November 12, 2007

Majlis penutup Syawal 1428 H

Alhamdulillah. Di tengah-tengah kesuntukan masa mengejar 'duniawi', sempat juga kami sekeluarga 'membuka rumah' sempena Hari Raya Aidilfitri 1428. Dengan perancangan yang semua last-minute, dapat juga dilaksanakan. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Segala kekurangan yang dihadapi, harap maafkan kami. Kepada yang tak berpeluang hadir, yang terlepas jemputan sama ada secara umum atau 'ekslusif', insya-Allah kalau ada umur panjang, dimurahkan rezeki Allah, tahun depan ada lagi.

Agak terkilan kerana tak sempat nak snap foto langsung, dari tetamu pertama sampai jam 2.30ptg, hingga tetamu terakhir pada jam 9.00 malam, tak tercapai kamera nak men'snap' sekeping dua foto.

No comments:

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini