December 22, 2010

Menuntut ilmu sampai ke China

Lawatan ke Beijing di musim sejuk

Alhamdulillah. Kami selamat pergi dan balik dari Beijing, China. Lawatan sambil belajar selama 5 hari 4 malam dapat menambah sedikit ilmu. Insya-Allah. Hajat untuk ke tanah suci Mekah tidak kesampaian kerana visa tidak dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi sehingga sekurang-kurangnya bulan Februari 2011. Ada hikmah yang tidak kami ketahui. Wallahualam.

di Tianjin, macam pasar seni KL.

Bird Nest



bercita-cita nak jalan-jalan kat Great Wall, tapi tak tahan sejuk!








salah sebuah masjid di Beijing


di Istana Musim Panas (summer palace) bersama pengiring kami Melissa.








Rancangan melawat Beijing dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sebab masih menanti kalau2 kerajaan Arab Saudi keluarkan visa juga di saat akhir. Rupanya tidak... akhirnya dalam masa seminggu kami tempah perjalanan ke Beijing dan dalam masa itu juga nak memohon visa ke China, berurusan dengan ejen, dan mencari pakaian musim sejuk.

Permohonan untuk mendapatkan visa selesai dalam masa 4 hari. memang mudah.. sebab kerajaan China memang suka orang melancong ke sana.. duit masyukkk...

Memandangkan masa ni musim sejuk, kena la cari pakaian yang sesuai. Mula2 tengok2 dekat kedai jaket2 nih (winter time ke travel for all.. tak ingat) di alpha angle, wangsa maju. umak aih.. paling kurang harga jaket je RM250.00... darab tujuh dah dekat RM2000.. tu baru jaket!

Abih tu.. aku gi cari kat kedai bundle kat Seksyen 8, Bangi. Ada untuk semua orang kecuali untuk Haziq... takde saiz dia. Harga dalam dari RM25 - RM40 sehelai... ok la tu.. hantar dobi RM15 sehelai... jauh lebih murah dari yang baru..

Untuk haziq kena cari kat kedai mahal nampaknya. Shopping la pulak kat Travel for All, kat Alamanda. dengan sarung tangan, stokin, long jack, tutup kepala dan segala bagai untuk semua orang.. abih la jugak dekat RM1,000... tu dia..... harga mahal pulak tu... abih nak buat camna...

Ada tak cukup lagi.. kasut pulak.. pegi la pulak kedai kasut.. abih la jugak banyak untuk 3 pasang kasut... aku dengan haziq belum lagi tu...

kasut aku dengan haziq cari kat Metro Kajang.. ok la... sambil tu duk jengah2 kat KK Jeans Shop kat plaza tu.... rupa2nya ada diorg jual pakaian musim sejuk dengan harga berpatutan... winter jaket yang baru pun dari RM49.90 je... long jack pun ada.. sarung tangan.. macam2 lagilah... aiseh... apesal la aku dah abih banyak kat kedai mahal baru perasan benda ni... hu huhuhu... menyesal kendian pun tak guna kan...

Hari 1 - Perjalanan Pergi

Flight AirAsia X ke Tianjin yg kami nak naik dijadual pada pukul 8.30pg.. jadinya pukul 6.30pagi sesudah solat subuh kami bertolak ke LCCT dengan teksi exec Hyundai Starex.. senang boleh masuk sekali 7 orang dengan barang2. Tambang dari Bangi ke LCCT RM150. sampai kat airport melilau juak cari kaunter check-in, rupanya sebelah belakang hujung pulak tu.. patut la tak nampak.

Dah setel semuanya, masuk la dalam kapal terbang. Kami duduk sebaris 7 orang. Asalnya mak dengan abah mentua aku baris belakang, asing2 pulak tu... nak pilih seat kena bayar RM25 satu kerusi.. ok la tu RM50 untuk dua kerusi... jadinya Tony Fernandez kaya RM50 dari duit aku sebab tukar dua seat!

Penerbangan ke Tianjin ambik masa 6 jam. makanan dah siap beli online. nasik ayam dengan air mineral botol kecik. almaklumlah ada budak2... jajan2 tu dah tentu kena beli jugak..

bayang la perjalanan nam jam tu takde tv, takde game.. kena duduk semedang... nak layan tido pun tak bleh... budak2 dah tak senang duduk.. kejap pegi situ, kejap sini.. kejap2 pegi jamban. lantak la diorg... jangan kacau orang lain sudah le.

Akhirnya kapal pun mendarat di Tianjin pukul 2.30pm.. (AirAsia X turun kan Tianjin, kalau MAS boleh terus ke Beijing).
baru jejak kaki di Tianjin Airport, belum merasa udara musim sejuk sebenar.



Kat sini, Mr. Ding yang sambut kami. dari Tianjin, kami dibawak naik van ke Beijing. Perjalanan dalam masa 2 jam. Oleh kerana musim sejuk, siang pendek je... sampai kat beijing dah pukul 5, malam dah. Pukul 5.30pm.. ada pertunjukan akrobatik. kat beijing, Ding serah kami pada Melissa sebagai pengiring.

5 mat rempit dan 1 minah rempit merempit dalam bebola besi kat belakang tu.. ngeri sehhh...

Habis pertunjukan, kami ke Hotel Rainbow untuk check-in dan makan malam kat restoren Muslim berdekatan hotel.

Hotel Rainbow ni ada 4 bintangnya. Bilik aku ada 2 katil single dengan tambahan satu lagi katil single. Bilik mentua aku ada 2 katil single. Ada TV yg agak besar, tv ni juga jadi skrin komputer.

TV, merangkap pc.. boleh berinternet.. tapi tak boleh facebook, youtube, blogspot.. dasar kerajaan China. sebab itulah muncul Ultrasurf!
Saluran TV sudah tentu berbahasa Cina. Ada juga saluran sukan. Kalau nak tengok tv malaysia, sila ke http://www.rtm.gov.my dan boleh juga dengar radio ikimfm.my, sinar.fm dan lain2 radio yang ada di internet. Capaian ke laman sosial Facebook, youtbe dan yang seangkatan dengannya adalah dihalang.

Hari 2

di luar salah sebuah kedai makan muslim. tgk khat tulisan arab kat pintu kalau nak kenal.

suasana dalam kedai makan
Selepas bersarapan, kami dibawa ke Medan Tian An Men. Kawasan dataran yang sangat luas. Berapa padang bola ntah boleh muat, tak ingat. Tak ada apa2 yang menarik pun kat kawasan ni pada aku la... tetapi tidak pada rakyat Cina.

Medan Tian An Min
 Terletak di seberang jalan dari Medan Tian An Min ialah Kota Larangan (Forbidden City). Kawasan ini merupakan bekas tempat kediaman orang2 yang mendakwa diorang ni raja pada suatu ketika dulu. Luas la jugak kawasan dalam kota ni. Ada bangunan untuk golongan tuan, penyokong dan hamba barangkali. Aku malas nak ambik pot ah.. masuk je jalan2.

pintu keluar dari Kota Larangan
Kemudian pulak, kami dibawak ke kilang sutera milik kerajaan china sudah tentunya. Kat sini ada la ditunjukkan jenis2 ulat sutera dan hasil dari ulat sutera tu. Abih takkan tengok je..!! Satu set cadar sutera bersaiz permaisuri berharga kalau tak silap aku lebih 2,000 Yuan! Pada masa ni kadar tukaran kat malaysia lebih kurang 100 Yuan = RM49.. kat China pulak jadi RM100 = Yuan 180.. jadik kecik sket.

makcik tu tunjukkan macam mana nak meleraikan kepompong ulat sutera

ini 2 ekor ulat sutera yang telah dikeluarkan dari kepompongnya
 Tempat untuk berbelanja seterusnya ialah tempat urut kaki percuma. Percuma tapi kenapa belanja ek.. he he he.. masa mula2 dengar pengiring tu kata urut kaki percuma selepas penat berjalan.. ok gak kan... sampai2 je tempat tu rupa2nya sebuah bangunan besar dengan binatang rupa naga ke singa ke hapa aku tak tau menunggu kat depan... dalam hati aku dah syak lain macam.. free kemende kat tempat besor ropa ini..!!
patung binatang kat rumah urut. mcm binatang dalam cerita pedang setiawan kan..?
 Kat dalam bangunan ni ada bilik2 dengan kerusi yang nampak selesa untuk kaki kita diurut secara percuma. Sebelum diurut, kaki direndam dulu dalam air teh yang agak panas.. sambil ada budak2 urut kaki, ada sorang "local guide" yang bercerita lebih kurang pasal perubatan cina dan urat2 yg ada kat tapak kaki dan hubungannya dengan organ2 badan...
mamat yang kunun lahir kat Indonesia dan bercakap bahasa Indonesia. tapi aku tak nampak mcm org drama sinetron tu cakap pon.. pelik slang dia nih..
 Sambil2 urut tu, mamat tu tanya2 la kot2 ada sakit kat mana2 kan... kalau ada dia panggil la diorg punya pakar.. mamat tu siap scan.. lepas tu ada la aura ke hapa ntah.. bukan charade aura.. tenaga dalam kununnya.. kalau ada sakit apa2.. jantung ke.. kencin manis ke... nanti dia propose la ubat herba apa kena makan, berapa lama.. etc etc...
mamat baju itam yg tengah duduk tu kira diorg punya pakar
Yang bestnya, ubat herba tu bukan kecit anak punya harga... bayang la sebulan punya bekalan je Yuan3,000.. lepas tu kena ambik tiga ke nam bulan pulak tu... haaa.... tu dia.. baru sorang tu... sendiri la fikir.. aku bukan nak pertikaikan ubat tu.. tapi cara diorg approach suh beli ubat... dah habis sesi menjual ubat, masing2 blah la diorg kecuali budak2 yang ngurut kaki tu.. masing2 dok tunggu.. kitorg pun heran gak.. dah habis tu blah la kan.. rupa2nya mintak tips la pulak.. dah bagi baru la memblahkan diri dorang tu...

Lepas tu cik pengiring tu ndak bawak kitorg ke hard rock kafe beijing.. ambik gambar dengan beli baju katanya.. aku kata ndak buat hapa hard rock kafe tuh.. skip je.. jadi terus la pegi tempat makan malam..

Hari ke 3

 Selepas sarapan, kami dibawak ke tempat membeli yang seterusnya iaitu kilang perusahaan jade. Sudah tentu juga kepunyaan kerajaan China. Kat sini ditunjukkan cara2 memproses jade dari seketul batu yang besar sampai ke barangan pengguna yang sesuai dipakai sebagai perhiasan. Pengunjung juga diajar cara untuk mengenali ketulenan jade... sebelum 'diarahkan' untuk membeli dan seterusnya membelah...


cara-cara memproses jade


antara hasil akhir jade yang dipamerkan untuk dijual

"kalau mau tau aa itu jade kualiti bagus punya.. dia tatak munyi.. ops silap.. dia punya munyi ada pic tinggi punya"..
Harga perhiasan jade yang dijual kat sini tidak la mahal kalau dibanding kat Malaysia kot.. tapi tidak juga murah!

Destinasi seterusnya ialah kilang perusahaan kristal. macam2 barangan kristal ada kat sini.. dan yang aku agak tak sangka ialah cermin mata biasa dan yang gelap.. mahal juga.. spek gelap tu harga kalau tak silap aku 300 Yuan.



Setelah habis menjamu mata dan mengosongkan poket.. Tembok Besar menjadi tempat persinggahan seterusnya. Kami sampai di pintu masuk JuYong. Sebelum sampai lagi semangat berkobar2 nak memanjat tembok tu.. bukan panjat ikut tepi.. lalu atas dia aja lah... pengiring kami bagi masa 1 jam untuk menikmati keindahan kat situ. cukup ke...??



 Rupa-rupanya.. sebaik je turun dari kenderaan... semanagat kental terus menurun sebab sejuk yang amat sangat ditambah dengan angin kencang.... maklumlah.. kita ni kan berdarah panas!

Nak snap gambar pun susah sebab lensa kamera kejap2 kabus... tak boleh nak fokus..

antara gambar yang gagal sebab kamera pun tak tahan sejuk



sampai tido haaa...
Sudahnya kami sampai kat pintu pertama je... tak sanggup nak tunggu dah.. kepala pun rasa beku. tapi, orang2 yg dah biasa aku tengok selamba je naik sampai atas.. diorg makan daging banyak kot.



bersambung lah... letih nak tulis... :)

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini