Sejak opis aku berpindah ke Siberjaya sejak hampir 4 tahun lepas, aku tak pernah solat jumaat di masjid Al-Syakirin KLCC. Biasanya aku lalu je depan tu, nak singgah solat waktu yang lain pun dah susah sebab kawasan parking takde yang free. Dulu boleh lagi parking tepi jalan tu, sekarang dah diblok. Aku rasa sebab ada org ambik kesempatan nak parking free kat situ dari pagi bawak la ke malam. Jadinya, aku lebih suka ke surau suria je... parking je tepi jalan kat KLCC, walaupun dah beberapa kali dapat saman dari polis trafik dan dbkl.
hari jumaat baru-baru ni kebetulan aku ada urusan di sekitar klcc. Jadi, aku gi la solat Jumaat kat masjid al-Syakirin tu. Tingkat atas dah luas rupanya.. sangat luas berbanding dulu lah. Dah tak ada ruang2 yang sia-sia kat atas tu. Rata-rata aku yakin jemaah datang adalah rakyat Malaysia yang bekerja di sekitar klcc. Ada la jugak pelancong2 arab, china, mat saleh dan dari mana aku tak pasti.. muka macam tibet je...
Alhamdulillah. Ramai jemaah, tempat pun selesa. Cumanya... aku agak heran sebab khatib baca khutbah dalam bahasa inggeris. Kenapa ya.. ke hari tu je.... aku ni dah la semua 3 paper bahasa inggeris kena ambik. sekarang ni pun boleh la faham ayat2 biasa tu.. sekali khatib baca khutbah cakap inggeris.. terpaksa otak bekerja keras untuk mendengar dan menterjemah dalam masa yang sama.. sudahnya... dengar je.. dah letih nak translate.. faham la sket2....
June 01, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Catatan perjalanan (55)
- haji 1432 (1)
- Lakaran (34)
- Layan Jiwang (3)
- Merapu kepunden paran sekeper (46)
- Non-Technical (38)
- Panduan Hidup (1)
- Technical (28)
- Tips (4)
2 comments:
dah siap renovasi kanns.. uhuhu
ha'a en_me...
dah ada yang baru nampaknya.. yang lama dilupa jangan...
Post a Comment