Merdeka!
Pada 31 Ogos 2007, genaplah umur kemerdekaan negara Malaysia 50 tahun. Alhamdulillah, kita masih berjaya mengekalkan kemerdekaan ini. Sebesar mana atau sekecil mana pun sumbangan kita, semua memain peranan untuk mengekalkan kemerdekaan, keharmonian dan segala2 kenikmatan yang dikurniakan Tuhan ini.
Buat pertama kali dalam hidup aku, aku berada di luar rumah pada malam ambang kemerdekaan. Tempat yang popular pulak tu.. kat mana yek...??
aku berada di KLCC sejak jam 11.00 malam lagi pada 30 Ogos 2007, hinggalah sampai jam 12:30 malam. Tapi bukan tujuan aku nak berlazat2 kat situ, aku menunggu isteri aku yang sedang berkerja menyumbang ke arah kemajuan negara!
Dari pemerhatian aku sepanjang kat situ, rakyat dari berbagai lapisan umur dan latar belakang datang berbondong-bondong datang ke KLCC. Majoriti Melayu! Yang bestnya, setiap selang 15 minit, ada pengumuman dari pembesar suara KLCC, "Pihak pengurusan KLCC mengumumkan bahawa tiada pertunjukan bunga api dan konsert akan diadakan di taman KLCC pada malam ini. Harap maklum". Maka berbondong-bondonglah pulak diorg yang tengah menunggu sesuatu kat KLCC tu beramai-ramai keluar ke atas jalan menuju ke Dataran Merdeka kot.. aku tak tanya pulak diorang nak gi mana. Dalam masa yang sama, ada lagi yang baru sampai ntah dari mana memenuhi kawasan yang dikosongkan orang2 yang sampai awal tadi... setiap kali ada pengumuman, suasana sama berulang... Tapi ada juga yang saja2 lepak kat situ, tak gerak gi mana2 pun... termasuklah aku.
Sewaktu sampai jam 12 tgh malam, pihak KLCC mengotakan janjinya. Tak ada apa2 yang berlaku. Tiada countdown, tiada bunga api, tiada lagu negaraku.... Tetiba dari sebelah kawasan ascot ke belah2 beach tu, ada la diorang main bunga api. Bukan yang besar tu, ni yang kecik macam masa raya tu je. Jadilah.. menceriakan suasana. Kejap je pun.. dalam tak sampai 10 ketul. Time tu, aku pun hantar sms merdeka pada wife aku. My wife call aku balik, "Nak balik la ni. Kejap lagi turun...".
Wife aku pun turun dalam kul 12.20 kot. On the way balik, aku lalu jalan Tun Razak, ikut jambatan yang bersambung dng AKLEH, ramai betul orang lepak atas jambatan tu. Nak masuk jalan Mahameru, ada lagi orang lepak tepi jalan ramai2. Ada yang siap dengan kamera canggih dan tripod! Nak apa? Ambik gambar bunga api?? Tak ada la... kan malam tu malam Jumaat... Korang datang la balik besok gi Stadium Merdeka. Lepas ambik anak2 aku kat rumah mentua aku, terus balik rumah sampai dalam kul 2.00 pagi.
Masa tu baru betul-betul MERDEKA!

No comments:
Post a Comment