January 26, 2010
kesan GST
Pagi ini, dengan beberapa panggilan telefon.. aku dah tamatkan perjanjian kad hutang yang melambak tu. Selama ni kebanyakannya jadi perhiasan.. lepas ni nak kena gst la pulak.. lebih baik pulangkan.. yang belah kanan tu tak dapek dah... tak abih2 hutangnya...
Salah seorang pegawai bank yang aku hubungi tadi siap kata gini, "Kami akan hantarkan borang pembatalan pada encik di alamat ni. Tapi agak lambat sebab sekarang ni tengah ramai pelanggan nak batalkan kad kredit. Harap sabar ya!".
Kesan langsung GST la tu....
January 18, 2010
Anak sekolah
Dua hari pertama persekolahan tahun ini, aku meluangkan masa untuk menguruskan hal persekolahan anak2 aku. Dua orang di sekolah rendah dan seorang di sekolah tadika. Hari2 sebelumnya dah buat berbagai2 persiapan untuk diorang. Belanja untuk semua itu termasuk yuran... lebih RM1000 (disebut seribu ringgit; bukan AR EM satu ribu ringgit atau AR EM seribu!). Mahal sungguh nilai pelajaran di Malaysia. Aku tak tau di negara lain untuk buat perbandingan. "Orang2 besar" Malaysia kata, masih antara yang termurah!
Kalau harga yang sama terpaksa dibayar oleh ayah aku 30 tahun dulu, mungkin aku antara yag tidak bersekolah masa itu!
Kalau harga yang sama terpaksa dibayar oleh ayah aku 30 tahun dulu, mungkin aku antara yag tidak bersekolah masa itu!
Pada suatu hari dalam minggu pertama persekolahan juga, aku terjumpa seorang pakcik duduk di surau suria KLCC dengan satu kotak bertulis:
"TOLONG DERMA
ANAK RAMAI SEKOLAH.
SUSAH"
ANAK RAMAI SEKOLAH.
SUSAH"
Aku tengok dari raut wajahnya, nampak jujur. Yang sebenarnya aku tak pasti sebab aku tak pernah belajar membaca hati manusia.
January 08, 2010
Salah ke tidak?
Biasanya kalau aku gi LTAKL (lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur), aku naik keretapi terus yang tambangnya RM35. Laju dan tak sesak juga selesa berbanding naik teksi. Ada papan tanda larangan ditampal di beberapa sudut. Antara larangan yang aku faham (dari rupa bentuk rajah) ialah anjing tak dibenarkan masuk, cawan dan burger tak boleh masuk, rokok yang berasap juga tak boleh, serta troli barangan.
Tapi.. kenapa ada tempat letak cawan kat setiap tempat duduk. Kan dah kata cawan tak boleh masuk!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Catatan perjalanan (55)
- haji 1432 (1)
- Lakaran (34)
- Layan Jiwang (3)
- Merapu kepunden paran sekeper (46)
- Non-Technical (38)
- Panduan Hidup (1)
- Technical (28)
- Tips (4)