August 25, 2010

Buka puasa cara buffet

Gila betul.. ada ke buffet buka puasa sampai RM100++... nak makan apa sampai mahal gitu? Sekarang ni aku nengok harga buka puasa cara buffet kat kedai2 makan mahal sampai RM80 ke atas... apa aja la agaknya yang dihidang banyak mahal macam tu.. yang kedai2 yg murah sket pun lebih kurang RM50 (mahal jugak pon)... harga ni yang biasa 3-4 tahun lepas kat kedai2 mahal... Budak2 pulak kena harga 60% dari harga tu.. apa la sangat yang budak2 makan... takde la aku nak pegi buka puasa kat kedai makan mahal macam ni.. bayang la.. sorang punya harga boleh untuk kita makan bukak puasa satu famili seminggu!

Apa yang aku nampak.. sebenarnya diorg ni saja je nak pancing orang2 islam yang banyak duit tak tau nak buat apa buka puasa kat situ. Banyak lagi benda lain boleh buat dari buka puasa mahal2 gitu... nampak darjat tinggi kot kalau buka puasa kat kedai makan mahal. Kalau orang gomen.. dah tentu mengepau vendor masing2 nak buka puasa kat tempat macam ni... padahal kos termasuk dalam harga projek!!

Kebanyakan promosi lebih kepada makan.. makan.. dan makan saja.. sampai beratus-ratus jenis makanan.. pengisian lain takde... kemudahan untuk solat pun kadang2 macam melepaskan batuk kat tangga.. asal ada.. kalau dah bayar mahal tu.. biasanya orang akan melepak sampai la nak tutup.. maknanya terlepas la solat tarawikh berjamaah kat mesjid.. kurang la sikit pahala hari tu...

Kalau semua rang berfikiran macam aku.. mula taun depan, takde dah kedai makan mahal nak buat buka puasa stail buffet ni!

August 16, 2010

Lapan tahun

Alhamdulillah. Hari ulangtahun ke 8 aku bekerja kat tempat sekarang ni. Lapan tahun dulu kat sebuah menara di Jalan Sultan Ismail (sekarang dah tukar nama), pagi2 lagi aku dah sampai terhegeh2 melapor diri. Bekerja di bawah bekas bos aku di kompeni sebelumnya. Maknanya aku bekerja di bawah seliaan bos aku tu dalam dua kompeni yang berbeza. Entah kenapa agaknya HR agak sibuk pagi tu kemungkinan, aku tak malu-malu mengintroduce diri sendiri kepada rakan-rakan sekerja. Meround sendiri la... sambil2 tu bos aku kenal2kan dengan beberapa orang.. yang lain aku menonong je berkenalan sendiri... Dalam ramai2 tu.. cuma sorang je yang masih kekal bersama sampai sekarang. Yang lain dah membawa haluan masing2. Maknanya aku orang no.2 paling lama kat kompeni ini sekarang. Boleh dapat pingat setia gagah berani. Ini merupakan tempat paling lama aku kerja setakat ni.

Bagaimanapun, tak lama lagi khidmat aku akan tamat di sini. Satu bulan setengah je lagi..

Kawan2 sibuk tanya, "apa plan kau lepas ni?". Aku tak ada jawapan sebenarnya. Macam2 yang difikirkan. Mungkin aku berehat sementara sebelum meneruskan apa-apa rancangan. Buat masa ini memang belum ada apa-apa perancangan lagi.

Banyak pengalaman dan ilmu yang aku perolehi sepanjang lapan tahun kat sini. Yang baik aku jadikan pengajaran, yang tak bagus aku akan jauhkan.

Terima kasih pada semua.

August 12, 2010

Salam Ramadhan 1431

Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua Allah kurniakan kesihatan yang sempurna untuk beramal sebanyak mungkin di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

August 05, 2010

Kosong

Aku pun tak pasti dah berapa lama jawatan bos terdekat aku (immediate superior) aku dikosongkan. Dah masuk bulan kedua kot.. dan sampai sekarang.. takde sapa yang bagitau kedudukan unit aku sekarang.. sama ada dah dihapuskan atau masih ada atau ntahapahapa.. Jadi, aku anggap macam biasa je lah.. jangan mare aaa...


Sapa2 mengumpat kata aku melawan ke, tak buat kerja ke dan macam2 lagi.. jangan suruh orang lain sampaikan. Sila cakap dengan aku secara bersemuka.. tak usah dok mengata belakang2 haaa... apa yang penting.. aku tak peduli dan tak kisah...Selagi tak ada kenyataan rasmi, aku anggap semuanya cakap-cakap kosong... macam yang dah aku tegaskan banyak kali.

Sekarang tunggu 30-09-2010 je.

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini