Bank perlu kebenaran mahkamah untuk tarik kereta
KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang akan dibuat bakal menyaksikan institusi kewangan dan perbankan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu, sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka.
Pindaan itu dibuat bagi melindungi pengguna terutama apabila berhadapan dengan penarik kereta yang bertindak ganas dan sewenang-wenang menarik kenderaan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Isu tukang tarik kereta yang bertindak ganas dan tidak mengikut undang-undang menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan apabila berhadapan dengan mereka dan tindakan mereka ini pula dibenarkan oleh pihak institusi kewangan.
"Jadi kita akan pinda akta ini, bagi memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan tarik kereta hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah," katanya.
*------------*
pendapat aku:
Selama ni pun dah ada undang2 yang sepatutnya diikuti kalau nak tarik kereta, tapi tak diikut pun puak2 penarik kereta ni. Kadang2 pembeli sendiri pun satu hal, macam tak tau undang2.. kalau dah tak larat bayar tu, orang nak tarik, kasi je lah. Nak gaduh2 apahal. Nak buat apa buang masa buat undang2 baru!? Kuat kuasakan lah undang2 yang dah sedia ada.
Aku rasa yang lebih memerlukan perhatian ialah akta jual beli rumah. Dulu masa rais yatim jadi menteri apa tak hengat, kata nak pinda. Kalau rumah terbengkalai, masih lagi pembeli yang jadi mangsa. Pihak bank dan pemaju lepas tangan je.
March 29, 2010
11 tahun
Alhamdulillah.
Hari ini genap 11 tahun pada kalendar masehi. Semoga berkekalan hingga akhirnya. Insya-Allah.
March 26, 2010
Aku di bintang
Gambar ni aku hantar gi The Star. Ok gak la.. masuk dalam tu. Tapi tak dapat RM50.00.. Lenkali aku nak cuba lagi. Diedit sket untuk bagi lagi elok. Caption yang aku bagi pun diubah. Tak best kot apa yg aku tulis.. mi spik no inglish.
http://thumbnails.thestar.com.my/view.asp?id=6155
Cerita pasal:
Merapu kepunden paran sekeper
March 19, 2010
Adik-adik bakal pendakwah
Malam tadi di TV1 disiarkan secara langsung rancangan Adik-adikku peringkat akhir. Penganjurnya IKIM. Seronok tengok adik-adik mempersembahkan bakat masing2 sebagai bakal pendakwah untuk meneruskan kesinambungan para pendakwah yang ada sekarang. Terasa betapa kecik diri aku sendiri. Aku yakin tak dapat buat macam adik-adik tu. Tambah pulak tu, salah seorang peserta sangat menyentuh hati. Anugerah penglihatan tidak dikurniakan Allah kepadanya. Tapi hatinya terang. Masya-Allah.
Aku bukan nak menyentuh keseluruhan rancangan yang disiarkan sebab aku bukan pandai sangat dalam hal ehwal macam tu. Cuma aku nak cerita pasal beberapa pekara yang pada pandangan mata aku agak tak biasa.
Sewaktu acara penyampaian hadiah, hampir 10 orang tetamu2 yang bergelar datuk, tun, tansri dsb dipanggil ke pentas untuk menyampaikan hadiah dalam satu masa. Penyampaian hadiah bergilir-gilir la kan. Ditambah dengan para peserta, murrabi (pembimbing) peserta dan sapa-sapa ntah lagi.. jadi macam terlalu sibuk di atas pentas. Nampak kelam kabut pun ada. Takkan la masing2 yang mendakwa diri VVIP tu nak naik pentas tunjuk muka, bukan tak pernah masuk tv pon.
Satu lagi, sebelum keputusan diumumkan, ada acara selingan. Ada seorang remaja perempuan membaca puisi tentang kesemua bekas perdana menteri Malaysia dan yang ada sekarang. Sambil itu, ada kanak2 lelaki yang melakonkan watak tokoh2 tu. Yang aku perasan, cuma ada lima je dari tunku abd rahman, razak, mahathir, pak lah dan najib. Kenapa husin tidak ada dalam senarai? Ke... aku yang tak tau fakta sejarah?
Camna pun, tahniah kepada pihak yang menjayakan rancangan ini. Adik-adik peserta dan pembimbing masing2. Semoga cita2 nak jadi pendakwah akan berjaya. Insya-Allah.
Aku bukan nak menyentuh keseluruhan rancangan yang disiarkan sebab aku bukan pandai sangat dalam hal ehwal macam tu. Cuma aku nak cerita pasal beberapa pekara yang pada pandangan mata aku agak tak biasa.
Sewaktu acara penyampaian hadiah, hampir 10 orang tetamu2 yang bergelar datuk, tun, tansri dsb dipanggil ke pentas untuk menyampaikan hadiah dalam satu masa. Penyampaian hadiah bergilir-gilir la kan. Ditambah dengan para peserta, murrabi (pembimbing) peserta dan sapa-sapa ntah lagi.. jadi macam terlalu sibuk di atas pentas. Nampak kelam kabut pun ada. Takkan la masing2 yang mendakwa diri VVIP tu nak naik pentas tunjuk muka, bukan tak pernah masuk tv pon.
Satu lagi, sebelum keputusan diumumkan, ada acara selingan. Ada seorang remaja perempuan membaca puisi tentang kesemua bekas perdana menteri Malaysia dan yang ada sekarang. Sambil itu, ada kanak2 lelaki yang melakonkan watak tokoh2 tu. Yang aku perasan, cuma ada lima je dari tunku abd rahman, razak, mahathir, pak lah dan najib. Kenapa husin tidak ada dalam senarai? Ke... aku yang tak tau fakta sejarah?
Camna pun, tahniah kepada pihak yang menjayakan rancangan ini. Adik-adik peserta dan pembimbing masing2. Semoga cita2 nak jadi pendakwah akan berjaya. Insya-Allah.
March 11, 2010
Cari makan
Pagi-pagi, on da way nak sampai ke opis, singgah kedai tepi jalan kat dengan bulatan kat bawah UniTEN.
"Nasik lemak satu kak. Lauk ayam ye..mmmhh.. yang kecik ni je lah", sambil aku tunjuk seketul ayam masak sambal yang kecik je.
"Dah?", tanya akak tu.
"A'ah.. Berapa ringgit?".
"Tiga ringgit!".
Aku hulur duit 3 hinggit kat akak tu.. terus jalan.
Mahal tu kan... kecik je ayam tu, ada la sebesar penumbuk anak kecik umur 4 ke 5 tahun. Tambah dengan teh tarik singgit.. dah jadi 4 inggit.. untuk sarapan je.
Masa aku sekolah rendah dulu.. nasik lemak dengan sambal satu pinggan kecik cuma seposen je. kalau nasik double campur telur goreng cuma tiga posen. air sirap seposen. Itu awal tahun 80-an dulu. Zaman tu, nasik lemak memang sedap.. lemak betul. sambal pun superb. walaupun makcik kantin tak pernah bertukar selama aku sekolah nam tahun kat situ (dan sebelum tu lagi pun), rasanya tetap sedap. Ada sekali tu air sirap siap ada jentik2 hidup... tu yang sedap betul tu.. kuih pun seposen. biasa yang ada kuih keria, kasturi, ada yang berpintal macam makcik annie punya kuih tu ntahapa nama aku tak ingat, epok2, cucur badak.. tau tak apa epok2 nih?? orang KL panggil kapirap... heh.. karipap.
Masa kat sekolah menengah pulak, nak dapat makan macam tu harganya lima posen, kuantiti nasik lebih la kan. Sekolah menengah, kan dah besar. Kalau tambah ayam pun jadi lapan posen je. Dengan air sirap seposen, baru sembilan posen. Biasanya aku tak makan kat kantin sebab aku duk asrama. Makanan disediakan. Satu bulan bayar 30 ringgit masa tu. Hari ahad dengan jumaat lauk ayam. Hari2 lain ikan dengan daging. Kadang2 telur. Budak2 yang pernah duduk asrama tau la menu tu. Kalau nak makan lebih, kena baik dengan abang pembekal tu..
Balik citer sekarang. Anak2 aku pegi sekolah nak bekal duit sorang 2 ringgit untuk setiap sesi. Sekolah pagi dengan sekolah agama. Maknanya sorang 4 ringgit sehari. Itupun siap bawak bekal air sekali. Makanan yang boleh dibeli pun bukan la kenyang sangat pun dengan harga seringgit tu. Boleh la alas perut. Balik rumah sementara nak pegi sekolah agama tu, makan nasik jugak diorang.
Kat kedai makan yang biasa kitorang makan tengahari sini, kalau ambik nasik campur.. biasanya tak kurang 6 ringgit. Itu pun kalau ambik ikan kecik dengan sayur. Kalau tambah lauk lain sikit pun.. dekat 10 ringgit. Air lagi...
Alang2 nak makan mahal, kitorang pekena nasik arab kat Saba'. Chicken Kabsyah baru 8 ringgit. Aku memang tak pernah habis, walaupun sedap.. sebab nasiknya banyak tu.. ayam suku pulak... perut aku kecik je!
Yang ini Lamb Kabsyah... pergh.. sedap ni.. mahal la dari ayam.. 13 ringgit sepinggan. Lembut betul daging kambin tu..
Gambar yang kat atas sekali tu nasik ujan panas. Biasa ada hari jumaat je kat kedai makan sini. Pada aku rasanya tak la hebat sangat.. kalau nak dibanding dengan nasik arab atau nasik bariani johor.. tarap2 nasik bariani mamak je!
*nota: Walaupun aku dah sekian lama tak makan kat kedai mamak, suatu waktu dahulu aku pernah juga tiap hari melantak kat kedai mamak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Catatan perjalanan (55)
- haji 1432 (1)
- Lakaran (34)
- Layan Jiwang (3)
- Merapu kepunden paran sekeper (46)
- Non-Technical (38)
- Panduan Hidup (1)
- Technical (28)
- Tips (4)