January 08, 2010

Salah ke tidak?


Biasanya kalau aku gi LTAKL (lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur), aku naik keretapi terus yang tambangnya RM35. Laju dan tak sesak juga selesa berbanding naik teksi. Ada papan tanda larangan ditampal di beberapa sudut. Antara larangan yang aku faham (dari rupa bentuk rajah) ialah anjing tak dibenarkan masuk, cawan dan burger tak boleh masuk, rokok yang berasap juga tak boleh, serta troli barangan.




Tapi.. kenapa ada tempat letak cawan kat setiap tempat duduk. Kan dah kata cawan tak boleh masuk!

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini