July 23, 2009

Jumpa Cik Siti


Isnin lepas, buat pertama kalinya dalam hidup... aku melangkah kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Itu pun sebab uncle ikut aku gi Setiu, kalau tak.. idak le aku sampai sana. Mentua uncle orang Pasir Puteh... pemilik kedai laksa & laksam terbest di seluruh Pasir Puteh. Malam tu uncle duk kat rumah mentua dia.. dinner & breakfast provided. Aku duk kat hotel, tapi dinner dengan breakfast gi kedai pakcik ariffin nih... hahaha.. tak tau malu!


Malamnya, abang ipar uncle bawak la kitorg gi ke Wakaf Che Yah. Ada pasar malam kat sini. Memang malam sangat la, sampai pagi diorang bukak. Ada barang macam-macam la.. yang biasa ada kat pasar malam.. pakaian, barang makanan, mainan, selipar.. besar gak kawasan tu. Aku tak beli apa2 pun sebab dah dekat2 hujung bulan ni... paham2 je lah..



Esoknya kitorg gi la buat kerja kat site. Aku agak2 buleh siap hari khamis sebab aku tak tau apa masalah sebenar. Sudahnya... petang tu jugak siap... ho ho horey....

Jadi, malam tu pulak kitorang stay kat bandar KT. Makan malam gi kat Pantai Kelulut. Boleh tahan la makan sampai takdak angin dalam perut dah. Sendawa nak keluar isi.. hahaha..


Nasik 2, tomyam 2, kailan, telur dadar, ayam merah, sotong goreng tepung, air sorang satu gelas = RM35.00.

Hari selasa tu aku dah gatal nak balik. Iyalah.. kerja dah siap. Flight aku confirm hari jumaat. Pegi kat kaunter fireflyz (saja nak rasa naik fokker, dulu kat sabah selalu dah)... mintak pinda hari selasa tu. Tu dia.. kena penalti RM50 dengan tambah lagi beza tambang RM75.00. Ok la dari tambah sewa keta satu hari RM150 dengan bilik lagi kan... Dapat la aku flight petang tu kul 3.30.

Sementara nak nunggu flight, kitorang melawat ke Taman Tamadun Islam. Kena RM10 kalau ada myKad.. kalau youKad.. RM20.

Aku tak ingat apa nama menara nih.


Dah habis melawat sekitar kawasan tu, terus la gi airpot nak balik la kan... semangat. Uncle puya flight MAS kul 4.30pm.. ha hahaha.. aku nak balik dulu. Sampai je kat airpot, flight aku sudah batal. Kapal terbang rosak... arghh.. sudah...

Dengan secepat bulat aku terus gi kaunter fireflyz. Ada la 4 org yang tengah menunggu kat situ. Kecoh je diorg pasal masalah2 masing la kan sebab kensel flight.

Sampai je giliran aku, cik Mira (gadis kaunter.. he he he).. bagi pilihan kat aku.. "encik nak transfer ke MAS pukul 4.30ptg atau flight fireflyz jugak tapi malam pukul 9.30.".

"Kalau ambik MAS, ada kena tambah apa2 ke?", aku tanya balik.

"Takde", kata cik Mira.

"Ok.. saya ambik MAS", selaju papan selaju aku jawap.

Maka petang itu aku balik satu kapal dengan uncle.. hahahaha.. lebih awal sikit sebab seat aku nombor 24, uncle punya no 26!

5 comments:

en_me said...

balik kampung tewww..

bokbon said...

lu dok hotel mana? kedai laksa tu, menu dia yang femes semestinya laksa campur daging bakar. dekat stesen bas kan? kan? heh he..

disitulah tempat gua membesar.

Shh said...

balik kg orang en_me... bukan kg sendiri..

bokbon, aku tak ingat nama hotel tu. resit pun aku tak ambik.. nama pompuan gitu.. tapi bukan MAR Hotel. Hotel tu dekat dengan roundabout, dekat petronas, bawah dia ada kedai dobi dengan bengkel keta. kedai makan pun ada.

pakcik ni dulu memang buka kedai kat bus stand, skrg dah pindah dekat simpang empat tu...

bokbon said...

alah..hotel azimah kan? hotel tu kat corner lot kan? hahaha....

rumah gua tepi roundabout tu je, betul-betul tepi dan dalam pagar.

nak pergi kedai makan ariffin tu, mestilah lalu-lalang depan rumah gua heh!

Shh said...

ya betul.... azimah... ler situ ke rumah hang... tempat aman tenteram.

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini