Alhamdulillah. Kami selamat pergi dan balik dari Beijing, China. Lawatan sambil belajar selama 5 hari 4 malam dapat menambah sedikit ilmu. Insya-Allah. Hajat untuk ke tanah suci Mekah tidak kesampaian kerana visa tidak dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi sehingga sekurang-kurangnya bulan Februari 2011. Ada hikmah yang tidak kami ketahui. Wallahualam.
di Tianjin, macam pasar seni KL. |
Bird Nest |
bercita-cita nak jalan-jalan kat Great Wall, tapi tak tahan sejuk! |
salah sebuah masjid di Beijing |
di Istana Musim Panas (summer palace) bersama pengiring kami Melissa. |
Rancangan melawat Beijing dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sebab masih menanti kalau2 kerajaan Arab Saudi keluarkan visa juga di saat akhir. Rupanya tidak... akhirnya dalam masa seminggu kami tempah perjalanan ke Beijing dan dalam masa itu juga nak memohon visa ke China, berurusan dengan ejen, dan mencari pakaian musim sejuk.
Permohonan untuk mendapatkan visa selesai dalam masa 4 hari. memang mudah.. sebab kerajaan China memang suka orang melancong ke sana.. duit masyukkk...
Memandangkan masa ni musim sejuk, kena la cari pakaian yang sesuai. Mula2 tengok2 dekat kedai jaket2 nih (winter time ke travel for all.. tak ingat) di alpha angle, wangsa maju. umak aih.. paling kurang harga jaket je RM250.00... darab tujuh dah dekat RM2000.. tu baru jaket!
Abih tu.. aku gi cari kat kedai bundle kat Seksyen 8, Bangi. Ada untuk semua orang kecuali untuk Haziq... takde saiz dia. Harga dalam dari RM25 - RM40 sehelai... ok la tu.. hantar dobi RM15 sehelai... jauh lebih murah dari yang baru..
Untuk haziq kena cari kat kedai mahal nampaknya. Shopping la pulak kat Travel for All, kat Alamanda. dengan sarung tangan, stokin, long jack, tutup kepala dan segala bagai untuk semua orang.. abih la jugak dekat RM1,000... tu dia..... harga mahal pulak tu... abih nak buat camna...
Ada tak cukup lagi.. kasut pulak.. pegi la pulak kedai kasut.. abih la jugak banyak untuk 3 pasang kasut... aku dengan haziq belum lagi tu...
kasut aku dengan haziq cari kat Metro Kajang.. ok la... sambil tu duk jengah2 kat KK Jeans Shop kat plaza tu.... rupa2nya ada diorg jual pakaian musim sejuk dengan harga berpatutan... winter jaket yang baru pun dari RM49.90 je... long jack pun ada.. sarung tangan.. macam2 lagilah... aiseh... apesal la aku dah abih banyak kat kedai mahal baru perasan benda ni... hu huhuhu... menyesal kendian pun tak guna kan...
Hari 1 - Perjalanan Pergi
Flight AirAsia X ke Tianjin yg kami nak naik dijadual pada pukul 8.30pg.. jadinya pukul 6.30pagi sesudah solat subuh kami bertolak ke LCCT dengan teksi exec Hyundai Starex.. senang boleh masuk sekali 7 orang dengan barang2. Tambang dari Bangi ke LCCT RM150. sampai kat airport melilau juak cari kaunter check-in, rupanya sebelah belakang hujung pulak tu.. patut la tak nampak.
Dah setel semuanya, masuk la dalam kapal terbang. Kami duduk sebaris 7 orang. Asalnya mak dengan abah mentua aku baris belakang, asing2 pulak tu... nak pilih seat kena bayar RM25 satu kerusi.. ok la tu RM50 untuk dua kerusi... jadinya Tony Fernandez kaya RM50 dari duit aku sebab tukar dua seat!
Penerbangan ke Tianjin ambik masa 6 jam. makanan dah siap beli online. nasik ayam dengan air mineral botol kecik. almaklumlah ada budak2... jajan2 tu dah tentu kena beli jugak..
bayang la perjalanan nam jam tu takde tv, takde game.. kena duduk semedang... nak layan tido pun tak bleh... budak2 dah tak senang duduk.. kejap pegi situ, kejap sini.. kejap2 pegi jamban. lantak la diorg... jangan kacau orang lain sudah le.
Akhirnya kapal pun mendarat di Tianjin pukul 2.30pm.. (AirAsia X turun kan Tianjin, kalau MAS boleh terus ke Beijing).
baru jejak kaki di Tianjin Airport, belum merasa udara musim sejuk sebenar. |
Kat sini, Mr. Ding yang sambut kami. dari Tianjin, kami dibawak naik van ke Beijing. Perjalanan dalam masa 2 jam. Oleh kerana musim sejuk, siang pendek je... sampai kat beijing dah pukul 5, malam dah. Pukul 5.30pm.. ada pertunjukan akrobatik. kat beijing, Ding serah kami pada Melissa sebagai pengiring.
5 mat rempit dan 1 minah rempit merempit dalam bebola besi kat belakang tu.. ngeri sehhh... |
Habis pertunjukan, kami ke Hotel Rainbow untuk check-in dan makan malam kat restoren Muslim berdekatan hotel.
Hotel Rainbow ni ada 4 bintangnya. Bilik aku ada 2 katil single dengan tambahan satu lagi katil single. Bilik mentua aku ada 2 katil single. Ada TV yg agak besar, tv ni juga jadi skrin komputer.
TV, merangkap pc.. boleh berinternet.. tapi tak boleh facebook, youtube, blogspot.. dasar kerajaan China. sebab itulah muncul Ultrasurf! |
Hari 2
di luar salah sebuah kedai makan muslim. tgk khat tulisan arab kat pintu kalau nak kenal. |
suasana dalam kedai makan |
Medan Tian An Min |
pintu keluar dari Kota Larangan |
makcik tu tunjukkan macam mana nak meleraikan kepompong ulat sutera |
ini 2 ekor ulat sutera yang telah dikeluarkan dari kepompongnya |
patung binatang kat rumah urut. mcm binatang dalam cerita pedang setiawan kan..? |
mamat yang kunun lahir kat Indonesia dan bercakap bahasa Indonesia. tapi aku tak nampak mcm org drama sinetron tu cakap pon.. pelik slang dia nih.. |
mamat baju itam yg tengah duduk tu kira diorg punya pakar |
Lepas tu cik pengiring tu ndak bawak kitorg ke hard rock kafe beijing.. ambik gambar dengan beli baju katanya.. aku kata ndak buat hapa hard rock kafe tuh.. skip je.. jadi terus la pegi tempat makan malam..
Hari ke 3
Selepas sarapan, kami dibawak ke tempat membeli yang seterusnya iaitu kilang perusahaan jade. Sudah tentu juga kepunyaan kerajaan China. Kat sini ditunjukkan cara2 memproses jade dari seketul batu yang besar sampai ke barangan pengguna yang sesuai dipakai sebagai perhiasan. Pengunjung juga diajar cara untuk mengenali ketulenan jade... sebelum 'diarahkan' untuk membeli dan seterusnya membelah...
cara-cara memproses jade |
antara hasil akhir jade yang dipamerkan untuk dijual |
"kalau mau tau aa itu jade kualiti bagus punya.. dia tatak munyi.. ops silap.. dia punya munyi ada pic tinggi punya".. |
Destinasi seterusnya ialah kilang perusahaan kristal. macam2 barangan kristal ada kat sini.. dan yang aku agak tak sangka ialah cermin mata biasa dan yang gelap.. mahal juga.. spek gelap tu harga kalau tak silap aku 300 Yuan.
Setelah habis menjamu mata dan mengosongkan poket.. Tembok Besar menjadi tempat persinggahan seterusnya. Kami sampai di pintu masuk JuYong. Sebelum sampai lagi semangat berkobar2 nak memanjat tembok tu.. bukan panjat ikut tepi.. lalu atas dia aja lah... pengiring kami bagi masa 1 jam untuk menikmati keindahan kat situ. cukup ke...??
Rupa-rupanya.. sebaik je turun dari kenderaan... semanagat kental terus menurun sebab sejuk yang amat sangat ditambah dengan angin kencang.... maklumlah.. kita ni kan berdarah panas!
Nak snap gambar pun susah sebab lensa kamera kejap2 kabus... tak boleh nak fokus..
antara gambar yang gagal sebab kamera pun tak tahan sejuk |
sampai tido haaa... |
bersambung lah... letih nak tulis... :)
7 comments:
hehe...nice one...
sungguh asyik membaca cerita, encik!
ini bukan menuntut ilmu..ini makan angin namanyer..
terima kasih la cik ida sudi membaca ya..
li.. sambil2 tu ada jugak ilmu yang dapat.. tak banyak pun tetap berguna... insyaAllah
X puas saya membaca.. Best.. Info yang menarik.. Tq..
Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you penning this article and also the rest of the website is also very good.
My site: travel shanghai china
I know this ωeb pаge gіves quality
based postѕ and additionаl information, is there аny other web site which provides these κinds of stuff
in quality?
Alsо νisit mу site - paphos travel guide
Gοod day! Thіѕ іs my fіrѕt visіt
to уouг blog! Wе аre a cοlleсtiоn
of volunteегs and ѕtartіng a new pгojесt in a communitу in the ѕamе niche.
Υοur blοg prοvided uѕ benеficial informаtion to wогk
on. Үou hаvе done a outstanding јob!
Feel free to νisіt mу homepage .
.. free boston travel guide
Post a Comment