January 07, 2008

Family trip to Sungai Klah

Setelah sekian lama merancang, akhirnya pada bebetul hujung tahun 2007, berkesempatan juga kami sekeluarga ke kawasan air panas Sungai Klah untuk bercuti... time tu memang hari cuti.. Ahad daaa...

Aku rasa berbaloi jugak kat tempat ni walaupun bayarannya agak mahal... RM1000++ untuk 13 dewasa dan 3 kanak2... bayaran termasuk sarapan dan pas masuk ke kawasan2 tertentu... lain kali klu gi sini.. tak payah ambik additional charge untuk additional person.. bayar sewa villa je...

Villa yang disediakan agak besar dengan satu bilik yang boleh memuatkan 4 bijik katil size queen dan satu bilik buleh la muat 2 katil kot. Dapur siap dengan gas juga disediakan. Setiap villa mempunyai kolam jakuzi air panas sendiri... maknanya kami sekeluarga boleh berendam dalam kolam air panas sampai masak telo... takdak sapa kacau... so.. kalau nak jimat, bawak makanan sendiri.. masak kat sana.. sarapan kat kafe dia rasa tak sesedap mana pun.. best lagi kat seri malaysia jb.. ahahahaha...

Nak masuk kat kawasan mandi air gunung, kena bayar... tampi nak masuk kat tempat air panas takdak bayaran lain dah....


Budak2 kalau dah nampak air..... macam biasa laa....


Pandangan hadapan villa


Kolam jakuzi air panas dari gunung.. untuk villa ini sahaja

Pihak yang bertanggungjawab membakar ayam, udang, kambing dan sotong...


Makan ramai2 kat pondok


Ini kaki aku dengan wife aku rendam dalam air panas 40C - 44C. Mula2 masukkan kaki, perit2 rasanya.. lama2 ok je..

No comments:

Cerita BukuMuka

Cari dalam cerita ini