Apabila berbicara tentang gangguan seksual, ramai diantara kita mungkin memikirkan bahawa ia lebih kepada berbentuk fizikal. Sebenarnya ada beberapa perbuatan yang kadang-kadang kita lakukan terhadap seseorang yang kita anggap BIASA, sebenarnya termasuk dalam kod gangguan seksual. Barang harus diingat, gangguan seksual bukan hanya dari lelaki kepada wanita, ia juga merangkumi wanita kepada lelaki, lelaki kepada lelaki mahupun wanita terhadap wanita!
Di bawah adalah kod gangguan seksual perkara 6.1 yang aku salin dari GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM. Hal ini yang kadang2tidak diambil peduli oleh sesetengah dari kita. Kalau kena report.. awas sehhhh...!! Jadi, jangan anggap seseorang itu MUDAH kalau anda tak kenal dia sebenarnya. Kalau kena report.. duk dalam jel!
(Ingatan untuk aku juga).
Kebanyakan mangsa tidak melaporkan kejadian yang dialami kerana menghormati (respek) sipelaku.. dan mungkin juga tiada bukti, saksi ataupun berharap agar ia tidak diulang lagi. Sebab itulah juga, sipelaku rasa seronok... (seronok sangat la tu).. dan akan buat lagi, dan lagi...
Tidak ada salahnya kalau mangsa memberitahu kepada sipelaku,"I tak suka you buat macam ni. Don't do it again!". Itu hak anda. Kalau anda diam sahaja, sipelaku mungkin kata.. ala... ok kot dia ni.. tapi malu!
Sila rujuk ke sini -> http://www.wao.org.my/news/gangguseksual.htm untuk maklumat selanjutnya.
PERLAKUAN, KEADAAN ATAU PERBUATAN YANG TERJUMLAH KEPADA GANGGUAN SEKSUAL
6.1 Perlakuan, keadaan atau perbuatan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual, antara lainnya adalah seperti yang berikut:
(a) Gangguan Secara Lisan
Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan dengan sipolan berkenaan.
(b) Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)
Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan sipolan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
(c) Gangguan Secara Visual
Perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.
(d) Gangguan Secara Fizikal
Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.
(e) Gangguan Secara Psikologi
Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual sipolan sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual.
Peribahasa: Manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan
Maksudnya: Fikir dahulu sebelum berkata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Catatan perjalanan (55)
- haji 1432 (1)
- Lakaran (34)
- Layan Jiwang (3)
- Merapu kepunden paran sekeper (46)
- Non-Technical (38)
- Panduan Hidup (1)
- Technical (28)
- Tips (4)
No comments:
Post a Comment