August 11, 2008

(Kosong Lapan) x 3

Tarikh pada hari jumaat lepas ialah 08 Ogos 2008.. atau diringkaskan menjadi 08.08.08. Macam2 orang buat sempena hari yang dikatakan istimewa tu. Kemungkinan yang paling banyak ialah tarikh hari perkahwinan. Hari melahirkan anak pun ada yang pilih hari tu..(mana2 yang dah confirm keluar ikut tingkap). Yang paling diwar-warkan ialah tarikh bermulanya sukan olimpik.

Aku!? ada jugak... Aku dapat surat beranak baru dan dapat passport antarabangsa yang pertama. Ada jugak kan... heheheh

Selamat Ulangtahun Isteriku Sayang

Hari ni 11-Ogos adalah hari ulangtahun kelahiran isteri aku. Aku dah siap beli kad.. nak bagi tegezut la kunun.. tapi tak tergezut langsung sebab start dari hari jumaat sampai la ahad memang sibuk gila... nak bersekongkol dengan anak2 pun tak sempat...

Sudahnya hari ni pagi2 bagi je kad tu.. dalam keta time nak gi kerja.. hadiah dah bagi advance hari tu...

huhuhu.. dah la hari ni nak otstation gi sg petani...... pagi2 lagi dah dua tiga org call ada meeting tergempar dng jkr, dng hod.... hua hua hua.. ingatkan nak mengelak.. kena jugak pegi daa.... setel urusan kat imigresen, setel hal kat th.. terus hantar wife aku.. lepas tu gerak gi amp.. meeting.. apa la nasib dapat pm macam ni... huhuhuhu...

alah.. malas nak citer kerja la... aku tulis ni nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada isteri aku yang disayangi... bukan nak citer pasal kerja.. walaupun kemungkinan besar wife aku tak baca...

Untuk isteriku sayang, abang ucapkan selamat ulangtahun, semoga semakin dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberkati Allah selalu. Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan kepada abang dan anak2 kita semua. Semoga juga kebahagiaan kita sekeluarga akan berterusan. Aamiin...

August 04, 2008

Padi tidak dibuang, senja tidak dikejar

Hari Jumaat lepas aku ke Pejabat Imigresen di Damansara untuk memohon paspot antarabangsa. Sebelum masuk ke pejabat tu, aku singgah kat gerai ambik gambar kat tepi tu.
"Gambar paspot ye. Empat keping."
"Ok. Abang duduk situ".

Aku pun duduk atas kerusi bulat kat studio mini tu, sambil kontrol hensem (hensem ke??).

Jurufoto tu pun ambik gambar aku dengan kamera digital berjenama fuji. Lepas tu terus cetak guna pencetak canon.

Sambil tu dia tanya aku, "Abang nak fotostat ic dng surat beranak?"
"Surat beranak!?", aku tanya balik.
"Iye bang. Sekarang semua kena ada surat beranak. Dulu kan bawah 18 tahun je", mat tu jawap balik.
"Aiseh.. macam tu la pulak".
"Abang boleh gi kat Jabatan Pendaftaran sebelah ni je. Ambik cabutan surat beranak".
"Ok. Nanti aku gi tanya...", balas aku dengan nada kurang yakin.

Lepas bayar harga gambar, aku terus gi masuk ke kaunter penerangan imigresen. Memang sah kena ada surat beranak. Waduh waduh... mana aku letak surat beranak aku. Aku tak ada simpan kot...

Aku terus la gi JPN kat sebelah tu je. Ambik nombor.. mujur tak ramai orang.
Sampai giliran aku.. terus tanya kat petugas situ.
"Erm... encik punya ni belum pernah mohon lagi. Kena tunggu paling kurang pun seminggu sebab kami kena tanya kat pejabat johor. Boleh?", tanya makcik tu.
"Aaa... kena ada la. Saya memang perlu ni".
"Encik bayar RM5 untuk proses ye".

Tak sangka la pulak kena ada surat beranak. Aku punya trip tak sampai sebulan dari sekarang. Hau hau hau... harap2 tak ada masalah sebab aku nak buat benda baik. Insya-Allah tak ada halangan. Kalau tak dapat bulan depan ni, nampak gaya kena pospon cuti sekolah hujung tahun ni la pulak.

July 28, 2008

Rebung tidak jauh dari rumpun

Hari ni aku otstation ke Alor Star pulak daaa.. Macam biasa, kalau aku otstation.. satu famili aku 'pindah' ke rumah mertua aku. Pagi2 lagi aku dah angkat segala macam barang2 yang sepatutnya masuk dalam keta. Selalunya aku misti 'berleter' kat anak2 aku suruh pakai stokin, pakai kasut, ambik beg dan segala macam 'leteran mak nenek'. Hari ni sebab banyak barang2 aku nak angkut.. aku diam je.. abih semua orang masuk keta.. aku pun jalan.. Kebetulan pulak adik aku yang kerja kat area TTDI pun ikut sekali sebab dia balik rumah semalam.

Bedezup la keta berkapasiti 1300 celcius aku meredah pagi yang hening ke arah Kuala Lumpur. Tiba2 dah dekat sampai kat tol sungai besi, anak aku no. 1 pun bersuara, "Ayah! Mana beg sekolah ek...?".
"Hoh! Dah tertinggal ke?", sergah aku dan segala leteran 'tok ayah' pulak daaa.... Nak marah pun tak guna. Aku pun hantar la anak2 aku sampai rumah mentua aku, tunggu bas sekolah diorang. Naik bas sekolah pegi sekolah tanpa beg sekolah.

"Ayah nanti hantar beg sekolah ye..", sambil senyum2 simpul anak aku sound aku. "Hmmmmm!", jawap aku sambil mata macam tengah diperiksa doktor mata.

Lepas tu aku pun drop la adik aku kat stesen komuter Angkasapuri. "Hari ni kena belajar jadik org KL. Naik komuter gi KL Sentral. Lepas tu naik bas nombor berapa yang lalu depan stesen tu. Faham!?". Adik aku memang jenis senyap je.. angguk je la.... huhuhu.. ntah sampai mana la tu nanti. Lambat la sampai kat tempat kerja. Mujur le boss dia member aku...

Aku pun terus la menunggang keta aku dengan kelajuan 95% dari kelajuan maksima. 23minit kemudian dah sampai kat rumah aku kat bangi. Ambik beg sekolah diorang. Terus gerak balik ke KL dengan kelajuan yang agak melampau bagi kereta keluarga macam aku. Dah dekat2 area NPE aku call adik aku, "Dah sampai mana?".
"Masih kat tempat tadi. Orang ramai sangat, tak boleh masuk", jawap adik aku.
"Hayooo... kau seberang balik jalan tadi. Kejap lagi abang sampai balik tempat tadi".
Sampai kat stesen komuter angkasapuri, aku ambik balik adik aku yang tak sampai ke mana2 tadi. Rugi RM1.00 tiket komuter.

Sampai kat sekolah anak aku dalam jam 8.30 pagi, diorang baru abih perhimpunan. Belum masuk kelas la gitu. Aku bagi beg tu je masing2 duk senyum2 kelat.. rasa macam nak gigit tengkuk diorang macam biasa mak ghimau buat kat anak ghimau... huhuhuhu.. kat depan diorg tunjuk garang la sket.. diorg tak nampak.. aku nak tergelak pun ada...

Lepas tu hantar adik aku, hantar pulak isteri aku... aku pun letak keta aku kat pd, tunggu la pulak keta sewa diorg hantar.. lambat la pulak... dah dekat pukul 11.00 baru sampai.. dah dapat keta.. terus ambik mr dba kat shah alam, lepas tu terus gerak ke utara.

Dalam jam 5 ptg lebih, sampai la kat ast. Esok kerja.... huhuhuh

July 23, 2008

Belalang dapat menuai

Hari ini hari terakhir aku menginap di PNB Darby Park. Sut Eksekutif dia ok.. tapi yang aku kecewa.. tak ada sambungan internet percuma. Sekali kena bayar daaaa.. aku malas nak tanya kalau bayar ni.

Camna pun, terima kasih kepada pihak Nikko hotel yang bermurah hati menyediakan sambungan internet tanpa wayar secara percuma. Dapat taraf pentadbir (admin) pulak tu... huhuhuhu.. tapi aku tak salah guna, cuma nak surfing je.


InterTouch Wireless connection.


Admin unlimited access for 24hrs.


Yahoo! Messenger pun boleh

Bilik aku duduk ni sut eksekutif. Ada satu bilik, ruang tamu, ruang makan dan dapur sekali. Siap dengan peti sejuk, dapur gas, oven microwave dan pinggan mangkuk. Ada restoran high class kat tingkat 39.. high class sebab kat tempat tinggi. Swimming pool ada, trek joging, mcm2 lagilah. Tapi aku tak sempat pun nak guna benda2 tu.. hari kerja daaa.. kalau hari minggu boleh gak.

Pagi2 ni nak gi kerja rasa malas betul la... huhuhuh....

July 21, 2008

Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak belanja, inflasi naik...

Minggu lepas aku dengan partner aku menjalankan tugas di HAT Lumut. Hampir 3 hari kat sana.. yang lamanya nak mencari punca masalah.. akhirnya dapat juga dikenalpasti. Memandangkan masa yang suntuk.. tak dapat nak selesaikan semuanya. Harap2 en. boboy boleh la setelkan ye..

Hari ketiga, kami bertolak ke Pahang pulak. Konon2 nak guna shortcut, aleh2 salah masuk simpang (padan muka aku).. dah jadi longcut. Mujurle dapat juga jimat tol, minyak kompeni bayar. Anyway, aku dah tau jalan yang baru aku lalu tu. Sebelum ni tak tau pun jalan tu, dengar orang cerita je.

Sampai kat Kuantan dah malam daa... letih betul aku driving. Ntah pukul berapa aku tido pun aku tak pasti.. tau2 dah pukul 5 pagi. Pagi Khamis yang hening, gerak ke Pekan. Buat apa yang patut sampai ke petang. Harap2 semua ok je.

Jumaat thgari, gerak balik ke KL. Musafir lalu le aku jadinya. Kebetulan Bob pun balik kl dari Kertih. Sembang2 ngan Bob kat hentian Temerloh. Masih macam setahun dulu. Mcm aku juga, tak berubah (kot) sejak 10 tahun dulu.. .hahahahah.. perasan.

Hari Sabtu patutnya aku ada agenda untuk masa depan, tapi aku mintak pospon sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan. InsyaAllah minggu depan kot...

Hari Isnin.... kerja.. kerja.. kerja... huhuhu..

July 08, 2008

bagai tembilang bagai penggali, bagai yang hilang begitu yang ganti

Sebelum ni aku ada pernah cerita pasal Judi Yang Dihalalkan.

Sebenarnya aku pun terkena. Lebih RM2000.00 aku kena. Dah lepas syok jawap banyak2 tu baru aku perasan... aku sudah terkena daaaa... dari jam 11.30mlm sampai pukul 4 pagi aku syok jawap dengan harapan dapat sesuatu. Dah la gitu, msg2 susulan dari pihak penganjur pun macam seolah2 aku dah menang dah... tu yang makin syok jawap tu... sampai masa aku berhenti tu dah terlambat daaa... aku rasa dah lebih 400 soalan yang aku dapat. Satu soalan RM5... magnum 4D pun satu singgit je kot... ke dah naik skrg, aku tak tau...

Aku dok googling kat internet, rupanya ramai yang dah kena jugak. Ada yang sampai lebih RM3k. Yang aku heran kenapa pihak celcom tak potong line masa dah sampai limit! Kebanyakan yang terkena adalah orang melayu. Sebab soalan dalam bahasa melayu kot... ntahla...

Isteri kesayangan aku pun dok sibuk la tembak aku, "Itu la abang, selalu nasihatkan orang, kalau nak buat apa-apa fikir dulu. Jangan membazir duit tak tentu pasal... sekarang sendiri yang buat". Aku hanya mampu menyeringai je... memang padan muko aku...

Aku rasa ini antara tindakan paling bodoh aku pernah buat dalam hidup aku (antara?? maknanya ada yang lain gak le tu..).

Dah lepas kecoh2 orang kata judi, masuk campur para ulamak dan pihak SKMM, akhirnya pihak penganjur mengaku bahawa apa yang dibuat tu salah. Aku pun dah berkira2 nak tukar ke telco lain kalau tak ada apa2 pulangan dari pihak penganjur. Walaupun akan menyusahkan, tapi demi untuk mengajar pihak terbabit, aku akan buat!

Semalam aku dapat msg dari pihak penganjur,

"Peserta 100Hari100Kereta yang
dihormati, caj promosi SMS 2222 anda
akan dikredit ke akaun anda dalam
bulan Julai 08. Celcom prihatin!
Terima kasih."

Hmmm... walaupun tak dipulangkan dalam bentuk tunai, ok la kot daripada takde langsung. Mungkin ada yang tak puas hati. Kalau dipulangkan 100% ke dalam akaun aku, aku tak perlu bayar bil telefon aku untuk selama 1 1/2 tahun kalau trend penggunaan telefon aku sama macam sekarang. Lagipun kalau dapat tunai, silap2 ke lain pulak perginya duit tu.. huhuhuh..

Pengajarannya pada aku... bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Pada pihak Celcom pulak, cuba letakkan diri anda di pihak pengguna (bukan pengguna kaya), baru tau macam mana rasanya.

July 07, 2008

Jalan-jalan cari angin

Last weekend aku dengan anak2 aku dan adik aku gi menghantar wife aku ke Kertih sebab ada kerja kat sana. Kebetulan pulak mak mentua aku ada kenduri kat rumah sedara kat Melaka, so aku bawak la anak2 aku ke Trengganu. Sambil2 ngantor, sambil jalan2 makan angin..

Kebetulan la pulak anak aku yg no. 1 demam.. so.. takde la sangat aktiviti kat situ. Kami stay kat Residence hotel, Paka. Ok la situ dekat pantai. Kebetulan pulak hari sampai tu hujan lebat. Apa la sangat yang boleh dibuat time hujan2 gitu..

Hotel tu kat kawasan kampung tradisional. Kampung Cacar namanya. Agaknya dulu ramai kena sakit cacar kot. huhuhu...

Hari ahad, balik ke KL. Aku, anak2 aku dengan adik aku je. Wife aku stay. Dah hampir ke Lanchang kat LPT, jem gila khinzir... apobondo la agaknya. Rupa-rupanya ada polis buat sekatan... kambing betul la... letih aku. Nasib baik la anak2 aku time tu tak ada yang nak berak ke, kencing ke...kalau idak, lagi la letih!

Sampai kat KL dalam kul lapan kot... tu dia... nam jam perjalanan. Alhamdulillah, sampai dengan selamat... hari ni senin, kerja.. huhuhu

Menyiapkan yang sudah dimulakan


Penghujung bulan Jun lepas, dikhabarkan tamatlah sudah projek yang aku sedang laksanakan. Cuma yang tinggal sekarang ialah menyiapkan yang sudah dimulakan. Takkan nak tinggalkan kerja yang tak siap ni kan. Bermulalah secara rasmi kerja operasi dan penyelenggaraan.

Apa nak jadi dengan kumpulan projek ni? Bosses pun tak kata apa-apa pun.. tapi saya risau la bang.. maklumlah kami ni umpama langau di ekor kerbau, bagai debu di atas tunggul.. dijerkah si tiong bertempiaranlah si langau, di hembus dek bayu.. berguguranlah debu.

Usia dah dekat asar ni, payah nak cari kerja yang sesuai kot. Bukan memilih sangat, tapi kalau tak serasi, tak sedap juga nak buat kerja. Pihak pengurusan pun mengambil sikap berdiam diri.

"Kalau padi katakan padi, tidak hamba tertampi tampi
kalau sudi katakan sudi, tidak hamba ternanti nanti"

Kalau kerja kat tempat baru (ntah bila agaknya), banyak benda baru yang akan diperolehi. Kerja dah tentu baru, suasana baru, kawan-kawan baru, meja baru (kalau ada meja).. dan serba serbi baru. Menarik jugak tu... tapi ada ke kompeni nak ambik aku ni? itu persoalan utama...

Buat masa ni lebih baik aku diam je lah... zzzZZZzzzZZzzzzzz

June 25, 2008

Biar mati berkapankan kain cindai daripada berkain kadut

Dosa boleh berlaku secara menegak iaitu yang berkaitan hubungan dengan Tuhan dan boleh berlaku secara mendatar, berkaitan hubungan sesama manusia. Dalam pergaulan hidup sehari-hari sudah tentu berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak.
Kesilapan itu boleh mengundang dosa terutama jika ia menyentuh pelanggaran hak yang berkaitan dengan tubuh, maruah diri dan harta benda. Persoalannya, jika dosa dengan Allah boleh diatasi dengan beristighfar dan taubat, bagaimana pula untuk menebus dosa sesama manusia.

Seperti seorang itu wajib bertaubat kepada Allah, manusia juga wajib bertaubat daripada dosa membabitkan sesama manusia. Ulama menggariskan tiga syarat taubat iaitu memohon keampunan dengan beristighfar, menyesali perbuatan lalu dan bertekad untuk tidak mengulanginya.

Apabila dosa tadi berkaitan dengan manusia, maka wajib meminta maaf dan mengembalikan haknya. Jika kita mengambil hartanya (curi, pecah amanah, melalui jalan tidak jujur) hendaklah kita mengembalikan setiap sen daripadanya kecuali dia menghalalkan.

Jika membabitkan maruah diri seperti difitnah, dizalimi, dianiaya, maka wajib satu pengakuan terbuka dibuat untuk membersihkan namanya. Ia termasuk melunaskan apa juga tuntutan ganti rugi akibat kesusahan menimpanya seperti hilang mata pencarian kerana diaibkan.

Jika membabitkan jenayah, maka dalam Islam sudah ada peruntukan dalam bentuk qisas dan takzir. Kesalahan itu termasuk jenayah membunuh, mencederakan dan memperkosa.

Bagaimana jika seseorang itu tidak sedar dia sudah melakukan kesalahan dan berdosa kepada orang lain. Di sinilah kita perlu memohon maaf dan sentiasa memaafkan orang lain kerana manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.

Kadang-kala perkataan atau perbuatan kita menyinggung perasaan orang lain sedangkan kita tidak bermaksud untuk melukakan hatinya. Mungkin seseorang itu salah faham dengan apa yang kita hendak sampaikan.

Kerana itu dituntut untuk memohon maaf sesama insan terutama yang berada dalam lingkungan pergaulan kita (keluarga, sanak-saudara, rakan dan kenalan), walaupun kita tidak berasa pernah melakukan kesilapan dengannya. Kemudian kita dituntut untuk sentiasa memaafkan orang lain.

Ia berdasarkan kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah SAW yang disebut sebagai ahli syurga. Sahabat lain tidak melihat apa-apa kelebihan pada sahabat itu sehingga dia disebut sebagai calon ahli syurga.

Apabila ditanya apakah amalannya, sahabat itu mendedahkan bahawa setiap kali sebelum melelapkan mata dia memaafkan orang lain dan berlapang dada terhadap mereka.

Kisah itu memberi iktibar kepada kita supaya sentiasa memaafkan kesalahan orang pada kita, maka Allah akan mengampunkan semua dosa kita pada orang lain termasuk yang tidak kita sedari atau tidak disengajakan. Bak kata pepatah Inggeris, ‘kemaafan adalah pembalasan dendam yang terbaik’.

Memohon maaf kepada orang yang tidak dapat ditemui lagi atau sudah meninggal dunia, dalam situasi seperti itu hendaklah kembali kepada Allah. Serahkan urusan itu kepada Allah semoga keinsafan dan penyesalan untuk memohon maaf didengari Allah dan melepaskan kita daripada bebanan dosa berkenaan.

Kemudian hendaklah seseorang itu berusaha menjejaki keluarga atau warisnya jika ia membabitkan pengambilan harta secara tidak hak dan kembalikan harta itu kepada warisnya. Jika warisnya tidak ditemui maka sedekahkan kepada mana-mana badan dakwah dan kebajikan.

Semoga Allah menerima sedekah sebagai penebus dosa. Hendaklah memperbanyak kerja kebajikan dan kebaikan seperti bersedekah, menyambung silaturahim dan melakukan kebajikan yang membawa manfaat. Satu daripada langkah orang yang berdosa selepas bertaubat ialah menutup kesalahannya atau menyusulinya dengan perbuatan yang baik.

Dalam konteks insan lain yang tidak dapat ditemui atau sudah meninggal dunia, alim ulama kontemporari berpendapat antara lain yang perlu dilakukan ialah memperbanyakkan doa supaya Allah mengampuni dosa mereka.

Allah menjanjikan antara doa yang makbul ialah doa daripada seorang saudara kepada saudaranya yang lain tanpa pengetahuannya. Malaikat juga akan mengaminkan doa kita. Berdoa kepada Allah memberikan seperti yang kita doakan untuk saudara kita.

Harapan kita ialah apabila terampun dosa mereka, maka tidak ada lagi bebanan dosa yang akan terpindah kepada kita di hari akhirat kelak. Begitulah antara tanda kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-Nya.

RUMUSAN
Melakukan dosa sesama manusia
# Manusia wajib bertaubat daripada dosa dengan Allah dan sesama manusia.
# Jika dosa berkaitan dengan manusia, maka wajib meminta maaf dan mengembalikan haknya.
# Jika membabitkan harta seperti mencuri, pecah amanah dan sebagainya wajib dikembalikan setiap sen yang dicuri kecuali dihalalkan.
# Jika membabitkan maruah diri seperti difitnah, dizalimi atau dianiaya, wajib membuat pengakuan terbuka untuk membersihkan nama mangsa.
# Islam memperuntukkan qisas dan takzir bagi kesalahan jenayah.
# Jika tidak sedar dosa dilakukan, maka dituntut memohon maaf dan memaafkan orang lain.
# Mohon maaf kepada Allah jika tidak berjumpa dengan orang yang kita lakukan dosa. Cari waris untuk mengembalikan harta jika membabitkan jenayah harta.

oleh Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Amir Razelan Adnan.
disalin dari www.bicarakalbu.blogspot.com

June 23, 2008

Manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan

Apabila berbicara tentang gangguan seksual, ramai diantara kita mungkin memikirkan bahawa ia lebih kepada berbentuk fizikal. Sebenarnya ada beberapa perbuatan yang kadang-kadang kita lakukan terhadap seseorang yang kita anggap BIASA, sebenarnya termasuk dalam kod gangguan seksual. Barang harus diingat, gangguan seksual bukan hanya dari lelaki kepada wanita, ia juga merangkumi wanita kepada lelaki, lelaki kepada lelaki mahupun wanita terhadap wanita!

Di bawah adalah kod gangguan seksual perkara 6.1 yang aku salin dari GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM. Hal ini yang kadang2tidak diambil peduli oleh sesetengah dari kita. Kalau kena report.. awas sehhhh...!! Jadi, jangan anggap seseorang itu MUDAH kalau anda tak kenal dia sebenarnya. Kalau kena report.. duk dalam jel!
(Ingatan untuk aku juga).

Kebanyakan mangsa tidak melaporkan kejadian yang dialami kerana menghormati (respek) sipelaku.. dan mungkin juga tiada bukti, saksi ataupun berharap agar ia tidak diulang lagi. Sebab itulah juga, sipelaku rasa seronok... (seronok sangat la tu).. dan akan buat lagi, dan lagi...

Tidak ada salahnya kalau mangsa memberitahu kepada sipelaku,"I tak suka you buat macam ni. Don't do it again!". Itu hak anda. Kalau anda diam sahaja, sipelaku mungkin kata.. ala... ok kot dia ni.. tapi malu!

Sila rujuk ke sini -> http://www.wao.org.my/news/gangguseksual.htm untuk maklumat selanjutnya.

PERLAKUAN, KEADAAN ATAU PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA GANGGUAN SEKSUAL

6.1 Perlakuan, keadaan atau perbuatan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual, antara lainnya adalah seperti yang berikut:

(a) Gangguan Secara Lisan

Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan dengan sipolan berkenaan.

(b) Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)

Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan sipolan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.

(c) Gangguan Secara Visual

Perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

(d) Gangguan Secara Fizikal

Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

(e) Gangguan Secara Psikologi

Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual sipolan sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual.


Peribahasa: Manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan
Maksudnya: Fikir dahulu sebelum berkata-kata

Kurang satu atau tambah satu..?






Semalam cukup usia aku 35 tahun masehi. Semakin kurang 1 tahun. Alhamdulillah masih lagi diberi usia untuk meneruskan tugas yang diamanahkan. InsyaAllah akan diteruskan selagi mampu.

Tiada pesta, tiada bunga api, tiada tiupan lilin...
Ungkapan kasih sayang yang ikhlas dari isteri dan anak2 yang menyayangi dan disayangi cukup bererti.. membuat diri ini terasa amat dihargai..

Syukur alhamdulillah. Semoga umur hamba ini dilanjutakn dan diberkati. Amin.

June 20, 2008

Orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut


Lagi-lagi Kerja Gila atau Gila Kerja

Tarikh kat jam tangan Casio buatan Jepun kat tangan kiri aku sudah bertambah satu angka lagi. Aku masih lagi kat HSAH. Tapi bukan buat kerja gila mahupun gila bekerja.. aku pun tak tau apa fungsi aku kat sini... huhuhuh... nak kata menolong idak juga, nak kata jadi mandur pun idak.. malas pulak aku nak membuat apa-apa, nanti dikata orang macam pisau raut, bengkok orang dapat diluruskan, bengkok sendiri tak dapat dibaiki!

Huaaa.... nak tido!

Apa makna "Orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut"?

Kalau tak berani nak buat sesuatu, apa pun tak boleh jadi!

June 19, 2008

Berjalan tidak cukup selangkah, berkata tidak cukup sepatah

Sampai hari ini, dalam perkiraan aku sudah sangat lama aku dan geng2 aku buat kerja mengira harta2 yang tak tau ntah bila akan habis. Susah nak habis sebab berurusan dengan berbagai macam orang yang bermacam rupa perangai. Disamping itu ada juga gangguan yang tak berkenaan mengganggu kelancaran tugas. Tapi dalam pada tu, ada jugak tugas-tugas penting dapat disiapkan bagai berkayuh sambil bertimba.

Kalau segalanya dibuat bagai perancangan awal, sepatutnya semuanya dah lama selesai. Tapi nak buat macam mana, segala perancangan tak dapat diikuti sepenuhnya disebabkan oleh berbagai2 halangan yang tidak dijangka. Ada juga yang dah dijangka tapi tak dapat dielakkan.

Kalau faktor luaran yang menjadi penghalang, boleh la diterima lagi. Ini faktor dalaman pun ada juga.

Kadang2 jadi macam berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Selalu juga bertelingkah bagai alu dalam lesung. Lagi la lambat jadinya... Ada juga yang telunjuk lurus, tapi kelingking berkait.. ntah laaaa...

Sekarang aku nak buat macam menarik rambut di dalam tepung..
asalkan jangan lain yang bengkak, lain pulak yang bernanah udah laaa...

June 11, 2008

Jalan-jalan cari pasal...

Hari Sabtu lepas, aku dan isteri serta anak2 aku pergi ke Parit Sakyun, Kukup, Pontian meghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. Rakan-rakan lain yang bercadang nak pergi sama-sama semuanya gagal. Masing2 ada hal lain yang lebih utama. Utamakan keluarga!

Dalam perjalanan ke selatan, pihak hotel yang aku booking kat Melaka (Hotel Straits View - dah la buruk, huduh pula perangainya) hubungi aku. Boleh ke diorg nak cancel aku punya tempahan kalau aku tak boleh sampai situ sebelum pukul 4 petang. Hari minggu memang hotel kat Melaka penuh je. Lepas lebih kurang ding dong ding dong.. aku pun hangat la... dah tiga kali sebelum tu confirm kata aku akan sampai sebelum pukul 8, tiba2 nak suruh sebelum pukul 4; pada hari nak check-in pulak tu! Hampes tul! "Sukati engkorang la.. nak kensel ke, nak jual ke hapa ke... korang punya hotel! Ntahapa-hapa ntah! Dah la mahal". tut tut tut tut...

Sepanjang perjalanan tu hujan lebat la pulak. Hujan rahmat! Lebih kurang dekat pukul 3 ptg, sampai le kami ke Kg. Parit Sakyun. Kebetulan la pulak pengantin memang baru nak start berarak. Mujur le time tu hujan gerimis, bukan lebat gila-gila macam kat highway tadi. Lepas makan nasik, salam pengantin, salam bapak pengantin.. kami pun angkat kaki.

Lepas tu terus la kami gerak ke Melaka. Saja nak bawak anak2 bercuti kat situ. Cuti sekolah. Main redah je.. yang penting sampai situ. Mana mau tidur nanti cerita.

Lebih kurang jam 6 ptg, sampai la bandar Melaka. Kami cuba tanya beberapa hotel, semuanya penuh. Dah la walk-in je.. hehehe.. nasib2 le. Sampai tengah bandar, cuba kat hotel City Bayview. Kebetulan tinggal satu bilik yang paling murah kat situ masa itu.. harga dekat RM400.00! Time tengah runding tu, ada pulak satu famili dari Hong Kong tengah desperado nak bilik gak.. siap nego nak bilik yang kitorg tengah nak masuk tu. No way.. aku desperado gak.. At last, check-in kat bilik tu. Ok le biliknya. Ada dua katil single. Besar bilik tu boleh tahan... ada jakuzi sekali. Dia punya shower pun besar, puas mandi.



Malam tu kami jalan2 keliling bandar melaka. Naik beca ada lampu lip-lap. Nak naik menara pusing2 tak sempat sebab dah tutup jam 10 mlm. Kebetulan malam tu ada majlis penutup Pesta Sungai Melaka.. ada la diorg buat bot berhias. Nak berjalan kat Jonker's Walk dah tak sempat sebab anak2 aku semua dah ngantuk.. nak tido.. Banyak jugak benda menarik kat Melaka ye.. tapi masa terhad.



Hari berikutnya, bawak la anak2 aku mandi kat swimming pool.. mcm biasa le. Dah puas berendam... balik le. apa lagi. On the way balik, singgah kat taman rama2... bukan rama2 je ada kat situ.. ulat bulu, buaya, ular dan burung pun ada. Seronok la anak2 aku dapat belajar benda baru.


Dalam perjalanan balik, singgah la kat hentian jejantas ayer keroh. anak2 aku dah sibuk nak kfc. ok le, bukan selalu. Wife aku tunggu kat tempat duduk sementara aku beli makanan. Tengah duk tunggu giliran aku... tiba2 anak aku yg pompuan sampai kat aku kata, "Ayah! Beg tangan ibu dah takde!". Aku pun gi la kat wife aku, "Beg tangan dah kena curik!". Ada la dua orang budak kfc tu yang cuba mengesan pencuri.. tapi tak dapat punya sebab suspek langsung tak tau macam mana ropanya. Wife aku langsung tak perasan masa beg dia kena ambik. Sangat pantas.

Dalam tu ada la duit dalam RM500, ic, paspot, kad bank, kad kredit..dan berbagai macam benda yang wife aku sumbat dalam tu. Lepas tu aku inform kat org PLUS yang ada kat situ. Citer lebih kurang. Aku bagi contact number aku, mintak tolong call kalau ada jumpa beg tangan tu. Yang pasti, penyamun tu mesti buang je benda2 yang diorg tak boleh buat duit segera. Kami terus call mana2 pihak berkenaan nak cancel ke disable ke mana2 kad yang patut.

Terpaksa la pulak buat repot polis. Pegi la kat balai polis alor gajah buat repot. Ada la dalam sejam jugak kat situ. Repot cuma nak buat balik benda2 penting tu je.. bukan ndak benda tu balik. Dah tentu agak payah kalau ndak dapat semula. Habis buat repot, terus jalan balik. Kelaparan la... dah takde mood nak beli makanan.

Hari senin, kami ambik cuti kecemasan... wife aku buat IC baru.. aku pun tompang sekali sebab ic aku rosak. Lepas tu gi imigresen nak buat paspot... tapi atas sebab2 teknikal.. kami balik rumah la dulu pulak, ada dokumen tak lengkap. Nak balik tu, singgah bank dulu buat kad atm. Aku pun tompang sekali sebab kad atm aku dah tak hensem! Lepas tu gi tabung haji pulak sebab buku akaun tabung haji pun sekali kena kebas. Leceh la pulak kat tabung haji. Nak dapatkan ganti buku, kena ada akuan bersumpah. Kena jumpa pesuruhjaya sumpah la pulak. Kebetulan hari tu pesuruhjaya sumpah kat situ keluar awal, kena tunggu jam 2.30 ptg baru dia ada. Kami pun balik rumah nak ambik dokumen.

Sampai kat rumah, tetiba staff wife aku call;
"Cik Na, ada orang jumpa beg tangan Cik Na. Dia call saya tadi".
"Hah! U bagi number tu kat I".
"OK!"

Dalam beg tangan tu ada list number geng2 ofis wife aku, tapi nombor sendiri takde. Jadi, pakcik yang jumpa tu call je salah satu number yang ada dalam list tu.

Terus kami call pakcik tu, bincang nak ambik kat mana. Kami terus gerak ke selatan arah Pedas/Linggi. Jumpa pakcik tu, kontraktor propel yang kutip sampah kat highway. Dia kata pekerja dia jumpa beg tu dalam longkang kat tepi highway. Semua barang2 yang tak buleh buat duit segera masih ada kat dalam tu. IC, paspot, buku2 akaun, dsb. Alhamdulillah. Hulur la sikit kat pakcik tu, hadiah... bukan upah. Nak bagi banyak, kami pun baru lebur banyak.. huhuhu..

Selamat la kami dari nak buat benda2 tu semula. yang dah buat baru (ic dng kad atm), kira halal la...

June 05, 2008

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Judi yang dihalalkan!

Sekarang ni banyak betul peraduan berbentuk sms yang dianjurkan oleh berbagai pihak. Sudah tentu ada pihak yang mendapat keuntungan, kalau tak, idakle diorang buat! Yang rugi sapa?? Pengguna yang tak menang... Hadiah-hadiah kemenangan ni sapa yang 'taja'? Sudah tentu peserta2 yang kurang mampu. Kenapa pulak yang kurang mampu? Pasal yang mampu dah tentu hantar paling banyak penyertaan.. pemenang bukan semua.. kekadang tu sorang je!

Yang paling baru dan mungkin paling hebat kot sekarang ni, pengusaha telco sendiri yang buat peraduan (tak perlu aku hebahkan siapa telco ni). Hadiah boleh tahan.. satu kereta mahal setiap hari selama 100 hari. Anggaran aku kos untuk semua adalah dalam RM14 juta kot. Banyak tu! Sapa yang tanggung? Lagi sekali.. peserta yang tak menang.

Pengiraan mudah ilmu hisab yang aku buat:

Kos satu SMS=RM5.00
Untuk mendapat mata yang BANYAK, peserta kena jawap banyak soalan. Aku anggarkan purata 100 soalan seorang. Mungkin ada yang lebih.
Jadi seorang kena belanja RM500.00
Kalau ada 1000 orang peserta = RM500 x 1000 = RM500,000. (untuk sehari)
Dah boleh cover untuk 3.5 buah kereta (seminggu),2 hari je dah boleh cover seminggu!. Siap ada lebih lagi. Maknanya, kalau trend peserta sama sampai ke habis peraduan (14 minggu 3 hari)... dapat RM25 juta tu. penganjur memang untung gila2 punyalah! Itu anggaran kasar aku.. mungkin lebih lagi kot.

Sapa yang rugi? Peserta jugak...kan judi tu.. setakat soklan:- sapa penyanyi soprano? 1. ning baizura. 2. neng yatimah... takkan tak reti jawap kan.. sampai RM5 tu harga soklan mudah tu.. (camno aku buleh tau? aku try la jugak... terkena terkena...!!). Masa promo kat berita tu kan ada la salah sorang dari pihak penganjur kata, "Anda boleh menang dengan sekadar menghantar 2 sms je!". Penipu!!

Jadi.. sapa2 yang nak cuba nasib tu.... fikir la masak-masak!

May 30, 2008

Gila kerja atau kerja gila - Siri III.2

Malam tu.. dalam lebih kurang jam 2.00 pagi.. baru le ok semua. Mata dah semakin berat.

"Nak balik gak ke?", tanya Mr M.
"Aku tak kira. Apa jadik pun aku nak balik. Takpe aku drive!", aku balas.

Terus start enjin persona yg baru tu. Bedesup masuk highway. Sebenarnya aku dah rasa melayang je time bawak keta tu. Semangat nak balik punya pasal, belasah je. Sambil2 tu kitorang buat la lawak ke, nyanyi lagu ntahapa-hapa.. nak ilangkan ngantuk.

Sampai kat R&R Tapah dalam kul 5 lebih. Ingatkan ada Highway Hotel.. takdak la pulak.. tido je la dalam keta. Dalam kul 7 tu, bangun je teruskan perjalanan.. sampai kat rumah mentua aku dekat2 kul 9 pagi. Masuk je rumah nampak isteri dng anak2 aku... hilang dah rasa letih... huhuhuh... hari tu aku tak gi kerja dah.. ngantuk gila!

May 29, 2008

Bapa Borek, Anak Rintik



Maknanya: Anak ikut perangai bapaknya (biasanya perangai yang tak elok).

Atau boleh juga: Ayah hensem, anak pun hensem juga.... ahahahahaha

Gila Kerja atau Kerja Gila - Siri III

Banyak sungguh aku punya posting dalam satu jam ni. Aku takde kerje ke tengah malam buta ni? Apa bikin brader?... aku kat spital ni haaa... ceritanya...

Kerja FAT hampir selesai. Tak dapat selesai sebab ada halangan yang tak dijangka. Lepas terangkan kat bebudak support apa nak buat besok, aku dng mr M pun angkat kaki. Masa tu semua ok je... segalanya berjalan lancar...

Dalam perjalanan balik tu, sempat lagi singgah kat SGP pekena Key's Char Keowteow.

Hati makin ceria dah dekat sampai Pulau Pinang... maknanya dah dekat 1/3 perjalanan nak sampai KL. Tetiba ada panggilan ke telepon genggam Mr. M.... bunyiknya mengerikan... semua sambungan SAN ke unix machine tak ada... I/O error!! Ahh.. sudah la pulak.. apahal!! Aku dah semakin seram....

Mr. M kejap kejap cakap, "kena patah balik ni.. kena patah balik ni...". mangkin berat la pulak stereng keta aku rasa... cehhh...

"Tak payah kot. Suh diorg reboot je..", sanggah aku nak nyedapkan hati.

"Mana boleh. VCS lagi tu.. bukan boleh gitu je. Besok diorg nak go to hell tu.. eh Go-Live".

"Aiseh... kena ke....".

Akhirnya... masuk kat exit Jawi.. patah balik ke AST.

Ni skg kat AST la nih.. tak setel lagi... huhuhuhu..

May 27, 2008

setitik nila mencemar susu

Functional Acceptence Test (FAT) yang kami jalankan hari ni tak dapat selesai disebabkan oleh kesilapan kecil yang tak langsung dijangka. Entah malaun mana yang telah menutup salah satu dari suis di PDU, ujian punca kuasa jadi gagal. Sudahnya terpaksa tunda sampai besok. Kalau tak besok pagi sesudah subuh kami dah boleh angkat kaki daa.... dah takdirnya begitu...

Anyway, ada beberapa kelebihan akibat dari kejadian ni. Memang sentiasa ada hikmah disebalik setiap kejadian.

"Korang ada kat sini sampai bila?", soalan yang keluar dari mulut Uncle. Dan jawapan yang kami berikan hanya senyuman... hua hua hua... kalau kata, "Besok kitorang balik KL!". Ada harapan kena stay sampai hari Sabtu. Takoootttt.....

Harap2 esok semua berjalan lancar seperti yang dirancang.

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini