June 22, 2009

Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan

Hari jumaat lepas (19 Jun 2009), keputusan kemasukan pelajar baru ke IPTA diumumkan. Kalau nak tau kena semak kat laman web http://www.upu.my/. Aku tak pasti macam mana calon2 luar bandar yang berkemungkinan tak ada kemudahan internet nak semak keputusan ni. Memang lah kalau ndak seribu daya, tak mau seribu dalih kan... aku harap ada cara lain diorg dapat tahu keputusan ni.

Satu hal yang aku rasa agak menyusahkan, keputusan dikeluarkan pada 19 Jun manakala tarikh mendaftar diri adalah pada 27 Jun 2009. Maknanya dalam tempoh seminggu inilah bakal2 pelajar baru nak buat segala macam persediaan untuk menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa. Seminggu beb... buleh jadi kelam kabut tu.. ke memang saja2 nak menyusahkan orang supaya ramai yang kantoi tak dapat masuk??

Aku tak paham la orang yang buat kerja ni... apasal la menyusahkan aku sekali.. sebab adik aku la salah sorang yang tersenarai!

June 10, 2009

Jebat derhaka?

Malam tadi entah apa gatal aku layan tengok cerita Jebat Derhaka. Nordin Ahmad jadi Jebat. Memang handal Jebat ni, abih segala hulubalang, askar dari pangkat prebet sampai la kolonel diamuknya. Gatal pulak tu... dayang2 abih kena sapu semua... ha ha ha... sampai satu babak tu... time tu raja dah tak karuan pasal takde sapa buleh lawan Jebat. Datuk bendahara pun menyembah derhaka kata Tuah masih hidup.



Dengan mudah Sultan Melaka mengampunkan datuk bendahara dan tuah sekali. Bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh seorang bekas pembesar dari Melaka dan disokong dengan galaknya oleh seorang pembesar dari Johor bahawa kalau sembah derhaka maka orang itu akan dibuang ke laut dan keluarganya dihalau keluar negeri serta segala hartanya dirampas! Kenyataan ini dibuat dalam satu rancangan bual bicara yang semakin popular sekarang ni. Pengelola rancangan tu Prof. Mohd Agus Yusof.

Maknanya filem melayu tu yang tak betul (takkan takde orang nak marah kalau salah kot) atau dua2 pembesar tu tak pernah tau pun pasal benda tu.

June 04, 2009

Kapal terbang tambang murah

On the way nak ke KK dari keningau, kitorg singgah kejap kat Tugu Peringatan Mat Salleh. First time singgah walaupun dah beberapa kali lalu sini. Letaknya kat Tambunan. Kawan aku kata Tambunan ni bandar kembar dengan Tambun kat Perak nu... kalau dia kelentong aku, aku pun kelentong la jugak... heheheh..




"THIS PLAQUE MARKS THE SITE OF
MAT SALLEH'S FORT
WHICH WAS CAPTURED BY THE
NORTH BORNEO ARMED CONSTABULARY
ON THE 1ST. FEBRUARY. 1900.
DURING THIS ENGAGEMENT, MAT SALLEH,
WHO FOR SIX YEARS HAD LED A REBELLION
AGAINST THE CHARTERED COMPANY
ADMINISTRATION, MET HIS DEATH."



Ini gambar pameran kat dalam kawasan tugu tu. Pelawat pun tak ramai. Atas ni adalah sebahagian dari pelawat yang ada. Lebih tepat sebahagian dari badan salah seorang dari dua pelawat masa tu.

Ada la sorang polis jaga keselamatan kat situ. Lepak je aku nengok dia... Nak masuk sini melalui satu kawasan kampung. Ada banyak kobau dan anjin berkeliaran... lebih kurang 1km dari jalan besar sampai le kat tugu ni.


Masa ni tengah nak gi pasar Filipina. Keta dari KL ni ha... Sebelum balik semenanjung, biasa le.. kena beli ole2 untuk sedara-mara dan sahabat-handai. Tapi aku tak beli apa-apa pun sebab benda2 yang sama aku pernah beli dulu2... malas ah.. Salina je yang borong aksesori kristal swarvoski kat mak dia.



Pertama kali aku naik kapal terbang AirAsia sebab tiket MAS dah habis. Lambat booking daa... time cuti sekolah pulak. Dulu aku ingat teruk benar le kena naik AirAsia. Itu le.. dengar orang cakap lagi.. lepas aku naik ni aku rasa biasa je pun macam naik kapal MAS. Mungkin sebab pertama kali, lepas tu ok je kot. Lagipun makanan dengan bagasi aku Intan dah beli siap2. Tak payah kena bayar apa2 masa check-in. Tapi makanan tak buleh tukar daaa.. satu bungkus nasik goreng dengan sate dua cucuk, minum air mineral botol kecik 250ml.. nasik goreng tu RM9, air tu RM4.. high class tu yang mahal tu.

Kat Sepang, keluar kat LCCT. Problemo... aku tak biasa naik bas, mabuk. Nak naik tren takdok... Sekali ambik teksi bujet.. tu dia RM61.60 sampai area Bangsar. Bujet kejadah hapa kalau tambang teksi banyak tu. Lantak le.. janji aku sampai udah le.. nanti klem le kat kompeni...

May 27, 2009

memandu di Sabah



Biasanya kalau ke Sabah, aku akan pandu sendiri kereta untuk ke tempat kerja. Aku sangat2 tabik kepada kebanyakan pemandu kat sabah ni. Boleh dikatakan hampir semuanya sangat penyabar. Tak macam pemandu kat semenanjung, macam dah nak teberak kalau bawak keta.

Kat sabah ni pemandunya sangat2 bersopan dan berbudi bahasa. Bawak keta pun tak laju. Kat roundabout pun takde la nak cucuk2 moncong keta tu.. tunggu sampai clear baru masuk. takde sapa nak bunyik hon kalau terhegeh-hegeh bawak keta. sebab hampir semua macam tu.. slow motion. Nak kata sebab bandar kecik tak juga. Aku bawak keta kat terengganu yang jugak tak berapa sibuk tu pun ngeri. Lagi dasat dari drebar KL kadang2 tu kat terengganu tu ha.. org ganu jangan marah pulak.. sebab memang betul apa. Aku teringat peristiwa keta kena calar kiri kanan sebab 'rebut' parking masa kat hospital KT. Padahal kitorg dah standby punya lama sebelum mat tu sampai. Apa punya bebal daa...

Kat sabah ni, kadang2 tu time kita nak keluar simpang, boleh ke diorg yang kat jalan besar ni berenti bagi laluan.. macam ada trafik light je kat simpang tu.. padahal takde pun..

Aku kat sini bawak keta pun dah macam orang sabah. Rasa macam nak bawak balik je sikap yang ada ni ke semenanjung... tapi boleh ke...??

Takkan silap taip kot

Aku sesaja mengabihkan karen melawat halaman rasmi beberapa syarikat tempatan. Tiba-tiba aku tengok ada benda yang agak lawak kat http://www.yosogo.com. Cer klik kat gambor bagi besar... mcm tak percaya.. tapi kena caya gak.. .ntah berapa lama tak update agaknya.. dan aku rasa memang sengaja ditaip begitu sebab mula dengan huruf besar..Dato' Seri Rafidah Jub** binti Aziz... tak paham tak paham...


May 14, 2009

Lagi-lagi Babi

Melayu peluk babi

TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.



Berita asal di Harian Metro.
..............
......
...


Hahahaha... dunia punya pasal.. macam2 orang sanggup buat. Ini sebahagian je.. banyak lagi benda2 haram yang orang yang mengaku atau dilahirkan Islam buat semata-mata nak dapatkan duit mudah. Mencurik tu usah kira lah.. rasuah, menipu, memfitnah, menganiaya orang.... macam2 lagilah.

Ada juga yang buat benda2 haram terang2 tapi takde sapa nak kecoh pon. Errr.. bertaruh masa main golf kira judi tak?? Opps...

May 11, 2009

Menghalalkan arak


Baru-baru ini dalam Pertunjukan Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), antara barangan yang ditonjolkan ialah bir dan wain halal. Aku bukan nak mempertikaikan sama ada barangan tersebut betul-betul halal atau tidak, apa yang nak aku persoalkan ialah perlukah adanya barangan seperti itu.

Apa yang aku nampak ialah cubaan untuk mengeluarkan satu barangan halal menyerupai yang haram. Kita bukan kekurangan bahan minuman untuk diminum. Berbagai-bagai minuman yang sememangnya halal ada di pasaran dengan berbagai perisa, warna, rupa bentuk dan cara pembungkusan yang tidak kurang hebatnya. Apa istimewanya arak halal ini? Apa kurangnya air sirap bandung cincau? Air durian belanda pun sedap juga...

Mungkin tahun hadapan ada pula pihak yang mengeluarkan daging babi tiruan. Rasa macam daging babi tapi diperbuat bukan dari daging babi. Ada sapa-sapa nak rasa?

May 06, 2009

Bunga di taman sudah ditanda



Majlis pertunangan adik aku diadakan baru-baru ini di rumah makcik aku. Menumpang kasih la kiranya.. maklumlah kami ni anak yatim piatu. Majlis ni diadakan sekali dengan kenduri kawin anak makcik aku tu le. Nikah sehari sebelum dan majlis bersanding sehari seselepasnya.

Semua barang2 hantaran ni isteri aku yang mengusahakan. Ringkas je.. tak ada gubahan2 yang memeningkan kepala... Gubah susah-susah pun lepas tu kena bukak jugak kan...

Kami angkut semua2 dari Bangi... sampai kat rumah makcik aku je dia pun tanya, "Mana telurnya?".
" Hah..! Telur apa pulak?"
"Orang perempuan balas hantaran kena ada telur tujuh bijik".
"Ooooooooo.... gitu".

Apa lagi, terus la ambik telur masin yang memang dah siap untuk kenduri sepupu aku tu bubuh dalam bekas masukkan sekali dalam hantaran. Aku pun tak tau apa rasionalnya kena ada telur, apa simboliknya pun tak boleh nak dikaitkan. Kenapa tujuh bijik pulak tu... simbol bakal ada anak tujuh ke? ngeh ngeh ngeh...

Janjinya 6 bulan hidup... flexible time la tu. Maknanya aku kena bersedia nak jadi wali menikahkan adik aku ni nanti... buat masa sekarang tak rasa apa-apa lagi... sampai masa nanti sure berdebar jugak...




Arkib