February 10, 2009

Sambil Menyelam..

Sambil menyelam minum air?? eih.. tak best tul.. apa barang ndak minum air kat tempat menyelam tu. Takdak air lain ke nak minum?? Minum la air mineral ke, air teh o ais laici ke, air badak ke...

heheh...

Hujung minggu lepas, aku ada tugasan di Sungai Petani. Ada barangan dalam server yang perlu diganti kerana sudah gagal berfungsi dengan baik. Oleh kerana hari tu merupakan hujung minggu, maka aku bawa sekali keluarga aku. Mula-mula bercadang nak bawa kenderaan syarikat, tapi disebabkan berbagai cerita kurang enak dari kawan-kawan yang pernah menggunakannya, aku batalkan hasrat murni aku tu. Aku bawak la kereta aku sendiri ke utara. Lagi senang.

Perjalanan dari KL mulai kira-kira pukul enam petang sampai ke Sungai Petani pada jam 10.15 malam. Berhenti sekejap pun sekadar untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Hujan yang sesekali dilalui di sebahagian jalan tidak memperlahankan perjalanan aku. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Singgah sebentar di Radix FC untuk membeli makan malam kami sebelum daftar masuk ke hotel.

Sebaik saja urusan di hotel selesai, aku gerak cepat ke tempat kerja. Sampai di tempat kerja seiringan dengan pihak pembekal. Terus kami ke pejabat IT. Tanpa melengahkan masa, teruskan buat kerja dengan harapan dapat selesai cepat. Setelah menukar peralatan yang gagal dan telah dipastikan berfungsi dengan baik, maka kami istyiharkan bahawa kerja kami telah sempurna pada jam 1.00 pagi.


Tiba-tiba anak aku call, "Ayah! Ada pijat dekat katil".
"Haaaa.... pijat.. kejap lagi ayah balik", aku jawap.

Sampai je kat bilik, semua sibuk bercerita pasal pijat yang ada dalam bilik tu termasuklah anak aku yang kecik sekali. Dengan gaya tangan dan mulut sekali.

Aku terus call pihak hotel mintak tukar bilik lain.
"Maaf encik, semua bilik dah penuh malam ni", kata suara di sebelah satu lagi.
"Dengan kata lain awak nak kami terus tidur dalam bilik yang ada pijat ni?", aku tanya mamat tu balik.
"Mmmm... encik tunggu sekejap, nanti saya hubungi semula", ayat standard nak menyedapkan hati orang.

Lima minit lepas tu, pihak hotel call balik suruh siap sedia nak berpindah bilik. Kalau tak silap masa tu dah dekat pukul dua pagi, maka berbondong2lah kami sekeluarga berpindah bilik lain. Bilik yang baru ni lebih besar dari bilik yang tadi. Aku tak pasti sama ada sebab bilik standard dah habis atau nak mencover line. Tapi memang tak patut ada pijat. Orang sebelum ni tadak komplen ke?

Esoknya aku bawak la keluarga aku ke The Carnival. Tempat ni merupakan taman air kat sini. Macam Sunway Lagoon, Afamosa resort, Desa Waterpark dan lain2.. tapi tak sebesar yang lain2 tu le. Yang bestnya kat tempat ni tak bersesak2 macam kat tempat lain yang aku sebutkan tadi. Tak payah nak beratur panjang time nak masuk, time nak buat terjun tiruk, nak main pelampung dan sebagainya. Abih2 main air dah tengahari buta, gila panas. Lepas siap bersihkan diri, kami makan. Hidangan makanan termasuk sekali dalam harga tiket. RM25 untuk dewasa, RM19 untuk kanak2 3-12 tahun. Anak aku yg kecik sekali tak kena bayar walaupun lebih umur 3 tahun sebab dia saiz 'S' macam aku.

Lepas makan, terus gi ke UiTM Merbok menziarahi adik isteri aku kat sana. Kemudiannya terus balik ke Bangi dalam kul 4 gitu, sampai kat rumah dalam kul 9 mlm. Balik tak rushing sebab tak ada apa nak dikejar. Malam tu letih la jugak sampai rumah terus tak sedarkan diri sampai la besok pagi. Sebenarnya kami ada aktiviti kat Sg. Buloh pada hari Ahadnya. Sampai lambat sket la dari orang lain....

2 comments:

en_me said...

sambil menyelam buang air kecil.. volleee ghitewww.. ehehe

Shh said...

tak senonoh en_me... kalau ramai2 buat gitu, kolam renang boleh jadi masin... huhuhuhu

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini