia tak bole keluar...
sampai pagi tu ada la kejap2 macam makhluk tu dok menggeronyeh kayu.. kat mana ntah.. tak kuasa aku.. ngantuk daaa....
so... esoknya aku pi la carik perangkap tikus yang jenis tak kasi mati tu... kebetulan ada la tinggal satu kat bintang... belasah je la beli...
sampai rumah aku naik atas dengar makhluk halus tu tengah menggeronyeh sesuatu.... aku masuk bilik je terus senyap.... abih pintu bilik aku dimodified makhluk tu.. siut betul...
aku terus bubuh roti dalam itu perangkap, buh dalam bilik air... keluar tgk tv kat bawah.. kasi tutup pintu...
dalam kul 12 tu aku masuk bilik.. tu dia.. cik ti sudah masuk dalam perangkap... hua ha hau hua...
besar gak makhluk halus tu.. aku ingatkan kecik je. aku jangka masuk ikut tingkap.. pasal tingkap dapur aku sentiasa bukak kecik.. kasi tutup la sekarang...
pagi tadi aku pun lepaskan cik ti tu kat rumah kosong sebelah. tak sampai hati aku nak hapuskan makhluk halus tu... walaupun cuma seekor tikus.... yang penting.. harap-harap dia tak torai la masuk rumah aku lagi... pi la carik makan kat tempat lain.
March 07, 2008
Romantic Dinner
RM41.40 harga 2 gelas air oren. (termasuk servis charge - mcm main badminton pulak, dan 5% cukai kerajaan barisan nasional). Pehhhh... mau tahan 2 minggu rasa air oren ni kat tekak aku.Sebenarnya, ayat, "Jom kita lepak minum sini!" adalah ayat berlagak je. Cerita betulnya, wife aku dapat baucer makan malam percuma kat situ sebab dia organize Ladies Executive Night kat situ. Unfortunately, beverages are excluded. Pasal tu la kena bayar minum air oren dua cawan tu.
Yang ini pulak sate kambin dengan ayam, abc dan buah-buahan.
Dah la time tu ujan lebat. Ada yang sanggup duk tepi highway tu je dengar ceramah dalam hujan. Kalau nengok gambar atas ni, ada la nampak payung sikit2 belah kanan atas tu diorg la. Tapi tak berapa nampak sebab kamera aku agak gagal kalau kurang pencahayaan.. Aku takut diorang demam je time pilihanraya nanti.. tak dapat pangkah undi. Tu baru betul nama dia "Demam Pilihanraya".Apa-apapun kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, selamat menjalankan tanggungjawab anda mengundi esok. Berfikir dengan waras.
Labels
- Catatan perjalanan (55)
- haji 1432 (1)
- Lakaran (34)
- Layan Jiwang (3)
- Merapu kepunden paran sekeper (46)
- Non-Technical (38)
- Panduan Hidup (1)
- Technical (28)
- Tips (4)





