December 20, 2011

Tetamu Allah musim haji 1432H/2011M

Tingkat atas Masjid Nabawi
 Alhamdulillah, setelah menanti dengan penuh harapan, kami mendapat berita gembira dijemput menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci Mekah pada musim 1432H. Masa dapat berita tu, tak terkata... cuma syukur yang amat sangat kepada Allah.

Aku bagaimanapun tak berminat untuk bercerita tentang pengalaman kami sewaktu mengerjakan haji. Sebab apa?? takde sebab.. saja je malas nak tulis banyak2. gambar2 yang ada ni pun sebagai hiasan... tak semestinya cerita yg ditulis ada kene-mengena dengan gambar berhampiran.

Alhamdulillah, kami dapat menyempurnakan semua kerja haji tanpa dugaan yang berat untuk kami hadapi.

waktu pagi di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah


Apa yang aku nak tunjuk kat sini ialah sekadar gambar2 dan sedikit cerita biasa yang aku rasakan berguna untuk bakal2 jemaah haji yang akan pergi ke tanah suci pada masa akan datang.

Ayam Mandi... lazat...

Khemah di Arafah

mengutip batu di Muzdalifah
sila bawa sesuatu yang boleh digunakan untuk melombong di muzdalifah, umpamanya sudu plastik (sila lihat gambar di atas).
keadaan di dalam khemah di Mina
Kena selalu muhasabah diri bahawa pergi mengerjakan haji bukan melancong... sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

khemah tempat aku bermalam berhampiran dengan jalan
 Antara bekalan yang agak penting dibawa ialah tisu paket kecik2 dalam kuantiti yang agak banyak sebabnya kemungkinan untuk jemaah terkena penyakit batuk dan selsema adalah agak tinggi. Kalau tak selsema pun, kemungkinan besar untuk air mata meleleh adalah juga amat tinggi... dan side effectnya adalah air hidung akan turut sama keluar.. jadi pastikan sekurang2nya sepeket tisu sentiasa ada dalam beg kecik ataupun poket.

tempat melontar jamrah di sebalik bukit itu

berhenti sebentar dalam perJALANan balik ke Mekah dari Mina
Kesabaran sangat penting sewaktu kat sini. maklumlah, kita bersama dengan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang datang dengan budaya dan perangai masing2 yang kadang2 sangat asing bagi kita.. tapi biasa bagi mereka. bukan dengan org lain je kena sabar, dengan ahli keluarga pun sama.. dengan isteri, suami, anak2, ibu, ayah, makcik dan sebagainya.. ntahla... ada jugak pasangan suami isteri yang berkrisis kat sini... tak banyak la kot.. lepas tu insyaAllah semakin baik hubungannya.


roti dan kari ayam
 Tak perlu bawak duit tunai yang banyak. anda boleh aktifkan khidmat +plus di mesin ATM bank anda (Maybank, RHB, CIMB, dll) sebelum bertolak ke sana... benda ni macam MEPS kat Malaysia ni.. kat sana boleh guna ATM bank Al-rajhi yang senang dijumpai untuk mengeluarkan duit dari akaun bank anda. memang boleh kalau nak keluarkan duit dari tabung haji, tapi prosedurnya agak leceh.. Kena beratur ambik nombor, lepas tu kena tunggu nak ambik duit la pulak...
yang jadi masalah pulak kalau senang nak keluar duit.. senang nak habiskan... jadi berjimat cermat lah ye..
bersama Tuan Haji Thuairi, senior masa belajar

tinggal beberapa hari je nak balik Malaysia...
buat ibadat kerana Allah, bukan kerana yang lain... satu pertanyaan biasa kalau berjumpa di mana-mana, "Berapa kali dah buat umrah? Saya dah namblas kali.". biasa aku jawap dengan senyum,"ada la sikit". "EEiih... muda-muda gini mesti boleh buat banyak kali...", dah gitu pulak balasnya.. aku lebih berminat tukar topik...

Ikut kemampuan kita, bukan ikut orang. Yang penting kualiti, bukan kuantiti. Tidak ada hadis atau ayat quran yang melebihkan umrah dari tawaf sunat sahaja mahupun sebaliknya. Jadi, buatlah mana yang dirasakan sesuai. Jangan sia-siakan masa di Mekah kerana bukan senang nak sampai, lagipun kat masjid2 lain di dunia tak boleh nak tawaf... dan tengok ka'abah pun diberikan rahmat oleh Allah.
dengan Tuan Haji Fauzi, junior masa sekolah menengah

senyummm...

bersama Tuan Haji Shamsul

bekalan yang paling penting sekali adalah ilmu tentang kerja haji. sila pergi kursus bersiri yang diadakan, kalau boleh jangan tertinggal satu siri pun... walaupun kita dah pernah mengerjakan umrah, tak semestinya kita tau semua.. lagi pulak nak dapat jemputan mengerjakan haji ni bukan senang... ntah2 sekali tu je seumur hidup... jadi buatlah yang terbaik.. nak buat yang terbaik kena ada ilmu.

Fahamkan segala rukun dan wajib haji. Kalau ada yang tak betul, boleh rosak haji kita... malah boleh tidak sah.. banyak kesan pada kehidupan kita kelak... na'uzubillah.

Aku tulis ni pun berdasarkan pengalaman aku. Sampai dah bermalam di Mina pun masih ada jemaah yang tak faham pasal mabit di Mina, tatacara melontar jamrah, waktu melontar.. nafar awal, nafar thani... sehinggakan ada yang masih keliru dengan tahalul awal dan tahalul akhir.

Oleh itu pastikan cukup ilmu sebelum berangkat, kalau tak sempat jugak... sila Tanyalah Ustaz yang bertugas.. harap2 tak begitu.

Itu je ceritanya. Semoga haji kami haji yang diterima Allah. haji yang MABRUR.. insyaAllah.

March 15, 2011

Melancong ke Beijing di musim sejuk (2)

kalau ikutkan posting yang lepas, aku nak sambung yek... tapi dah masuk 3 bulan ni haaa... aku pun dah lupa turutan cerita.. jadinya aku citer la lebih kurang pengalaman2 yang lain tapi tak ikut turutan... semuanya adalah berdasarkan pandangan peribadi aku, bukan mewakili mana2 organisasi.

kat tengah-tengah bandar beijing ni rupanya ada bas letrik, yang menariknya takde rel. ianya guna tayar getah biasa. cumanya, drebar kena ikut jajaran punca letrik kat atas jalan tu le...
 

Basikal pulak, memang la banyak... membujur lalu melintang patah la gitu... selamba je diorg lalu atas jalan raya yang sibuk ni.. tapi pemandu2 kenderaan besar dah faham benar la nak bawak kenderaan diorg sambil penunggang basikal mencilok2 kat tengah jalan tu... diorg ni mcm dah boleh agak kot gerakan-gerakan yang bakal dilakukan oleh penunggang dan juga pemandu masing2..

Balik kepada citer lawatan ni.. aku rasa la kan.. memang kerajaan China ni nak suruh mengabihkan duit kita kat sana. Iyalah kan.. lepas satu tempat, satu lagi tempat membeli belah.. bukan murah2 pulak tu... dari koyok, mutiara, pisau, permata, ubat herba dan ntahapa2 lagi.. masing2 mahal tu.. cuma kita kena kuatkan hati la.. kena set dalam pemikiran... "korang cakap la apa2 pon.. aku tak mau beli". melainkan memang korang perlukan benda tu... bukan apa, nanti dah balik Malaysia siap cakap.. "ek eleh.. apasal la pulak aku beli benda alah ni, dah la mahal, bukan aku guna pun". ataupun dalam bahasa yang lebih mudah.. menyesal!



 
ini kat depan kilang koyok



jangan risau..agenda membeli-belah barangan murah tetap ada... itu yang pengabisan... maknanya kemungkinan duit kita dah tinggal sikit sebab habis beli barang2 mahal... yang belen tu boleh la beli barangan murah tu. aku pun tak ingat apa nama tempat tu.. yang pasti ada dua bangunan bersebelahan. kalau kat Malaysia ni boleh kata macam kat komplek pertama ke, campbell, nilai ke.. gitulah.. 

ada baju, beg besar, bek kecik, beg tangan, barang letrik.. macam2 ada la... kesemuanya berjenama barat yang mahal contohnya chanel, luis vutton, prada, nike, adidas... dan lenlain.. dan harganya sudah tentu mahal la jugak... memula diorg offer satu beg tangan tu 650 yuan...  aku cakap kat famili aku "jangan layan.. jalan je terus".. terus kurang jadik 300 yuan.. aku ajak jalan je terus.. turun lagi sampai 100 yuan... aku tgk diorg hati dah berbunga nak beli.. aku mintak la 50 yuan... abih tu tawar2 jugak dapat 60 yuan... potongan sampai lebih 90 peratus...

bahasa yang diguna ialah bahasa kalkulator lah.. tekan berapa nombor yg kita ndak, diorg tekan balik harga diorg offer.. ada la jugak yang speaking.. tapi nak memahamkannya pulak agak susah.. kui kui kui... ada jugak yang bagus cuba berbahasa melayu... layan la aja kan..

yg bestnya masa sesi tawar menawar tu macam nak berperang dah... kalau ada pistol mau ada yang kena tembak.. abih2 deal je.. boleh senyum gelak2 sama.. diorg pun kata la, "you win.. vely clever"... dah beli tu.. apalagi.. belah la...

hajat di hati nak tengok gajet2 tak kesampaian sebab diorg nak beli barang2 tu memerlukan aku sebagai negotiator.. tak dapat nak melencong ke lain.. tambahan pulak masa cuma 2 jam aja... sebagai menantu mithali.. aku lupakan je hasrat aku... baik kan aku ni.. kui kui kui...

sambung lagi...

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini