February 26, 2008

Sekolah oh sekolah....

Hari ni aku terpaksa ambik time-off sekejap sebab nak ambik anak aku no. 2 balik dari sekolah. Sebabnya hari ini budak2 tahun 1 ada kem bistari solat. Esok untuk tahun 2 & 3, maknanya sekali lagi aku akan time-off kejap. Terpaksa sebab pihak sekolah buat benda ni lepas sesi persekolahan biasa iaitu selepas pukul 1 sampai le pukul 3. Bas sekolah mana ada time tu....

Aku bukan tak suka anak aku pandai solat, tapi kenapa buat pada waktu yang tak sesuai...?? Nama je cikgu sekolah, tapi ntah hapa yang diorang fikir ntah.... mujur le aku ada kat area KL je, kalau aku otstation... sapa nak ambik tu... cikgu besar nak nganto balik rumah?? jangan harap le.... mana ada cikgu sekolah yang ambik tanggungjawab macam tu.... hampesss le....

Ramai la mak ayah yang bersungut pasal tu... kalau ikutkan hati aku, tak payah bagi anak aku gi sekolah hari ni... tapi tak best la kan nak ajar anak2 melawan time kecik2 gini.. kalau dah sekolah menengah nanti boleh la... hehehe.. macam aku dulu...

Kalau nak buat jugak.. ambik je waktu pelajaran Agama Islam tu.... sama-sama tak rugi... cikgu pun tak payah balik lambat, mak ayah pun tak payah mengarut macam ni...

February 19, 2008

HIKMAT DAN FAEDAH BERDOA

Sebagai makhluk atau hamba Allah yang sentiasa di dalam serba kelemahan dan kekurangan sudah barang tentu kita berhajat kepada bantuan dan pertolongan orang lain yang lebih kaya dan lebih berharta, jadi Siapakah gerangan. yang dapat memberi pertolongan kepada kita dalam erti kata yang sebenarnya. Sebagai jawapannya, tentulah tidak lain dan tidak bukan hanya Allah SWT semata-mata yang benar-benar dapat menolong dan membantu hamba-hamba Nya yang sentiasa memerlukan pertolongan.

Oleh yang demikian, janganlah sekali-kali kita berdoa atau memohon kepada sesuatu selain daripada Allah Taala, kerana perbuatan itu termasuk ke dalam perbuatan syirik yang amat dibenci lagi dikutuk oleh Allah SWT. Sebenarnya doa adalah merupakan suatu ibadat yang besar ertinya dalam kehidupan setiap individu Muslim di alam jagat ini di mana ia mendatangkan manfaat dan faedah sama ada faedah kebaikan untuk dunia mahu pun akhirat dan sama ada untuk menolak atau menghindar dari segala bencana dan mara bahaya sama ada yang sudah berlaku atau belum berlaku, ini amatlah tepat sekali sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat al-Hakam);

“Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu. yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku, maka lazimlah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah.”

Dalam sebuah hadis lain pula Baginda pernah bersabda,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat Ahmad);

“Tiada seorang pun yang mendoakan dengan satu doa melainkan Allah akan memberinya apa yang dipinta atau mencegah daripadanya dari kejahatan seumpamanya selagi ia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutus silaturahim”



Berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas sudah jelas bagi kita bahawa berdoa amatlah perlu di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa lebih-lebih lagi di waktu-waktu tertentu yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT yang maha kaya lagi maha berkuasa. Sebaliknya, adalah menjadi suatu kesalahan yang besar kepada mereka yang tidak berdoa kepada Allah sebaliknya memohon kepada sesuatu selain daripada Allah.

Berdoa adalah menjadi suatu bentuk amalan harian bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh sebagai senjata buat mereka, bahkan para Nabi dan Rasul juga sentiasa berdoa kepada Allah di mana doa mereka sering di perkenan dan diterima oleh Allah, selain dari doa-doa biasa, maka Allah Taala memperuntukkan kepada para Rasul itu suatu doa yang paling mustajab lagi dimakbulkan dengan serta merta yang menjadi sakti atau mukjizat kepada mereka. Mereka telah berjaya dan berhasil di mana segala kehendak dan permintaannya itu dimakbulkan kecuali junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang masih lagi menyimpan doa tersebut untuk dipohon kepada Allah di akhirat kelak, ini telah dijelaskan sendiri oleh Baginda dalam sebuah hadis,

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat as-Syihaan);
“Sesungguhnya bagi setiap Nabi itu ada doa yang sesungguhnya telah mendoakan dengannya pada umatnya lalu diperkenankan baginya san sesungguhnya aku telah menyimpan atau menyediakan doaku sebagai syafaat bagi umatku di hari akhirat nanti.”

Dalam mencari kemakbulan berdoa, perlu juga mencari masa-masa yang tertentu di mana doa Allah akan makbulkan seperti dijelaskan dalam hadis berikut;

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

Daripada Abi Umamah katanya: “Ditanya orang kepada Rasulullah s.a.w. Bilakah doa yang paling diperkenankan? Jawab Baginda: Ialah separuh malam yang kedua dan sesudah solat-solat yang diwajibkan (solat lima waktu)”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat ibnu ‘Asaakar);

“Ada lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu: Malam pertama dalam bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Raya Fitrah dan malam Raya Qurban.”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat an-Nasa’i);

“Tidak ditolakkan doa di antara Azan dan Iqamat.”

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat al-‘Aqiili);

“Tiga golongan di mana doa-doa mereka di perkenankan iaitu; Doa orang berpuasa, doa orang yang di dalam perjalanan dan doa orang yang dianiayai.”

Sebelum dari kita berdoa kepada Allah Taala dengan harapan semoga doa atau permintaan kita itu diterima, maka hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai peraturan dan adab-adab berdoa, di antaranya selain dari kita dituntut membuat pembersihan diri, berwuduk dan menghadap kiblat maka;

1. Hendaklah memujikan Allah Taala terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. mi dapat difahamkan dan sebuah hadis Baginda yang berbunyi:

Mahfum hadis Rasulullah;

“Apabila berdoa oleh seseorang kamu maka hendaklah dimulakan dengan memuji Allah dan memuja-Nya kemudian hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., kemudian berdoalah dengan apa yang dikehendakinya.”

2. Hendaklah mengangkat kedua belah tangannya ke paras bahu ketika berdoa dan hendaklah menyapu ke mukanya apabila selesai dari berdoa. Ini berdasarkan kepada sebuah keterangan hadis;

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

Daripada Omar telah redha Allah kepadanya berkata ia: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila menghulurkan dua tangannya ketika berdoa, tidak mengembalikan kedua-duanya sehingga menyapu ia dengan kedua-duanya akan mukanya.”

Dan dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud di mana Baginda bensabda:

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat Abu Daud);

“Apabila kamu memohon kepada Allah Taala (berdoa) maka pintalah dengan perut-perut tapak tangan kamu dan janganlah kamu memohon akan dia dengan belakang tangannya, kemudian janganlah kamu mengembalikan dia sehingga kamu menyapu dengannya akan muka kamu, maka sesungguhnya Allah menjadikan padanya berkat.”

3. Hendaklah percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa doanya diperkenankan oleh Allah. Dalam konteks ini junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

Mahfum hadis Rasulullah (Riwayat at-Tirmizi);

“Berdoalah sekalian kamu kepada Allah pada hal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah bahawasanya Allah Taala tidak memperkenankan doa dari hati orang yang lalai lagi lupa.”

4. Hendaklah berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta perlahankan suaranya, ini bertepatan sekali dengan perintah Allah sebagaimana tersebut dalam surah al-A’raf ayat 55.

Mahfum firman Allah (al-A’raf :55);

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan (tersembunyi) kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.”

Wallahhu’alam

(Petikan dari buku “Himpunan Doa-doa Pilihan dari Al-Quran & Al-Hadis” oleh Prof. Dato’ Dr. Haron Din & Ust. Ishak Din, Cetakan 2000)

February 15, 2008

Pakcik KAYOOOOO!



Di satu pagi yang hening, aku dapat pesanan ringkas di telefon bimbit kedua aku. Setau aku, nombor ni aku bagi pada ahli keluarga dan sahabat tertentu aja... macam mana buleh dapat msg ni:

"Maklumat! dari Syarikat SHELL Mlys.TAHNIAH! No'simcad anda tlh memenangi cabutan bertuah Cek tunai RM15.000 Sila Hubungi:006285880124417 Terimakasi."
Penghantar: +6281514400547

Aku salin sejibik. Dengan bahasa yang tunggang-langgang, bercampur aduk dan tak lengkap. Aku saspek geng indon yang buat ni. Takkan SHELL nak bagi macam tu. Kalau mesej ni sampai pada penerima yang ada hantar borang peraduan Shell skrg ni, mau terpedaya. Pandai sungguh ambik kesempatan. Kambing bandot betul la diorang ni... sapa yang respon nak ambik hadiah tu pulak jadi badut la pulak... hahahaha...

Malaih nak citer panjang.. kalau dapat mesej macam ni.. abaikan je laa....

February 06, 2008

Sindrom Bisu

Masuk hari ni dah empat hari aku batuk, minggu kedua aku selsema. Start dari semalam suara aku makin hilang... hari ni dah tinggal 7% je suara aku kot.. heheheh.. dah kena tarik nikmat bersuara sekejap... insyaAllah sekejap je.

Sapa-sapa yang call aku tu nasib le korang dengar aku bisik2 je... kwah kwah kwah... biasanya kalau selsema atau batuk, aku beli ubat kat farmasi je... dalam seminggu baik la kot...

Semalam sebelum isteri aku bertolak ke Kuantan, dah pesan kat aku... jangan lupa pi klinik.. berapa kali ntah dia sebut.. aku cam biasa.. bunyik, "hmmmmmmmmm.... nanti pegi la".

At last, malam tadi aku gi jugak klinik. Tak tahan dah batuk2 sampai sakit otot perut aku ni. Hidung sumbat pulak tu... sampai kat klinik guna bahasa isyarat dengan bisik-bisik je kat dokter... siut je dokter tu gelakkan aku... kwah kwah kwah...

Pagi tadi nak gi kerja pulun semua ubat yang ada. Hantar adik aku gi Puduraya, nak balik kampung. Turun tangga kat puduraya je aku dah rasa melayang semacam.. macam semua orangdan benda kat keliling goyang2 je... ahhh.. sudah... misti kesan ubat-ubatan yang selonggok aku ambik tadi.. abih pesanan penaja kat adik aku, aku pi kat kereta.. layan mata dengan kepala semacam tu.. ada la lena dalam 30 minit agaknya... ok la sikit..

Ingatkan nak gi site terus, tapi badan rasa lain macam je.. aku drive la slow2 balik rumah... dah rasa ok sikit.. gi opis kat cyberjaya... ni la boleh post kat sini... hua hua hua...

Untuk kawan-kawan eden yang berbangsa Cina... Selamat Tahun Baru Cina...

* Tahun baru cina bukan perayaan keagamaan.

February 04, 2008

Backup Operator

Selepas setel kat AMP, kena siapkan kat SGB pulak. Sekarang dah buleh jadi backup operator terpilih. Dah lama aku tak pergi SGB lalu Kepong, hampir sesat.. hua hua hua.. nasib baik ada exit baru terus ke Hospital SGB.

Geng2 HP ni pun satu hal, nak kerja senang je.... kalau ikutkan hati aku, malas aku nak tolong.. tapi dah dapat arahan.. ikut je la... karang dikatakan melawan la pulak.

Time2 aku ke tempat lain, ada je la pulak problem kat AMP tu.. manja betul laaa....

February 01, 2008

Hmmmmm...

Hari ini KL dan Putrajaya cuti am. Jadi, isteri aku dan anak-anak aku cuti daaa... opis aku kat selangor. kena kerja daaa.....

pergi kerja kat cyberjaya je... hehehe.. sebabnya.... kuang kuang kuang... pasal aku tau aku akan jumpa sesuatu yang mungkin menggembirakan aku kat sini.... akekekeke.... apa tu...

hmmmm.... sukati aku le... asalkan aku suka.. kau tak suka?? aku peduli hapa...

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini