May 11, 2009

Menghalalkan arak


Baru-baru ini dalam Pertunjukan Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), antara barangan yang ditonjolkan ialah bir dan wain halal. Aku bukan nak mempertikaikan sama ada barangan tersebut betul-betul halal atau tidak, apa yang nak aku persoalkan ialah perlukah adanya barangan seperti itu.

Apa yang aku nampak ialah cubaan untuk mengeluarkan satu barangan halal menyerupai yang haram. Kita bukan kekurangan bahan minuman untuk diminum. Berbagai-bagai minuman yang sememangnya halal ada di pasaran dengan berbagai perisa, warna, rupa bentuk dan cara pembungkusan yang tidak kurang hebatnya. Apa istimewanya arak halal ini? Apa kurangnya air sirap bandung cincau? Air durian belanda pun sedap juga...

Mungkin tahun hadapan ada pula pihak yang mengeluarkan daging babi tiruan. Rasa macam daging babi tapi diperbuat bukan dari daging babi. Ada sapa-sapa nak rasa?

4 teguran:

en_me said...

wabak selesema haram*jadah pun tak selesai lagi kannns..

Abe Joe said...

dkt thailand da ada yang kena ...

aaaa amacam ada rasa gerun tak?

alif-mikail said...

masih baynak lagi di pasaran..

jolly sandy..
malta..

erm.. lu pikir la sendirik

ShaZMi said...

selsema haram*jadah.. kha kha kha.. sebut je selsema babi.. ini influenza a lah.. h1n1 lah....

bang.. jolly sandy dengan malta tak masuk pameran MIHAS... takde ditonjolkan halal pon... tapi tu la dia.. fikir sendirik la kan...

Arkib

Siapa saya

My Photo
ShaZMi
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Suami kepada seorang isteri dan ayah kepada tiga orang anak. Bekerja sepenuh masa dengan sebuah syarikat sendirian berhad bertaraf Anjunghebat Pelbagai Jirim (MSC).
View my complete profile