December 29, 2008

Alah bisa tegal biasa

Aku sepatutnya bercuti sehingga 1 Januari 2009. Tapi nampaknya tak tercapai hasrat disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Aku hampir2 saja terpaksa berkejar ke JB untuk menyelesaikan tugasan di sana. Bagaimanapun aku 'diselamatkan' oleh keingkaran sistem di SGB.

Dua minggu lepas di malam hari raya aidiladha, aku juga terpaksa melayani kerenah ketidak upayaan sistem di AST. Sampai pagi aku kena buat kerja daaa...

Kelmarin di penghujung tahun 1429 hijrah pun sama. Berkorban untuk negara.

Tapi aku tak la teruk sangat, kadang2 je.. ada sesetengah orang tu.. memanjang je kena kerja tak tentu masa. Hidup jadi tak menentu.. kesian...

Selamat tahun baru 1430h

Assalamualaikum. Hari ini merupakan 1 Muharram 1430 Hijrah. Kepada semua saudara yang beragama islam, jadikan tarikh ini sebagai pencetus untuk memperbaiki diri pada tahun ini berbanding tahun yang lepas. InsyaAllah.

Sejarah Penggunaan Tahun Hijri

oleh : al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

 

Umat Islam baharu sahaja menyambut tahun baru hijri. Pernahkah kita menyelusuri sejarah penciptaannya dan penggunaannya? Penggunaan tahun hijrah bermula selepas 7 tahun kewafatan Rasulullah saw iaitu pada tahun ke 17 Hijrah di zaman pemerintahan Sayyidina Umar bin al-Khattab. Sebelumnya mereka hanya menggunakan hari dan bulan sahaja tanpa tahun. Bulan yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah saw ialah Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban. Penentuan hari ialah dengan melihat bulan yang timbul di waktu malam.

Abu Nu`aym al-Asbahani meriwayatkan dua cerita tentang sejarah penggunaan tahun di zaman Umar. Satu riwayat menyebut, sampai pada Umar dokumen kewangan bertulis Sya`ban. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Umar; ini Sya`ban bila? Yang baru ini ke? Atau yang sebelumnya lagi. Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam di zaman Umar mengadu kepada Umar; setiap kali datang surat kamu pada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ia dihantar kepada kami. Lantaran itu, Umar menjemput para Sahabat untuk membincangkan penentuan tahun.

Mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas kalendar Islam? Beberapa cadangan diberikan, antaranya berasaskan kelahiran Nabi saw, berasaskan kenabian, berasaskan penghijrahan dan berasaskan kewafatan. Namun, Umar bersetuju dengan hijrah sebagai asas dengan alasan: “Hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan”. Dengan itu, diisytiharkan hijrah sebagai asas pengiraan tahun bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu berlaku ialah 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah saw, bererti ia merupakan tahun 17H.

Seterusnya timbul pula persoalan; bulan manakah yang akan dimulakan tahun hijrah? Beberapa pandangan dilontarkan. Antaranya Ramadhan, Syawal dan Muharram. Umar memilih Muharram dengan alasan: “Muharram adalah bulan orang ramai bersurai”. Maksudnya, bersurai daripada mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji dilakukan pada bulan Zulhijjah. Ia adalah perhimpunan besar-besaran umat Islam seluruh dunia. Tentu banyak pengalaman menarik sepanjang berhimpun yang boleh mencorak keperibadian muslim yang lebih baik. Kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing selalunya pada bulan Muharram. Mereka kembali pula dengan keperibadian baru selepas mendapat pengampunan dosa hasil ibadah haji. Justeru, sangat sesuai ia dijadikan sebagai bulan pertama kalendar Islam. Dengan itu, bermulalah penggunaan tahun hijrah dengan Muharram sebagai bulan pertama seterusnya Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban, Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah dan Zulhijjah sebagai bulan ke 12.

December 24, 2008

Solat Qasar dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

December 22, 2008

Menangguk Di Air Keruh

Minggu lepas kami ada tugasan di Johor Bharu. Aku bawak geng2 aku ke Kg. Senibong, tempat jalan-jalan cari makan yang agak popular kat sini. Lokasinya berhampiran dengan Permas Jaya. Sebelum ni aku pernah sampai sini dengan adik aku, masa tu aku makan ringan2 je....

Tempat ni boleh dikatakan tersohor jugaklah di kalangan orang-orang yang nak makan makanan laut sama ada penduduk tempatan atau yang datang dari luar kawasan ini. Masa kami sampai tu, tempat letak kereta dah penuh.. jadi letak la kereta dekat satu kawasan lapang berhampiran dengan rumah penduduk kampung tu.

Kami meninjau2 kedai2 yang banyak tu nak cari mana yang best. Orang kata kalau ramai orang, best kat situ. Jadi kami pilih la kedai yang dekat je dengan tempat masuk kawasan tu. Sebaik je kami melabuhkan punggung masing2, datangla pekerja kedai tu mengambik pesanan. Sambil2 tu ada la pulak dihidangkan sebakul kecik kacang rebus.. ada la besar tapak tangan kot.. dan juga sepinggan buah-buahan yang dipotong... bagus gak servis kan... maka sambil memesan, sambil makan... sambil tanya.. "ini free ke dik?. Minah yang ambik pesanan tu senyum je....

Takde gambar sebab tak bawak kamera.

Aku macam biasa, cuma ikut orang je sebab nafsu makan aku ni kecik je sama macam perut dan poket aku. Yang 2 org lagi tu dengan napsu yang besar walaupun duit kecik.. yang dipesan adalah; nasik 4 pinggan untuk 4 orang, ikan jenahak bakar sekor, kupang 1/2 kilo, udang butter utk 3 org makan, sotong tepung untuk 3 juga dan semangkuk tomyam campur. Air masing2 mintak air buah.. boleh tahan semuanya...

Makanan dan minuman sampai, kitorang pun makan... boleh tahan rasanya kecuali ikan jenahak yang aku rasa tak best. Abihnya lebih separuh ikan tu terbuang... sambil2 makan tu biasa la ngumpat, citer pasal kehidupan, pasal kerja dan lain-lain...

Makan-makan dan borak-borak, sedar2 dah dekat pukul sebelas.. nak kena balik awal sebab ada anak dara sorang. Tak elok bawak anak dara malam-malam sangat.. (kul 11 malam awal ke??). Kitorang pun gerak gi kaunter ndak bayar..

tengah tunggu giliran nak bayar tu, ada seorang pompuan muda tegur, "Bang! Tadi ada makan buah dengan kacang rebus tak?". "Ada", jawab Leh. "Enam hinggit bang", balas balik pompuan tu. "Ceh... kena bayar ke... ingatkan freee", balas Leh balik dengan muka masam-masam kelat sambil ngulurkan duit nam hinggit. Sambil tu, petugas kat kaunter tu pun kira, "Seratus lima puluh nam ringgit dua puluh sen (RM156.20) bang...". "Berapa?", aku tanya balik sebab macam tak berapa dengar dia cakap. "Seratus lima puluh nam ringgit dua puluh sen (RM156.20). Errr... Seratus lima puluh je", ulang makcik tu balik dengan lebih jelas. "Ceh! Diskaun kunun. Setakat nam hinggit doposen tu", kata hati aku je. "Bagi resit kak", kata mulut aku. Pergh.... kolek kolek masing2 hulur RM50. Bagi-bagi balik maknanya kena dalam dekat2 RM40 sorang.

Masing2 hati bengkak je gi kat kereta. Elok2 je nak masuk dalam keta, datang dua orang budak sorang laki sorang pompuan.. umur dalam 6 ke 8 tahun kot terus gi kat kitorang. "Bang.. parking kena bayar.. dua hinggit", kata si kakak. Aku terus gelak besar... kena lagi daaa.... Leh lagi yang ngulurkan 2 hinggit sambil melawak kat budak2 tu, "Aik.. takde tulis pon kena bayar. Ok la.. nah duit raya dua hinggit". Menjawap la pulak budak2 tu, "ini duit parking, bukan duit raya". Mujur la kat tempat orang.. hwa hwa hwa..

Sepanjang perjalanan balik ke hotel tak abih2 citer pasal benda tu... hwa hwa hwa.. Aku tak pasti memang harga mahal macam tu atau kami terkena sebabnya aku memang tak biasa makan kat tempat2 macam tu. Kurang berdaya saing untuk orang-orang macam aku. Kalau memang rega dia macam tu, itu je la sekali aku makan kat situ. Satu hal lagi yang diorang letak kacang dengan buah tu.. cakap le kena bayar kalau makan, takde la aku makan kalau tau melainkan kalau aku memang nak makan kacang rebus atau buah tu. Dah kira macam menipu gitu... Yang tuan tanah mintak duit bayar parking pun sama gak, takde tulis kat mana2 pun kena bayar.. tau2 mintak.. ni namanya menangguk di air keruh.. bukan di Ayer Keroh, Melaka!

December 15, 2008

dari bandar melaka ke bandar melaka


aku ke Melaka lagi baru2 ni... kali ni sempat la menjelajah sekitar kawasan mahkota parade sebab aku tinggal kat hotel mahkota. dekat dengan dataran pahlawan, menara tamingsari, mata-di-atas-malaysia.. dan kota peninggalan penjajah..

tampi aku bukan nak citer pasal tu.. aku nak citer pasal papan tanda arah jalan kat bandar melaka. mungkin orang yang tak biasa jalan-jalan kat bandar tu akan berpusing-pusing beberapa kali di tempat yang sama sebelum sampai ke tempat yang dituju. atau mungkin aku je kot... hua hua hua... ada papan tanda agak mengelirukan di sesetengah tempat... sebagai contoh tgk gambar ni. Kalau nak ke lebuhraya nak ke KL atau JB arah ke kiri. Tapi tengok kat tiang lampu dalam kotak merah tu.. ada satu lagi penunjuk arah ke tol air keroh arah ke kanan. Manakala dalam kotak kuning (aku tak sempat ambik gambar yang ini), arah lebuhraya KL/JB adalah ke kiri dari sebelah sana (sama arah dengan tol air keroh) dalam kotak merah. Jadi mana arah sebenar yang harus diikut untuk terus sampai ke lebuhraya?

Aku perasan ada beberapa penunjuk arah macam ni kat bandar melaka. diorang suh pusing2 kat bandar dulu baru le gi tempat yg dituju... hehehehe...

December 09, 2008

Ulangtahun Satu Dekad


Pada hari ini 11 Zulhijjah 1429, genaplah 10 tahun hijrah perkahwinan aku. Pada asalnya bukan tarikh ini yang kami pilih, tapi selepas aruah atuk aku mengira-ngira hari yang sesuai, inilah tarikhnya. Satu hari selepas hari raya aidiladha 1419 hijrah. Alhamdulillah, perkongsian hidup ini masih utuh kekal bahagia hingga hari ini. Semoga akan kekal bahagia dan diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.

Kalau nak kata tak pernah ada masalah, memang tipu. Alhamdulillah segala isu dapat diseselaikan dengan cara yang baik. Kadang-kadang perselisihan pendapat perlu juga untuk mengukuhkan lagi hubungan. Dari situ kita tau yang mana kurik dan yang mana kendi. Kalau baik segalanya bukan tak elok, lagi baik la kan agaknya... tapi kalau simpan perasaan dalam hati.. silap2 boleh meletop.. lebih baik luahkan apa-apa yang terbuku dalam hati supaya sama-sama tahu kehendak masing-masing. Boleh dibincangkan bersama-sama untuk mencari kesepakatan. Apa yang disukai, apa yang tak suka.. gitu la kan.. kan...

Insya-Allah akan tercapai hasrat di hati. Amin...

December 08, 2008

sayang hospital jarak jauhkan

Vodafone Mobile Connect model Huawei E620 masih lagi menyediakan sambungan terus ke ast. Hampir2 tak dapat digunakan, mujur K530i milik aku dapat digunakan sebagai pelantar sementara untuk mendapatkan pemacu peranti ini. Sehingga saat ini, masih tak diketahui punca sebenar masalah di ast.. mata tak tahan dah.... besok la ye...

December 05, 2008

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

Selamat menyambut hari raya aidil-adha kepada semua umat islam. Kepada jemaah haji, semoga mendapat haji mabrur. Yang ada cita-cita nak pergi, tanamkan tekad... insya-Allah dimurahkan rezeki oleh Allah untuk kita menjadi tetamu Allah di tanah suci nanti. Semoga tercapai hasrat.
Amin.

Meneropong kuman di seberang lebuhraya


Sila pilih perkataan yang betul untuk perkataan yang berhuruf tebal di dalam ayat di bawah.

Bukan Sekadar Venue Untuk Sukan.
a. Tempat
b. Gelanggang
c. Gelenggang
d. Gendang gendut tali kecapi

December 01, 2008

Alah membeli, menang memakai...



Menang ke?? Secawan cokelat panas = RM3.50, roti warna ceklat 1.5 keping dengan ketebalan 1.75cm + semangkuk kari ayam (2 ketul) = RM6.00. Jumlah = RM9.50 (tidak termasuk cukai dan bayaran perkhidmatan).

Dengan harga sebanyak ini dan bahan-bahan sebanyak ini.. memang tak berbaloi... disebabkan nama kedainya "OLD TOWN White-Coffee", pengguna terpaksa membayar lebih untuk nama kedai je. Abih.. kenapa gatai gak makan kat sini dah tau mahal...!!?? Saja nak rasa apa yang mahal sangat.. kenyang makan roti kat sini boleh tahan sampai tengah hari ke...?? sama je pon... lepas sejam dah lapor balik.. .huhuhuhu... nak makan nasik lemak.... tulong... tulong.. lapor perut...

November 18, 2008

sedikit sedikit lama lama jadi bukit

Tol Lebuh Raya Utara-Selatan turun 10 Peratus

18/11/2008 2:54pm

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Semua pengguna kenderaan ringan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus.

Penurunan sebanyak RM2.70 itu merupakan salah satu insentif yang diperkenalkan melalui Program Insentif Perjalanan PLUS bermula 1 Januari tahun depan hingga 31 Disember 2010 - Utusan.

+------------------------------+

Hmmmm.. menarik juga ye untuk pengguna lebuhraya. 10% tu banyak juga... cuma aku nak tau, macam mana encik plus nak menentukan waktu yang termasuk dalam potongan tu. Waktu masuk ke atau waktu keluar, atau mesti di antara waktu tu. Maknanya kena masuk lebuhraya selepas pukul 12 malam dan keluar sebelum pukul 7 pagi. Kalau terlebih dah kira normal rate sekalipun jam 7.01 pagi! Kalau masuk jam 11.59mlm keluar jam 12.30 pagi macam mana pulak??

Aku terbayangkan banyak kereta berhenti menunggu nak masuk tol sebelum pukul 12 mlm untuk mendapat diskaun. Mesti sesak punyalah.... hua hua hua... kalau satu hari buleh jimat 80 sen, bayangkan kalau sebulan sudah berapa?

Jangan terkejut kalau lepas ni ada jam besar dekat semua plaza toll!!

November 17, 2008

indah khabar dari ropa

Pagi tadi dalam perjalanan nak gi kerja.. layan sinar.fm dengan topik "pengalaman tak best masa bercuti". Aku teringat peristiwa aku gi bercuti kat Melaka aritu.

Biasanya aku kalau nak gi bercuti takde booking2 dulu.. main jalan masuk je (walk-in).. biasanya dapat je.

Ada la satu hari tu dalam perjalanan balik dari kampung aku kat BP, tiba2 teringin nak melepak kat Melaka lagi... melaka lagi daaa.... yang ni ntah yang keberapa kali ntah gi Melaka.. asyik Melaka je... mana tau kot2 aku buleh dapat pingat ke kan... terus la aku singgah ke Ayer Keroh.. masa tu jam dah dekat 11 malam dah...

"Nak tido mana ek? Kat area Melaka ni dah banyak tempat kita try..", aku tanya isteri aku.
"Ntahla.. kita tengok la mana2 yang ada kosong", balas isteri aku dengan tak berapa yakin.

Memula dah tanya kat Seri Malaysia, tadak kosong. Lepas tu gi kat Taman Mini Malaysia.

"Malam ni ada bilik kosong lagi ke?", aku tanya penyambut tetamu kat situ.
"Bilik dah takde encik, chalet ada la. Ndak?", balas mamat tu.
"Chalet macam mana? Berapa kadar bayaran yang dikenakan".
"Chalet ni ada dua bilik, ada dapur, ada ruang tamu. Harga RM215.00 satu malam", konfiden je mamat tu jawap.
"Tengok gambar ke pamplet ke.. ada?".

Mamat tu hulur la pamplet.. belek punya belek... nampak best gak chalet tu... tak fikir panjang sebab dah dekat pukul 12 mlm.. aku pun terus je setuju.

Lepas check-in, aku pun terus la bawak keta gi chalet tu. Tengok dari depan macam rumah buruk je. Masuk je dalam nampak macam rumah tinggal la pulak. Ada la peti sejuk satu.. sekali bukak macam dah lapan tahun tak pernah guna. Tv ada sebijik kat ruang tamu, bayangkan le bayar mahal2 tv pesen lama dan chenel yang free punya, dah la gitu tak clear la pulak tu.

Masuk bilik yg depan, anak2 aku dah tak larat terus melanding.. tak perasan lagi cadar pun tak ada. Maklumlah, lampu bilik kan samar2 je... pasang air-cond macam bunyik enjin bot pukat tunda.

Sambil2 tu aku masuk bilik lagi satu, pasang air-con.... Tu diaaaa.... menyembur segerombolan semut dengan telur2 depa keluar dari blower air-cond tu.. cepat2 aku angkat anak aku yang kecik keluar dari bilik tu. Bukak almari pulak, ada la tuala lembab tergantung kat situ.

Hati sudah panas.. aku terus cari nombo telefon resort tu kat bil tadi. Sambil tu baru aku perasan yang harga sebenar kat bil kat kredit aku bukan RM215 tapi RM315. Nak mam*** diorang ni.

Aku call reception tadi terus la aku komplen segala macam yang ada kat situ. Malaih nak tulis detail ah... macam bagus je kan.. Suh anak bini aku kemas2 barang terus sumbat dalam keta balik. Tengah kemas2 barang tu receptionist tu call aku balik offer bilik lain yang katanya lebih baik. "Tak payah lahh... eden nak balik dah ni".

Lepas tu terus aku pulang kunci, suruh mamat tu kensel aku punya transaksi tadi. "Mintak mahap ye encik, nanti kami periksa bilik tu", mat tu nak nyedapkan hati aku. Aku cuma senyum je sambil kening macam KJ... hua hua hua.... dalam hati aku, "aku dah nak blah kau nak periksa buat apa! mangkuk!!".

Malam tu jugak aku balik rumah.. sampai rumah dalam kul 2 pagi. Home-sweet-home.


moral: Jangan mudah terpedaya dengan gambar terutama gambar iklan. dah tentu semua elok.

November 12, 2008

sembunyi-sembunyi puyuh, kepala tersorok ekor kelihatan

Nasi kandar, roti canai, teh tarik turun harga.
10/11/2008 5:16pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Selaras dengan saranan kerajaan meminta para peniaga menurunkan harga barang baru-baru ini, dua persatuan pengusaha restoran Malaysia menyahut seruan tersebut dengan menurunkan tiga jenis barang makanan.

Hari ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) bersetuju menurunkan harga bagi nasi kandar, roti canai dan teh tarik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kedua-dua persatuan itu telah menetapkan untuk menurunkan harga sebanyak 20 sen bagi sepinggan nasi kandar, 10 sen bagi roti canai dan teh tarik.

Beliau berkata, hasil daripada penurunan harga bagi ketiga-tiga jenis barang itu menyaksikan harga nasi kandar kini menjadi RM1.30 daripada RM1.50, manakala bagi roti canai harga maksimum iaitu dari RM1.20 hingga 90 sen dan teh tarik pula RM1.50 hingga 70 sen.

“Sehubungan itu, kementerian berterima kasih kepada kedua-dua persatuan ini kerana kesanggupan menurunkan harga walaupun tidak banyak tetapi mereka telah menunjukkan keprihatinan terhadap cabaran ekonomi yang dihadapi sekarang.

“Ia terpulang kepada para peniaga... tiada paksaan. Namun kementerian berbesar hati sekiranya peniaga-peniaga lain turut mengambil langkah yang sama bagi kepentingan pengguna,” katanya selepas merasmikan kempen turun harga oleh PRESMA dan PRIMAS di sini hari ini. - Utusan Malaysia.

+--------------------------------+

Lawak sungguh berita ni kan?? Walaupun aku memang dah lama tak makan kat kedai mamak dan yang seangkatan dengannya, aku tetap tergelak masa tengok berita ni kat tv. Turun harga seposen, doposen untuk 3 barang... siap panggil pak menteri, orang media, ntah sapa-sapa lagi.. kecoh satu negara. Naik harga kalu, korang senyap-senyap je kan.. pirahhh.... naik sampai limaposen, turun seposen je.... itu pun mau kecoh. Harga nasik turun, abih ayam goreng, burung puyuh, sotong tu apa citer?? turun jugak ke...??

Diorang ni dah la jual mahal, pengotor pulak tu.. tu yang korang suka sangat tu.. banyak khasiat kan... hua hua hua...

November 06, 2008

Kembali bersekolah

Hari ni masuk hari ke-4 kursus Oracle 10g RAC. Sepatutnya kelas ni untuk orang yang memang DBA bukan macam aku SE yg menyamar jadi DBA.... maknanya masuk 10 yang sangkut 1 je.. itupun kadang2... yang lebihnya semua keluar, takde yang sangkut...

October 28, 2008

Sambil menyelam minum air

Alhamdulillah, jamuan hari raya di rumah aku pada 26 Syawal 1429 berlangsung dalam suasana sederhana tapi meriah (mcm biasa je baca ayat ni). Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir. Rancangan asal nak buat pada hari Sabtu, namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, tunda pada hari Ahad. Ada juga jiran-jiran yg teringat tarikh asal bertanya, "Aik.. kata aritu nak buat 25 hb..??". "Ada hal sikit last week, takut tak sempat", aku jawap.

Kami ambil kesempatan juga meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak kami Husna (7thn pada 18 Okt) dan Haziq (3 thn pada 25 Okt). Semoga usia diberkati Allah. Tak sempat nak ambik gambar sangat sebab macam biasa, sibuk sangat. Tetamu terawal sampai 5 minit sebelum jam 2.30ptg. Yang terakhir jam 9.30 mlm. Letih memang letih, bukan selalu pun...

Pada kali ini aku jumpa x-classmate kat sekolah menengah dulu yang dah hampir 20 tahun tak jumpa. Juga sahabat kat kolej yang kali terakhir jumpa masa dia ngantar aku kawin 9 tahun lepas. Isteri aku jumpa juga dengan x-coursemate dia yang kebetulan adalah isteri kepada salah seorang x-classmate aku kat sdbl dulu.. kecik dunia ni ropanya...

Minta maaf kepada sesiapa yang tak terjemput.. bukan sengaja.. harap maafkan kami. Lain tahun kalau ada sahabat-sahabat yang tau aku buat open house tapi tak dijemput, datang je.. kan raya. Medium jemputan sama ada email, sms, panggilan atau secara terus dari mulut yang comel.Mungkin ada yang terlepas pandang. Sekali lagi maafkan kami. Kami insan yang lemah.

Kepada tetamu yang telah hadir, sekali lagi.. Terima kasih.

October 24, 2008

Nangka gugur tidak menimpa daun pauh

Sesampainya ke Keningau, aku tak terus ke site dan tak juga menghubungi sesiapa kat sana. Biar kami sampai dalam aman... terus check-in ke hotel juta. Hotel ini merupakan bangunan tertinggi di Keningau. Ada satu lagi yang tinggi ialah hotel perkasa, tapi ngelat sebab duk atas bukit.

Pada malamnya bermulalah teka teki 'nak makan kat mana ek?'. Sebenarnya ada banyak juga kedai makan kat pekan keningau, tapi entah kenapa tekak kami agak sukar nak menerimanya. Bukan tak sedap, cuma bukan selera kami kot. Kalau tak sedap dah tentu kedai makan tu semua lingkup. Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, antara kedai makan 'terbest' yang kami pergi ialah seri keningau dan restoran rahmat untuk sarapan, tengahari dan makan malam. Sudah jadi kewajipan, setiap hidangan akan disediakan semangkuk sup kosong yang kuat rasa rempahnya, garamnya dan monosodomglutamatenya. Tak kira apa kita makan.. nasik goreng.. mihun... apa-apa je lah.

Pagi selasa baru le kami masuk ke site. Bincang dengan site supervisor tentang masalah sebenar yang diorang hadapi. Dah dapat segala maklumat dan senarai alatan-alatan yang ada, aku pun mulakan kerja slow-slow. Bab database aku mintak mr. dba tolong verify, ye atau tidak je! Dah habis re-configuration dan re-schedule yang sepatutnya, aku pun mengetest semuanya. Ok.. bereh... So, tunggu esok pagi.. jalan betul ke idak menatang tu...

Malam tu aku makan buah epal je.. 3 bijik epal hijau, kacang cap tangan dengan air oren.. kenyang gak. Malas keluar punya pasal daaa.. mr. dba pulak makan epal merah dengan buah prune.. hahahaha...

Hari rabu kami lewat ke site sebab dah tau tak ada menda sangat nak buat. Tengok kerja kami semalam semua ok. Lepas tu tunggu budak site kejap sebab nak ngajor diorang handel benda tu. Dah tu abih la tgasan kami kali ni. Habih tu terus balik hotel. On da way nak balik hotel, mr. dba duk ushar aku ajak gi KK. Aku pun dok fikir2.. ok lah.. kita berangkat ke KK. Petang tu jugak kami check-out. Kena charge separuh sebab late check-out. Hantam sajalah...

Kali ni aku pilih jalan melalui tambunan untuk ke KK. Hari dah agak gelap, hujan lebat la pulak. All the way aku bawak keta sebab mata mr. dba dah tak berapa terang... Sesekali terpaksa membontoti lori yang terhegeh-hegeh memanjat bukit, kadang terpaksa perlahan sesangat sebab pemandangan setakat 5 ke 10 meter je sebab kabus.. di tambah dengan hujan lebat lagi. Adventure la pulak kali ni. Setelah hampir 3 jam perjalanan, sampai juga kami ke bandar KK. Satu hal lagi.. mana nak tido daaa...

Aku pun bukan biasa sangat dengan bandar KK ni walaupun dah beberapa kali aku sampai sini sebab aku ni bukan kaki berjalan. Biasa aku duk dalam bilik je.. dan begitu juga mr. dba.. hahahaha.. inilah bapak-bapak orang... last2 kami ambik studio apt kat promenade.. RM115 termasuk cukai dan service charge. Bilik ok le.. siap ada dapur sekali.. tapi bukan kami nak guna pon.. nak mandi dng tido je...

Malam tu aku bawak mr. dba gi medan selera kat highway likas. Aku memula buat-buat macam terer je nak gi situ.. sebenarnya ingat-ingat lupa tempat tu.. sapa ntah bawak aku dulu.. akhirnya sampai la jugak.. nak makan apa pun tak tau.. last2 aku makan nasik goreng.. begitu juga mr. dba.. cuma lauk je lain.... habih makan terus balik bilik.. tido...

Pagi khamis.. jalan2 gi pasar kraftangan atau dikenali sebagai pasar filipin. Aku takndak beli apa2 pun sebab dalam dompet aku ada RM1. Mr. dba yang dok tgk tu tgk ni.. beli tu beli ni.. aku pun hati panas tengok barang2 kristal tu.. heheheh... aku pun sound mr. dba, "pinjam RM sikit.. nanti jumpa kawan kita aku bayar le". "Ok je", balas mr. dba sambil menyengih. Abih la jugak ratusan duit aku...

Dah dekat jam 12 tgh kami pun check-out. Lepas tu gi airport nak tukar time balik. Pinda dari hari jumaat ke hari khamis. Dapat flight jam 3.30 ptg... ada masa 3 jam lebih lagi nak tunggu... so kami ronda2 la dulu gi tanjung aru dengan sutra beach. Dah jam 2 kami pun check-in. "Encik.. flight ni delay sampai jam 8.30 malam", kata petugas MAS kat kaunter tu. Aiseh... "Saya check-in ke next available flight jam 6.40 ptg.. Ok ke?", sambung makcik tu. "Ok je lah.. jangan sampai besok udah le".

Maknanya nak kena tunggu 4 jam lagi... huhuhu.. mujur MAS bagi baucer makan sebab diorang delay. Makan kat McD... sambil guna Wi-Fi percuma... Nak ngabihkan masa 4 jam tu.. bosan giler...

Akhirnya jam 6.40 ptg.. sampai kapal yang dinantikan. Boeing 737-200.. kecik dan takde in-flight entertainment... takpelah.. asalkan sampai. Touch down kat KLIA jam 9.30 mlm... naik train sampai KLSentral dan seterusnya naik teksi sampai rumah mentua aku... balik la keluarga aku ke rumah dari penempatan sementara... !!

October 21, 2008

Yang dikejar dapat, yang dikendung tak tercicir

Pagi ini sebelum jam 6.30 pagi aku dah sibuk mengangkut barang2 masuk dalam kereta. Beg pakaian aku, wife aku punya, anak2 aku... beg sekolah dan macam2 lagilah. Macam biasa, aku otstation, diorang pindah ke penempatan sementara! Aku dah nak jalan, tiba-tiba wife aku cakap, "Bang! Botol susu anak". "Oh ye...", aku pun masuk balik dalam rumah. Dan tu diaaaa.. beg komputer aku pun miseh dalam rumah rupanya, camno buleh tak perasan tadi. Mujur le botol susu anak jadi penyelamat. Dalam tu le segala keperluan aku nak buat kerja dan juga e-tiket nak naik kapal terbang.

Sebagaimana biasa, selepas drop adik aku kat bas stop depan 7-eleven, aku terus memacu kenderaan aku mengikut kelajuan yang munasabah ke arah KL. Sampai rumah mentua jam 7 pagi, terus aku angkut barang2 gi masuk rumah la pulak. Lepas anak aku yg sulung naik bas sekolah, terus kami gi bas stop nak tunggu teksi. Anak aku yg no. 2 mc sebab sakit mata. Kebetulan pulak wife aku ada sesi mengajar kat Bangi, so kena la naik teksi gak ke sana. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai pukul 8 tak dapat2 gak... mr. dba dah berapa kali ntah call aku... hua hua hua..

Dalam kul 8.10, dapat la satu teksi iswara dengan dikuasakan oleh NGV. Kami naik dan wife aku turun kat depan angkasapuri je sebab nak naik komuter la pulak. Kalau nak hantar dia lepas tu hantar aku gi KLIA memang tak sempat. "Bang.. boleh laju lagi tak bang. Flight saya kul 9 ni bang!", aku cakap kat drebar teksi tu. "Boleh", kata dia. tapi aku nengok paling laju pun teksi tu naik sampai 110km/j je.. sekali naik bukit jejak 80 km/j.. ceh.... sempat ke aku ni.

Sampai kat tol putrajaya MEX, aku terus call mr. dba bagi nombor e-tiket aku, mintak tolong check-in aku sekali. Sampai je kat tol masuk highway elite, mr. dba call, "nanti ambik boarding pass kau kat kaunter B16. Cepat.. Nanti tak lepas". "Orait". Time tu dah jam 8.35 pagi. Ndak je aku hijack teksi tu bawak sendiri, kasi pecut. Ke memang enjin ngv tak buleh laju!?

Jam 8.50 pagi, aku sampai kat pintu masuk perlepasan. Bayar tambang, terus aku ambik beg, berlari ke kaunter B16. "Bang, saya S, saya nak boarding pass saya ke KK". Sorang petugas kaunter perempuan kat situ dengan muka kerek jawab, "Encik tunjuk IC". Aiseh.. nak tgk IC la pulak.. aku rasa aku sorang je dalam keadaan kritikal mcm tu sekarang, takkan datuk shah rukh khan menyamar jadi aku pulak kan.. terpaksa la pulak aku cari ic aku dalam dompet. kang tak dapat tiket lagi naya. Time tu la payah nak jumpa ic, lebih seminit dah buang masa cari ic. "Nah boarding pass encik. Masuk kat gate B6 ye. Cepat, kapal terbang dah nak jalan". Macam aku tak tau, yang aku berlari bagai nak rak tadi tu tak cukup cepat ke!

Berlari pulak aku dengan dua beg tu ke pintu perlepasan domestik. Masuk kat pengimbas tu cam biasa mesti bunyik punya sebab kepala tali pinggang besi aku. Sambil pegawai lelaki tu periksa badan aku, aku duk jeling makcik-makcik yg tengok scanner beg tu duk bisik-bisik. Argh... apa pulak la tu. Apa aku ni terrorist ke... "Encik.. dalam beg laptop encik ada swiss-knife, boleh tolong keluarkan", kata makcik yg muda sikit tu. Adoii.. takde aku buleh rampas kapal terbang dengan pisau kecik tu. Terpaksa aku selongkar beg aku yang ada macam-macam barang kat dalamnya tu cari pisau swiss aku tu. Payah juga nak jumpa, maklumle ada macam-macam benda kat dalam tu. Lebih seminit la jugak baru jumpa. Memang masa kritikal betul time ni, seminit pun nak kena kira weh. "Kami kena rampas pisau ni. Mintak maaf ye encik", kata makcik yang sorang lagi. "Tak payah la nak susah payah rampas, ambik je la pisau tu ye", balas aku sambil kelamkabut sumbat barang2 aku masuk dalam beg. "Encik ambik le sarung dia ni", kata makcik tu pulak. "Kalau pisau takde, nak sarung apa? Ambik le sekali. Terima kasih.", aku jawap sambil meneruskan pelarian aku. Mujurle bukan swiss-knife original, kalau tak mau aku bergaduh gak dulu tadi.

Aku terus berlari cari gate B6. Tengok jam aku dah kul 8.57. Rasa macam masuk explorace ke amazing race, cuma takde kamera ikut aku. Ada kot kamera cctv yang rakam aksi aku ni. Sampai kat gate B6 aku nampak mr. dba kat dalam tengah melambai aku. Aku nampak macam penyokong la bagi semangat nak ngabihkan perlumbaan.. hua hua hua.. Sampai kat pintu masuk tempat menunggu tu je.. host rancangan sebut nama aku, "Encik S, anda peserta terakhir sampai. Tapi ini bukan pusingan penyingkiran, sila masuk ke kapal terbang". Hahahaha... itu perasan aku je. Yang benarnya diorang ambik boarding pass aku, tengok ic untuk mengesahkan bahawa akulah penumpang akhir yang ditunggu-tunggu dengan senyum2 yang lebar sangat. "Encik S ye....", kata salah sorang petugas MAS tu. "Iye", balas aku ringkas. Lepas tu aku teruskan berlari mendapatkan mr. dba sambil mendepangkan tangan macam menuju garis penamat... lantak le deme nak kata apa.

Akhirnya berjaya juga aku masuk ke pesawat MH080 dan dapat tempat duduk bernombor 33E. Dalam penerbangan, aku layan la citer Hancock si Will Smith, tapi tadak bunyi sebab diorg tak bagi alat pendengaran. Nak mintak pun malaih... ngam2 sampai kat airpot KK, abih la citer tu. Kali terakhir aku jejak kaki ke Sabah ialah pada awal Ogos 2006. Maknanya dah lebih dua tahun daaa.... airpot dah lain.. sudah ubahsuai jadi lebih baik.

Kemudian teruskan perjalanan ke Keningau dengan kereta waja bernombor pendaftaran KL. Mentangla orang kl.. ikut jalan beufort, papar, crocker.. bla bla bla.. sampai la ke Keningau. Kali terakhir aku sampai Keningau kalau tak silap 4 tahun lepas kot!

October 09, 2008

Hari Raya Bahagia

Hari Raya Bahagia

Lemang ketupat semua telah terhidang
Untuk di jamu pada tetamu yang datang
Di persilakan tua dan muda
Tiba hari raya semua bergembira

Salah tersilap atau keterlanjuran
Biarlah sama kita saling memaafkan
Maklum kita hanya manusia
Tak daya melarikan diri dari dosa

( korus )
Selamat hari raya
Salam sejahtera untuk semua
Sesekali berjumpa kita
Eratkan perhubungan
Serta persaudaraan

Walau di mana pun jua kau berada
Semoga berbahagia di hari raya
Hapuskan segala kedukaan
Pengalaman yang pahit usah di kenangkan

- Jay Jay -

*---------------------------------*

Antara banyak2 lagu raya, ini lagu febret aku. Yang lain best jugak.

Hari raya pertama taun ni giliran kat kampung isteri aku. Jauh tu.. Kg. Kerinchi... huhuhuhu... pelan asalnya pagi raya tu nak gi solat sunat aidilfitri sekeluarga, tapi anak aku yg kecik sekali tido punya la nyenyak.. kesian nak kejutkan... sudahnya aku gi dengan anak sulung aku je.

Lepas solat, kami berangkat balik kampung wife aku. On the way tu, aku hantar sikit juadah kat adik aku yang terpaksa bekerja di hari raya. Pengorbanan untuk negara. Kalau org macam adik aku tak kerja, ramai orang akan susah nak beraya, susah nak balik kampung,susah nak menziarah pusara, susah nak gi shopping, susah nak gi tengok wayang dan macam-macam kesusahan lagi lah... sebabnya diorg tak boleh nak isi minyak!

Sesampainya kat rumah mertua aku, ipar duai yang lain dah sampai awal pagi lagi. Diorag tunggu famili aku je rupanya... hehehehe.. lepas sesi bermaafan, sesi makan-makan, sesi ambik gambar sikit2 kemudiannya. Lepas tu sesi lawatan ke rumah saudara-mara terdekat secara berjemaah. Sampai la ke petang.

Hari raya kedua turn aku pulak jadi host untuk keluarga datang bertandang. Jenuh la jugak tolong wife aku siapkan juadah (aku tolong jugak la...). Petangnya, dah tak ada sapa datang, buat lawatan balas kat rumah adik ipar aku.

Hari ketiga pulak, meneruskan sesi lawatan ke rumah saudara-mara sekitar KL. Lotih den... Masa ni la kita nak bawak diri dan anak2 menziarahi saudara-mara. Kalau hari lain payah gak nak melawat tak bersebab kan... melainkan kalau ada kenduri kawin atau kematian!

Kami balik ke kampung aku pada hari raya ke-4. Adik aku yang kerja time raya tu pun start cuti hari ini, jadinya.. balik saing aku la dianya. Hujan lebat sesekali sepanjang perjalanan ke selatan. Lalulintas tak sibuk sangat macam tahun lepas sebab masa ni dah raya ke-4. Tahun lepas aku balik sehari sebelum raya, memang sibuk gila lebuhraya.

Sampai ke kampung kakak aku dah tengahari. Lepas tu aku gi rumah nenek aku, tampi diorg dah beraya gi tempat lain pulak dah.. so pergi la kat rumah sedara-mara yang lain sampai la malam. Malam tu barulah balik rumah nenek aku. Yang ada cuma nenek dengan atuk aku dengan famili makcik aku yang bongsu. Yang lain dah balik rumah masing-masing. Nenek aku tinggalkan jugak burasak kegemaran aku. Nenek aku memang tau cucu2 dia memang suka benda tu.. heheheh... walaupun sejuk sebab simpan dalam peti sejuk... sedap je.

Malam tu, kami menginap kat rumah nenek aku. Anyway, raya kali ni adalah kali yang kedua dengan tak ada ayah. Emak aku lagi la lama dah tak ada. Rumah peninggalan orang tua aku kat kampung pun dah jadi rumah tinggal. Sebelum ni ada orang yang duk menumpang kat rumah tu (pada awalnya sewa kunun), tapi cara macam yahudi, menumpang tapi tak tau nak terima kasih. Dah la pemalas, pengotor pulak. Aku tau pun time diorang dah lesap dengan beberapa barang yg ada kat rumah tu. Jembalang betul... Kalau aku tau dah lama dulu, mau aku halau tu... Lagi pulak tu, boleh ke sampah diorg longgok je kat luar tingkap.. ntah manusia jenis hapa aku tak tau la.. takde tamadun betul.

Hari ahad aku gi rumah makcik aku kat kota tinggi. Dua jam lebih perjalanan dari kampung aku. Kereta punya la banyak, maklumlah orang beraya. Kat rumah makcik aku sekejap je dalam 2 jam, sebab nak balik rumah aku terus kat bangi. Lepas makan nasik, terus angkat kaki. heheheh...

On da way ke arah utara, boleh dikatakan hujan sepanjang jalan. Kejap lebat, kejap gerimis. Kejap kejap jem.. ok balik.. jem balik... sebabnya ada lima kemalangan mencium buntut yang aku nampak kat arah ke selatan. Tu yang kejap2 jem tu... Maklumlah jalan licin... bukan salah jalan, salah pemandu.. dah tau jalan licin, kenapa ikut dekat2.. tak reti?? Kalau time jalan kering ikut teori 2 saat, dah hujan tu takkan nak guna 2 saat jugak kot.. paling kurang pun 4 ke 5 saat.

Lepas tu yg aku hangin tu, ada je yang nak guna lorong kecemasan kalau dah jem. Orang lain boleh ikut jalan biasa apasal korang tak boleh!? Tak kira jenis kereta la.. yang murah ke, mahal ke sama je.. pemandunya semua pentingkan diri sendiri. Ban*** betul la korang. Aku memang marah ni..

Selepas 6 jam perjalanan dengan 2 kali berhenti, sampai la kami ke rumah di bangi dalam pukul 9 malam. Alhamdulillah. Besok nak kerja, anak2 nak sekolah pulak... huhuhuhu.. back to normal.

October 06, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Harap maafkan andai ada salah dan silap yang telah kami lakukan.


SH
SZSU
WMH
WEH
WMHz

1 Syawal 1429

Diari Umrah dan Ziarah XI

Hari 11 – Ahad, 14 Ramadhan 1429

… dan akhirnya sesudah 9 jam penerbangan, kapal kami mendarat dengan selamat di KLIA pada jam 10.50 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah. Sampai sudah.

Aku pun terus call abah mertuaku, “Abah.. kitorang dah sampai ni.”. “OK. Kejap lagi abah datang. Mak dengan budak2 tengah bersiap tu”, balas abah mertuaku.

Kami terus naik tren dari bangunan satelit ke bangunan utama. Lepas tu, tunggu la barang2 kat tempat ambik bagasi. Mata aku dok focus pada beg2 yang lalu kat depan tu satu satu, mabuk tengok beg lalu.. hehehe.. tapi takde la sampai batal puasa..

Ngam-ngam je kami keluar dari pintu ketibaan, kereta abah mertuaku pun sampai. Anak2 aku dari jauh lagi dah melambai2 dengan wajah yang sungguh ceria. Maklumlah, lama kena tinggal. Petangnya, kami berbuka puasa bersama kat rumah mertua aku beramai-ramai.

Alhamdulillah. Sekian.


Ini aje pengalaman kami. Kalau gaya penceritaan tak menarik, harap maafkan. Aku ni bukan penulis yang baik...

Kalau dah sampai ke Makkah dan Madinah ni sekali, lain kali dah tak ada masalah sangat kalau berziarah ke sana. Yang berbeza mungkin persekitaran dia kot sebab kat sekitar kawasan masjidilharam sekarang sedang dalam proses menaik taraf. Aku harap hasrat aku nak datang lagi dengan lebih ramai ahli keluarga yang lain lagi akan tercapai. Insya-Allah.

Diari Umrah dan Ziarah X


Isteri aku sesudah selesai tawaf widak.


Hari 10 – Sabtu, 13 Ramadhan 1429

Pada jam lebih kurang pukul 10 pagi, aku dah mengangkut segala barang2 kami dan dikumpulkan di lobi hotel. Sesudah pasti tak ada apa yang tertinggal, kami pergi ke masjidilharam menanti waktu solat zohor. Selepas solat zohor, kami terus melaksanakan tawaf widak. Selamat tinggal kepada kaabah. Semoga ini bukan kali terakhir kami ke sini. Andai ini yang terakhir, semoga amalan yang telah kami buat diterima Allah.

Selesai bertawaf, kami terus balik ke hotel. Bas telah sedia menunggu untuk membawa kami ke lapangan terbang Jeddah. Barang-barang telah diangkut oleh pekerja hotel ke dalam bas. Perjalanan ke Jeddah mengambil masa kira-kira 4 jam. Kerana kesuntukan masa, rancangan nak melawat ke masjid terapung dibatalkan.

Sesampainya di lapangan terbang, kami teruskan dengan urusan check-in. Selesai urusan check-in, kami terus masuk ke kawasan pelepasan dan menunggu waktu berbuka puasa. Aku cuma beli secawan air pepsi sebab dah dibekalkan makanan oleh TH. Harga pepsi sebenarnya 9 riyal, tapi aku dapat diskaun sebab aku tunjuk duit 6 riyal yang aku ada, cashier tu takmau pecah duit walaupun sebenarnya diorang terima duit RM50 yang aku nak bayar. Tu tektik yang biasa aku guna kat Malaysia, laku gak kat sini.. heheheh.. Abang Shaik beli satu set hidangan berbuka puasa yang berharga hampir 100 riyal! Tapi aku tengok kalau aku makan, 3 kali baru habis. Kami call mak dan anak2 di Malaysia nak bagitau dah nak balik sambil ngabiskan kredit phone yang ada.

Tak lama selepas solat maghrib, penerbangan balik ke KL dah bersedia. Kami naik bas dari terminal ke kapal. Kali ni naik Airbus A300 berbanding Boeing 747-400 masa pergi. Kurang best la pulak yang ini.. buruk pulak tu.. huhuhuh…

Penerbangan macam biasa le, cuba tidur, makan, minum, buang air, solat, tidur, makan lagi.. bla bla bla.. in-flight entertainment tak ada yang individu punya, share ramai-ramai.

Diari Umrah dan Ziarah IX

Hari 9 – Jumaat, 12 Ramadhan 1429

Hari ini tak ada aktiviti lawatan ke mana-mana. Kami cuma tunggu masa untuk solat Jumaat. Kena pergi awal ke masjidilharam kalau tak mau duduk luar. Dua jam sebelum masuk waktu zohor kami dah sampai kat masjid. Itu pun orang dah ramai. Petangnya selepas solat jumaat, kami pergi meronda ke kedai-kedai berhampiran untuk menghabiskan duit-duit riyal yang ada. Sudahnya sampai tinggal 6 riyal je kat tangan aku. Pada waktu malam, kami seperti biasa bersolat tarawikh di masjidilharam. Ini yang terakhir kami dapat bersolat tarawikh di masjidilharam untuk kali ini. Entah bila lagi agaknya kami dapat berkunjung ke sini.

September 29, 2008

Diari Umrah dan Ziarah IIX

Hari 8 – Khamis, 11 Ramadhan 1429


Isteri aku berposing dengan latar belakang Jabal Rahmah. Tugu berwarna putih di puncak bukit adalah tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dan Hawa. Perhatikan notis berwarna hijau yang ditulis dalam bahasa melayu/indonesia.


Kami berposing berhampiran dengan Jabal Nur tempat terletaknya Gua Hira'

Hari ini merupakan hari lawatan yang terakhir untuk kami. Awal pagi lagi dah berangkat ke arah Arafah. Dalam perjalanan kami melalui kawasan Bukit Thur di mana terletaknya gua tempat Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. bersembunyi sewaktu orang-orang kafir Quraisy nak membunuh nabi.

Kemudian kami sampai ke Arafah. Berkumpul di Arafah merupakan salah satu dari rukun haji. Di sini juga terletaknya Jabal Rahmah, tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa di sunia. Di atas bukit tempat titik pertemuan bersejarah itu diletakkan sebuah tugu berwarna putih. Dikatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat yang mustajab untuk orang berdoa bagi mendapatkan jodoh, terutamanya yang belum ada jodoh. Kalau dah ada.. sendiri mau ingat lah.. nak tambah lagi ke?? Hehehehe…

Kat sini juga ramai penjaja menjual berbagai barangan cenderahati dan akesori wanita. Ramai juga peminta sedekah di sini. Kami dinasihatkan agar tidak bersedekah walau di bulan ramadhan yang mulia ini sebab kalau dah bagi sorang, nanti berduyun-duyun datang yang lain kat kita. Naya je…

Di sini juga pelawat berpeluang menunggang unta dengan bayaran 5 riyal sekali tonggang. Kalau ambik gambar dengan kamera segera yang diorg sediakan, tambah lagi 5 riyal. Aku tak mau naik unta… gayat. Pengembala2 unta ni pun pandai cakap melayu, “Hajji.. hajji… 5 riyal sekali naik. Suami isteri”. Hua hua hua…

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Mina dan juga tempat melontar. Tapi tak boleh masuk sebab sedang dalam proses naik taraf. Difahamkan bahawa kerja-kerja naik taraf dijalankan oleh kontraktor dari Malaysia.

Akhir sekali, kami pergi ke tempat miqat iaitu Ja’aranah. Kami yang lelaki menukar pakaian ihram dan berniat di masjid Ja’aranah. Kali ini aku buat untuk arwah ayah aku pulak. Insya-Allah. Kemudian terus bertolak balik ke Makkah untuk menyelesaikan ibadat umrah secepat mungkin. Dalam perjalanan ke Makkah, kami berhenti sekajap berhampiran dengan Jabal Nur tempat letaknya gua Hira’.

Sesampainya di Makkah, aku dan isteri tanpa berlengah lagi terus melaksanakan tawaf. Tak mau bertembung dengan waktu solat zuhur. Lagipun pagi-pagi orang tak ramai, cepat siap. Selepas selesai bertawaf, terus kami melaksanakan sae’i dan bergunting sesudahnya. Kami selesai kesemuanya sewaktu hampir masuk waktu solat fardu zuhur. Kami terus balik ke hotel setelah selesai solat zuhur berjamaah di masjidilharam.

Pada malamnya kami seperti biasa pergi ke masjidilharam untuk menunaikan solat isyak dan tarawikh. Tapi keadaan tak seperti biasa sebab orang lebih ramai dari biasa. Mujur kami sampai cepat, dapat secure tempat duduk dalam saf. Rupanya khamis dan jumaat merupakan hari cuti hujung minggu kat sini. Ramai orang arab dari seluruh pelosok negara arab mengambil kesempatan melaksanakan ibadah umrah dan solat tarawikh di masjidilharam pada bulan Ramadhan kerana pahalanya yang sangat besar. Beruntung sungguh orang kat arab ni kan…

Diari Umrah dan Ziarah VII

Hari 7 – Rabu, 10 Ramadhan 1429.

Hari ini aktiviti bebas lagi. Tak ada lawatan ke mana-mana. Sapa-sapa nak buat umrah lagi kena pegi sendiri kat tempat miqat. Aku dan isteri mengurangkan lagi baki duit riyal yang ada dengan berbelanja di sekitar hotel. Pagi-pagi lagi aku dah call orang-orang yang disayang kat Malaysia bertanya khabar. Pagi kat Makkah, dah tghari kat Malaysia. Kalau call malam, maknanya kat Malaysia dah awal pagi dah.. dah tido diorang.

Petangnya gi masjidil haram pada setiap waktu solat dan solat tarawikh pada malamnya. Nak mencuba-cuba makanan kat negeri arab tak sempat sebab bulan puasa. Malam dah kenyang sebab buka puasa dah disediakan kat hotel.

September 26, 2008

Diari Umrah dan Ziarah VI


Wife aku membelakangkan unta-unta.

Hari 6 – Selasa, 9 Ramadhan 1429.

Hari ini kami akan pergi ke tempat miqat yang ke 2 iaitu Hudaibiyah. Di sinilah dahulunya perjanjian Hudaibiyah dibuat. Dalam perjalanan ke Hudaibiyah, kami singgah di lading ternakan unta. Bukan besar sangat pun ladangnya, kocik je. Ada la dalam 10 ekor unta yang kebanyakannya betina. Unta-unta ni diternak untuk susunya. Menurut ceritanya, susu unta banyak khasiatnya... antaranya membersihkan isi perut. Juga dikatakan elok untuk kaum lelaki. Hati unta pulak boleh dijadikan ubat bagi penyakit asma. Boleh dikatakan unta memang banyak khasiat. Masing2 pakat beli susu onta yang berharga 5 riyal setiap botol (500 ml).

Selepas habis berposing dengan unta, perjalanan diteruskan ke Hudaibiyah. Kat sini ada sebuah masjid yg agak usang. Kami tukar pakaian ihram kat sini dan kemudian solat sunat ihram dan terus berniat ihram untuk umrah. Kali ini aku niatkan bagi pihak arwah mak aku pulak.

Dalam perjalanan balik ke Makkah, kami singgah ke Muzium Harmain. Muzium ni kecik je. Kat sini ditempatkan barang-barang lama dari masjidilharam dan masjid nabi. Antaranya pintu kaabah, mimbar nabi, penutup telaga zam-zam dan lain-lain. Tapi nak masuk kat situ kena mintak kelulusan kerajaan Arab Saudi dulu, bukan boleh masuk macam muzium Negara tu. Dah la gitu… kalau dia pagi lessen pukul 10.00 pagi, kena masuk time tu je.. tak boleh tercepat atau terlambat. Ntah apa pesen ntah…

Abih tu, terus balik ke Makkah. Sampai lebih kurang kul 11 pagi. Kami rushing gi masjid untuk bertawaf sebelum masuk waktu zohor. Nanti kalau tengah2 tawaf masuk waktu zohor, kena stop la pulak kan… Alhamdulillah, masa kami mula tawaf tu jemaah belum ramai lagi. Jadi kami boleh mengelilingi kaabah dalam jarak dekat. Jadi waktu pun pendek je, sekejap siap. Hinggakan pada satu masa aku hampir2 nak pegang kaabah. Mujur isteri aku cepat-cepat tarik aku, “Bang.. kan kita masih dalam ihram ni!”. “Oh ye.. nasib baik belum sempat pegang.”. Hah! Tu la dia.. kalau pegang tadi, kena bayar dam seekor kambin.

Azan zohor berkumandang sebaik saja kami sampai ke bukit safa untuk memulakan sae’i. Kami berjamaah solat zohor dari kawasan sae’i tu je. Kali ni kami tak rushing macam masa yang first time kelmarin. Jalan pun lirek je sebab time tu siang… kalau laju2 nanti cepat haus.. bukan boleh minum. Nak tunggu waktu buka puasa dalam 4 jam lagi.

Kami tamat bersae’i kira-kira 45 minit kemudian. Kali ini aku terus bergunting kat bukit marwah tu je. Lepas tu aku gunting pulak rambut wife aku. Alhamdulillah, selesai umrah kami yang kedua. Semoga Allah sampaikan niat aku untuk arwah mak aku. Amin.

Pada sebelah petang, aktiviti macam biasa je. Tunggu waktu buka puasa. Lepas tu buka puasa. Solat maghrib. Gi masjidilharam, solat isyak dan tarawikh. Lepas tu balik tido…

September 23, 2008

Diari Umrah dan Ziarah V

Hari 5 – Isnin, 8 Ramadhan 1429.

Hari ini adalah aktiviti bebas. Aku dan isteri hanya berehat sebab semalam dah menyelesaikan umrah buat pertama kali dalam hidup kami. Agak letih sedikit. Bagaimanapun, ada beberapa orang pakcik dan makcik yang dah biasa melaksanakan ibadah umrah pergi ke Tana’em (miqat terdekat dengan kota Makkah) untuk berniat. Aku kagum dengan tenaga yang mereka ada. Ada sesetengah tu dah pangkat datuk dengan nenek dengan aku, tapi tetap gagah untuk beribadat. Malah ada yang terpaksa berkerusi roda untuk bertawaf dan sae’i. Mereka berlumba-lumba untuk mencari kereda’an Allah. Subhanallah.

Aktiviti kami berdua hari ini adalah berehat dan bershopping di sekitar kawasan hotel. Di sini banyak dijual pakaian wanita dan lelaki seperti jubah, kurta, tudung, songkok, sejadah dan segala macam pakaian yang berbagai fesyen. Semua yang sesuai digunakan oleh wanita Islam. Jubah wanita yang agak murah dijual antara 60 ke 80 riyal sehelai. Bagaimanapun kalau ditawar, boleh mencecah 40 riyal sehelai. Ada juga yang lebih mahal kira-kira 150 riyal. Jangan risau kalau tak pandai berbahasa Arab sebab kebanyakan penjual-penjual di sini pandai berbahasa Melayu yang mudah. Bahasa perniagaan boleh la. Ada juga yang mengikuti perkembangan politik di Malaysia. Nama Anwar, Mahathir dan Abdullah dikenali di sini. Dari segi rupa paras, aku rasa kebanyakan pekerja-pekerja di kedai-kedai di sini berasal dari Bangladesh.

Agak sakan jugak isteri aku bershopping. Aku cuma jadi tukang angkut je sebab fulus kurang. Petangnya pulak, kami hanya pergi ke masjidilharam untuk bersolat zohor dan asar. Cuaca yang agak panas tambahan pula di bulan Ramadhan menghadkan aktiviti kami di luar. Jadi, jimat belanja la kot.

Pada malamnya, buat pertama kali kami dapat bersolat tarawikh di masjidilharam. Biasanya aku tengok kat tv je. Pada malam itu, aku turut bersama ribuan jemaah lain bersolat tarawikh. Seperti biasa, kena masuk ke masjid sekurang-kurangnya satu jam lebih awal untuk mendapat tempat di dalam masjid. Jemaah yang datang mengerjakan umrah dari seluruh dunia pada bulan Ramadhan sangat ramai kerana fadilat mengerjakan umrah pada bulan ini sama seperti mengerjakan haji (berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.).

Oleh sebab dah ada telefon genggam yang boleh digunakan di sini, agak mudah untuk kami berjumpa selepas selesai bersolat. Kami tak melepaskan peluang mencuba jus buah-buahan yang dikatakan orang sedap. Jus-jus ini dijual oleh beberapa kedai berhampiran masjidilharam dengan harga 5 riyal secawan. Memang agak sedap juga tapi pada aku terlalu manis. Ada juga dijual minuman berkarbonat dalam tin antaranya pepsi dan mirinda. Setiap satu berharga 1 riyal.

Kami berjalan balik ke hotel bersama-sama dengan jemaah yang lain. Beberapa jalanraya berhampiran masjid akan ditutup sementara kepada kenderaan setiap kali habis waktu solat. Kebiasaannya, jalan-jalan yang kami lalui penuh sesak dengan kenderaan dan pemandu-pemandu di sini menggunakan sepenuhnya hon kenderaan mereka. Bunyi bingit hon kenderaan adalah biasa di sini seolah-olah hon ditekan setiap satu atau dua minit sekali. Kebanyakan pemandu juga memandu kenderaan mereka tak kira bas, kereta, 4x4 malah motor sekalipun umpama mat rempit kat Malaysia. Ganas sehh… Kemik-kemik dan calar pada kereta juga biasa. Kenderaan berjenama Toyota berbagai model dan varian mendominasi jalanraya di sini terutamanya Camry. Mungkin 50% atau lebih.

Masa nak tidur aku menyedari bahawa kesengalan otot kaki dan badan selepas tawaf dan sae'i semalam dah tak ada. Alhamdulillah. Pemulihan dengan solat tarawikh berjamaah 20 rakaat!

September 22, 2008

Diari Umrah dan Ziarah IV

Hari 4 – Ahad, 7 Ramadhan 1429.

Setelah siap mengemaskan barang-barang kami, aku angkat semuanya ke lobi untuk dikumpulkan bersama dengan barang2 jemaah yang lain. Hari ini kami akan berangkat ke kota suci Makkah. Kami dah bersiap dengan pakaian ihram masing-masing. Tempat miqat bagi jemaah yang akan masuk kota Makkah dari Madinah adalah di Mudzalifah atau juga dikenali sebagai Bir ‘Ali. Sepatutnya kami bertolak pada jam 10 pagi supaya dapat sampai awal ke kota Makkah. Bagaimanapun, akibat daripada kerenah si drebar bas, hamper jam 11.00 baru kami bertolak. Dugaan… Drebar kat sini biasa mintak duit kocek baru la ndak jalan… walaupun dah dapat gaji. Kalau tak bagi duit, macam-macam kerenah dibuatnya.

Kira-kira jam 12 tgh kami sampai di masjid Bir ‘Ali. Kami menunaikan solat sunat ihram dan berniat ihram untuk umrah di sini. Maka dari saat itu, bermulalah bagi kami untuk menjaga segala pantang-larang ihram. Kami meneruskan perjalanan ke kota Makkah setelah semua jemaah selesai dengan tugas masing-masing. Bermulalah juga laungan talbiah dari para jemaah sepanjang perjalanan.

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu”.

Kami berhenti di sebuah kawasan rehat untuk menunaikan solat zohor dan asar. Perjalanan diteruskan tak lama selepas tu. Cuaca agak redup dan sesekali hujan turun sepanjang perjalanan kami. Bas yang kami naiki memasuki kota Makkah pada kira-kira jam 5.00 ptg dan sampai ke hotel penginapan kami ½ jam kemudian. Jarak antara hotel dengan masjidil haram kira-kira 500 meter. Semakin dekat jarak hotel dengan masjidil haram, makin tinggi harganya!




Urusan check-in dah dibuat lebih awal oleh pihak TH. Kami cuma ambik kunci masing-masing dan terus masuk ke bilik masing-masing. Kami menginap di hotel Al-Firdaus Tower. Beg-beg kami diuruskan oleh pihak hotel. Hotel kami di Makkah tidak seperti di Madinah. Biliknya jauh lebih kecik lebih kurang 8’ x 10’ dan hanya memuatkan 2 katil single, sebuah almari, sebuah peti sejuk dan tv. Tv pun duduknya atas peti sejuk. Bilik mandi pun kecik. Yang penting kami boleh berehat…

Oleh kerana waktu berbuka puasa dah dekat, kami dinasihatkan supaya mengerjakan tawaf selepas berbuka puasa dan solat maghrib. Makanan di hotel ini disediakan oleh warga Indonesia yang berkerja di sini. Walaupun citarasa Melayu, tapi rasanya agak kurang… no komplen.. makan je lahhh…

Selepas solat maghrib, kami berkumpul di lobi hotel. Mutawwif kami ustaz Sarifudin memberikan sedikit tunjuk ajar dan nasihat. Kami juga digalakkan supaya bertawaf secara berkumpulan. Kami bergerak ke masjidilharam secara berkumpulan. Tapi.. sampai2 je dekat masjid, dah tak jumpa group dah sebab terlalu ramai manusia. Sudahnya aku berkumpulan dengan isteri aku je. Kumpulan duet la ni…

Jemaah-jemaah yang dari sebelah asia barat agak kasar sikit. Kadang-kadang diorang main langgar je. Kena pulak diorg jalan berkumpulan siap berganding tangan lagi. Jangan tahan, sama ada elak atau ikut arus je kalau tak mau tergolek. Habis pusingan ke lima, azan isyak mula berkumandang. Masuk pusingan ke tujuh, petugas masjid dah mula menghalang laluan tawaf untuk memberi laluan kepada jemaah yang akan menunaikan solat isyak. Tapi masih dapat aku redah. Ngam-ngam habis tujuh pusingan.. dah habih kena blok.. tak boleh jalan. Alhamdulillah, selesai sudah kami bertawaf.

Kami turut sama bersolat sewaktu jemaah lain solat isyak. Selesai solat, kami turun semula ke Ka’abah untuk berdoa di multazam. Lepas tu masuk ke Hijr Ismail, dapat masuk walaupun agak payah. Dapat juga kami solat di Hijr Ismail dan di makam Ibrahim. Selepas tu aku patah balik ke pintu King Fahd untuk cari selipar aku. Pengajarannya, bawak selipar bersama ke mana saja anda berada di dalam masjid. Sediakan beg selipar atau paling koman pun beg plastik untuk mengisi selipar. Kemudian kami keluar dari pintu yang sama untuk mencari tempat bersae’i. Jenuh la keliling, first time la katakan. Setelah bertanya beberapa kali dengan beberapa pengawal kat luar masjid tu, jumpa la jugak. Sebenarnya sangat mudah kalau nak sampai ke bukit safa dari dalam masjid, tapi sebab tak tau… jadi susah.

Kami bersae’i pun berdua juga sebab dah tak jumpa dengan grup kami yang lain. Di bukit marwah, ada budak-budak tempatan yang bersedia dengan gunting untuk sesiapa yang nak menggunakan khidmat mereka untuk bertahalul (bergunting). Entah berapa upah yang diorg ambik, aku tak tau sebab aku tak guna servis diorang. Aku ada gunting sendiri…

Selepas selesai sae’i di bukit marwah, kami keluar dari masjid di pintu berhampiran bukit marwah. Tapi aku rasa lain macam sebab pemandangan tak sama macam masa kami masuk tadi. Rupa-rupanya kami berada di pintu yang bertentangan dengan pintu yang kami masuk tadi. Kami pusing balik cari pintu kami masuk tadi. On da way tu, ada air zamzam disediakan di dalam tong-tong di sekitar kawasan masjid. Tak berlengah lagi, kami minum air zamzam... perghhh… nikmatnya tak terhingga.. maklumlah punya la haus…

Akhirnya sampai juga di pintu Raja Fahd tadi. Tu dia.. ada KFC dengan stesen bas. Memang sah pintu aku masuk tadi kat sini. Terus kami jalan laju je balik ke hotel.. masuk dalam bilik, ambik gunting.. aku gunting rambut aku, lepas tu aku gunting rambut isteri aku. Sebenarnya aku bawak gunting dalam beg sandang aku tadi, tapi tak jumpak carik.. hua hua hua. Alhamdulillah… selesai sudah umrah kami yang pertama. Sudah halal… kuang kuang kuang… kuang kuang…

Diari Umrah dan Ziarah III


Kami di Masjid Quba'

Hari 3 – Sabtu, 6 Ramadhan 1429.

Seawal jam 6.45 pagi kami sudah berkumpul di lobi hotel. Sebaik sahaja semua jemaah sudah masuk ke dalam bas yang disediakan, perjalanan ke Masjid Quba’ dimulakan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang berwuduk dari rumahnya, kemudian bersolat dua rakaat di masjid Quba’, pahalanya sama dengan ibadah umrah”.

Sebab itu kami dinasihatkan supaya mengambil wuduk sebelum bertolak. Sapa2 yang dah terbatal masa dalam perjalanan tu, ambik la semula wuduk kat masjid tu nanti. Perjalanan mengambil masa kira-kira ½ jam ke Quba’. Sesampainya di sana, masing2 terus bersolat di dalam masjid. Tak kira la solat apa sekalipun, solat tahiyatul masjid ke, solat duha ke.. solat taubat sekalipun.. semuanya boleh.

Selesai bersolat di masjid Quba’, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Uhud (Jabal Uhud) di mana peperangan Uhud berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. dulu. Dalam peperangan tersebut, ramai tentera umat Islam terkorban, antaranya Saidina Hamzah r.a. Di kawasan bukit ini, ramai peniaga yang menjual barangan yang boleh dibuat cenderahati dan juga herba, antaranya rumput fatimah dan serbuk bunga kurma. Rumput fatimah dikatakan elok untuk wanita yang ingin melahirkan anak, manakala serbuk bunga kurma boleh dijadikan ubat untuk wanita yang sukar mendapatkan anak.

Kemudian kami dibawa ke kebun kurma, bukan nak petik kurma tapi beli buah kurma. Di kebun kurma ini sendiri, ada disediakan kedai yang menjual berbagai-bagai jenis kurma dan beberapa jenis bahan makanan lain seperti buah zaitun, aprikot dan makanan yang berasaskan buah kurma. Kurma yang menjadi tumpuan sudah tentunya kurma nabi atau kurma ajwa. Sekilo buah kurma jenis ini berharga antara 50 hingga 70 riyal berdasarkan gred. Kalau kat Malaysia, harganya mencecah RM150 sekilo.

Menurut sejarahnya, kurma ajwa ini terhasil daripada biji kurma yang telah direbus oleh seorang Yahudi untuk memperdaya Nabi Muhammad s.a.w. Si yahudi ni menyuruh nabi menanam biji kurma tersebut dan kununnya akan memeluk agama Islam seandainya biji kurma tersebut bercambah. Dengan kuasa Allah yang memberikan mukjizat kepada Rasulullah, maka tumbuhlah pokok kurma dari biji yang telah direbus tu tadi. Tapi biasa la.. yahudi ni mana boleh percaya.. tak masuk Islam pun dia. Itu la pasal, buah kurma ajwa ni agak kemetot sikit.. dah kena rebus daa…

Selepas habis bershopping sakan, kami pun bertolak balik ke hotel supaya dapat mengerjakan solat zohor berjamaah di masjid nabi. Pada waktu petang, kami hanya berehat di bilik, dan hanya keluar ke masjid untuk menunaikan solat asar. Dalam perjalanan balik ke bilik, kami sempat membeli dua keping kad prabayar telefon mudah alih. Harganya 70 riyal setiap satu, nilai kreditnya juga 70 riyal. Satu masalah timbul, punca elektrik kat sini adalah 2 pin yang berbentuk bulat. Macam mana nak cas handphone daaa… mujurlah ada pasaraya binDawood kat bawah hotel kami tu.. ada barang yang kami perlukan, converter dari soket bulat ke 3 pin yang macam kat Malaysia. Berapa voltan aku tak pasti.. tapi cucuk je jalan.. ok la tu.

Lepas masukkan sim kad ke dalam phone, satu lagi masalah.. rupanya tak ada nombor telefon tertulis pada kad prabayar tu. Kalau kat Malaysia ada nombor kat luar tu kan, siap boleh pilih. Aku tak perasan pulak masa beli tadi tak ada nombor tu… Nak turun balik jumpa budak yang jual kad tu dah malas dah… sudahnya aku telefon adik aku kat rumah, suruh tengok apa nombor yang keluar.. hehehe.. jauh tu peginya…

Malam itu, buat pertama kalinya aku berjaya bersolat tarawikh berjamaah di masjid nabi. Solat tarawikh di sini dijalankan sebanyak 20 rakaat dan diakhiri dengan witir 2 + 1 rakaat. Yang berbezanya, tak ada zikir, doa ataupun apa-apa bacaan antara dua solat macam kat tempat kita. Lepas setiap salam, terus dijalankan solat yang seterusnya. Kalau ada masa yang lambat sikit pun sebab imam tukar giliran.

September 19, 2008

Diari Umrah dan Ziarah II



Pemandangan di Masjid Nabawi dari tingkap bilik kami



Masjid nabi di waktu malam




Orang ramai menunggu waktu berbuka puasa di masjid nabi


Hari 2 – Jumaat, 5 Sept 2008

Perjalanan dengan bas ke Madinah hanya bermula pada jam 1.00 pagi akibat sedikit kekeliruan teknikal. Entah kenapa terjadi kecelaruan pengurusan TH sedangkan itu bukan kali pertama mereka mengendalikan bakal-bakal jemaah umrah seperti kami. Alhamdulillah, semua dapat diuruskan dan kami meneruskan perjalanan ke Madinah. Setelah 3 jam perjalanan, kami berhenti di kawasan penempatan Al-Fare’ untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta mengisi perut untuk bersahur. Oleh kerana waktu subuh hampir tiba, kami terus menunggu sehingga masuk waktu subuh dan terus bergerak ke Madinah setelah selesai mengerjakan solat subuh berjemaah. Dan kejutan yang pertama aku lalui, tiada zikir dan doa selepas solat seperti di Malaysia.

Kami memasuki kota Madinah pada kira-kira jam 7.00 pagi tatkala matahari mula menyebarkan sinarnya. Jam 7.30 pagi kami sampai ke hotel penginapan. Kejutan kedua; hotel tu dinamakan sempena nama aruah atuk aku – Hotel Anwar Movinpick. He he he..
Jangan mara haa… Urusan daftar masuk ke hotel telah dibuat terlebih awal oleh pihak TH, dan kami hanya mengambil kunci bilik masing-masing dari wakil TH. Semuanya berjalan lancar. Aku dan isteri ditempatkan di sebuah suite 4 bilik bersama 2 lagi pasangan dan seorang pakcik. Yang paling best bilik kami sebab betul-betul menghadap masjid Nabawi (Nabi).

Aku bercadang nak berehat dulu sebab tak tidur dengan betul sejak pukul 5 pagi semalam dan kebetulan pulak mutawwif menjadualkan lawatan kami ke masjid nabi pada sebelah petang, tapi isteri aku teruja sangat nak masuk ke masjid nabi dan pergi ke Raudah. Pasangan yang duduk di bilik yang satu lagi sudah biasa dengan keadaan di Madinah dan Makkah kerana mereka menunaikan umrah pada setiap tahun sejak 13 tahun yang lalu. Juga pernah mengerjakan haji beberapa kali dan sesi kali ini merupakan sesi kedua mereka untuk tahun ini. Pada jam 10.00 pagi, kami terus pergi ke masjid nabi dengan dipandu oleh Abang Shaik dan isterinya Kak Shida. Oleh kerana hari itu Jumaat, orang ramai telah berpusu-pusu sampai ke masjid. Saf depan memang payah sekali. Alhamdulillah, setelah 2 kali masuk dari pintu Al-Salam dan melalui makam Rasulullah s.a.w, dapat juga aku duduk di saf 4 dari depan. Kelebihan orang slim macam aku! Ngam-ngam duduk bertinggung je. Aku duduk kira-kira 10m dari pintu Al-Salam. Jemaah-jemaah yang ingin melawat makam nabi Muhammad s.a.w akan masuk dari pintu ini dan berjalan di belakang aku terus sampai ke hujung satu lagi di mana letaknya makam nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a.

Sambil duduk, aku memerhatikan keadaan sekeliling. Yang menarik perhatian aku, kebanyakan jemaah tidak meninggalkan kasut di luar masjid. Mereka akan membawa kasut bersama dan diletakkan di rak di dalam dan yang paling banyak di tiang-tiang di dalam masjid. Jadi, jangan duduk dekat dengan tiang. Nanti jadi tempat letak kasut! Rasionalnya, masuk ikut pintu mana suka, keluar ikut pintu mana suka.. tak payah cari selipar kat pintu masuk tadi. Kedudukan di dalam saf juga merupakan sesuatu yang patut diberi perhatian. Pantang ada ruang, orang arab ni akan mencelah walaupun ruang yang ada cuma 6 inci. Seboleh-bolehnya diorang akan masuk dalam saf walaupun bontot diorang ni besar! Kadang-kadang aku tengok sampai bergaduh sebab ruang dah la kecik, ndak jugak masuk kat situ.

Jam 12.15 tgh, masuk waktu zohor. Khutbah sudah tentu dalam bahasa arab sepenuhnya. Sikit-sikit perkataan tu faham la jugak, tapi nak jadikan ayat.. memang tak jadi… dengar je lah… Setelah selesai solat Jumaat, aku tunggu isteri aku kat tempat yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. Aku duk berjemur kat luar masjid tu. Dah lebih sejam, aku pun balik ke bilik kot-kot isteri aku ada kat situ.. takde jugak… mana la pulak. Aku turun lagi kat tempat tadi… tunggu lagi.. dah dekat pukul 3 ptg. Akhirnya aku ambik keputusan pusing keliling masjid nak cari wife aku. Aku rasa lebih 1km kot berjalan keliling masjid tu. Sampai kat meeting point tadi balik, pun tak ada. Aku dah mencungap dah… akhirnya aku naik balik kat bilik, dan jumpa wife aku tengah nak masuk bilik jugak. Alhamdulillah, rupa-rupanya setelah selesai solat Jumaat tadi, wife aku berpeluang ke raudah. Peluang keemasan dalam hidup yang sudah tentu tidak akan dilepaskan. Kalau nak tunggu waktu lain, entah bila agaknya. Insya-Allah kalau dapat berkunjung, bersolat dan berdoa di raudah di dunia, akan dapat kembali ke tempat itu di akhirat kelak.

Sejam sebelum masuk waktu asar, kami ke masjid lagi. Kalau lambat, memang tak dapat tempat. Selesai solat asar sewaktu nak balik ke bilik hotel, aku rasa badan aku dah tak stabil. Jalan macam melayang je rasa. Alamak, apasal la pulak… baru aku sedari aku manusia biasa yang perlukan rehat. Sejak pukul 4 pagi semalam sampai ke saat itu aku belum tidur dengan sempurna. Maknanya sudah lebih 40 jam berlalu tanpa tidur. Kami berehat di bilik, tapi aku tak mau tidur sebab tidak mahu terlepas waktu berbuka. Kalau tidur, misti dah payah nak bangun. Isteri aku dah terlungkup tak sedarkan diri kat atas sofa. Siaran TV semua bahasa arab daaa…. Layan je la..
Hampir waktu berbuka, aku kejutkan isteri aku. Kami berbuka puasa di restoran hotel. Tidak seperti kebanyakan orang yang lain, mereka berbuka di masjid. Tak larat nak pegi masjid dah. Aku terasa nikmat berbuka yang amat sangat sebab terlalu keletihan. Selepas berbuka, solat maghrib pun kat bilik je. Berehat sementara menunggu masuk waktu isyak di bilik juga, dan solat isyak pun di dalam bilik. Malam itu aku tak dapat menunaikan hasrat solat tarawikh di masjid nabi kerana sewaktu umat islam yang lain sedang solat tarawikh, aku dah tak sedarkan diri. Nikmat tidur yang tak terhingga….

Diari Umrah dan Ziarah I

Alhamdulillah. Kami selamat kembali ke tanah air setelah berada di tanah suci selama 9 hari. Berikut adalah catatan perjalanan kami di Madinah dan Makkah.

Hari 1 – Khamis, 4 Ramadhan 1429

Kami dijadualkan berkumpul di KLIA pada jam 12.00 tgh. Abah mertuaku menghantar kami ke KLIA. Turut sama nenek isteri aku dan adik bongsunya. Agak awal sampai di KLIA, lebih kurang jam 11.00 pg. Kami mengambil langkah selamat supaya tidak tergesa-gesa di saat akhir.


Sementara menunggu taklimat



Sesampainya di KLIA, terdapat beberapa orang bakal jemaah yang kami pasti akan turut bertolak bersama-sama kami nanti berdasarkan pada beg sandang yang mereka bawa. Tak lama kemudian, beberapa rakan-rakan sepejabat aku iaitu Muin, Salina, Liza dan Normala sampai untuk mengucapkan selamat jalan. Tak ketinggalan juga Pak Ya sahabat lama aku yang bekerja di MAB turut sama mengucapkan selamat jalan.

Jumpa Pak Ya je mesti aku tanya, “Amacam Ya! Dah jadi jutawan??”.
Pak Ya Cuma senyum kelat je, “Payah la sikit Mi… susah nak cari orang”. “Boleh la sikit-sikit”.
“Sabar je la Ya.. sikit-sikit lama-lama jadi le tu”, respon aku macam biasa.

Tepat jam 12.00 tgh, petugas Tabung Haji Travel (THT) membahagi-bahagikan dokumen-dokumen perlu untuk perjalanan kami. Sambil itu beliau mengarahkan kami agar mendaftar masuk bagasi yang dibawa. Sesi taklimat akan dijalankan pada jam 1.00ptg.

Jam 1 ptg, petugas THT memberikan serba sedikit penerangan tentang prosedur-prosedur serta aktiviti yang akan kami lalui sepanjang tempoh ziarah dan umrah nanti. Juga ingatan-ingatan penting dan tips yang harus kami ambil kira sepanjang tempoh tersebut. Selesai sesi taklimat, aku dan isteri aku terus masuk ke kawasan perlepasan antarabangsa. Urusan pass terbang (boarding pass) telah diuruskan oleh pihak agensi. Enrich kad tak laku untuk group check-in. Banyak point kalau dapat tu...

Selepas menunaikan solat Zohor dan Asar, kami menunggu panggilan masuk di pintu yang ditetapkan. Tepat jam 3 ptg, pesawat yang disediakan telah bersedia menyambut ketibaan kami. Kami berdua bersama bakal-bakal jemaah lain terus masuk ke perut pesawat Boeing 747-400 dengan kod penerbangan MH150. Setelah hampir ½ jam menunggu, pesawat ditunda ke landasan untuk perlepasan. Tapi aku tengok agak lama pilot dok main-main dengan sayap kapal terbang tu. Apahal la pulak.. tak pernah aku tengok macam tu sebelum ni…

Pengumuman encik pilot menjawap persoalan dalam kepala aku,”Tuan-tuan dan puan-puan, pesawat ini menghadapi sedikit masalah teknikal. Penerbangan ini terpaksa ditangguhkan sementara sehingga masalah tersebut dapat diselesaikan. Harap maaf diatas kesulitan”. Maka pesawat pun ditolak balik ke tempat parking. Tak lama kemudian, pengumuman lain pulak dah, “Tuan-tuan dan puan-puan, kita akan bertukar pesawat penerbangan untuk bertolak ke Jeddah. Sila keluar dari pesawat ini dan tunggu di pintu nombor berapa tak hingat sehingga diberitahu kelak”. Pulak dah….

Maka berbondong-bondonglah kami semua keluar dari kapalterbang tu jalan beramai-ramai ke pintu yang tak hingat nombor berapa ntah. Jauh gak kena jalan… Selepas hampir 3 jam menunggu di terminal, pesawat yang dijanjikan telah bersedia untuk menerima kehadiran kami. Pesawat jenis sama, tapi nama berbeza. Kalau tak silap yang memula tadi Langkawi, yang ini Labuan kot… Kami pun ambik la tempat duduk masing-masing. Jam 7.22 ptg merupakan waktu berbuka puasa, dan kami pun berbuka puasa kat dalam pesawat tu sambil pesawat mula bertolak ke landasan terbang. Jam 7.30 mlm kami sudah berada di udara.

Penerbangan dari KL ke Jeddah mengambil masa selama 8 jam. Walaupun ada hiburan dalam penerbangan (in-flight entertainment), aku takde la rasa terhibur sebab semua rancangan tak menarik minat aku. Dari satu rancangan ke satu rancangan aku ubah, semua membosankan. Nak tidur tak dapat, faham-faham je kerusi kelas ekonomi. Sepanjang tempoh tu, dua kali makanan dihidangkan. Aku ambik yang pertama je, yang lagi sekali aku tak ambik sebab masih kenyang. Kat sebelah isteri aku, seorang makcik yang telah beberapa kali pergi menunaikan haji dan umrah. Sesekali makcik tu bercerita tentang pengalaman dia kat sana.. dan sedikit tip-tip yang mungkin kami boleh gunakan. Akhirnya kami sampai kat Jeddah pada jam 3.40am (5 Sept) waktu Malaysia ataupun 10.40pm (4 Sept) waktu Arab Saudi. Di Jeddah, kami disambut oleh beberapa orang wakil TH dan mutawwif (fasilitator tawaf) dan terus membawa kami ke bas-bas yang akan kami naiki untuk perjalanan seterusnya ke kota Madinah.

September 02, 2008

Salam Ramadhan

Hari ini masuk hari kedua umat Islam di Malaysia dan kebanyakan negara Islam di dunia menunaikan rukun Islam yang ke-3. Alhamdulillah dapat kita merasakan lagi nikmat Ramadhan untuk tahun ini. Insya-Allah, semoga akan dapat kita tunaikan kewajipan kita dengan sempurna hingga ke hari yang terakhir nanti. Di samping ibadah yang wajib, semoga dapat juga kita melakukan amalan-amalan sunat yang sangat banyak dikurniakan Allah pada bulan yang mulia ini.

Insya-Allah, aku dan isteri akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 4 Ramadhan nanti untuk melaksanakan ibadah umrah. Kepada sahabat-sahabat yang membaca catatan ini, aku nak ambik kesempatan memohon kemaafan andai ada kesalahan yang telah aku lakukan pada sesaiapa saja. Doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Insya-Allah kami doakan sahabat-sahabat akan menyusul pada suatu masa nanti. Harapan kami juga ini bukan ziarah kami yang terakhir ke tanah suci. Kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan salam kepada Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda, juga yang berkirim doa, doakan agar kami sampai dengan selamat untuk menyampaikan salam dan doa kalian. Insya-Allah.

Jika ada rezeki, aku akan catatkan diari perjalanan kami di tanah suci sekembali kami ke tanah air nanti. Di samping untuk menggalakkan sahabat-sahabat untuk turut serta di masa yang lain, juga sebagai panduan bersama dan juga untuk diri aku sendiri yang mudah terlupa.

August 15, 2008

Sambil menyelam, minum air

BAB 1

Perjalanan balik dari utara ke kl dirasakan agak laju.. belasah je keta baru yang meter perjalanannya belum sampai 2000 km tu selaju 160-170km/j... mak aih.. dia punya minyak pun punya la speed... dari tapah sampai KL je dekat separuh!

Sampai2 je kat rumah mertua aku terus angkat barang2 nak masuk dalam keta sendiri. Ku tekan butang kawalan jauh kereta aku.. kereta aku tidak menyahut langsung! Alamak.. apahal la pulak..? merajuk ke.. Ku panggil lagi berkali-kali.. "Zaza.. Zaza... bangun la". Dia tetap mendiamkan diri.... ku berdiri rapat2 kat Zaza.. tekan lagi butang kawalan jauh tu... naik la sikit punat kunci pintu.. lepas tu turun balik pelan-pelan... hmmmmmm... demam rupanya Zaza. Ku buka pintu Zaza secara manual.. ku simpan barang2 aku.. terus naik rumah mentua aku.. khabarkan berita bahawa Zaza mogok hari itu, "Tak boleh balik la. Keta tak boleh start.. bateri kong kalikong". Setelah selama beberapa tahun aku tak tidur di rumah mentua aku, akhirnya terpaksa juga aku melelapkan mata kat situ... Urusan Zaza kemudian la..

Dengan bantuan biras aku.. (kepada sesiapa yang tak tahu, biras ialah suami/isteri kepada ipar.. tak ada kena mengena dengan beras yang telah naik dan turun harganya), aku mengjumpstart Zaza. Agak sukar juga sebab rupa-rupanya bateri Zaza langsung tak ada kuasa setelah ditinggalkan 4 hari. Dan aku tak pernah tukar baterinya sejak memiliki Zaza 2 tahun lalu! Aku bawak balik Zaza ke rumah, bawak masuk barang2 dan terus mandi. Lepas tu hajat di hati nak terus tukar bateri Zaza. Malang sekali, Zaza memang dah tak larat.. tak idup lagi.

Kali ini Wahab menjadi penyelamat. Kutemukan Wahab dan Zaza, dengan penuh kasih sayang Wahab memberi semangat kepada Zaza.. dan Zaza terus menyetatkan dirinya tanpa berlengah lagi. Ku bawak Zaza ke kedai pomen berdekatan (kedai melayu tutup hari Jumaat, terpaksa pergi kedai bukan Melayu).

"Saya nak tukar bateri. Yang N40xxx berapa harga?".
"Ini lama punya stail RM155, baru punya free maintenance RM175".
"Tak boleh kurang ke harga yang kering ni?"
"Tak boleh loo.. ini harga lama punya. Kalau harga baru mau dekat RM200 la boss.."
"RM175 pun dekat RM200 jugak pe. OKlah.. pasang je".

Malas fikir panjang.. lagipun dah dua tahun aku tak tukar, kalau ikutkan setahun je jangkahayat bateri.



BAB 2

Aku menunggu isteri aku di KLCC seperti biasa. Selalunya aku tak bawak komputer aku. Ntah kenapa hari ni rajin sikit. Aku bawak sambil menyelusuri internet dari KFC, KLCC.




Isyarat Wi-fi


Kelajuannya...




Blog Archive

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini