January 17, 2009

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan cuba menyelesaikan masalah di SGB, akhirnya hari ini 17 Januari 2009, jam 9.00pg berita gembira dapat diumumkan. Bedasarkan pemahaman aku yang bukan DBA rasmi (walaupun pernah hadir ke kursus Oracle RAC untuk Oracle 10g), kesilapan berpunca dari kesilapan konfigurasi vcs. Error code sampingan telah memacu kami ke arah penyelesaian yang tidak berkesudahan. RAC pada Oracle 9i di pelantar Sun Solaris x64 yang tidak berfungsi dengan betul memaparkan ralat yang menunjukkan penklusteran yang tidak betul. Sedangkan cluster tidak berfungsi disebabkan kelemahan database.

Mujurlah akhirnya dapat diselesaikan. Walaupun aku membantu dari belakang tabir, banyak pelajaran baru yang aku dapat. Selama ini kalau ada masalah database, abg muin jadi hero. Sekarang dia dah tak ada... hwa hwa hwa.... aku terpaksa jadi bidan terjun. Mujur ada ojokesandung yang turut sama bersengkang mata dari pagi sampai ke malam sampai ke pagi lagi. you are such a genius brother.... :)) Gua ingat time kita sama-sama kat selayang dulu, lu jadi mangsa backing my back... macam sekarang pon... hwa hwa hwa...

Congratulations to all the team members.

January 07, 2009

10 Muharram (Hari Aasyura)

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Dari hadis di atas, peristiwa penting dalam sejarah Islam pada hari itu ialah:

1. Allah menerima taubat Nabi Adam as sehingga bersih daripada segala dosa dan kesilapannya.
2. Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.
3. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman raja Namrud yang membakarnya hidup-hidup, namun apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar dalam keadaan sihat sejahtera. Ini membuktikan Kebesaran Allah yang Maha Mencipta segala-galanya.
4. Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada penjara setelah merengkuk beberapa tahun berikutan fitnah Siti Zulaikha.
5. Allah menyelamatkan Nabi Nuh serta pengikutnya daripada banjir besar yang melanda dunia selama enam bulan.
6. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama akibat terlalu menangisi kehilangan anaknya, Nabi Yusuf.
7. Nabi Yunus keluar daripada perut ikan setelah berada selama 40 hari 40 malam. Baginda terselamat setelah berzikir di dalam perut ikan itu.
8. Allah menyelamatkan Nabi Musa yang terperangkap di Laut Merah daripada serangan Firaun dan bala tenteranya dengan membelah laut.
9. Allah mengampuni kesilapan Nabi Daud.
10. Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman.
11. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.
12. Hari pertama Allah menjadikan alam.
13. Hari pertama Allah menurunkan Rahmat-Nya.
14. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
15. Hari pertama Allah menjadikan Lauh Mahfuz.
16. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Berdasarkan lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha berkuasa menyelamatkan baginda serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.

Berpuasa pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: Rasullah saw ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab: Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu.
Al Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara orang Yahudi. Maknanya kalau nak puasa sunat hari ini (Rabu) kena digandingkan dengan sama ada semalam atau esok atau kedua-dua sekali. Bukan tunggal hari ini sahaja.

Amalan bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan daripada Umar yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura bagaikan bersedekah satu tahun.

Menggembirakan keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan lapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.

Berdoa kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih baik lagi jika dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan berpuasa pada hari Asyura sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk berdoa kepada Allah memandangkan orang yang berpuasa itu termasuk di kalangan mereka yang diperkenankan doanya.

Di sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan amalan zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.

WALLAHUALAM

January 06, 2009

kembali ke sekolah 2009

Semalam (5 Januari 2009) merupakan hari pertama persekolahan bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktunya. Aku sebagaimana ayah dan ibu yang seangkatan dengannya turut menghantar anak2 aku ke sekolah. Yang pertama darjah 3 dan yang kedua darjah 2. Anggaran awal yuran nak kena bayar dekat RM100/- seorang. Tambang bas sekolah lagi lebih kurang RM100/- untuk dua2 sekali termasuk sekolah agama. YUran sekolah agama dah bayar awal masa hujung tahun lepas lagi. Banyak juga.. Campur dengan belanja pakaian sekolah baru.... perghhhh.... dekat gak empat angka. Ini dua orang anak... belum kira yang pra-sekolah lagi. Sebenarnya pra-sekolah lebih mahal belanjanya.

Masa bayar yuran anak aku yg darjah 3, aku pelik sebab cuma RM12.00 tak termasuk tanda nama. Kalau ndak tanda nama kena tambah RM4.00. Anak yg darjah 2 pulak cuma bayar RM16.20. Biaq betul.. apa yg tak kena ni? Sekolah kebajikan ke??

Rupa-rupanya itu untuk sementara, bayaran2 lain belum kira lagi... maknanya jangan suka sangat. Ntah bila nanti pihak sekolah akan mintak. Kalau tak silap diorang kata kena bincangkan dalam mesyuarat PIBG nanti baru diorang putuskan yuran-yuran tambahan yang akan dikenakan dan jumlahnya. Macam persidangan dewan rakyat pulak la mesyuarat PIBG tu nanti. Ada pembentangan belanjawan, ada usul, ada bangkangan, ada sokongan dsb. Mesti menarik.

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini