September 01, 2009

Ziarah ke Mesir


Alhamdulillah. Kami selamat pergi dan kembali semula. Lepas cuti dua minggu, rasa segar pemikiran. Apatah lagi lepas selesai mengerjakan ibadah umrah.

Bagaimanapun aku takmo cerita banyak pasal umrah dan ziarah ke madinah kali ini sebab ceritanya lebih kurang dengan cerita umrah dan ziarah sebelum ini. Aku cuma nak cerita beberapa hal yang berbeza dari ziarah dari tahun lepas. Yang itu bab lain.

Kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman sewaktu lawatan kami ke Mesir.

Mesir dikatakan bumi nabi-nabi kerana ramai nabi yang diturunkan di sini sebelum nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun tinggalan sejarah yang agak popular di sini ialah sesuatu yang besar-besar seperti piramid dan juga penjaganya encik spinx. Tidak ketinggalan juga ialah Abu Simbel.

Kami sampai di Kaherah pada awal pagi disambut oleh pemandu lawatan kami Ust. Firdaus dan abangnya Ust. Farhan juga Ust. Aziz. Mereka ini adalah rakyat Malaysia yang sedang menuntut di sini. Disamping menuntut ilmu, mereka juga menyebarkan ilmu kepada kami sebab melancong sambil belajar la katakan.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Rumah Wilayah Perseketuan untuk bersarapan.
Rumah ini menempatkan asrama untuk pelajar-pelajar yang berasal dari Wilayah Persekutuan. Bertentangan dengan rumah ini ialah Rumah Pulau Pinang untuk pelajar-pelajar dari Pulau Pinang.

Selesai menikmati sarapan, kami terus dibawa ke Hotel Tiba Piramid di Giza. Sepanjang perjalanan, pemandangan rumah-rumah yang tidak siap kelihatan di kiri kanan jalan. Walaupun tidak siap, rumah-rumah ini ada penghuninya. Malah, penghuninya bukan sahaja manusia, mungkin juga ia adalah kambing ataupun pokok timun! Ya.. mereka berternak dan bercucuk tanam di atas bangunan.


Kedudukan rumah-rumah ini juga sangat padat dan kelihatan tidak teratur. Inilah sistem perumahan bagi golongan kebanyakan di sini. Jumlah penduduk di kota Kaherah ini sahaja ialah 27 juta orang. Lebih ramai dari rakyat Malaysia.


Kami menginap di hotel Tiba Pyramid, Giza. Jarak antara hotel ni dengan kawasan piramid lebih kurang 3 km.
Jalan kat depan hotel

Dalam bilik

Hadapan pintu masuk hotel

Kami dibawak ke kedai minyak wangi kerajaan. Kat sini macam-macam pati minyak wangi ada. Diorang kata, minyak wangi yang mahal-mahal tu pun ambik pati kat sini.

Depan kedai

Masa ni Mat ni tengah demo, minyak wangi mahal ada alkohol. Boleh bakar wooo..



Ini kat kedai kristal Asfour. Macam-macam barang kristal ada kat sini. Dari lampu perhiasan, model bangunan, patung2 comel, aksesori wanita dan lain-lain. Siap duit je... macam2 boleh beli.

Keadaan lalu-lintas kat sini padat, laju dan kelam-kabut. Bunyi hon sentiasa menghiasi pemanduan. Kalau nak naik atau turun bas, kena berlari. Tidak ada bas yang berhenti sepenuhnya, dia cuma akan perlahan je... pejalan kaki juga melintas sesedap rasa kat mana-mana jalan besar atau kecik. Aku yang duduk belakang drebar bas pun rasa banyak kali tekan brek yang tak nampak. Pemandu kat sini memang agresif.

Tempat yang mesti dilawati. Piramid. Di Giza sahaja, ada 3 piramid yang besar. Kalau tak silap ada lebih kurang sepuluh kat sini kot.. tapi yang lain kecik2 je.

Dengan Ustaz Hj Ahmad Shukri dan isterinya sebelum masuk ke kawasan piramid

Ini la keadaan dalam piramid. Mayat piraun dibaringkan kat kawasan rata (belakang akak tudung purple tu). Nak masuk dalam ni kena lalu pintu sempit setinggi lebih kurang 4' dan lebar 3' kot.. aku tak ukur pulak. Masuk ke bawah dengan kecerunan 45 darjah. Kalau nak masuk memang tak boleh jalan steady punya, kena tunduk atau menyengetkan badan. Dalam tempat ni lebih kurang 20 meter kot.

Besor rupanya piramid ni. Tiap satu ketul batu yang membentuk piramid ni pun dah besar. Lebih besar dari kereta. Padu pulak tu. Bayangkan macam mana buruh zaman firaun ni dulu nak ngangkat batu ni. Aku rasa diorang ada teknologi yang lebih canggih dari sekarang ni. Wallahualam.

Dari sini boleh nampak ketiga-tiga piramid terbesar kat kawasan Giza.

Encik Spinx yang dikatakan penjaga kepada semua piramid. Sebahagian hidungnya telah dipecahkan oleh salah seorang pahlawan islam (tak ingat nama dia) untuk menunjukkan bahawa benda ni tak ada kuasa apa-apa pun. Tak ambik gambar dekat, malas nak jalan panas-panas.


Malamnya bersiar-siar menyusuri sungai Nil dengan kapal layar. Macam-macam jenis pengangkutan yang disediakan untuk bersiar-siar kat sungai Nil ni. Yang kitorg naik ni kira sederhana. Ada yang mewah siap ada tempat makan-makan dengan penari goyang gerudi sekali. Yang tu kitorang tak nak la... huhuhuh.. takut...


Kat belakang tu salah satu masjid yang ada dalam Kota Pertahanan Salahuddin Al-Ayubi. Dalam kota ni ada juga muzium pertahanan/tentera, muzium polis dan beberapa buah masjid lagi.

Kawasan kedai makan di hadapan pasar Khan Elkhalili. Air minum mahal gila.. satu tin sampai 10 Egypt Pound atau disebut geneh. 1 geneh lebih kurang 75 sen malaysia kot. Gambar pasar aku tak ambik. Kat pasar ni ada macam-macam barang perhiasan dan cenderahati dijual.

Bangunan kat belakang tu ialah sebahagian dari Universiti Al-Azhar.


Kawasan peranginan terkenal di Mesir ialah Iskandariah atau dalam bahasa omputeh Alexandaria. Perjalanan dengan bas melalui lebuhraya dari Kaherah ke Iskandariah menuju utara mengambil masa kira-kira 2 jam. Bandar ini terletak di persisiran Laut Mediteranean.

Bandar Iskandariah agak bersih dan teratur berbanding Kaherah yang sangat sibuk dan berdebu. Pemandu di sini juga lebih berhemah tapi masih lagi laju dan agresif. Pemandu di Malaysia yang agak ganas di Malaysia pun masih tak boleh lawan majoriti pemandu kat Mesir.. hahahaha... dah budaya diorang macam tu... kasar..

Mesir merupakan sebuah negara republik. Dulu negara ni ada raja, tapi dah digulingkan.

Ini ialah istana raja yang terakhir sebelum digulingkan. Aku tak ingat sapa nama raja ni. Kami diingatkan supaya tidak mengambil gambar di mana ada simbol helang seperti ini kerana ia merupakan larangan. Siapa yang tertangkap akan dipenjarakan beberapa hari serta merta tanpa perbicaraan. Tapi tempat ni dikecualikan. Polis dan tentera bersepah kat seluruh bandar kaherah terutamanya. Ramai yang berpakaian seragam tentera/polis dan ada juga yang berpakaian biasa. Mengkritik kerajaan/presiden adalah satu kesalahan serius dan boleh ditahan serta merta juga tanpa perbicaraan.

Budaya rasuah atau di sini dipanggil 'baksis' adalah suatu yang lumrah di sini. Kalau kat Malaysia, benda ni masih agak sorok-sorok lagi kononnya, di Mesir ia sesuatu yang sangat biasa. Sedekah katanya!

August 11, 2009

Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)


Artikel diambil dari Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia danisteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

+tamat+

Nampaknya banyak benda lagi yang patut diamalkan untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga.

Selamat ulangtahun kelahiran untuk isteriku. I love you. :)

August 03, 2009

Mai Aloq Staq... kepala hang aku putaq!

Minggu lepas aku dengan geng2 rangkaian ada tugasan kat utara. Aku sorang je geng sistematik... yg lenlain semua geng rangkaian. Kerja siap cepat je... maklumlah.. ada orang sistematik... hahahah..

Masa ni aku posing depan hotel lepas check-out. Ada ropa abangla dak???


Dah abih kerja tu... diorg pi la Padang Besaq.. aku pun join la diorg... tak pernah aku pi situ walaupun dah banyak kali buat kerja kat aloq staq. Saja la nak tengok apa yang ada kat situ sebab orang dok tanya.. "hang tak pi padang besaq ka...??". So, aku dah pernah pegi sana.. ha ha ha..

Masing2 duk ushar t-shirt bola yang cantik2 kat situ.. aku tak tau nak beli apa pasai bajet tak sampai situ... tengok2 ajelah.. hasrat tu ada nak beli macam2.. tapi akai kata... "perlu ke kau beli benda tu...?". So aku beli-belah tingkap ajelah pada mulanya.



Abih.. time dah nak balik tu, lalu kedai jual kasut, capal, selipar dan yang seangkatannya. Oleh kerana capal aku dah hilang minggu sebelumnya, aku beli la ganti dia kat Padang Besaq. Punya jauhhh.....

Nak lekas punya pasal, tak makan tengahari sebelum pi Padang Besaq.. lapar kanmain. Ondaway balik, singgah kat changlun makan... bole la.....


Hat ni cok udang.. bole tahan la rasa dia.

Hat ni pulak patutnya sup tulang. Tapi aku rasa kuah sup ni macam bubuh belacan je...

July 29, 2009

Bila sudah tidak serasi...

Hari Sabtu lepas, aku ke Klang kerana ada urusan. Sesat la.. hahaha.. memang fail. Takdehal, akhirnya sampai juga aku ke tempat yang dituju.. itupun lepas tuan rumah jemput aku.. kalau tak mau terkapar-kapar aku sampai ke Kapar.

Dalam perjalanan balik tu, kami singgah kat RnR Puchong arah selatan. Aku pun pegi la kat tempat solat tu nak solat zohor. Masa nak masuk tu aku nampak ada sepasang capal yang design dia dekat2 sama dengan yang aku tengah pakai ada kat luar. Salah satu terbalik... so nampak tapak dia je.

Aku pun masuk dalam terus solat dengan anak lelaki aku. Habis2 tu.. aku keluar nak pakai capal aku.. dah tak ada... cesssh... aku nampak capal yang tadi tu je yang tinggal.. sah pakcik tu dah salah sarung... aku pun pakai capal tu nak cuba kejar pakcik yang baru keluar tadi... tak sempat daaa... dia dah jalan.

Tak selesa la pulak capal tu.. besar sket.. rasa longgar dan berat. Sekali aku perati betul2 capal tu... rupa2nya bukan pasangan ideal... hahahaha... kena beli lain la nampaknya...


Bagai pinang di boleh belah...

July 23, 2009

Jumpa Cik Siti


Isnin lepas, buat pertama kalinya dalam hidup... aku melangkah kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Itu pun sebab uncle ikut aku gi Setiu, kalau tak.. idak le aku sampai sana. Mentua uncle orang Pasir Puteh... pemilik kedai laksa & laksam terbest di seluruh Pasir Puteh. Malam tu uncle duk kat rumah mentua dia.. dinner & breakfast provided. Aku duk kat hotel, tapi dinner dengan breakfast gi kedai pakcik ariffin nih... hahaha.. tak tau malu!


Malamnya, abang ipar uncle bawak la kitorg gi ke Wakaf Che Yah. Ada pasar malam kat sini. Memang malam sangat la, sampai pagi diorang bukak. Ada barang macam-macam la.. yang biasa ada kat pasar malam.. pakaian, barang makanan, mainan, selipar.. besar gak kawasan tu. Aku tak beli apa2 pun sebab dah dekat2 hujung bulan ni... paham2 je lah..



Esoknya kitorg gi la buat kerja kat site. Aku agak2 buleh siap hari khamis sebab aku tak tau apa masalah sebenar. Sudahnya... petang tu jugak siap... ho ho horey....

Jadi, malam tu pulak kitorang stay kat bandar KT. Makan malam gi kat Pantai Kelulut. Boleh tahan la makan sampai takdak angin dalam perut dah. Sendawa nak keluar isi.. hahaha..


Nasik 2, tomyam 2, kailan, telur dadar, ayam merah, sotong goreng tepung, air sorang satu gelas = RM35.00.

Hari selasa tu aku dah gatal nak balik. Iyalah.. kerja dah siap. Flight aku confirm hari jumaat. Pegi kat kaunter fireflyz (saja nak rasa naik fokker, dulu kat sabah selalu dah)... mintak pinda hari selasa tu. Tu dia.. kena penalti RM50 dengan tambah lagi beza tambang RM75.00. Ok la dari tambah sewa keta satu hari RM150 dengan bilik lagi kan... Dapat la aku flight petang tu kul 3.30.

Sementara nak nunggu flight, kitorang melawat ke Taman Tamadun Islam. Kena RM10 kalau ada myKad.. kalau youKad.. RM20.

Aku tak ingat apa nama menara nih.


Dah habis melawat sekitar kawasan tu, terus la gi airpot nak balik la kan... semangat. Uncle puya flight MAS kul 4.30pm.. ha hahaha.. aku nak balik dulu. Sampai je kat airpot, flight aku sudah batal. Kapal terbang rosak... arghh.. sudah...

Dengan secepat bulat aku terus gi kaunter fireflyz. Ada la 4 org yang tengah menunggu kat situ. Kecoh je diorg pasal masalah2 masing la kan sebab kensel flight.

Sampai je giliran aku, cik Mira (gadis kaunter.. he he he).. bagi pilihan kat aku.. "encik nak transfer ke MAS pukul 4.30ptg atau flight fireflyz jugak tapi malam pukul 9.30.".

"Kalau ambik MAS, ada kena tambah apa2 ke?", aku tanya balik.

"Takde", kata cik Mira.

"Ok.. saya ambik MAS", selaju papan selaju aku jawap.

Maka petang itu aku balik satu kapal dengan uncle.. hahahaha.. lebih awal sikit sebab seat aku nombor 24, uncle punya no 26!

June 22, 2009

Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan

Hari jumaat lepas (19 Jun 2009), keputusan kemasukan pelajar baru ke IPTA diumumkan. Kalau nak tau kena semak kat laman web http://www.upu.my/. Aku tak pasti macam mana calon2 luar bandar yang berkemungkinan tak ada kemudahan internet nak semak keputusan ni. Memang lah kalau ndak seribu daya, tak mau seribu dalih kan... aku harap ada cara lain diorg dapat tahu keputusan ni.

Satu hal yang aku rasa agak menyusahkan, keputusan dikeluarkan pada 19 Jun manakala tarikh mendaftar diri adalah pada 27 Jun 2009. Maknanya dalam tempoh seminggu inilah bakal2 pelajar baru nak buat segala macam persediaan untuk menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa. Seminggu beb... buleh jadi kelam kabut tu.. ke memang saja2 nak menyusahkan orang supaya ramai yang kantoi tak dapat masuk??

Aku tak paham la orang yang buat kerja ni... apasal la menyusahkan aku sekali.. sebab adik aku la salah sorang yang tersenarai!

June 10, 2009

Jebat derhaka?

Malam tadi entah apa gatal aku layan tengok cerita Jebat Derhaka. Nordin Ahmad jadi Jebat. Memang handal Jebat ni, abih segala hulubalang, askar dari pangkat prebet sampai la kolonel diamuknya. Gatal pulak tu... dayang2 abih kena sapu semua... ha ha ha... sampai satu babak tu... time tu raja dah tak karuan pasal takde sapa buleh lawan Jebat. Datuk bendahara pun menyembah derhaka kata Tuah masih hidup.



Dengan mudah Sultan Melaka mengampunkan datuk bendahara dan tuah sekali. Bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh seorang bekas pembesar dari Melaka dan disokong dengan galaknya oleh seorang pembesar dari Johor bahawa kalau sembah derhaka maka orang itu akan dibuang ke laut dan keluarganya dihalau keluar negeri serta segala hartanya dirampas! Kenyataan ini dibuat dalam satu rancangan bual bicara yang semakin popular sekarang ni. Pengelola rancangan tu Prof. Mohd Agus Yusof.

Maknanya filem melayu tu yang tak betul (takkan takde orang nak marah kalau salah kot) atau dua2 pembesar tu tak pernah tau pun pasal benda tu.

June 04, 2009

Kapal terbang tambang murah

On the way nak ke KK dari keningau, kitorg singgah kejap kat Tugu Peringatan Mat Salleh. First time singgah walaupun dah beberapa kali lalu sini. Letaknya kat Tambunan. Kawan aku kata Tambunan ni bandar kembar dengan Tambun kat Perak nu... kalau dia kelentong aku, aku pun kelentong la jugak... heheheh..




"THIS PLAQUE MARKS THE SITE OF
MAT SALLEH'S FORT
WHICH WAS CAPTURED BY THE
NORTH BORNEO ARMED CONSTABULARY
ON THE 1ST. FEBRUARY. 1900.
DURING THIS ENGAGEMENT, MAT SALLEH,
WHO FOR SIX YEARS HAD LED A REBELLION
AGAINST THE CHARTERED COMPANY
ADMINISTRATION, MET HIS DEATH."



Ini gambar pameran kat dalam kawasan tugu tu. Pelawat pun tak ramai. Atas ni adalah sebahagian dari pelawat yang ada. Lebih tepat sebahagian dari badan salah seorang dari dua pelawat masa tu.

Ada la sorang polis jaga keselamatan kat situ. Lepak je aku nengok dia... Nak masuk sini melalui satu kawasan kampung. Ada banyak kobau dan anjin berkeliaran... lebih kurang 1km dari jalan besar sampai le kat tugu ni.


Masa ni tengah nak gi pasar Filipina. Keta dari KL ni ha... Sebelum balik semenanjung, biasa le.. kena beli ole2 untuk sedara-mara dan sahabat-handai. Tapi aku tak beli apa-apa pun sebab benda2 yang sama aku pernah beli dulu2... malas ah.. Salina je yang borong aksesori kristal swarvoski kat mak dia.



Pertama kali aku naik kapal terbang AirAsia sebab tiket MAS dah habis. Lambat booking daa... time cuti sekolah pulak. Dulu aku ingat teruk benar le kena naik AirAsia. Itu le.. dengar orang cakap lagi.. lepas aku naik ni aku rasa biasa je pun macam naik kapal MAS. Mungkin sebab pertama kali, lepas tu ok je kot. Lagipun makanan dengan bagasi aku Intan dah beli siap2. Tak payah kena bayar apa2 masa check-in. Tapi makanan tak buleh tukar daaa.. satu bungkus nasik goreng dengan sate dua cucuk, minum air mineral botol kecik 250ml.. nasik goreng tu RM9, air tu RM4.. high class tu yang mahal tu.

Kat Sepang, keluar kat LCCT. Problemo... aku tak biasa naik bas, mabuk. Nak naik tren takdok... Sekali ambik teksi bujet.. tu dia RM61.60 sampai area Bangsar. Bujet kejadah hapa kalau tambang teksi banyak tu. Lantak le.. janji aku sampai udah le.. nanti klem le kat kompeni...

May 27, 2009

memandu di Sabah



Biasanya kalau ke Sabah, aku akan pandu sendiri kereta untuk ke tempat kerja. Aku sangat2 tabik kepada kebanyakan pemandu kat sabah ni. Boleh dikatakan hampir semuanya sangat penyabar. Tak macam pemandu kat semenanjung, macam dah nak teberak kalau bawak keta.

Kat sabah ni pemandunya sangat2 bersopan dan berbudi bahasa. Bawak keta pun tak laju. Kat roundabout pun takde la nak cucuk2 moncong keta tu.. tunggu sampai clear baru masuk. takde sapa nak bunyik hon kalau terhegeh-hegeh bawak keta. sebab hampir semua macam tu.. slow motion. Nak kata sebab bandar kecik tak juga. Aku bawak keta kat terengganu yang jugak tak berapa sibuk tu pun ngeri. Lagi dasat dari drebar KL kadang2 tu kat terengganu tu ha.. org ganu jangan marah pulak.. sebab memang betul apa. Aku teringat peristiwa keta kena calar kiri kanan sebab 'rebut' parking masa kat hospital KT. Padahal kitorg dah standby punya lama sebelum mat tu sampai. Apa punya bebal daa...

Kat sabah ni, kadang2 tu time kita nak keluar simpang, boleh ke diorg yang kat jalan besar ni berenti bagi laluan.. macam ada trafik light je kat simpang tu.. padahal takde pun..

Aku kat sini bawak keta pun dah macam orang sabah. Rasa macam nak bawak balik je sikap yang ada ni ke semenanjung... tapi boleh ke...??

Takkan silap taip kot

Aku sesaja mengabihkan karen melawat halaman rasmi beberapa syarikat tempatan. Tiba-tiba aku tengok ada benda yang agak lawak kat http://www.yosogo.com. Cer klik kat gambor bagi besar... mcm tak percaya.. tapi kena caya gak.. .ntah berapa lama tak update agaknya.. dan aku rasa memang sengaja ditaip begitu sebab mula dengan huruf besar..Dato' Seri Rafidah Jub** binti Aziz... tak paham tak paham...


May 14, 2009

Lagi-lagi Babi

Melayu peluk babi

TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.



Berita asal di Harian Metro.
..............
......
...


Hahahaha... dunia punya pasal.. macam2 orang sanggup buat. Ini sebahagian je.. banyak lagi benda2 haram yang orang yang mengaku atau dilahirkan Islam buat semata-mata nak dapatkan duit mudah. Mencurik tu usah kira lah.. rasuah, menipu, memfitnah, menganiaya orang.... macam2 lagilah.

Ada juga yang buat benda2 haram terang2 tapi takde sapa nak kecoh pon. Errr.. bertaruh masa main golf kira judi tak?? Opps...

May 11, 2009

Menghalalkan arak


Baru-baru ini dalam Pertunjukan Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), antara barangan yang ditonjolkan ialah bir dan wain halal. Aku bukan nak mempertikaikan sama ada barangan tersebut betul-betul halal atau tidak, apa yang nak aku persoalkan ialah perlukah adanya barangan seperti itu.

Apa yang aku nampak ialah cubaan untuk mengeluarkan satu barangan halal menyerupai yang haram. Kita bukan kekurangan bahan minuman untuk diminum. Berbagai-bagai minuman yang sememangnya halal ada di pasaran dengan berbagai perisa, warna, rupa bentuk dan cara pembungkusan yang tidak kurang hebatnya. Apa istimewanya arak halal ini? Apa kurangnya air sirap bandung cincau? Air durian belanda pun sedap juga...

Mungkin tahun hadapan ada pula pihak yang mengeluarkan daging babi tiruan. Rasa macam daging babi tapi diperbuat bukan dari daging babi. Ada sapa-sapa nak rasa?

May 06, 2009

Bunga di taman sudah ditanda



Majlis pertunangan adik aku diadakan baru-baru ini di rumah makcik aku. Menumpang kasih la kiranya.. maklumlah kami ni anak yatim piatu. Majlis ni diadakan sekali dengan kenduri kawin anak makcik aku tu le. Nikah sehari sebelum dan majlis bersanding sehari seselepasnya.

Semua barang2 hantaran ni isteri aku yang mengusahakan. Ringkas je.. tak ada gubahan2 yang memeningkan kepala... Gubah susah-susah pun lepas tu kena bukak jugak kan...

Kami angkut semua2 dari Bangi... sampai kat rumah makcik aku je dia pun tanya, "Mana telurnya?".
" Hah..! Telur apa pulak?"
"Orang perempuan balas hantaran kena ada telur tujuh bijik".
"Ooooooooo.... gitu".

Apa lagi, terus la ambik telur masin yang memang dah siap untuk kenduri sepupu aku tu bubuh dalam bekas masukkan sekali dalam hantaran. Aku pun tak tau apa rasionalnya kena ada telur, apa simboliknya pun tak boleh nak dikaitkan. Kenapa tujuh bijik pulak tu... simbol bakal ada anak tujuh ke? ngeh ngeh ngeh...

Janjinya 6 bulan hidup... flexible time la tu. Maknanya aku kena bersedia nak jadi wali menikahkan adik aku ni nanti... buat masa sekarang tak rasa apa-apa lagi... sampai masa nanti sure berdebar jugak...




May 05, 2009

Punggai Indah Resort, Kota Tinggi.



Aku dan keluarga mertua aku dengan semua adik-beradik isteri aku dan keluarga masing-masing makan angin ke Kg. Punggai di Kota Tinggi, Johor. Sebenarnya sambil-sambil nak gi kenduri kawin sepupu aku, tapi sebab kitorang ramai... so kitorg stay kat resort ni. Punggai Indah Resort.. resort ni sekali dengan Punggai Bayu Beach Resort. Seberang jalan je.. tapi buleh guna kemudahan kat situ..




Kat sini ada 2 unit Dahlia dan 6 unit Orkid. Famili aku dengan mentua aku duk kat dahlia yang kaler kuning cair tu. 3 lagi couple adik ipar aku duk kat orkid yg tiga segi tu. So kitorang je dah ambik lebih separuh dari chalet yang ada kat sini..



Yang ini le dahlia. Dalamnya ropa macam kat bawah ni.


Harga RM150.00 semalam. Ada satu katil saiz queen dan ada satu katil bujang. Tilam tambahan boleh ambik dengan harga RM10.00 satu malam.




Orkid pulak ropa ini. Dalamnya cam kat bawah ni.



Harga yang ini RM110.00 satu malam. Ada 2 katil bujang.


Pantai kat area sini tak berapa best sebab tak berapa bersih. Kalau nak mandi laut gi tempat lain je.


Kolam renang ada.


Ada pentas karaoke la pulak.. RM90 tu kalau nak berkaraoke.

Pada aku harga yang ditawarkan agak berpatutan dengan apa yang disediakan. Kalau nak mai sini dengan keluarga, kena bawak cerek sendiri.. tak disediakan. Nak beli makanan agak jauh kedainya. Ada kemudahan BBQ disediakan kalau ndak. Berapa ringgit aku tak ingat. Ada burger yang dijual kat resort ni.. Kat kantin aku tak pasti apa yang ada sebab aku tak pegi pon..

Kalau bawak budak2 bandar... nak mandi liat la pulak sebab takde air panas. Air-cond ada kat tiap bilik.. takdehal punya. Tuala yang disediakan berkualiti rendah.. tak serap air... digalakkan bawak tuala sendiri

Tempat2 menarik dekat kawasan sekitar aku tak sempat nak pegi sebab tujuan utama nak gi kenduri kawin sepupu aku dan majlis bertunang adik aku. Tak dapat la nak tunjuk kat sini. Sempat singgah kat Tanjung Balau je.. ada Muzium Nelayan. Pun tak sempat nak masuk sebab time kitorg sampai tu tengah tutup tengahari. Kebetulan ada expo apa ntah.. shopping le sikit.
Kitorang balik lepas makan nasik kenduri.. sedap weh... sampai kat lepas susur masuk Simpang Empat, Melaka... tu dia.. sesak bagai nak rak... akhirnya sampai rumah selepas hampir 8 jam perjalanan.

Alhamdulillah. Selamat sampai semua.

April 13, 2009

Bidan terjun

Minggu lepas aku ke utara. Tak bersendirian seperti biasa. Uncle sukarela meneman aku.
Kali ni memang betul-betul bidan terjun. Ha ha ha ha... sebabnya... masa nak buat tu, DBA sebenar yang biasa buat eksesais tu tengah meneman isteri dia nak bersalin dalam bilik bersalin!!

Sorang lagi DBA pun tak dapat bersama. Akhirnya aku dengan beraninya menyambut cabaran. "It is ok. I'll do it!".

Alhamdulillah, aku berjaya melaksanakan tugas dengan baik dengan panduan dokumentasi yang telah diperolehi dari eksesais site sebelum ini. Downtime yang paling cepat.. he he he... 3 jam je.

Nak jadi hal, ntah kenapa sejak 9 April hinggalah 10 April tu, telefon aku sukar dihubungi sama ada panggilan mahupun sms. Rupa-rupanya sejak jam 9 mlm lagi ada orang cuba hubungi aku tapi tak berjaya walaupun aku tengok isyarat penerimaan tak ada masalah pon. Tanya la uncle kalau tak caya!

Lepas habis update patch tu, aku dengan uncle pun gerak balik nak tido. Oh ye.. singgah kedai mamak sekejap, uncle nak makan roti canai. Roti canai malam-malam! Habis tu, masuk bilik terus tido dengan aman.

Pagi esoknya seawal kul 9 lagi uncle dah ding-dong bilik aku. "Sistem down dari pagi tadi la...", kata uncle. "Aik.. takde sapa-sapa call aku pon", aku balas konfiden. "Tak dapat call kau. Aku call pun tak dapat haa...", jawap uncle balik sambil tunjuk henpon dia tgh call henpon aku. Memang tak dapat... ha ha ha ha.. padan muko!

Takdehal pon.. kitorg slow-slow gerak gi site. Tak payah gopoh.. sarapan dulu kat Nasik Lemak Cinta Sayang. Bior bebudak site handle.

Sampai kat site, sistem dah ok. Rupa-rupanya ada unexpected error. Bukan sebab kerja aku malam tadi. Legaa... kalau tak mau aku terjun tingkap!

Bangga ke?



Dalam kesesakan lalulintas di KL baru-baru ini, nombor pendaftaran sebuah kereta yang sederhana mewah menarik perhatian aku. Walaupun sekali pandang memang tak ada celanya, tapi kalau yang berfikiran tidak lurus.. akan terpandang bunyi lain.. Aku pasti pemilik kereta ini bukan sesaja ambik nombor ni dengan tanpa niat untuk memesongkan maksudnya!

April 08, 2009

Sudahkah anda bersedia??

Aku jumpa video clip yang menarik tentang kempen anti merokok dari tanah seberang. enjoyyy...

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini