Alhamdulillah. Hari ulangtahun ke 8 aku bekerja kat tempat sekarang ni. Lapan tahun dulu kat sebuah menara di Jalan Sultan Ismail (sekarang dah tukar nama), pagi2 lagi aku dah sampai terhegeh2 melapor diri. Bekerja di bawah bekas bos aku di kompeni sebelumnya. Maknanya aku bekerja di bawah seliaan bos aku tu dalam dua kompeni yang berbeza. Entah kenapa agaknya HR agak sibuk pagi tu kemungkinan, aku tak malu-malu mengintroduce diri sendiri kepada rakan-rakan sekerja. Meround sendiri la... sambil2 tu bos aku kenal2kan dengan beberapa orang.. yang lain aku menonong je berkenalan sendiri... Dalam ramai2 tu.. cuma sorang je yang masih kekal bersama sampai sekarang. Yang lain dah membawa haluan masing2. Maknanya aku orang no.2 paling lama kat kompeni ini sekarang. Boleh dapat pingat setia gagah berani. Ini merupakan tempat paling lama aku kerja setakat ni.
Bagaimanapun, tak lama lagi khidmat aku akan tamat di sini. Satu bulan setengah je lagi..
Kawan2 sibuk tanya, "apa plan kau lepas ni?". Aku tak ada jawapan sebenarnya. Macam2 yang difikirkan. Mungkin aku berehat sementara sebelum meneruskan apa-apa rancangan. Buat masa ini memang belum ada apa-apa perancangan lagi.
Banyak pengalaman dan ilmu yang aku perolehi sepanjang lapan tahun kat sini. Yang baik aku jadikan pengajaran, yang tak bagus aku akan jauhkan.
Terima kasih pada semua.
August 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Catatan perjalanan (55)
- haji 1432 (1)
- Lakaran (34)
- Layan Jiwang (3)
- Merapu kepunden paran sekeper (46)
- Non-Technical (38)
- Panduan Hidup (1)
- Technical (28)
- Tips (4)
3 comments:
wow...8 tahun! hebat! :)
salam ramadhan bro..
gb: ada orang boleh kerja kat satu tempat seumur hidup.
en_me: salam ramadhan juga.
Post a Comment