I have a new toy to play with.
Manufacturer: HP
Model: Pavillion tx 1000
Review from Harian Metro.
---------------------------
HP Pavilion tx1000 – Komputer notebook
PENGELUAR: Hewlett-Packard
PERTANYAAN: Hewlett-Packard (Malaysia) Sdn Bhd
LAMAN WEB: www.hp.com.my
TELEFON: 1-800-88-4848
HARGA: Dari RM5,499
PERNAH suatu ketika dulu industri kita dihidangkan dengan komputer notebook yang dipanggil PC Tablet, namun ia kurang popular mungkin disebabkan harga dan trend yang tidak menyeluruh.
Bagaimanapun, pengeluar notebook terkemuka, Hewlett-Packard (HP) tidak menghentikan pengeluaran, sebaliknya terus memperkenalkan notebook tablet baru yang lebih menarik dan diperkemas dengan pelbagai fungsi serta ciri terkini.
Beberapa model dalam siri HP tx1000 diperkenalkan yang mana semuanya berasaskan cip pemproses AMD Turion 64 X2. Ia mungkin tidak dipanggil notebook tablet lagi, tapi notebook yang memiliki ciri tablet.
Kerangkanya nampak lebih kukuh tapi diperbuat dari bahan plastik yang dikatakan lebih ringan untuk memudahkannya dibawa ke mana saja sesuai dengan fungsi serta sasaran jualannya kepada eksekutif/profesional yang sering ke luar pejabat.
Skrin lebar LCD WXGA berukuran 12.1 inci dilengkap dengan teknologi pencerah paparan serta peka sentuhan di atas resolusi paparan 1,280 x 800 piksel.
Ciri peka sentuhannya agak unik selepas diperbaharui oleh HP menerusi teknologi resistif kerana ia tidak lagi hanya perlu menggunakan pen khas untuk menulis atau melakukan sebarang input di atasnya, tapi boleh menggunakan sebarang objek termasuk jari sendiri sebagaimana skrin peka sentuhan yang selalu kita gunakan di atas unit pembantu peribadi digital (PDA).
Skrinnya amat fleksibel yang boleh dipusing sehingga 180 darjah dan boleh diletakkan terus di atas papan kekunci.
Di bahagian tepi kerangka skrin itu pula dilengkapi dengan unit pembaca cap jari sebagai platform sistem keselamatan berasaskan biometrik, begitu juga dengan mikrofon dan kamera web 1.3 megapiksel untuk memudahkan pengguna berinteraksi secara bervideo dengan rakan atau keluarga.
Walaupun nampak kecil, HP Pavilion tx1000 yang beroperasi di atas sistem operasi Vista Home Premium ini dlengkapi papan kekunci bersaiz standard dan mempunyai ruang rehat tangan yang agak luas untuk memudahkan penggunaan.
Pad kawalan kursornya direka bentuk seperti PC notebook HP yang lain dengan kawalan halaman untuk skrol turun/naik terletak di sebelah kanannya.
Sesuai dengan dengan gelarannya PC notebook multimedia, justeru ia bukanlah sekadar PC untuk bekerja, tapi juga untuk hiburan yang menyeluruh sama ada untuk muzik atau video.
Terdapat pemacu cakera DVD R/RW dengan teknologi LightScribe yang boleh juga digunakan untuk membuat label CD. Selain itu ia juga dilengkapi pemacu pembaca kad memori 5 dalam satu yang menyokong kad memori jenis SD, MMC, Memory Stick, Memory Stick Pro dan xD.
Selain dari jek untuk fon kepala dan mikrofon yang terletak di bahagian hadapannya di bawah papan kekunci, terdapat satu lagi jek yang dikenali SPDIF iaitu antaramuka soket HDMI untuk menyalurkan video ke unit pemapar berdefinisi tinggi (HD) termasuk televisyen HD sebagai tatapan bersama keluarga atau rakan.
Untuk memantapkan dan memuaskan lagi tontonan, HP Pavilion tx1000 ini didatangkan dengan sebuah unit kawalan jauh kecil yang boleh digunakan untuk melancarkan terus fungsi multimedia tanpa menghidupkan PC.
Antara fungsinya termasuk melancarkan pemain semula DVD, mepaparkan foto/video, memainkan semula TV dan muzik dari jarak sehingga tiga meter.
Untuk penggunaan yang lama, PC notebook ini agak panas, tapi tidak ada apa yang berlaku, manakala baterinya kecil dan tidak bertahan lama. Bersedialah dengan bateri kedua atau duduk berhampiran dengan punca kuasa ketika menonton video lebih dari dua jam.
Technical Specifications
Processor, operating system and memory | |
---|---|
Processor type | tx1020AU: AMD Turion™ 64 X2 Dual-Core Mobile Technology TL-60 • 2.0 GHz, Level 2 cache 1 MB, Up to 1600 MHz system bus running at AC/DC mode 35 Watt tx1005AU: AMD Turion™ 64 X2 Mobile Technology TL-56 • 1.8 GHz, Level 2 cache 1 MB, Up to 1600 MHz system bus running at AC/DC mode 35 Watt |
Operating system installed | Genuine Windows Vista® Home Premium |
Standard memory | tx1005AU: 1024 MB tx1020AU: 2048 MB |
Memory type | tx1020AU: DDR2 667 MHz |
Memory layout | tx1020AU: (2 x 1024 MB) tx1005AU: (2 x 512 MB) |
Maximum memory | Supports up to 2 GB DDR2 memory |
Internal drives | |
---|---|
Internal hard disk drive | tx1005AU: 120 GB tx1020AU: 160 GB |
Hard disk controller | SATA Hard Disk Drive |
Hard disk drive speed | 5400 rpm |
Optical drive type | Lightscribe Super Multi DVD Writer (+/-R +/-RW) with Double Layer support |
System features | |
---|---|
Memory card device | 5-in-1 integrated Digital Media Reader for Secure Digital cards, MultiMedia cards, Memory Stick, Memory Stick Pro, or xD Picture cards |
Modem | High speed 56K modem |
Network interface | Integrated 10/100/1000 Gigabit Ethernet LAN |
Wireless capability | Integrated Bluetooth |
External I/O ports | 1 VGA port; 3 USB 2.0 ports; 1 RJ 11; 1 RJ 45; S-video TV out; 1 Microphone-in; Stereo headphone with SPDIF, Additional headphone jack, Expansion Port for xb3000, 2 Consumer IR |
Expansion slots | One ExpressCard/34 slot |
Display size | tx1005AU: 12.1" WXGA High-Definition HP BrightView Wide Touchscreen Display tx1020AU: 12.1” WXGA High-Definition HP BrightView Widescreen Display with Integrated Touch-screen (Pen input optimized) |
Display resolution | 1280 x 800 |
Video adapter | NVIDIA® GeForce™ Go 6150 |
Video RAM | Up to 128 MB shared video memory |
Control panel | HP QuickPlay media player software and its dedicated menu controls, music and DVD buttons |
Internal audio | 3D Sound Blaster Pro compatible sound 16 bit integrated |
Speakers and microphone | Altec Lansing® speakers |
Keyboard | tx1005AU: Next Generation 12-inch Compact Keyboard tx1020AU: Next Generation 12-inch compact Keyboard with 8 Quick Launch Buttons |
Pointing device | tx1020AU: Touch Pad with On/Off button and 2-way scroll tx1005AU: Touch Pad with On/Off button and 2-way scroll with 8 Quick Launch Buttons |
Power supply type | 65 W AC Power Adapter |
Webcam | HP Pavilion WebCam with Integrated Microphone |
Dimensions / weight / warranty | |
---|---|
Weight | 2kg - may vary, depending on configuration and components |
Dimensions (W x D x H) | 30.6 cm (W) x 22.4 cm (L) x 3.13 cm - 3.87 cm (H) |
Package dimensions (W x D x H) | 415 x 164 x 350 mm |
No comments:
Post a Comment