March 15, 2011

Melancong ke Beijing di musim sejuk (2)

kalau ikutkan posting yang lepas, aku nak sambung yek... tapi dah masuk 3 bulan ni haaa... aku pun dah lupa turutan cerita.. jadinya aku citer la lebih kurang pengalaman2 yang lain tapi tak ikut turutan... semuanya adalah berdasarkan pandangan peribadi aku, bukan mewakili mana2 organisasi.

kat tengah-tengah bandar beijing ni rupanya ada bas letrik, yang menariknya takde rel. ianya guna tayar getah biasa. cumanya, drebar kena ikut jajaran punca letrik kat atas jalan tu le...
 

Basikal pulak, memang la banyak... membujur lalu melintang patah la gitu... selamba je diorg lalu atas jalan raya yang sibuk ni.. tapi pemandu2 kenderaan besar dah faham benar la nak bawak kenderaan diorg sambil penunggang basikal mencilok2 kat tengah jalan tu... diorg ni mcm dah boleh agak kot gerakan-gerakan yang bakal dilakukan oleh penunggang dan juga pemandu masing2..

Balik kepada citer lawatan ni.. aku rasa la kan.. memang kerajaan China ni nak suruh mengabihkan duit kita kat sana. Iyalah kan.. lepas satu tempat, satu lagi tempat membeli belah.. bukan murah2 pulak tu... dari koyok, mutiara, pisau, permata, ubat herba dan ntahapa2 lagi.. masing2 mahal tu.. cuma kita kena kuatkan hati la.. kena set dalam pemikiran... "korang cakap la apa2 pon.. aku tak mau beli". melainkan memang korang perlukan benda tu... bukan apa, nanti dah balik Malaysia siap cakap.. "ek eleh.. apasal la pulak aku beli benda alah ni, dah la mahal, bukan aku guna pun". ataupun dalam bahasa yang lebih mudah.. menyesal!



 
ini kat depan kilang koyok



jangan risau..agenda membeli-belah barangan murah tetap ada... itu yang pengabisan... maknanya kemungkinan duit kita dah tinggal sikit sebab habis beli barang2 mahal... yang belen tu boleh la beli barangan murah tu. aku pun tak ingat apa nama tempat tu.. yang pasti ada dua bangunan bersebelahan. kalau kat Malaysia ni boleh kata macam kat komplek pertama ke, campbell, nilai ke.. gitulah.. 

ada baju, beg besar, bek kecik, beg tangan, barang letrik.. macam2 ada la... kesemuanya berjenama barat yang mahal contohnya chanel, luis vutton, prada, nike, adidas... dan lenlain.. dan harganya sudah tentu mahal la jugak... memula diorg offer satu beg tangan tu 650 yuan...  aku cakap kat famili aku "jangan layan.. jalan je terus".. terus kurang jadik 300 yuan.. aku ajak jalan je terus.. turun lagi sampai 100 yuan... aku tgk diorg hati dah berbunga nak beli.. aku mintak la 50 yuan... abih tu tawar2 jugak dapat 60 yuan... potongan sampai lebih 90 peratus...

bahasa yang diguna ialah bahasa kalkulator lah.. tekan berapa nombor yg kita ndak, diorg tekan balik harga diorg offer.. ada la jugak yang speaking.. tapi nak memahamkannya pulak agak susah.. kui kui kui... ada jugak yang bagus cuba berbahasa melayu... layan la aja kan..

yg bestnya masa sesi tawar menawar tu macam nak berperang dah... kalau ada pistol mau ada yang kena tembak.. abih2 deal je.. boleh senyum gelak2 sama.. diorg pun kata la, "you win.. vely clever"... dah beli tu.. apalagi.. belah la...

hajat di hati nak tengok gajet2 tak kesampaian sebab diorg nak beli barang2 tu memerlukan aku sebagai negotiator.. tak dapat nak melencong ke lain.. tambahan pulak masa cuma 2 jam aja... sebagai menantu mithali.. aku lupakan je hasrat aku... baik kan aku ni.. kui kui kui...

sambung lagi...

1 tambah cerita:

Anonymous said...

saya baru pergi ke sana pada 6-12 january 2012..terdapat banyak penipuan dikedai2 kerajaan sana,penipuan yang sya maksudkan..pelbagai kisah diceritakan untuk menarik perhatian terutama di kedai mutiara dan dan batu jed. di kedai mutiara ada seorang pekerja akan cerita kpd kita hari semalam adalah hari perkahwinanya dan dia adalah anak tauke kedai itu, untuk mendapatkan bless dari customer dia akan beri harga yang sangat murah ..contoh mutiara air tawar tu harganya 68000 yuan kemudian dia kata "nevermind today you is my friend don't tell anybody outside..u juz pay me 10 percent price from the original, kemudian pekerja lain akan buat muka terkejut itu semua adalah lakonan, bila saya tnya rombongan kawan saya yang penah pergi pun ada kisah sama gak kat kedai sama and ada cerita yang dorang ubah2..hurmpp penipu..satu lagi dikedai batu jed..mulalah cerita kata tauke orang thailand..bapak dia melancong ke malaysia, jalan2 kat gua dekat perak..tiba2 ada batu jatuh kena kepala bapak dia,bapak dia muka parah siap cakap nampak otak..pastu bawak hospital ada sorang penderma tu saja yg kat malaysia sama darah ngan bapak dia, oleh kerana tu sampai sekarang bapak dia pesan kat semua anak2 bagi harga yang sangat murah kepada pelancong malaysia! masalahnya dekat saya dicerita kena batu kat perak dekat orang lain disebut melaka lah terengganu la! cerita penipu simpati! tapi but shopping kat shopping complex harganya memang murah dengan syarat pandai tawar! kalau harga t-shirt polo diorang bukak harga 500Yuan korang pegi kalkulator dia tekan je 30Yuan dorang tanak korang terus blah..kalo letaak harga sama cam dekat uptown baik x yah tawar..letak harga ikut pale korang..and kalo nak dapat harga murah korang pening an pale tauke tu dengan kerumun ramai2 sampai dia x bernafas..and lawan ayat dorang dengan ayat yang aku guna camni..e.g-tauke tu akan cakap- " u r killing me! this crazy,pliz dun joking2,luk i deal with USA people with this price(harga mahal) but with u..u are my friend i give u this price very cheap" korang reply balik jawapan kat dia "yes im crazy,im killing you,and im a joker..u dont want give me my price i dont want deal any business with you, bye2" korang wat terus gerak sure dia akan panggil beli balik dengan harga murah! tapi jangan beli ikut harga dia ikut harga korang..jangan percaya cakap tour guide dari CHINA kat mintak discount sampai 70 persent tapi..mintak sampai 95%! bye huhu best aku pau cina sana harga murah2! haha

Blog Archive

Cari dalam cerita ini

Loading...