KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Dari hadis di atas, peristiwa penting dalam sejarah Islam pada hari itu ialah:
1. Allah menerima taubat Nabi Adam as sehingga bersih daripada segala dosa dan kesilapannya.
2. Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.
3. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman raja Namrud yang membakarnya hidup-hidup, namun apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar dalam keadaan sihat sejahtera. Ini membuktikan Kebesaran Allah yang Maha Mencipta segala-galanya.
4. Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada penjara setelah merengkuk beberapa tahun berikutan fitnah Siti Zulaikha.
5. Allah menyelamatkan Nabi Nuh serta pengikutnya daripada banjir besar yang melanda dunia selama enam bulan.
6. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama akibat terlalu menangisi kehilangan anaknya, Nabi Yusuf.
7. Nabi Yunus keluar daripada perut ikan setelah berada selama 40 hari 40 malam. Baginda terselamat setelah berzikir di dalam perut ikan itu.
8. Allah menyelamatkan Nabi Musa yang terperangkap di Laut Merah daripada serangan Firaun dan bala tenteranya dengan membelah laut.
9. Allah mengampuni kesilapan Nabi Daud.
10. Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman.
11. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.
12. Hari pertama Allah menjadikan alam.
13. Hari pertama Allah menurunkan Rahmat-Nya.
14. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
15. Hari pertama Allah menjadikan Lauh Mahfuz.
16. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Berdasarkan lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha berkuasa menyelamatkan baginda serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.
Berpuasa pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: Rasullah saw ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab: Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu.
Al Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara orang Yahudi. Maknanya kalau nak puasa sunat hari ini (Rabu) kena digandingkan dengan sama ada semalam atau esok atau kedua-dua sekali. Bukan tunggal hari ini sahaja.
Amalan bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan daripada Umar yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura bagaikan bersedekah satu tahun.
Menggembirakan keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan lapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.
Berdoa kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih baik lagi jika dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan berpuasa pada hari Asyura sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk berdoa kepada Allah memandangkan orang yang berpuasa itu termasuk di kalangan mereka yang diperkenankan doanya.
Di sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan amalan zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.
WALLAHUALAM
1 comment:
thanx bro for d info..
Post a Comment