March 11, 2010
Cari makan
Pagi-pagi, on da way nak sampai ke opis, singgah kedai tepi jalan kat dengan bulatan kat bawah UniTEN.
"Nasik lemak satu kak. Lauk ayam ye..mmmhh.. yang kecik ni je lah", sambil aku tunjuk seketul ayam masak sambal yang kecik je.
"Dah?", tanya akak tu.
"A'ah.. Berapa ringgit?".
"Tiga ringgit!".
Aku hulur duit 3 hinggit kat akak tu.. terus jalan.
Mahal tu kan... kecik je ayam tu, ada la sebesar penumbuk anak kecik umur 4 ke 5 tahun. Tambah dengan teh tarik singgit.. dah jadi 4 inggit.. untuk sarapan je.
Masa aku sekolah rendah dulu.. nasik lemak dengan sambal satu pinggan kecik cuma seposen je. kalau nasik double campur telur goreng cuma tiga posen. air sirap seposen. Itu awal tahun 80-an dulu. Zaman tu, nasik lemak memang sedap.. lemak betul. sambal pun superb. walaupun makcik kantin tak pernah bertukar selama aku sekolah nam tahun kat situ (dan sebelum tu lagi pun), rasanya tetap sedap. Ada sekali tu air sirap siap ada jentik2 hidup... tu yang sedap betul tu.. kuih pun seposen. biasa yang ada kuih keria, kasturi, ada yang berpintal macam makcik annie punya kuih tu ntahapa nama aku tak ingat, epok2, cucur badak.. tau tak apa epok2 nih?? orang KL panggil kapirap... heh.. karipap.
Masa kat sekolah menengah pulak, nak dapat makan macam tu harganya lima posen, kuantiti nasik lebih la kan. Sekolah menengah, kan dah besar. Kalau tambah ayam pun jadi lapan posen je. Dengan air sirap seposen, baru sembilan posen. Biasanya aku tak makan kat kantin sebab aku duk asrama. Makanan disediakan. Satu bulan bayar 30 ringgit masa tu. Hari ahad dengan jumaat lauk ayam. Hari2 lain ikan dengan daging. Kadang2 telur. Budak2 yang pernah duduk asrama tau la menu tu. Kalau nak makan lebih, kena baik dengan abang pembekal tu..
Balik citer sekarang. Anak2 aku pegi sekolah nak bekal duit sorang 2 ringgit untuk setiap sesi. Sekolah pagi dengan sekolah agama. Maknanya sorang 4 ringgit sehari. Itupun siap bawak bekal air sekali. Makanan yang boleh dibeli pun bukan la kenyang sangat pun dengan harga seringgit tu. Boleh la alas perut. Balik rumah sementara nak pegi sekolah agama tu, makan nasik jugak diorang.
Kat kedai makan yang biasa kitorang makan tengahari sini, kalau ambik nasik campur.. biasanya tak kurang 6 ringgit. Itu pun kalau ambik ikan kecik dengan sayur. Kalau tambah lauk lain sikit pun.. dekat 10 ringgit. Air lagi...
Alang2 nak makan mahal, kitorang pekena nasik arab kat Saba'. Chicken Kabsyah baru 8 ringgit. Aku memang tak pernah habis, walaupun sedap.. sebab nasiknya banyak tu.. ayam suku pulak... perut aku kecik je!
Yang ini Lamb Kabsyah... pergh.. sedap ni.. mahal la dari ayam.. 13 ringgit sepinggan. Lembut betul daging kambin tu..
Gambar yang kat atas sekali tu nasik ujan panas. Biasa ada hari jumaat je kat kedai makan sini. Pada aku rasanya tak la hebat sangat.. kalau nak dibanding dengan nasik arab atau nasik bariani johor.. tarap2 nasik bariani mamak je!
*nota: Walaupun aku dah sekian lama tak makan kat kedai mamak, suatu waktu dahulu aku pernah juga tiap hari melantak kat kedai mamak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Catatan perjalanan (55)
- haji 1432 (1)
- Lakaran (34)
- Layan Jiwang (3)
- Merapu kepunden paran sekeper (46)
- Non-Technical (38)
- Panduan Hidup (1)
- Technical (28)
- Tips (4)
2 comments:
sungguh sedap,
salamm,
Pak Long : nama sebenar aper?. nak bagitau hasbullah aka tokai nih....
Post a Comment