August 17, 2007

Kesetiaan...

16 Ogos 2007. Genap 5 tahun aku berkhidmat dengan syarikat aku bekerja sekarang. Antara yang paling lama aku pernah bekerja. Sepanjang 5 tahun, macam-macam pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. Antara ilmu yang aku dapat adalah dari aspek teknikal, politik, manusia, sahabat, lawan, emosi, stress, plan, pengurusan (manusia dan bukan manusia), kasih dan sayang (kuang.. kuang.. kuang..), benci, dan macam-macam lagi.

Berbagai jenis manusia juga yang aku jumpa masuk dan keluar dari tempat ini. Ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang tak berapa baik... dan aku juga jumpa yang sangat baik....

Lima tahun kira lama jugak kan...?? aku sekarang ni kalau tak silap no. 5 paling lama dalam kompeni ni. Kalau aku setia kat sini sampai taun depan, silap2 jadi no. 2 ke 3 ke, sebab yang lebih otai dari aku pun macam nak keluar je.... hmmmm...orang lama dan baru masuk dan keluar silih berganti.. ada gak yang dah keluar, masuk balik!! hebat kan... ada yang dikeluarkan, ada yang terkeluar dan ada yang keluar sendiri... aku....?? Kalau panjang jodoh, ada la lagi...

Anyway, aku akan cuba habiskan amanah yang diberikan pada aku at least satu site. Site aku skrg ni le, AMP.... heheheh.. aku start dari mula takde apa-apa sampai lah hand-over pada client nanti. Kalau boleh la.. kalau tak boleh.. nak buat macam mana.. takde rezeki kat sini... :)

huhuhu.. semalam kompeni isteri aku dah declare berapa bulan bonus diorang dapat taun ni... lazat.. lazat... kami di sini...?? nasib baik ada gaji...

No comments:

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini