Hero
Apabila membaca akhbar harian pagi ini, antara peristiwa yang aku fikir agak menarik adalah kisah seorang pemandu awam yang bersama-sama dengan anggota polis mengejar penjenayah sehingga berjaya memberkas penjenayah terbabit.
Yang agak merbahaya pada pemikiran aku yang agak pesimis; rupa hensem Pakcik Zulkifli terpampang di akhbar dan television. Mungkinkah ada rakan-rakan penjenayah terbabit yang akan membalas dendam?? Tak siapa yang tahu kecuali mereka sendiri...
Ini antara kisah hero yang berjaya. Bagaimana dengan kisah hero2 sebelum ini yang gugur...?? Bagaimana keluarga mereka...??
Kisah ini juga mengingatkan aku pada diri aku sendiri yang cuba menjadi hero suatu ketika dahulu. Dah lebih sepuluh tahun. Tarikh pun tak ingat.. tapi aku rasa dalam tahun 1995 ke 1996 kot.
Malam tu macam biasa aku makan malam kat gerai Abang Amir kat hujung lorong tempat aku tinggal. Kalau tak silap Jalan 1/18 Taman Universiti Indah, Seri Kembangan. Ingat2 lupa...
Tengah aku menikmati mi sup, aku perasan kat simpang lebih kurang 100 meter dari gerai tu, ada satu motor panther dengan dua orang menunggangnya menghampiri seorang perempuan cina yang sedang berjalan sambil bertanyakan sesuatu. Tanya rumah la kot.. tak tau jalan...
Tiba-tiba aku tengok yang sorang tu turun, macam bergelut dengan pompuan tu. Tak berapa nampak apa yg jadi, maklumlah.. malam, lampu jalan je yang ada...pompuan tu pun jerit... aku tak paham butir bicaranya.. so, semua yang kat gerai tu pun tengok la situ... sambil menimbulkan pertanyaan sesama sendiri.. 'apahal tu?'.. 'gaduh kot...!'...
Lepas tu, motor tu pun pecut... bedezup peginya... aku dengan spontan start moto aku (suzuki gamma 150 - power tak??).. terus gi kat makcik tu..."apahal? apahal?", aku tanya... "Itu olang jahat. Lia sula angkat saya punya lantai.. ala palang", jawab makcik tu. "manyak kuat aaa... kasi angkat lantai, ala palang pulak...!!", hehehe.. bukan aaa... dia kata "rantai sudah kena ragut, orang jahat tu ada parang".
Aku dengan tak pakai helmet bedezup pi arah mat moto dua ekor tadi lari... semangat berkobar2 nak jadi hero. Sampai jalan turun bukit dari Taman U arah ke Seri Kembangan, aku rasa aku dah dapat moto tu. laju kan aku bawak moto?? Bukan aaa... diorang lari tak laju, mana diorang tau ada orang nak follow. Sambil aku follow tu, aku fikir strategi aku nak jadi hero; tahan diorang macam kaber hero kaber zero? aku takde power macam tu. tendang tayar depan? kalau termiss.. aku yang tergolek.. ikut sampai rumah diorang? lepas tu diorang ada parang.. aku ada apa?? pistol air je.... huhuhu.. last2 sampai je kilang artwright kat selekoh bawah tu, aku ingat2 nombo moto... patah balik naik atas... jumpa balik auntie tadi masih lagi trauma kat simpang tu (dengan harapan aku bawak balik rantai dia kot!! rantai moto aku ada la, rantai tembaga tu).. aku bagi je nombor moto tadi.. kata kat dia "tak dapat kejar la auntie.. diorang laju, dapat nombor ni je.. itupun kalau nak report polis le".
Aku pun pegi balik kat kedai abang amir, ngabihkan mi sup yang dah sejuk. Jadi la citer kejap kat gerai tu malam tu...
Pakcik Zulkifli kejar sama-sama dengan polis, so dia tak payah fikir risiko kena lawan dengan penjenayah tu sorang2. Kalaupun pakcik ni ada isi, sekali penjahat tu keluar pistol betul... mau silat senteng ke, silat pulut ke.. kuntau ke... susah gak nak lawan...
Aku rasa, memikirkan risiko yang bakal ditanggung menyebabkan ramai orang tak mau jadi hero... melainkan kalu penjenayah tu mat pet yang memang dah tak larat, sekali jentik kat hidung terus jadik michael jackson. Pasal tu banyak kes mat pet mencurik, kantui.. kena belasah lebih kurang je dah padam... tak pasal2 jadi pembunuh tanpa niat... huhuhu..
No comments:
Post a Comment